Fais-SKA

Showing posts with label Santapan Rohani. Show all posts
Showing posts with label Santapan Rohani. Show all posts

Friday, 1 November 2013

Jenis-Jenis Hati Manusia Menurut Islam

بسم الله الرحمن الرحيم

Pasti diantara kita semua bila keluar je nak kelihatan cantik dan kemas. Tapi itu semua cantik luaran semata-mata. Bagaimana pula dengan dalaman? Bagaimana pula dengan kecantikan hati kita? Bagaimana pula dengan pandangan Allah kepada kita?. Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa paras dan luaran kamu, tetapi Dia melihat hati kamu. Saidina Ali r.a berkata: "Bekas-bekas Allah di dalam dunia ini adalah hati". Hati adalah tempat turunnya rahmat dan ilmu pengetahuan. Para ulama' membahagikan hati kepada 4 bahagian. 

4 Jenis Hati Manusia Menurut Islam.



1~ Hati yang tercemar dengan kekotoran.
Hati yang di dalamnya terdapat kekotoran seperti sifat hasad, sombong, bohong dan sebagainya. Apabila turun rahmat dan ilmu ke dalam hati ini, tercemarlah rahmat tersebut oleh kekotoran yang ada di dalam hati itu. Seperti yang disebut Allah s.w.t: "Tidakkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhan mereka dan disesatkan oleh Allah dengan ilmu mereka". Ilmu tetap masuk, tetapi kerana setitis hawa nafsu, ianya dapat mencemarkan selautan ilmu. Inilah perumpamaan bagi hati yang dicemari oleh kekotoran.

2~ Hati yang pecah.
Hati yang pecah adalah hati manusia yang melakukan maksiat. Setiap kali dia melakukan kebaikan, dia akan melakukan maksiat selepas itu. Hadir majlis ilmu di masjid, tetapi bila keluar dari majlis terus mengumpat orang lain. Berzikir dan solat, tetapi tidak menjaga pandangan dan batas pergaulan. Maka tidak sempat pun rahmat yang diturunkan oleh Allah kekal di dalam hatinya melainkan ianya keluar disebabkan maksiat yang dilakukan. 

3~ Hati yang tertutup.
Hati yang tertutup adalah amat bahaya bagi manusia. Bagaimana rahmat Allah nak masuk kedalam hati kita jika ianya tertutup. Hati yang tertutup ini adalah sifat manusia yang suka membangkang. Membangkang Allah, membangkang orang-orang yang soleh dan apabila dia menghadiri satu majlis yang baik, dia akan mencari kesalahan orang. Seperti yang disebut Rasulullah s.a.w: "Empat golongan yang tidak diampunkan dosanya pada bulan Ramadhan, antaranya adalah dosa derhaka kepada ibu bapa, peminum arak, dua orang yang bermusuh dan yang memutuskan silaturrahim. Maka memang tidak akan masuk rahmat ke dalam hatinya.

4~ Hati yang suci.
Harap hati kita semua jenis hati yang ke-4 ni. Hati yang jernih, bersih dan menerima rahmat dari Allah. Hati yang suci ini, jika diisi dengan majlis ilmu, berzikir dan solat maka penuhlah ia dengan rahmat Allah.

Hati ibarat bekas kosong dan rahmat Allah ibarat air, jika elok bekasnya maka eloknya air yang terkandung di dalam bekas, sama-samalah kita merawat hati, harap hati kita semua adalah jenis yang ke-4, tepuk dada tanya iman. Hati adalah organ besar yang terpenting kepada manusia, elok hati, maka sihatlah tubuh badan kita.

6 Cara Merawat Hati Manusia Menurut Islam.

  1. Banyakkan bertaubat.
  2. Membaca Al-Qur'an serta amalkannya.
  3. Jalinkan ukhwah antara manusia.
  4. Perbanyakkan solat malam.
  5. Perbanyakkan puasa sunat.
  6. Banyakkan berzikir.

13 Perkara Yang Menenangkan Hati.

  1. Mengerjakan Solat Wajib di awal waktu.
  2. Mengerjakan solat sunat.
  3. Bersedekah dengan hati yang ikhlas.
  4. Berzikir.
  5. Menolong orang yang susah.
  6. Beriktikaf di dalam masjid.
  7. Mendengar ceramah agama.
  8. Membaca Al-Qur'an dan memahami isinya.
  9. Berpuasa sunat.
  10. Menolong ibu bapa.
  11. Memaafkan orang lain dan meminta maaf jika ada kesalahan.
  12. Mendoakan kesejahteraan semua orang.
  13. Bersangka baik sesama makhluk.

P/s: Salam Jumaat, inshaa'Allah semoga perkongsian ambe ni bermanfaat la kepada semua. Apa yang dikongsikan di atas adalah dari tazkirah yang ambe dengar daripada Ustaz Habib Mohammad Alsaggaf. Yang baik sama-samalah kita ambil dan yang buruk kita buang jauh-jauh. Wassalam =)

Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Tuesday, 29 October 2013

Motivasi Pagi - Adab Rasulullah Bangun Dari Tidur

بسم الله الرحمن الرحيم

Astaghfirullah for yesterday, Alhamdulillah for today and Inshaa'Allah for tomorrow

Tidur Itu Hikmah Dari Allah.

Tidur merupakan hikmah dari Allah, dengannya kita dapat  ketenangan, merehatkan badan, mencergaskan fizikal dan mental. Rasulullah mengangkat darjat tidur dari hanya sebuah tabiat manusia  kepada ibadah dan muamalah kepada Allah. Tidur ialah ibadah jika disertakan dengan niat taqwa dalam mentaati Allah. Rasulullah bersabda: "Tidurlah sebentar sebelum masuk waktu zuhur, sesungguhnya syaitan tidak melakukannya".

Adab Rasulullah Bangun Dari Tidur.

Doa bangun dari tidur. 
1~ Rasulullah bangun sebelum masuk waktu subuh.
2~ Rasulullah menyapu mukanya dengan tangan, iaitu menyapu kesan tidur dari wajahnya.
3~ Rasulullah akan mengingati Allah dengan menzahirkan rasa syukur dan membaca doa bangun tidur.
4~ Rasulullah akan segera berwudhuk dan mengerjakan solat sunat/wajib.

Rasulullah bagitahu kepada kita bahawa syaitan mengikat kepala manusia dengan 3 simpulan semasa tidur.
1~ Apabila manusia bangun dan mengingati Allah, maka terlepas 1 simpulan.
2~ Apabila manusia berwudhuk, maka terlepas 1 simpulan.
3~ Apabila manusia bersolat, maka terlepas 1 simpulan.

Maka dengan itu, jika manusia tidak melakukan 3 perkara di atas, dia bangun dalam keadaan yang tidak baik. Apabila terlepas kesemua simpulan, manusia bangun dalam keadaan yang baik. Maka dia menjalani kehidupan sehariannya dengan bahagia dan penuh keberkatan.
-: Perkongsian dari tazkirah Ustaz Habib Mohammed Alsaggaf.

P/s: Ringkas jekan adab Rasulullah bangun dari tidur. Mustahil la kalau kita tak dapat ikut adab Rasulullah ni. Mulakan hari anda dengan rasa syukur dan positif, semoga bermanfaat. Wassalam =).


Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Friday, 25 October 2013

Hari Jumaat Yang Indah Dan Penuh Barakah

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam Jumaat dari SKA, alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk merasai nikmat hari Jumaat yang mulia ni. Sekarang dah masuk musim hujan rahmat, ada sesetengah kawasan dah dinaiki air. Harap jagalah kesihatan masing-masing dan banyakkan bersyukur, semoga Allah melindungi kita semua..Inshaa'Allah.


Kelebihan Hari Jumaat Yang Tak Terhingga.


Bagaimanakah nak jadikan setiap langkah anda sama dengan ibadah setahun berpuasa dan bersolat??.
Ramai di antara kita menunggu nikmat ganjaran dan pahala yang besar hanya dari bulan Ramadhan serta menunggu malam Lailatul-Qadar. Namun ada satu hari yang mana Allah meletakkan segala kebaikan untuk setahun padanya. Ia adalah hari Jumaat, penghulu segala hari. Sabda Rasulullah s.a.w: "Sebaik-baik hari yang diterbitkan matahari adalah hari Jumaat". Hari Jumaat telah dikhaskan kepada umat islam dengan penuh kebaikan, malah lebih baik dari bulan Ramadhan dan 10 malam terakhirnya. Sabda Rasulullah s.a.w: "Barangsiapa yang mandi, keluar awal berjalan kaki dan tidak menunggang. Kemudian menghampiri imam dan mendengar khutbah, maka pada setiap langkahnya, dia dikurniakan ganjaran berpuasa dan solat selama setahun". Subhanallah, siapa yang taknak kan ganjaran yang sebegini besar. Begitulah apa yang disimpulkan tentang etika dan adab-adab yang boleh diamalkan pada hari Jumaat.

Adab Bersedia Menyambut Hari Jumaat.


  1. Mandi, sesetengah ulama' mewajibkannya kerana Rasulullah s.a.w bersabda: "Mandi Jumaat adalah wajib kepada mereka yang baligh". Iaitu wajib keatas setiap orang yang baligh.
  2. Memakai dan menyimpan pakaian yang terbaik untuk hari Jumaat. Sudah tentulah yang terbaik adalah pakaian yang berwarna putih. Ia adalah sunnah kerana Rasulullah sukakan warna putih.
  3. Memakai wangi-wangian seperti minyak atar dan haruman-haruman lain. 
  4. Memotong kuku dan mencukur atau menggunting bulu yang dibolehkan.
  5. Melumurkan badan dengan losyen ataupun krim.

Inshaa'Allah..jika 5 adab ini kita amalkan, maka kita telah mengamalkan sunnah Rasulullah pada hari Jumaat.

Adab Keluar Ke Masjid.


  1. Berjalan selagi mampu jika masjid berdekatan. Ataupun boleh memandu kemudian berjalan dari keretanya ke masjid. Ianya akan dihitung dan inshaa'Allah akan mendapat ganjaran dari Allah.
  2. Keluar awal dan masuk ke dalam masjid sebelum imam berada di mimbar. Rasulullah s.a.w bersabda: "Di setiap pintu masjid ada Malaikat yang menulis nama mereka yang memasuki masjid mengikut urutan. Ketika imam naik keatas mimbar, Malaikat akan menutup lembaran nama itu untuk mendengar khutbah".
  3. Menunaikan solat sunat tahiyyatul masjid. Rasulullah mengarahkan supaya kita tidak duduk sebelum menunaikan solat sunat tahiyyatul masjid. Walaupun khatib tengah membaca khutbah sekalipun, kita tetap disunatkan untuk menunaikan solat sunat tahiyyatul masjid.
  4. Sunat untuk duduk berhampiran imam. Rasulullah s.a.w bersabda: "Baginda mendekati imam lalu mendengar khutbahnya".
  5. Memberi perhatian kepada khutbah yang disampaikan. Kalau kita tengok sekarang, ramai yang tidur dan bermain handphone ketika khutbah disampaikan dan secara automatik mereka yang lalai ni akan terlepas ganjaran besar yang diberikan kepada mereka yang mendengar khutbah. Rasulullah s.a.w bersabda: "Barangsiapa menggerakkan batu dan bercakap-cakap ketika mendengar khutbah, maka dia telah melakukan perkara yang sia-sia. Barangsiapa yang melakukan perkara yang sia-sia, maka tiadalah pahala Jumaat untuknya".

Amalan Pada Hari Jumaat & Malam Sebelumnya.


  1. Membaca surah Al-Kahfi, Rasulullah s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang membaca surah Al-Kahfi  di hari Jumaat, dia akan disinari cahaya sehingga hari Jumaat yang seterusnya". Ia juga akan melindungi kita daripada fitnah Dajjal.
  2. Perbanyakkan selawat kepada Rasulullah s.a.w.. Rasulullah bersabda: "Banyakkanlah berselawat kepadaku di hari Jumaat dan malam sebelumnya". Jika kita berselawat kepada Rasulullah s.a.w sekali, Allah akan berselawat kepada baginda sebanyak 10 kali. Selawat dari Allah adalah rahmat.
  3. Banyakkan berdoa dan menunggu saat doa dimakbulkan. Rasulullah s.a.w bersabda: "Terdapat satu masa di hari Jumaat, jika seseorang muslim berdoa, doanya pasti akan dimakbulkan oleh Allah". Kebanyakan para ulama dan para sahabat Rasulullah s.a.w mengatakan bahawa saat doa dimakbulkan adalah ketika matahari mula terbenam (senja).
Pupuklah rasa mahabbah kita kepada Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w, agar kita sentiasa menjadi hamba yang bertaqwa dan mengikut sunnah Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah setakat ni jelah ambe dapat kongsikan serba ringkas dengan pembaca, apa yang ambe kongsikan di sini adalah dari tazkirah dari Ustaz Habib Mohammed Alsaggaf. Tazkirah yang disampai beliau sangat bermanfaat untuk kita dengar dan ambil pengajaran. Semoga ape yang ambe kongsikan di atas bermanfaat kepada semua, inshaa'Allah. Salam Jumaat, wassalam =)


Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Thursday, 24 October 2013

Motivasi Pagi - Lebihkan Senyuman

بسم الله الرحمن الرحيم


Salam dari SKA dan selamat pagi semua. Semoga hari ini memberi kecerian kepada kita semua, inshaa'Allah. Nak rezeki murah tak?? Kalau nak, sentiasalah ukirkan senyuman, kan senyum itu sedekah. Lebihkan senyuman dan kurangkan ketawa, itu lebih baik kerana ketawa yang banyak akan mematikan hati, Rasulullah pun pernah tegur. Rasulullah SAW bersabda: “Janganlah engkau memperbanyak ketawa, kerana sesungguhnya banyak tertawa akan mematikan hati”. Dalam hadis yang lain pula, Aisyah r.a bercerita, “Tidak pernah aku melihat Rasulullah s.a.w tertawa terbahak-bahak sehingga kelihatan batas kerongkongannya. Akan tetapi tertawa beliau adalah dengan tersenyum.” (Hadits Riwayat Al-Bukhari).

Senyum Itu Sunnah Rasulullah s.a.w


Rasulullah s.a.w merupakan insan yang sentiasa senyum kepada sahabat-sahabatnya, malah kepada sesiapa sahaja yang Rasulullah jumpa. Baginda takkan berkata-kata tanpa senyuman, begitulah kehidupan Rasulullah s.a.w. Jika Rasulullah s.a.w tersenyum, maka bersinarlah wajahnya sehingga menerangi di sekelilingnya, subhanallah kan. Dari Jarir r.a berkata: "Sejak aku memeluk islam, Rasulullah tidak pernah membelakangkan aku dan sentiasa tersenyum kepada ku. Rasulullah juga disenangi kerana sifat baginda yang sentiasa tersenyum tidak kira dalam apa masalah sekalipun. Allah berfirman: Katakanlah: "Jika kamu benar-benar cintai Allah, ikutilah aku. Nescaya Allah akan mengasihimu". (Ali-Imran : 31)

Kelebihan Senyuman



1~ Dapat pahala ibadah kerana senyum itu sedekah dan sunnah Rasulullah.
2~ Memberi kelebihan kepada badan dan minda.
3~ Mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dan pelbagai penyakit jantung.
4~ Membawa kepada anda satu perubahan yang positif
5~ Mudah didekati oleh masyarakat dan sabahat.
6~ Tidak mengurangkan nilai insan bahkan menambahkannya.
7~ Dapat menambah keyakinan diri.
8~ Memupuk kreativiti.
9~ Membina sifat keikhlasan dalam diri.

P/S: Senyum sokmo deh, mulakan hari anda dengan senyuman, kalau boleh biarlah ikhlas dan nampak gigi tu, hehe barulah comel =) semoga bermanfaat di pagi hari, inshaa'Allah. Wassalam.


Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Tuesday, 22 October 2013

Motivasi Pagi - Cepatnya Masa Berlalu

بسم الله الرحمن الرحيم

Astaghfirullah for yesterday, Alhamdulillah for today and Inshaa'Allah for tomorrow

Salam 17 Zulhijjah, harap anda semua dalam keadaan sihat sejahtera, inshaa'Allah. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk berblogging, fuhhh..lama pula tak layan blog SKA ni. Cepat betul masa berlalu, dah seminggu lebih tak terbitkan sebarang entri dan blogwalking, inshaa'Allah lepas ni kembali berblogging dan blogwalking seperti biasa. Minggu lepas ambe banyak habiskan masa dengan keluarga, sekarang rumah pun dah kembali sunyi. Nikmat betul bila dapat bersama keluarga yang balik bercuti di kampung. Alangkah seronoknya kalau masa boleh diundur dan diberhetikan, pasti manusia ni banyak je masa yang terluang.

Cerita bab masa ni, memang tak logiklah kan kalau masa tu boleh diundur atau diberhentikan. Memandangkan pergerakan ambe terbatas dan kaki tak sihat sepenuhnya lagi, masa banyak dihabiskan dengan keluarga. Alhamdulillah, kadang-kadang sakit ni memang ada banyak hikmah. Kalau nak dibandingkan dengan rutin ambe sebelum ni yang banyak fokus pada kerja, kelab dan berkonvoi. Masa yang ada sekarang ni memang bermakna untuk ambe muhasabah diri dan bersama keluarga. Kadang-kadang terkenang masa lalu yang banyak boleh dijadikan pengajaran, masa yang ada sekarang alhamdulillah, ujian tu penghapus dosa bagi diri dan masa hadapan pula, ishaa'Allah sama-sama kita cuba dapatkan yang terbaik.
Masa itu emas dan sangat berharga, hargailah masa yang ada dengan melakukan aktiviti berfaedah dan amalan kebaikan.

Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
Maksudnya: ''Hari kiamat tidak akan terjadi sehinggalah berlaku peredaran yang terlalu singkat umpama setahun bagaikan sebulan, sebulan bagaikan seminggu, seminggu bagaikan sehari, sehari bagaikan sejam dan sejam bagaikan sekelip mata. - Riwayat Ahmad
Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:
Maksudnya: "Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran. - [al-‘Ashr 103:1-3]
"Laksanakan segera amal soleh karana tujuh hal: sebelum datang kemiskinan yang membuatkan kamu lupa, kekayaan yang menyesatkan, penyakit yang membinasakan, ketuaan yang melumpuhkan, kematian yang mendadak, kemunculan dajal sebagai makhluk terjahat yang sentiasa mengintip dan datangnya kiamat yang sangat mengerikan." (HR Tirmidzi).

P/s: Ambe nak ucapkan tahniah kepada para jemaah haji dari Malaysia yang berpeluang mengerjakan haji baru-baru ni. Semoga Allah limpahkan rahmatNya kepada mereka semua, inshaa'Allah dapat haji yang mabrur..Amin Ya Allah. Semoga bermanfaat =) Wassalam..


Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Friday, 11 October 2013

Doa Para Nabi Ketika Ditimpa Duka

بسم الله الرحمن الرحيم

Dari Ali r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: 
"Doa adalah senjata bagi orang-orang mukmin, tiang bagi agama, dan nur bagi langit dan bumi".
(HR Hakim)

Daripada Abu Darda’ r.a: Rasulullah s.a.w telah bersabda: 
"Doa seorang muslim kepada saudaranya yang muslim tanpa diketahui olehnya adalah mustajab, (ketika berdoa) akan ada didekatnya satu malaikat muwakkal (pesuruh) setiap ia berdoa untuk saudaranya itu dengan sesuatu kebaikan (malaikat itu) akan berkata: Amin! Dan bagi engkau kebaikan yang sama". 
(Hadis diriwayatkan oleh Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:
"Barangsiapa mahu supaya doanya dikabulkan ketika dalam keadaan kesempitan atau kesusahan hendaklah dia banyak berdoa ketika dalam kesenangan". 
(HR Tirmizi)


Doa Nabi Nuh.

"Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada  sesuatu yang aku tidak ketahui dan jika Engkau tidak mengampunkan dosaku dan memberi rahmat kepadaku, nescaya jadilah aku dari kalangan orang yang rugi".

Doa Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail ketika meninggikan binaan asas Baitullah.

"Wahai Tuhan kami, terimalah daripada kami (amal kami), sesungguhnya Engkaulah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Wahai Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang berserah diri kepadaMu dan jadikanlah keturunan kami umat yang berserah diri kepadaMu. Tunjukkanlah kepada kami cara ibadat kami dan terimalah taubat kami. Sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima Taubat lagi Maha Mengasihani.  Wahai Tuhan Kami, utuskanlah kepada mereka seorang rasul daripada kalangan mereka sendiri, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayatMu dan mengajarkan mereka kitab hikmat (sunnah) serta sucikanlah mereka. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana".

Doa Nabi Lut.

"Wahai Tuhanku, selamatkanlah daku dan keluarga serta pengikut-pengikutku daripada apa yang dilakukan oleh golongan yang jahat".

Doa Nabi Yusuf.

"Wahai Tuhanku, sesungguhnya Engkau telah mengurniakan daku sebahagian daripada kekuasaan dan mengajarku sebahagian ilmu ta'bir mimpi. Wahai Tuhan pencipta langit dan bumi, Engkaulah pelindungku dunia dan akhirat. Matikanlah aku dalam Islam dan temukanlah aku dengan orang-orang yang soleh".

Doa Nabi Ayub ketika menghadapi penderitaan penyakit.

"Sesungguhnya aku ditimpa penyakit dan Engkaulah yag Maha Penyayang di antara para penyayang".


Doa Nabi Syuib.

"Kepada Allahlah kami bertawakkal. Wahai Tuhan kami, hukumkanlah antara kami dan kaum kami dengan kebenaran, kerana Engkaulah sebaik-baik Hakim".


Doa Nabi Sulaiman.

"Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya aku bersyukur akan nikmatMu yang telah Engkau kurniakan kepadaku dan kedua ibu bapaku, agar aku tetap beramal soleh dan masukkanlah daku dengan limpah rahmatMu dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh".

Doa Nabi Yunus.

"Sesungguhnya tiada Tuhan yang dapat menolongku melainkan Engkau. Maha Suci Engkau sesungguhnya aku adalah daripada orang yang menganiaya diri sendiri".

Doa Nabi Zakaria untuk memohon zuriat.

"Wahai Tuhanku, janganlah Engkau biarkan aku sendirian dan Engkaulah sebaik-baik yang mewarisi".

Doa Nabi Musa.

"Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku dan mudahkanlah bagiku tugasku. Serta lepaskanlah simpulan daripada lidahku".

Doa Nabi Isa.

"Ya Allah, Tuhan Kami, turunkanlah kiranya kepada kami satu  hidangan dari langit untuk menjadi hari raya bagi kami, iaitu orang yang pertama daripada kami dan bagi orang yang datang kemudian dan sebagai satu tanda daripadaMu. Kurniakanlah rezeki kepada kami, kerana Engkau jualah sebaik-baik pemberi rezeki".


Doa para Nabi merupakan contoh doa yang terbaik untuk kita ikuti. Sebagai hamba Allah yang menumpang di atas muka bumi ini, janganlah kita menjadi hamba yang sombong tanpa meminta kepadaNya. Mintalah kepada Allah dengan hati yang ikhlas dan bersungguh-sungguh. Semoga apa yang kita hajati dan minta kepadaNya menjadi kenyataan, inshaa'Allah. Semoga bermanfaat dan Salam Jumaat. Wassalam =).



Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Thursday, 3 October 2013

Motivasi Pagi - Walk For Allah

بسم الله الرحمن الرحيم

Astaghfirullah for yesterday, Alhamdulillah for today and Inshaa'Allah for tomorrow

Berjalan Kaki Ke Mekah

Masih ingatkah anda dengan wajah hamba Allah ni??. Beliau ialah Senad Hadzic, seorang lelaki muslim yang berasal dari Bonovici utara Bosnia. Beliau pernah menggemparkan penduduk islam dunia dengan niat ikhlasnya untuk menunaikan haji dengan berjalan kaki dari Bosnia ke Mekah pada 2011 dan berjaya sampai ke Mekah pada tahun 2012, subhanallah. Oleh kerana tidak mempunyai wang yang cukup untuk ke Mekah, beliau mengambil keputusan untuk berjalan kaki demi menyempurnakan rukun islam ke-5 ini.

Niat Yang Ikhlas Kerana Allah

Senad Hadzic akhirnya berjaya sampai ke Mekah untuk menunaikan haji selepas merentasi 7 buah negara termasuklah Syria yang bergolak dengan peperangan. Beliau telah berjalan kaki sejauh 5900 kilometer (km) selama 314 hari merentasi Bosnia, Serbia, Bulgaria, Turki, Syria dan Jordan. Bekalan yang dibawa hanyalah beg sandang seberat 20 kilogram dan senaskah Al-Qur'an. Suhu sejuk antara -35° darjah celsius di Bulgaria dan kepanasan yang mencecah 44° darjah celsius di Jordan. Hanya berbekalkan wang 400 euro dan tanpa bantuan kewangan dari pihak kerajaan, tetapi kerana hati yang ikhlas dan niat yang sangat mulia, Senad Hadzic akhir nya sampai ke Mekkah.

Semalam terpandang wajah beliau di mukabuku dan sangat kagum dengan pengorbanan beliau demi Agama Islam. Bila kongsi kisah Senad Hadzic ni, teringat pula ambe dengan hamba Allah dari Malaysia. Dia pun berjalan juga, tetapi adakah pengorbanan beliau kerana Allah?? Tepuk dada tanya iman =). Nak tahu siapa orangnya?? Rajin-rajinlah terjah blog Zaki Rasli dan cari entri pada bulan Julai. Selamat membaca, wassalam.


Dari Umar bin Khathab r.a : Rasulullah saw bersabda, “Tiap-tiap amal harus disertai dengan niat. Balasan bagi setiap amal manusia ialah pahala bagi apa yang diniatkannya. Barangsiapa (niat) hijrahnya kerana Allah dan Rasul-Nya, maka baginya pahala hijrah kerana Allah dan Rasul-Nya. 
Dan barangsiapa (niat) hijrahnya kerana dunia yang hendak diperolehnya atau kerana perempuan yang hendak dikahwininya, maka (pahala) hijrahnya sesuai dengan niatnya untuk apa dia hijrah.”


Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Tuesday, 24 September 2013

Motivasi Pagi - Dr. Zakir Naik

بسم الله الرحمن الرحيم

Astaghfirullah for yesterday, Alhamdulillah for today and Inshaa'Allah for tomorrow




Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Sunday, 22 September 2013

Motivasi Pagi - Hormati Seruan Azan

بسم الله الرحمن الرحيم


Hormati Seruan Azan

Pernah tak anda dengar hadis atau ungkapan dari orang-orang tua tentang azan, yang mana jika seseorang bercakap ketika azan, bila nak meninggal dunia nanti lidahnya dikelukan oleh Allah dari mengucap. Maknanya akan mati dalam kemurkaan Allah, nauzubillah.

Sebenarnya takde hadis yang sahih membenarkan kata-kata di atas. Jadi amat penting pada kita umat islam ni kenal pasti hadis yang sahih atau dhaif. Tapi bagi ambe, tak salah pun kalau kita nak berpegang pada kata-kata di atas tu. Diam ketika azan berkumandang memang perlu bagi umat islam. Selain daripada kita hormati azan yang tengah berkumandang, sunat untuk kita menjawabnya sekali, betul tak??. Kalau dah bising bersembang je, macam mana nak jawab azan?? Entah-entah sedar pun tak azan yang berkumandang.

Harap takdelah di kalangan kita seperti dua watak di atas.
Peranan azan di dalam mengajak manusia kepada solat berjemaah sangat besar. Oleh kerana itulah, Islam memberi ganjaran yang sangat besar bagi sesiapa yang menjawab seruan azan dan kemudiannya datang ke masjid untuk solat berjemaah (keutamaan kepada golongan lelaki yang tak uzur)

Kelebihan Azan


"Berkata Umar. Rasulullah SAW telah bersabda: "Apabila muazzin berkata : الله اکبر,الله اکبر maka kata olehmu: الله اکبر,الله اکبر, apabila dia berkata: اشهد ان لا اله الا الله, maka kata olehmu: اشهد ان لا اله الا الله, apabila dia berkata: اشهد ان محمدا رسول الله, maka kata olehmu: اشهد ان محمدا رسول الله, apabila dia berkata: حى على الصلاة, maka jawab olehmu: لا حول ولا قوة الا بالله, apabila dia berkata: حى على الفلاح, maka jawab olehmu: لا حول ولا قوة الا بالله, apabila dia berkata: الله اکبر,الله اکبر, maka kata olehmu: الله اکبر,الله اکبر. Akhir sekali apabila muazzin mengucapkan: ان لا اله الا الله, maka dia hendaklah menjawab juga: ان لا اله الا الله. Sesungguhnya sesiapa yang mengucapkan kesemua ungkapan-ungkapan di atas dengan ikhlas daripada hatinya, nescaya dia akan dimasukkan ke dalam syurga"
nota tambahan bagi azan Subuh.






Daripada Jabir bin Abdillah RA. Rasulullah SAW telah bersabda: "Sesiapa yang berdoa ketika mendengar seruan azan dengan doa: "Ya Allah, Tuhan yang telah mensyariatkan seruan Azan dan sembahyang yang didirikan, kurniakanlah kepada penghulu kami Nabi Muhammad s.a.w. ketinggian dan kelebihan serta kedudukan yang terpuji yang Engkau telah janjikan" nescaya dia akan mendapat syafaatku pada hari kiamat kelak". (Riwayat Imam Bukhari di dalam kitab sahihnya)

Anas bin Malik RA. Rasulullah SAW telah bersabda:"Tidak akan ditolak permohonan doa (yang dilakukan) ketika selang masa di antara Azan dan Iqamah. Lalu para sahabat bertanya: "Apakah yang sepatutnya kami pohon, ya Rasulullah!" Jawab Rasulullah: "Mintalah kepada Allah kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat".

Tiada para Ulama' mengatakan yang haram berbual-bual ketika azan dikumandangkan. Tapi kita sebagai umat islam haruslah jaga adab-adab yang ada di dalam islam. Semoga perkongsian kali ni bermanfaat, sama-sama muhasabah diri. Senyum selalu, wassalam =)



Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Wednesday, 18 September 2013

Motivasi Pagi - Forever Alone??

بسم الله الرحمن الرحيم

Astaghfirullah for yesterday, Alhamdulillah for today and Inshaa'Allah for tomorrow



Forever Alone??

Allah cipta manusia ni berpasang-pasangan, jika tidak di dunia pasti di Syurga nanti.
Walaupun kita dah merancang, tetapi perancangan Allah adalah yang terbaik.
Yakinlah pada Allah yang Dia lebih mengetahui segala-galanya.
Sesuatu yang terjadi pasti ada hikmahnya
Senyum Sokmo =)


Sumber gambar dari - Google 

Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Tuesday, 17 September 2013

Motivasi Pagi - Islam Agamaku

بسم الله الرحمن الرحيم

Astaghfirullah for yesterday, Alhamdulillah for today and Inshaa'Allah for tomorrow






Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Friday, 13 September 2013

Motivasi Pagi - Cintailah Al-Quran

بسم الله الرحمن الرحيم


Salam Jumaat dari SKA, jangan lupa yup amalan-amalan sunat di hari Jumaat =). Setiap umat islam di akhir zaman ni pasti kenal Al-Quran kan??. Kalau dah baligh masih tak kenal Al-Quran, maknanya anda seorang yang jahil terhadap diri sendiri, nauzubillah. Al-Quran merupakan kalam Allah yang suci dan diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w untuk dijadikan petunjuk kepada umat islam akhir zaman. Kenal Al-Quran sahaja tak cukup jika tidak membaca, memahami dan mengamalkannya.

Cintailah Al-Quran dengan membaca, memahami dan mengamalkannya. kalau boleh hafazlah sekali. Inshaa'Allah hidup kita sentiasa diberkati Allah (peringatan untuk diri sendiri juga)Hebat dan agungnya 
Al-Quran, Allah menjadikanya mudah untuk dihafaz sebagaimana firmanNya : Dan Demi sesungguhnya Kami telah mudahkan Al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya). (al-Qamar: 17)


Gambar kat atas ni ambe ambil dari laman mukabuku untuk dikongsikan di sini. Gambar ni menunjukkan tanda-tanda yang sentiasa kita jumpa di dalam Al-Quran, yang mana tanda-tanda ni kalau tak difahami dengan betul pasti menjejaskan bacaan kita. Tu belum masuk bab tajwid dan sebutan lagi, kalau salah sebutan, makna bacaan boleh jadi lain, silap-silap berdosa si pembaca. Untuk pelajari Al-Quran, carilah guru mengaji yang boleh mengajar Al-Quran dengan baik. Al-Quran ni tak boleh belajar sendirian, kan sesat pula nanti. Ambe harap perkongsian ni bermanfaatlah untuk kita semua.Wassalam =)

Rasulullah SAW bersabda: "Belajarlah al-Quran kerana sesungguhnya mengambilnya adalah keberkatan. Sedangkan meninggalkanya adalah kerugian dan orang yang malas serta lemah semangat tidak mampu melaksanakannya. (riwayat Muslim)



Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Thursday, 12 September 2013

Motivasi Pagi - Yang Manakah Kita?

بسم الله الرحمن الرحيم


Salam dari SKA dan selamat pagi semua, semoga hari ini lebih baik dari semalam, inshaa'Allah =). 
Pagi ni ambe tertarik nak kongsi gambar diatas dengan semua pembaca blog SKA
Gambar kat atas tak tujukan kat sape-sape, cuma peringat untuk diri sendiri. 
Sama-samalah kita perbaiki ape yang kurang, 
Bangun pagi pasanglah niat yang baik-baik dan sentiasalah ingat Allah. 
Inshaa'Allah hidup lebih diberkati.



Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Friday, 6 September 2013

Tanggungjawab Bersama

بسم الله الرحمن الرحيم


Tadi masa bermukabuku terpandanglah 1 gambar yang menarik perhatian ambe. Rasanya gambar di atas ni dah terangkan secara terperinci tentang cara pemakaian tudung yang betul bagi wanita. Semua orang islam tahu yang tutup aurat tu wajib dan aurat yang paling special adalah kaum hawa. Kenapa special?? Hehe sebab kaum hawa ni banyak kena tutup, sebab Allah nak mengangkat martabat wanita (mulia disisi Allah), sesiapa yang sabar pasti besar ganjaran yang Allah berikan. Baca dan faham elok-elok mesej yang hendak disampaikan di atas tu =). 

Lelaki Dan Perempuan Saling Melengkapi



Sebenarnya ambe bukan nak cerita tentang kaum hawa je. Sebab di sebalik kaum hawa, pasti ada kaum adam. Dalam islam, semuanya berkait rapat, adam dan hawa saling bersangkut paut, nak-nak kalau berpesan-pesanan. Jadi tanggungjawab kita sesama islam haruslah ada dan perlu ambil serius. Baca dan faham apa yang ambe nak kongsikan kat bawah ni.

Demi masa! Sesungguhnya manusia dalam kerugian - kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran. 
( Ayat 1 – 3 : Surah al-‘Asr )

4 GOLONGAN LELAKI YANG DITARIK MASUK NERAKA OLEH WANITA


1. Ayahnya~ Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia saja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

2. Suaminya~ 
Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di luar, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yang alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dalam neraka.

3. Abang-abangnya~ 
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya saja dan adiknya dibiarkan melencong dari ajaran Islam, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

4. Anak-anak lelakinya~ 
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram di sisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah dan sebagainya, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

P/s : Sesungguhnya tak layak diriku masuk ke dalam syurgaMU, tetapi tak sanggup pula aku masuk ke dalam nerakaMU. Mesti ada yang pernah baca kan?? Allah itu maha adil, pasti ada hikmahnya =). Wassalam.

(^-^) سلام جمعة


Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Thursday, 5 September 2013

Sudahkah Anda??

بسم الله الرحمن الرحيم



Salam dari SKA, sudahkah anda bersyukur hari ini?? Tepuk dada tanya iman =). Zahirkan rasa kesyukuran kita kepada Allah setiap hari dengan mendekatkan diri kepadaNya, mantapkan amalan wajib dan perbanyakkan amalan sunat. Tak lupa juga sedekah jariah, inshaa'Allah hidup lebih diberkati. Tak kira kehidupan kita senang ataupun susah, sentiasalah ingat Allah dan ucuplah "Alhamdulillah" tanda kita bersyukur kepada Allah (peringatan untuk diri sendiri juga).



وَاللَّهُ أَخْرَجَكُمْ مِنْ بُطُونِ أُمَّهَاتِكُمْ لا تَعْلَمُونَ شَيْئًا وَجَعَلَ
 لَكُمُ السَّمْعَ وَالأبْصَارَ وَالأفْئِدَةَ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
“Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu mu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu apa pun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan, dan al-af’idah (akal dan hati) agar kamu bersyukur.” 
(Surah an-Nahl, 16:78)

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda: “Apabila kamu melihat seseorang dikurniakan kelebihan dengan harta melimpah-ruah dan dengan kecantikan, maka lihatlah pula kepada orang yang serba kekurangan”.

Firman Allah SWT yang maksudnya: “Dan ingatlah tatkala Tuhanmu memaklumkan sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah nikmat kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku) maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih” (Surah Ibrahim :7). 


P/s : Tahukah korang?? Bersyukur tu lebih susah dari sabar. Semoga kita tidak tergolong dari kalangan orang-orang yang lalai. Amin Ya Allah. Orang yang sentiasa bersyukur pasti rasa tenang =). Wassalam.


Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Friday, 30 August 2013

Dua Situasi Berbeza

بسم الله الرحمن الرحيم


Situasi pertama berlaku di Malaysia (Dungun). Cerita ni ambe dapat tahu semalam masa tengok berita kat tv9. Mayat seorang bayi yang tak berdosa dijumpai di dalam loji kumbahan najis di UiTM Dungun. Korang tengok tak berita ni semalam??. Difahamkan bahu mayat bayi ni patah dan kepala dia pecah, nauzubillah tergamak betul orang yang membuang bayi ni, tak takut azab Allah ke??. Sekarang pihak UiTM dan polis tengah buat siasatan di blok asrama perempuan, harap jumpalah orang yang bertanggungjawab. Semoga ibu kepada bayi yang malang ni bertaubat dan kembali ke pangkal jalan sebelum terlambat, amin..


Situasi kedua berlaku di Syria (Zamalka). Pernah tengok video di atas ni??. Kalau belum tengok la, sangat-sangat tersentuh. Seorang bapa yang mengingatkan anak lelakinya telah mati dalam serangan rejim Basyar. Tetapi beliau mendapati bahawa anaknya masih lagi hidup, malah berada dalam keadaan baik.Adalah sukar untuk mengungkapkan perasaan si bapa yang menerima berita gembira selepas menempuhi detik yang amat meremukkan hatinya. Terharu tengok video ni, tapi mungkin lebih terharu kalau si ibu pun ada sama :'(. Sayangilah keluarga anda.


Nampak tak dua perbezaan situasi diatas?? Kesimpulannya?? Pandai-pandailah korang nilai dan tengok sendiri. Salam Jumaat buat semua, amalan sunat jangan lupa, semoga hidup kita lebih berkati, inshaa'Allah =)



Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Friday, 23 August 2013

Syurga Buat Mereka

بسم الله الرحمن الرحيم



Subhanallah, bila tengok gambar kat atas..hati ni betul-betul tersentuh =( terus teringat kat anak saudara ambe. Sayu je rasa bila tengok dua anak kecil yang tak berdosa ni menjadi mangsa, hebat betul ikatan persaudaraan yang ditunjuk. Sesungguhnya syurgalah tempat buat mereka. Sabarlah wahai penduduk islam di Mesir, Syria dan Palestin. Allah sentiasa bersamamu, kami pasti mendoakan kesejahteraan dan pertolongan Allah di sana. 

"Firman Allah SWT.. Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki".. QS Ali Imran 169

Agaknya mereka yang mencabar kuasa Allah ni tak takut dengan azab yang bakal mereka terima nanti. Tak mustahil satu hari nanti mereka akan terima pembalasan dari Allah sama seperti Mustapha Kamal Attaturk.


Sumber : Koleksi Ceramah Ustaz Don Daniyal Don Biyajid (Original)
Antara syarat yang dikenakan oleh Mustapha Kamal Attaturk (bekas PM Turki) :-

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.
2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi(sesuai dengan kehendak barat).
3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara.
4. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden."
5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.
6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
8. Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.
9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
10. Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.
11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.
12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
13. Menukar Masjid Hagia-Sophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.
17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan di mana tuhan > tinggal?" oleh kerana takut, askar tersebut menjawab 'Kamal Atartuk adalah tuhan" beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.

Kematian Kamal Atartuk Yang Menyeksakan

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.

Antaranya ialah :
1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
2. Sakit jantung.
3. Penyakit darah tinggi.
4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. 
Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.

Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya.
Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya).

Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap dengar) selama 15 tahun sehingga tahun 1953). Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk.



Nauzubillah, tu baru azab dunia kan, belum masuk azab dalam kubur dan di akhirat lagi.
سلام جمعة


Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Friday, 16 August 2013

Muhasabah Diri : Jauhi Sifat Riak

بسم الله الرحمن الرحيم



(^-^) سلام جمعة


Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Sunday, 14 July 2013

Fetih 1453 Best Ke??

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam Ramadhan dari SKA =). Alhamdulillah dah masuk hari ke-5 kita berpuasa, semoga puasa kita sempurna disisiNya, in.shaa.Allah. Korang kenal dengan Sultan Muhammad Al-Fatih??. Rugi la kalau tak kenal, sebab beliau merupakan tokoh pemimpin islam termuda dari kalangan Uthmaniyyah yang berjaya takluki kota Constantinople pada umur 21 tahun. Rasulullah pernah berkata "Constantinopel akan ditakluki oleh tentera islam, yang mana rajanya adalah sebaik-baik raja dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera". Yang dimaksudkan Rasulullah adalah Sultan Muhammad Al-Fatih dan tenteranya. Nak lebih details boleh klik sini.


Pernah tengok movie kat atas ni??. Movie yang diadaptasi dari kisah sebenar Sultan Muhammad Al-Fatih. Sekali lagi ambe ketinggalan bab movie best-best =.=". Dengan terujanya ambe download la movie ni. Baca kisah dia je dah buat ambe kagum, ni pula dapat tengok movie. Di pendekkan cerita,  bila start tengok ok lagi, tapi bila tengah-tengah dan penghujung tu rasa tak berapa menarik. Yang tak bestnya Kenapalah Sultan Muhammad Al-Fatih tak turut berperang serta takde khutbah jumaat dan sembahyang jumaat depan tembok kota Constantinople??.

Pelakon wanita dalam movie ni semuanya macam miss universe (cantik juga orang turki ni ye), tapi sayang tak tutup aurat, hairan juga sebab isteri Sultan Muhammad Al-Fatih pun tak tutup aurat =.=". Keseluruhan movie takdelah menghampakan sangat even ada beberapa watak yang memusykilkan. Korang yang dah tengok tu nilai la sendiri movie ni macam mana. Dari segi sound effect dan grafik ok la, lebih kurang macam movie pahlawan 300. Meriam Sultan Muhammad Al-Fatih pun ada ditunjukkan, 100% real bentuk dan coraknya =). 


Subhanallah hebat kan =). Boleh bayang tak meriam ni besar mana?? Meriam nilah yang berjaya meruntuhkan tembok kota Constantinople yang sebelum ni belum pernah lagi diruntuhkan oleh mana-mana tentera. Tu jelah ambe nak kongsi harini, semoga bermanfaat, wassalam =)

Link untuk download ~> ( Fetih 1453 Full movie with eng. subtitle) nak bagitahu awal-awal, subtitle dia kadang-kadang tak betul gak, yang pandai download korang boleh google search je.



Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Friday, 5 July 2013

Keinsafan Diri

بسم الله الرحمن الرحيم


Salam Jumaat dari SKA, alhamdulillah masih lagi dapat bernafas di dunia ni =) ambe harap korang semua sentiasa sihat disamping keluarga tersayang, in.shaa.Allah. Pagi ni cuma nak share 1 lagu nasyid dari kumpulan Fursan. Tajuk lagu sama seperti tajuk entri kali ni. Lagu ni popular di radio ikim.fm pada tahun 2011 (nampak sangat ambe ni ketinggalan -.-"). Yang bestnya anggota kumpulan Fursan ni adalah askar kesemuanya. Nak dengar klik je video ambe share kat bawah yup. Best lagu dia, alunan muzik seruling sayu-sayu je, memang menenangkan. Lirik lagu ni pun penuh bermakna, jum sama-sama muhasabah diri di hari jumaat yang mulia ni. Semoga bermanfaat, wassalam =).




Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)