Fais-SKA

Sunday 22 September 2013

Motivasi Pagi - Hormati Seruan Azan

بسم الله الرحمن الرحيم


Hormati Seruan Azan

Pernah tak anda dengar hadis atau ungkapan dari orang-orang tua tentang azan, yang mana jika seseorang bercakap ketika azan, bila nak meninggal dunia nanti lidahnya dikelukan oleh Allah dari mengucap. Maknanya akan mati dalam kemurkaan Allah, nauzubillah.

Sebenarnya takde hadis yang sahih membenarkan kata-kata di atas. Jadi amat penting pada kita umat islam ni kenal pasti hadis yang sahih atau dhaif. Tapi bagi ambe, tak salah pun kalau kita nak berpegang pada kata-kata di atas tu. Diam ketika azan berkumandang memang perlu bagi umat islam. Selain daripada kita hormati azan yang tengah berkumandang, sunat untuk kita menjawabnya sekali, betul tak??. Kalau dah bising bersembang je, macam mana nak jawab azan?? Entah-entah sedar pun tak azan yang berkumandang.

Harap takdelah di kalangan kita seperti dua watak di atas.
Peranan azan di dalam mengajak manusia kepada solat berjemaah sangat besar. Oleh kerana itulah, Islam memberi ganjaran yang sangat besar bagi sesiapa yang menjawab seruan azan dan kemudiannya datang ke masjid untuk solat berjemaah (keutamaan kepada golongan lelaki yang tak uzur)

Kelebihan Azan


"Berkata Umar. Rasulullah SAW telah bersabda: "Apabila muazzin berkata : الله اکبر,الله اکبر maka kata olehmu: الله اکبر,الله اکبر, apabila dia berkata: اشهد ان لا اله الا الله, maka kata olehmu: اشهد ان لا اله الا الله, apabila dia berkata: اشهد ان محمدا رسول الله, maka kata olehmu: اشهد ان محمدا رسول الله, apabila dia berkata: حى على الصلاة, maka jawab olehmu: لا حول ولا قوة الا بالله, apabila dia berkata: حى على الفلاح, maka jawab olehmu: لا حول ولا قوة الا بالله, apabila dia berkata: الله اکبر,الله اکبر, maka kata olehmu: الله اکبر,الله اکبر. Akhir sekali apabila muazzin mengucapkan: ان لا اله الا الله, maka dia hendaklah menjawab juga: ان لا اله الا الله. Sesungguhnya sesiapa yang mengucapkan kesemua ungkapan-ungkapan di atas dengan ikhlas daripada hatinya, nescaya dia akan dimasukkan ke dalam syurga"
nota tambahan bagi azan Subuh.






Daripada Jabir bin Abdillah RA. Rasulullah SAW telah bersabda: "Sesiapa yang berdoa ketika mendengar seruan azan dengan doa: "Ya Allah, Tuhan yang telah mensyariatkan seruan Azan dan sembahyang yang didirikan, kurniakanlah kepada penghulu kami Nabi Muhammad s.a.w. ketinggian dan kelebihan serta kedudukan yang terpuji yang Engkau telah janjikan" nescaya dia akan mendapat syafaatku pada hari kiamat kelak". (Riwayat Imam Bukhari di dalam kitab sahihnya)

Anas bin Malik RA. Rasulullah SAW telah bersabda:"Tidak akan ditolak permohonan doa (yang dilakukan) ketika selang masa di antara Azan dan Iqamah. Lalu para sahabat bertanya: "Apakah yang sepatutnya kami pohon, ya Rasulullah!" Jawab Rasulullah: "Mintalah kepada Allah kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat".

Tiada para Ulama' mengatakan yang haram berbual-bual ketika azan dikumandangkan. Tapi kita sebagai umat islam haruslah jaga adab-adab yang ada di dalam islam. Semoga perkongsian kali ni bermanfaat, sama-sama muhasabah diri. Senyum selalu, wassalam =)



Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

28 comments:

  1. Assalamualaikum, Fais. Selamat pagi. Betul tu, kadang-kadang larangan itu untuk mendisiplinkan kita. Ini tidak, setiap masa nak bercakapnya.

    ReplyDelete
  2. walaupun tak pasti ttg hadis ni..tp benda yg baik kenapa tak pollow..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah.. terima kasih di atas perkongsian yang sangat bagus..

    ReplyDelete
  4. betul tu fais.. akak pun kadang kala terleka juga.. sedar-sedar orang dah habis azan.. terima kasih kerana mengingatkan..

    ReplyDelete
  5. ada seorang kawan , kalau azan dia akan suruh sesiapa yg bercakap tu diam , lepas habis azan dia akan cakap , ' hah sambung balik bercakap pasal tadi '...

    ReplyDelete
  6. tima kasih diatas informasi ini..:)

    ReplyDelete
  7. Cikgu~ Waalaikumussalam..slamat pg, betul 2 =)

    M.Azhar~ Betul 2..yg baik, walaupun xde hadis sahih, boleh je guna pakai =)

    K.Erin~ Sama2 kak =)

    K.Aiza~ Biasalah tu kak =) smua pnh rsa cmtu, Sama2..

    Nang~ Kwan je ke?? cik Nang?? acane lak? he3 =)

    Sue~ Sama2 =)

    ReplyDelete
  8. assalam, itulah kan..kebanyakan kita tahu hal2 macam ni, tapi ramai yang terlepas pandang...kadang masa azan berkumandang masa tu sedang leka berjual beli...leka kat gerai /restoran..makan-makan..borak-borak bergurau senda, kat tempat hiburan...kat rumah juga, depan tv...

    terima kasih atas peringatan ini..

    ReplyDelete
  9. C.Anis~ okep most welcome =)

    Bunda~ Waalaikumussalam..yup btol 2 bunda..kdg2 kesedaran tu pnting..kalau semua thu pahala yg Allah bg ni besar, pasti berebut2 je..Sama2 =)

    Mama~ tq kak =)

    ReplyDelete
  10. Mng di ajar oleh mak..klu azan je ..walaupun bersembang..mng terus diam..Alhmdullilh..rasa kena hormat azankn..

    ReplyDelete
  11. betul..selalu tengok macam tu..kalau dgr lagu bukan main menghayati....

    ReplyDelete
  12. Yup.. selalunya cakap ttg klau bercakap tgh azan susah utk mengucap nie kt budak2.. nak biasakan respect azan... tapi sebenarnya masa azan, perlu diam utk jawab azan... kan..

    ReplyDelete
  13. Hahhaaa
    kelakar kartun tuu..
    Eiqa ada pasang software azan dekat lptop..
    Tiap kali Azan even dekat lptop je pun..
    Bila tengah dgo lagu mesti pause lgu tu dulu.
    Dahulukan azan..
    Dahulukan ALLAH..

    ReplyDelete
  14. K.Zara~ Alhamdulillah kak =)

    K.Kathy~ Biasalh kak..hiburan mgtasi sgala2nya

    QL~ Yup btol 2..lbih baik mcm 2 la =)

    Eiqa~ He3 good2 =)

    C.S.M~ Terima kasih =) peringatan bersama

    ReplyDelete
  15. SURI

    salam..
    degar lagu bukan main kira dia dn cuba ikut lagu tu sekali..mmg kita perasan tu selalu berlaku. terima kasih sb ingtkan terkadnag kita lupa dan sengaja buat lupa pada hal itu nilai agama kita jadi kita mesti hormati :)

    http://www.cahayacinta.com

    ReplyDelete
  16. Setuju sangat dengan entri ni fais..kita memang sepatutnya menghormati azan..tapi sebagai manusia biasa, memang kadan-kadang tu terleka juga..thanks ingatkan and nice sharing fais..:)

    ReplyDelete
  17. In Shaa ALLAH Fais...Jom sama-sama menjaga kesucian Azan...

    ReplyDelete
  18. Subhanallah.. betul tu saudara Fais. Bukan mengambil masa yg lama pun klu nk menghayati azan. Satu perkongsian & peringatan yg baik buat diri ini juga.. T kasih.

    ReplyDelete
  19. hmm... kadang2 penat dah bagitahu org lain diam waktu azan, tapi diorg x endah acano...

    ReplyDelete
  20. kadang2, org bukan islam sendiri yg lebih hormati azan dari orang islam... kat skolah saya dulu, cikgu non-muslim akan berhenti mengajar sekejap bila dengar azan...

    ReplyDelete
  21. perkongsian yg bagus.. selalunya kalau azan diam saja. habis azan bru bercakap.

    ReplyDelete
  22. terima kasih utk ingatan ni. hormati azan, tanda kebesaran kita umat islam

    ReplyDelete