بسم الله الرحمن الرحيم
Sebelum ni, ambe ada terima 2 soalan yang agak menarik dari seorang pesakit. Ianya berkaitan dengan tulang patah dan simen untuk tulang patah. Sebenarnya banyak soalan yang ambe terima bab tulang ni, inshaa'Allah ambe cuba jawab ye. Sebelum tu, ambe nak bagitahu yang ambe ni bukanlah doktor atau penasihat pakar, ambe hanya berkongsi ape yang ambe tahu dari pengalaman sendiri =). Pengetahuan dan pengalaman yang ada, inshaa'Allah akan dikongsikan untuk pembaca.
Patah Tulang Betis
Ayat yang last tu bodek eh?? Haha..abaikan. Cik Fiefi ni patah tulang kaki sama macam ambe. Harap banyakkan bersabar dan semoga cepat sembuh. Ambe nak jawab soalan tulang kecil tu dulu. Sebenarnya tulang kecil yang di maksudkan adalah tulang betis, kedudukan tulang tu bersebelahan dengan tulang kering. Boleh rujuk gambar tulang kaki kat bawah ni.
Kalau tengok gambar tulang kaki di sebelah kanan, tulang betis tu kecil je. Ambe ada tanya doktor semasa buat pemeriksaan kaki baru-baru ni. Tulang betis fungsi dia tak penting sangat berbanding tulang kering, sebab peranannya kecil je untuk tampung kita berdiri dan berjalan. Kalau patah tulang betis, doktor tak sarankan untuk masuk besi. Jika patah tulang kering dan betis, doktor akan bagi lebih perhatian kepada tulang kering. Kalau tulang kering dah bersambung, inshaa'Allah tulang betis tu akan bersambung dengan sendirinya.
Dua Jenis Simen Untuk Patah Tulang
|
Gambar contoh. |
Kebiasaannya hospital di Malaysia akan guna dua jenis simen/pembalut untuk membalut tempat yang patah. Gambar di atas sebelah kiri adalah dari jenis fiberglass, material ni ringan dan tahan lasak, kena air pun ok lagi la, cuma pihak hospital takkan bagi percuma. Nak guna simen/pembalut fiberglass ni, korang kena bayar. Harga tak berapa pasti, rasanya RM35 untuk 1 gulung. Gambar sebelah kanan adalah simen biasa, agak berat dan tak boleh kena air. Simen jenis biasa ni percuma je untuk pesakit.
Berkaitan dengan ambe balut kaki guna besi tu, harap jangan ikut, buat sakit kaki je. Kena ingat, tulang nak cepat bersambung, aliran darah kat kaki kena pastikan lancar. Kalau balut macam ambe tu, maknanya aliran darah dah tersekat, nak tengok boleh klik
SINI. Kalau boleh, cuba basahkan tuala kecik dengan air panas, letak kat tempat yang patah, inshaa'Allah aliran darah ok. Tak nak pakai simen boleh je, tapi kena pastikan dulu tulang tu dah melekat atau tak bergoyang. Cubalah dulu tahan pakai simen untuk tempoh sebulan.
Tulang Kaki Bengkok
Sila abaikan parut gangster tu. Adeh..banyak betul sticker kan, jatuh saham haha. Ni contoh gambar dari ambe sendiri, kaki agak bengkok sedikit sebab buka simen dahulu. Mungkin sebab buas dan pernah tergelincir, sebab tu tulang sedikit lari. Korang boleh tengok line merah dan biru tu, ambe guna parut bekas besi area untuk jadi guideline. Ambe buka simen bukan sebab suka-suka, tapi sebab tak tahan alahan kot. Siapa pernah pakai tahulah macam mana rasanya. Tak nak pakai simen boleh je, cuma kena pandai jaga. Nak angkat tempat yang patah tu pastikan ada bantuan, tak boleh buas-buas, tak boleh banyak bergerak. Nanti cubalah sendiri lurut ikut tulang yang patah tu untuk periksa ok ke tak kedudukan tulang. 1 lagi Masa tidur, pastikan alas dengan bantal mengikut keselesaan dan cubalah jangan banyak berpusing.
Alhamdulillah setakat ni jelah yang dapat ambe kongsikan. Kalau ada kemusykilan boleh je tanya lagi =). Ada sesiapa nak bagi pendapat sendiri pun ambe alu-alukan, mungkin korang pun pernah patah kaki. Kalau nak baca entri yang lepas-lepas tentang patah tulang kaki ambe ni, boleh klik kat tab menu atas tu, klik pada ruangan "Pengalaman Istimewa". Semoga bermanfaat, wassalam..
P/s : Kalau anda ingin tahu lebih banyak pengalaman istimewa ambe tentang patah kaki ni,
bolehlah klik
--->> SINI. Macam-macam tips dan kisah ambe kongsikan.
Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)