Fais-SKA

Thursday 12 September 2013

Drama Pendek Dunia Lola

بسم الله الرحمن الرحيم

Dunia Lola

Terasa berbunga-bunga dan ceria je entri kali ni haha . Sebenarnya ni perkongsian untuk korang juga =). Pernah tengok drama pendek Dunia Lola??. Kalau tak pernah dan ingin menonton drama ni, ambe akan share link di akhir entri nanti. Korang boleh la download atau tengok online je. Dunia Lola adalah drama pendek dalam rancangan Hijabista di Astro Ria pada bulan Mei baru-baru ni. Slot drama Dunia Lola ni tak sampai pun 10 minit dan hanya 13 episod. Terkilan jugak sebab 13 episod je, lagipun jalan cerita akhir drama ni agak tergantung. Hampir sebulan ambe menunggu next episod, last-last check baru tahu ada 13 episod je =.="


Kisah Seorang Blogger

Apa yang bestnya, drama ni mengisahkan tentang seorang blogger dan pelakon utamanya pun seorang blogger (Nur Amirah Filzah). Blogger ni pernah direview oleh blogger bro Hasrul Hassan di blognya. Ambe terjebak tengok drama ni sebab adik yang bagitahu, kebetulan masa tu menunggu waktu berbuka di bulan Ramadhan. Drama ni bagi ambe best, sebab selain bercerita tentang tips-tips (Hijab dan Sunsilk) untuk remaja perempuan, ada juga selit kisah kehidupan keluarga, kawan dan pelajarannya sendiri. Ada pengajaran dalam drama ni, antaranya.. keputusan exem Lola merosot teruk sebab terlalu fokus pada blog, salah faham dengan kawan, krisis dengan teman lelaki dan banyak lagi la.


Gambar kat atas ni adalah barisan pelakon Dunia Lola, pasti korang pernah tengok kan??. Alhamdulillah sejuk je mata kalau tengok drama ni, lagipun semua wanita berhijab. Ni lah di katakan rezeki seorang blogger, bila dah berhijab pasti rezeki bertambah murah. Tapi ada je golongan manusia kat luar sana yang tak puas hati, ambe baca komen-komen negative kat YouTube pun dah tergelak, memang susahlah nak puaskan hati semua orang. Apa pun fikir positive jelah, semoga terus sukses Bloggers Malaysia =). Setakat ni jelah perkongsian ambe dengan korang/pembaca, nak tahu lebih lanjut boleh la ke blog Nur Amirah Filzah sendiri. Wassalam..

Seperti dijanjikan, ambe kongsi link episod Dunia Lola kat sini ~> 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10, 11, 12, 13



Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

46 comments:

  1. cik akak ada tengok...best kali jak slot citer nie..:)

    ReplyDelete
  2. Wahh macam menarik. Nanti nak download la. Kan ada 3 hari cuti ^_^ kehkehkeh boleh curi masa sikit ambil iktibar dan teladan. :D Jazakallah khairan kathiran abang fais :)

    ReplyDelete
  3. ohh...ni..pernah tgok jugak..tapi sekali ja...mengantuk tgok..haha!

    ReplyDelete
  4. Wahh..macam best..nak tengok juga la nanti..:D

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. he3..yeke?? nk tgok boleh klik link kt atas.. =)

      Delete
  6. Sy ada tengok. Tp part yg ayah dia kena panggil ngn lecturer tu mcm kelakar jer. Kat univ mana ada parents kena panggil kalau result exam merosot. Biasanya sendiri tanggung lah kalau result teruk. Tp basically sy suka tgok sebab byk info hijab yg boleh dikongsi, yg penting berhijab mgikut shariat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin sbb result truk sgt kot..sbb 2 kena panggil =)

      Delete
  7. pun tak pernah tengok... best ker?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok la..not bad :D minat tgok sbb kisah dia tentang blog..bab2 tudung xlayan pun ha3..

      Delete
  8. akak tak pernah tengok lagi..xda astro...

    ReplyDelete
  9. syuk tak tengok pun.. camner cerita dia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kisah blog sparuh..fesyen sparuh..kena tgok la bru thu =)

      Delete
  10. dunia lola xprnh tgk, kalo lola yg satu lg tu sllu tgk.. ^^

    p/s:
    bersin pagi tanda resdung? ye meh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. lola mexican 2 ke?? ha3, yup ptanda gak 2..kalau kerap sgt la.. =)

      Delete
  11. kita tak pernah follow cerita ni tapi kita pernah addicted dekat drama Lola kat tv3 last time...mexican movie kot...comel lola tu..

    ReplyDelete
  12. x penah tgk pun cite nie .. bkn stakat xpenah tgk, x penah tau pun..huhuhu. sgt ketinggalan zaman.

    ReplyDelete
  13. rumah akak takde astro juga.. insya-Allah kalau line internet akak ok boleh akak buka link tu, nak tengok juga apa yang best sangat tu.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insha'Allah kak =) best ke x??..he3, terpulang pada individu kak..xberani nak kata utk semua orang..

      Delete
  14. salam fais,owh comelnya lola tu!!!

    owh kak lea familiar nama blogger ni,femes!nanti line ok kak lea klik link fais bagi tu,ye.

    p/s--> kak lea dah lama stop astro nak bagi anak2 tak ketagih tengok tv.syukur dorang dah fokus study.kalau tengok pun kadang2,masa pergi rumah mak atau abah he3...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bonus bg dia kak =)..owhhh..tp bkan ke astro bgus?? kn ada siaran pndidikan..jgn p sna kak..bhya..seram..ha3..

      Delete
  15. wah² tak penah tgk sbb takde astro..huhu xpe pasni boleh tgk sbb dh ada link tuh..:)

    ReplyDelete
  16. Replies
    1. xdelah Nad =) bulan mei ritu lg..ambe thu pn bln ramadhan bru2 ni..

      Delete
  17. deno pernah tengok sekali dunia lola ni.. :)

    ReplyDelete
  18. wah.. layan jugak ke? ingatkan lelaki xlayan citer camtu.. hihi. btw, xpenah tengok lagii citer ni.. haa.. ni 3 hari cuti, so dapat la luangkan masa tengok citer ni.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha3..lelaki xleh layan ke?? layan on9 je =) lgpn sal blogger..nk thu jugak..

      Delete
  19. waaa macam menarik
    tapi ain jarang tengok tb
    selalu hadap laptop je memanjang
    hikhik

    ReplyDelete
  20. mcm best je faiz..kak zara tak tau pun..hehehe

    ReplyDelete
  21. tak pernah tengok...nanti line wifi da ok..baru la sy terjah k hee :)

    ReplyDelete
  22. hebat bro ni..lyan smpi hbis..hehe

    ReplyDelete
  23. eiqa ada nmpak entry nie semalam..
    cuma x sempat nk terjah ajee, ehhee
    Tengok tengokk.!!!
    eiqa pun ade apply kat Hijabista tu..
    Apply ape.?? jeng jeng jeng, ahha :P
    Suka tengok sebab semua bertudung, cantik pulak tuu :P

    ReplyDelete
  24. Nis tak pernah tengok ponnn. Huuuu. Nanti lelepas ni leh la tgk sbb ada link dah awak bg. Hehehe.

    ReplyDelete
  25. maceh sbb share link tu
    leh marathon la mlm ni kui3~

    ReplyDelete
  26. jarang tgok tv..so,xtau pon ade drma ni..huuu ;p

    ReplyDelete
  27. mun pernah tengok..best jgak :)

    ReplyDelete
  28. Laaa..blogger jgk rupanya beliau.. tgk jgk kejap2..

    ReplyDelete
  29. Ok dah terjah blog beliau..ala2 blog Fatin Liyana gitu..

    ReplyDelete
  30. tak pernah lg tgk tp blog dia simple dan orgnya cantik :)

    ReplyDelete
  31. Memang tak pernah tengoklah sebab disiarkan dalam Astro. Tak ada Astro.

    ReplyDelete
  32. sy xtgk lagi cite nih.. nnti esok blh la tgk sbb kelas xde..hahaxD

    ReplyDelete