Fais-SKA

Sunday 29 September 2013

Patah Tulang Kaki Tanpa Simen.

بسم الله الرحمن الرحيم

Sebelum ni, ambe ada terima 2 soalan yang agak menarik dari seorang pesakit. Ianya berkaitan dengan tulang patah dan simen untuk tulang patah. Sebenarnya banyak soalan yang ambe terima bab tulang ni, inshaa'Allah ambe cuba jawab ye. Sebelum tu, ambe nak bagitahu yang ambe ni bukanlah doktor atau penasihat pakar, ambe hanya berkongsi ape yang ambe tahu dari pengalaman sendiri =). Pengetahuan dan pengalaman yang ada, inshaa'Allah akan dikongsikan untuk pembaca.

Patah Tulang Betis

Ayat yang last tu bodek eh?? Haha..abaikan. Cik Fiefi ni patah tulang kaki sama macam ambe. Harap banyakkan bersabar dan semoga cepat sembuh. Ambe nak jawab soalan tulang kecil tu dulu. Sebenarnya tulang kecil yang di maksudkan adalah tulang betis, kedudukan tulang tu bersebelahan dengan tulang kering. Boleh rujuk gambar tulang kaki kat bawah ni.

Kalau tengok gambar tulang kaki di sebelah kanan, tulang betis tu kecil je. Ambe ada tanya doktor semasa buat pemeriksaan kaki baru-baru ni. Tulang betis fungsi dia tak penting sangat berbanding tulang kering, sebab peranannya kecil je untuk tampung kita berdiri dan berjalan. Kalau patah tulang betis, doktor tak sarankan untuk masuk besi. Jika patah tulang kering dan betis, doktor akan bagi lebih perhatian kepada tulang kering. Kalau tulang kering dah bersambung, inshaa'Allah tulang betis tu akan bersambung dengan sendirinya.

Dua Jenis Simen Untuk Patah Tulang

Gambar contoh.
Kebiasaannya hospital di Malaysia akan guna dua jenis simen/pembalut untuk membalut tempat yang patah. Gambar di atas sebelah kiri adalah dari jenis fiberglass, material ni ringan dan tahan lasak, kena air pun ok lagi la, cuma pihak hospital takkan bagi percuma. Nak guna simen/pembalut fiberglass ni, korang kena bayar. Harga tak berapa pasti, rasanya RM35 untuk 1 gulung. Gambar sebelah kanan adalah simen biasa, agak berat dan tak boleh kena air. Simen jenis biasa ni percuma je untuk pesakit.

Berkaitan dengan ambe balut kaki guna besi tu, harap jangan ikut, buat sakit kaki je. Kena ingat, tulang nak cepat bersambung, aliran darah kat kaki kena pastikan lancar. Kalau balut macam ambe tu, maknanya aliran darah dah tersekat, nak tengok boleh klik SINI. Kalau boleh, cuba basahkan tuala kecik dengan air panas, letak kat tempat yang patah, inshaa'Allah aliran darah ok. Tak nak pakai simen boleh je, tapi kena pastikan dulu tulang tu dah melekat atau tak bergoyang. Cubalah dulu tahan pakai simen untuk tempoh sebulan.

Tulang Kaki Bengkok

Sila abaikan parut gangster tu. Adeh..banyak betul sticker kan, jatuh saham haha. Ni contoh gambar dari ambe sendiri, kaki agak bengkok sedikit sebab buka simen dahulu. Mungkin sebab buas dan pernah tergelincir, sebab tu tulang sedikit lari. Korang boleh tengok line merah dan biru tu, ambe guna parut bekas besi area untuk jadi guideline. Ambe buka simen bukan sebab suka-suka, tapi sebab tak tahan alahan kot. Siapa pernah pakai tahulah macam mana rasanya. Tak nak pakai simen boleh je, cuma kena pandai jaga. Nak angkat tempat yang patah tu pastikan ada bantuan, tak boleh buas-buas, tak boleh banyak bergerak. Nanti cubalah sendiri lurut ikut tulang yang patah tu untuk periksa ok ke tak kedudukan tulang. 1 lagi Masa tidur, pastikan alas dengan bantal mengikut keselesaan dan cubalah jangan banyak berpusing.

Alhamdulillah setakat ni jelah yang dapat ambe kongsikan. Kalau ada kemusykilan boleh je tanya lagi =). Ada sesiapa nak bagi pendapat sendiri pun ambe alu-alukan, mungkin korang pun pernah patah kaki. Kalau nak baca entri yang lepas-lepas tentang patah tulang kaki ambe ni, boleh klik kat tab menu atas tu, klik pada ruangan "Pengalaman Istimewa". Semoga bermanfaat, wassalam..

P/s :  Kalau anda ingin tahu lebih banyak pengalaman istimewa ambe tentang patah kaki ni,
 bolehlah klik --->> SINI. Macam-macam tips dan kisah ambe kongsikan.


Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

85 comments:

  1. Assalamualaikum abang fais. Allahhuakbar, subhanallah ngeri juga tengok. Abang fais ada tatu lipan <---- ayat tu abang miza bagi kat kakak miza sebab dia kena masuk besi dalam kaki. Bila tengok gambar simen tu teringat masa miza darjah 2 ke 3 macam tu lah. Patah tangan belah kanan. Gara-gara lumba basikal dengan kawan tang selekoh pusing tajam punya. Huhuhu kenangan kanak-kanak ^_^ Semoga Allah memberikan kesembuhan buat abang fais. Sabar ya bang. Untung abang diuji oleh Allah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam =) ha3 tatu kekal dan halal tu..owhh dak buas jugak la ni ye..nsb baik xkena msuk besi..Alhamdulillah ujian tu pghapus dosa..Jazakillah khairan kathira Miza..

      Delete
  2. seriau bila baca. rasa betapa tabahnya fais nk jaga kaki tu dgn elok. bykkan bersabar eh. In Shaa Allah.. dgn izinnya boleh baik. teringat ayah penah kena simen kt tgn. ayat bodek tu yg tak tahan. hahaa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah tabah la juga =) kena jga baik2.. ha3 ok..Jazakillah khairan kathira Nina..

      Delete
  3. ni jaga sendiri ke , atau dengan bantuan mak ni ? hahaha
    sebab , abang nang dulu , kitorang yang 'tolong' jagakan...kalau dia , semua bantai , tu yang lambat sembuh tu...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dengan bantuan keluarga dan kawan =) smalah, bab makan semua ambe bantai kui3..

      Delete
  4. Macam dengar explanation dari doktor lah. Sy yg baca ni pun dah rasa sakit & takut. Orang yg alaminya sahaja tahu macam mana rasanya. Dlm famili sy xde yg patah tulang, so memang tak tahu apa2 bab tulang ni. Kalau ubat utk orthopedic tu tahulah, macam calcium lactate, alfacalcidol, bla bla...
    Bagi sy pengalaman istimewa ini sgt 'mengajar' kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak layak jd doktor =) jd pesakit boleh la..skit 2 xpasti sbb msa kena ok je..skrg jga elok2 xskit la..dak lab kn..msti pro bab2 ubat ni he3..yup betol 2..ujian driNya

      Delete
  5. waaaah, macam doctor dah. hihi. alhamdulillah setakat ni sha tak pernah alami semua ni. but good to add some extra knowledge kan. thank youu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. He3..doktor diri sndri boleh la..most welcome dik =)

      Delete
  6. dah boleh jadi doktor pakar tulang adik ni.. akak dapat pengetahuan baru lagi hari ini.. semoga cepat sembuh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe..pnasihat yg xbrdaftar tu boleh la kot kak..Amin..Jazakilllah khairan kathira kak Miza =)

      Delete
  7. Adik kita pernah remuk tulang muka coz accident...masa kena tu kita orang tak sanggup tengok. Doctor advise suruh masukkan besi..tapi kita orang tak nak..and pergi berurut dengan satu pakcik ni..Alhamdulillah sekarang dah ok semuanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah =) lg truk remuk muka..tp muka tu dia nk urut mcm mn?? skrg muka mcm asal la eh??

      Delete
  8. takutnya..serius baca pasal tulang2 nih..terhantuk benda keras sikit pun dah pengsan..kalau patah macam mana la rasanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..rsanya bersalin lg seriauuu..ibarat ptahkan 24 tulang sekaligus kak =)

      Delete
  9. bukan serius...tapi seriauu! haha

    ReplyDelete
  10. share pengalaman tu yang bagus dik, mana tahu, satu hari nanti kita pula akan terkena begini... jadi..... baguslah adik buat begini.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah kak =) share mana yg tahu je..ada orang minta tolong..

      Delete
  11. aduuuhh...sakit eihh tgok...seram ....teruk sgt ka patah kaki bro? erkk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terik tu xdelah..cuma patah tulang kering dan betis =) proses sembuh 2 yg mkan masa

      Delete
  12. pengalaman patah tulang ..rasa nyilu bila sebut pasal nie...nice sharing fais...at least boleh kongsi sesuatu dengan pembaca kan....akak doakan fais cepat sembuh....ia memerlukan kesabaran yang tinggi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. He3 akak kan dah pnh rsa =) msti thu kan..jga kaki elok2 kak..Amin..Jazakillah khairan kathira kak

      Delete
  13. Perkongsian yg bagus utk pengetahuan.. walau pun mengerikan bila tengok & baca, especially yg x pernah melaluinya mcm saya.. Semoga Fais cepat sembuh ye.. bnykkan relax2 je ye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah =) Inshaa'Allah, Amin...Jazakallah khairan kathira bro Khir

      Delete
  14. Lemah semangat cik akak mu tengok nie...
    seram betul.....
    semoga adik sentiasa diredhai kesihatannya..amin....

    Tahniah juga sebab menang t-shirt tu...
    tadi terbaca kat blog t-shirt mudah tu...hihi...
    ada mini giveaway baru :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. He3 rsanya xngeri pn kak :p Amin.. Alhamdulillah, Terima kasih kak =) Jazakillah khairan kathira

      Delete
  15. huish.. tapi, tulang lambat nak sembuh kan.. banyakkan calcium ya!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tahan juga mkn masa..OKeh =) Jazakillah khiran kathira Zizie..

      Delete
  16. haii dokter hahahha wekkk...alololo shian lak tgk bro ni ..jgn buas2 sangt tau ! get well soon yoyoyo .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..doktor?? Inshaa'Allah =) Amin...Jazakillah khairan kathira Ain..

      Delete
  17. Mcm baca blog doktor pakar tulang pula. Hehe good info ! Lame x singgah ^__^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe =) bg info je..Acane study?? hope ok je..

      Delete
  18. Salam.

    Fais..akak cuba faham, tapi tetap tak faham (-_-) Sebab, memang tak pernah ada pengalaman pth kaki, dalam family pun takda pula yg pth2 melainkan pakcik eksiden baru2 ni..tpi tu pn takda patah2.

    Skrg ni, mksd fais..ada dua pilihan ea? samada nak masukkan besi atau simen, gitu eh?? Tapi fais ada pakai simen jugak kan..sbb ada sebut kt ats, simen dah bukak dulu?

    Eh, pening jap,hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam kak =) tang mana tak faham 2?? meh nk xplain hehe.. plihan 2 terpulang pd pesakit..yg sy kongsi ni cuma jawapan bg soalan kt atas tu..yup pernah..Hahaha..ok2 jgn pning XD

      Delete
  19. Wsalam. Feuhhhh. Ngeri nyeee. Huu. Mesti sakit kan bro faisss. Tapi, xpe, bro faiss kuat kannnn. Stakat ni nis penah terseliuh tangan laaaa. tu pun ya Rabbi, waktu nak gi ngurut, menangis2 sakit tauuu. T______T

    Semoga cepat sembuhhhhhhhhhhhh. Aminnnnn.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkmslam =) skit tu time tergelincir jelah kot..ha3, manja btol smpai nges2 :p Amin..Jazakillah khairan kathira Nies

      Delete
  20. Abah pyka pon arituh kena pakai simen jugak . Tapi kat tangan la cos tangan dia patah . Tapi dia tak tahan pakai simen , mmng alahan . Kdg2 tuh gatal2 je . So dia buang sndiri sblom smpai tarikh . Skrang pon tngan dia still duk rase lagi skit2 . Wahh bro dah doktor pakar plak pyka tgk . Hehe

    ReplyDelete
  21. alhamdulillah dari pengalaman fais dapat bantu org lain serba sedikit. akak masih rasa seriau bila tgk kaki fais tuh. ngilu sgt

    ReplyDelete
  22. adoila ..mntak dijauhkan la dr patah ape2 pn.. heeeee...

    ReplyDelete
  23. salam faiz.....
    bila baca entry nie....sue rasa lebih menghargai kaki sue...hehe

    ReplyDelete
  24. Salam fais..takutnya...wanie pernah je xcident, tapi takdelah sampai patah-patah ni..tu pun dah sakit sangat rasanya..tapi ni mesti lagi sakit kan...Semoga cepat sembuh ye..
    P/S : Sabarlah..sakit itu penghapus dosa..:)

    ReplyDelete
  25. aaaaaa...macam takut tengok kaki fais
    mcm kaki ayah yumida dulu lepas accident
    mcm ni la rupa dia..ade bekas tebuk
    ada effect lepas accident tu, ayah xleh jln secara normal, agak sedikit tempang

    bahagian siku hb yumida pun ade dimasukkan besi, x blh angkat benda berat
    aah mcm yg fais cakap..parut siku hb mcm gengster..hehehehe

    moga fais n feifi cepat sembuh

    ReplyDelete
  26. banyak manfaat dari blog pengalaman fais ni...dapat share tips dan jagaan tentang patah tulang ni kan...Alhamdulillah..

    ReplyDelete
  27. pengalaman bro dah boleh jadi panduan buat mereka yang senasib..semoga cepat sembuh ye bro..terus amalkan tip dan nasihat tu :)
    Tutorial Pasang Design Sendiri Pada Baju

    ReplyDelete
  28. aduh laa bakpo g kugha kaki tuh..buas sungguh laa..cepat sembuh deh

    ReplyDelete
  29. huisshh seriau betoi patah² tulang ni..apa pun harap ok spt biasa nt...amin..:)

    ReplyDelete
  30. Seriaunya kalau patah tulang....Nice sharing Fais

    ReplyDelete
  31. ngeri pulak dengar.. mudah-mudahan cepat sembuh ye. ;)

    ReplyDelete
  32. Ooo mcm tu ker tun doktor... ermmm terima kasih yer berkongsi tip ni...manalah tahu klu suatu hari nanti terkena pada ida atau kaum kerabat ida boleh juga rujuk kat sini

    ReplyDelete
  33. tips yang bermanfaat. patut la.. berpengalaan rupanya.. hihi.. btw, nice sharing :)

    ReplyDelete
  34. perkongsian yg bagus.. psal parut gangster tu jgn risau. bakkat orang kampung gua, "chicks dig scars".. hahah

    ReplyDelete
  35. pesakit tu kawan saya :D .. siann dia... nakal sngt dia tu.. hekhekk fiee fiee

    ReplyDelete
  36. saya pernah patah tangan semasa main bola sepak..sampai sekarang xblh lakukan kerja berat

    ReplyDelete
  37. moga cepat sembuh

    ReplyDelete
  38. aduhai, x leh nak baca sgt, KA rasa ngilu sgt hehehe.. neway dah done clik3 nuffnag yer

    ReplyDelete
  39. Salamz..orang laki kalu tadak parut lom cukup jantan..kata org dedulu la...menarik gak tips fais ni...dh leh jd doktot...
    Cheq.art ada gak nk kongsi skit..bukan pandai pon ..cuma ilmu ngn pengalaman orang len..Cheq.Art pernah berborak dengan Dr. dan juga pernah la ikut program² kesihatan ni...seorang Dr. Pakar ni pernah share ..kata nya ..badan kita merupakan penyembuh yang berbaik tuhan dh ciptakan...sebagai contoh..bila patah pergi hospital habih kuat Dr. bg ubat tahan sakit ja..ubat nak sambung tulang mana ada..sbb tulang akan cantum sendiri cumanya kena boh besi atau simen untuk betulkan kedudukan supaya bila time tulang nk sambung nanti tadak la buat terlebih ka herot ka..
    Jd bila kata badan adalah penyembuh(tukang/doktot) yang terbaik juga perlukan bahan gak..kalau tak camna nak buat kija...so bahan/ubat yang terbaik adalah kalsium magnesium..kalau lam badan kita kalsium kurang so lambat la tulang nk cantum kalu kalsium banyak laju la dia cantum...serupa minyak keta la..kalu sikit kita bawak slow..kalau minyak byk kita perderas supaya cepat sampai...heheh..tu la serba skit yang nak kongsi pon..kalu salah maklumat tang memana tlg tegur..tq

    http://celotehcheq-artz.blogspot.com/

    ReplyDelete
  40. Teruskan dengan entri seperti ini... Semoga cepat sembuh!

    p/s: permintaan anda utk di review telah ditunaikan : http://relakssminda.blogspot.com/2013/09/assalamualaikum.html

    ReplyDelete
  41. err... ngeri pulak deno... baca pun dah rasa seram. insyaallah, semoga cepat sembuh ya fais :)

    ReplyDelete
  42. oooo mcm tu yer.sy pun tau bab2 ni.kiranyer tulang kecik tu boleh smbung balik lah yer..igt kan same jugak mcm tulang kering tu...gud info nih :)
    semoga cepat sembuh bro :)

    ReplyDelete
  43. takutnye tengok.. semoga cepat sembuh... aefa slalu tgk org guna yg simen biasa tu je. tu pon penuh gn tnda tgan hihi

    ReplyDelete
  44. jengjengjeng..dtg lg
    Jemput join fais & menangi hadiah bernilai RM550
    Giveaway Butik Comel Collection

    ReplyDelete
  45. Perkongsian yang baik. Moga cepat sembuh ya Fais.

    ReplyDelete
  46. Nasib kaki aku exident ari tu bengkak je x patah tulang.

    ReplyDelete
  47. wah..dah tukar kerjaya adik fais kita ni yer?tqvm info ni...

    ReplyDelete
  48. Sakit patah tulang ni..menderita klu nk ke toilet..

    ReplyDelete
  49. Untuk makluman harga satu balutan simen jenis fiber RM100-RM150, bukan RM35. Memang terlalu mahal tapi tahan lasak dan nak buka pun terpaksa guna mesin

    ReplyDelete
  50. Salam. Ada yang tahu berapa kos pasang besi bg patah tulang betis kt hospital kerajaan?

    ReplyDelete
  51. camne if dia balut pki fiber pastu x balance.. maksud saya bila pijak x rata tapak kaki tu.. ada effect x?

    ReplyDelete
  52. Assalam . Wahhh .Mnariknya pengalaman tuan .. Walaupun saya tak ada pengalaman patah kaki atau tulang , tetapi ada sedikit Cara Mengatasi Tulang Patah Dengan Selamat yang boleh saya kongsikan dengan semua .Sesiapa yang ada masalah tulang patah ini , janganlah segan segan untuk whatsapp saya (+60107096284) untuk menyembuhkan tulang anda dengan cepat dan selamat.

    ReplyDelete
  53. Assalam . Wahhh .Mnariknya pengalaman tuan .. Walaupun saya tak ada pengalaman patah kaki atau tulang , tetapi ada sedikit Cara Mengatasi Tulang Patah Dengan Selamat yang boleh saya kongsikan dengan semua .Sesiapa yang ada masalah tulang patah ini , janganlah segan segan untuk whatsapp saya (+60107096284) untuk menyembuhkan tulang anda dengan cepat dan selamat.

    ReplyDelete
  54. Assalammualaikum.faiz,tumpang tnye.saya mengalami kemalangan jalan raya.disebabkan itu jari kaki kiri saya patah 4.saya sudah dptkn rawatan doctor.mereka memasukkan besi untuk menyandal tulang agar tidak berlari.persoalan sya skrg.bilakah jangka masa untuk pulih.yg kedua saya perlu berpantang jenis mknan ape yg boleh sya makan.terima kasih.

    ReplyDelete
  55. Assalammualaikum.faiz,tumpang tnye.saya mengalami kemalangan jalan raya.disebabkan itu jari kaki kiri saya patah 4.saya sudah dptkn rawatan doctor.mereka memasukkan besi untuk menyandal tulang agar tidak berlari.persoalan sya skrg.bilakah jangka masa untuk pulih.yg kedua saya perlu berpantang jenis mknan ape yg boleh sya makan.terima kasih.

    ReplyDelete
  56. assalamualaikum. baru2 ni sy eccident dgn van. sy punya tulang betis patah dktor kata ini fibula fracture. boleh sy tau selalunya lama mna boleh sembuh sbb sy ada kena attend kelas dan exam. sbb sy nak extend sayang pulak sbb umur makin meningkat

    ReplyDelete
  57. Terima kasih perkongsian. jenuh juga bila lama sangat bersimen.

    ReplyDelete
  58. Serious ingatkan doktor tadi. Cara explain pasal tulang patah tu macam expert dah. hehe.

    ReplyDelete
  59. wow detail sungguh penjelasan u..Saya ada pengalaman jaga suami yang patah tulang, suami exciden patah tulang pinggul.Pergerakan memang terbatas, berkerusi roda, sampaikan mandi dan buang hajat pun saya yang urus hampir 6 bulan terlantar,
    Alhamdullilah akhirnya kini suami sudahsembuh dari patah tulang sepenuhnya

    ReplyDelete
  60. Tulang betis anak lelaki saya berumur 3tahun patah. Patah 2 tapi xterkeluar(masih dengan tulang asalso xperlu operation). Anggaran doktor pakai simen fiber dalam 6-7 minggu. Bole bagi tips penjagaan simen fiber sbb kalau basah terkena air ia berbau macam stokin lembab.

    ReplyDelete