Fais-SKA

Tuesday 3 September 2013

Kotak Komen Disqus??

بسم الله الرحمن الرحيم

Korang pernah tak jumpa kotak komen Disqus kat mana-mana blog yang korang blogwalking??. Kalau pernah jumpa pening tak macam mana nak komen?? Pernah beri masalah tak kat korang?? Rasanya ramai di antara blogger kat sini yang dah tahu ape itu kotak komen Disqus. Yang mana tak tahu lagi, korang boleh tengok contoh gambar kat bawah ni.


Ni contoh yang ambe printscreen dari blog bro Sop. Setakat ni, ambe baru jumpa dua orang blogger yang guna kotak komen macam ni. Semalam masa blogwalking kat blog si TB (telinga bulat), blog dia pun dah banyak berubah. Lepas baca je entri, wajib la komen sepatah dua. Nak je komen dapat tahu dia guna kotak komen macam ni. Time tu blur la jap sebab tak tahu macam mana nak komen haha. Last-last try jugak dan jadilah macam gambar kat bawah ni.


Aduhaiii..jadi pulak macam ni, hero mesti tak nak kalah punya. Ambe pun try la google, alhamdulillah jumpa entri blogger hebat bro Hasrul Hassan (siapa tak kenal bro ni memang rugilah). Panjang lebar penerangan yang diberikan. Ambe nak share kat sini bimbang panjang sangat entri ni nanti, ambe kongsi link dan korang baca jelah yup. Dalam entri tersebut korang boleh baca tentang Disqus, adakah kotak komen macam ni menyusahkan atau tak dan penerangan cara nak komen di kotak komen Disqus ni. Tak rugi pun kalau nak belajar sesuatu benda tu, yang penting ilmu dapat. Korang boleh klik SINI dan SINI.

Bagi sesetengah orang, dia nak yang cepat dan mudah. Ramai blogger yang memilih cara biasa. Walaupun kotak komen Disqus ni banyak kelebihan, tapi ada juga kekurangannya. Antaranya ada yang bagitahu lambat loading, pening, komen tak keluar dan menyusahkan, bimbang pula nanti yang ada cuma silent reader je. Ape pun hak masing-masing, ada pro dan kontranya. Tu jelah apa yang ambe nak kongsikan. Wassalam

P/s : kalau komen tak keluar juga tak tahu la nak kata ape, ambe dah cuba nak komen, minta maaf ye kepada pengguna kotak komen Disqus.



Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

46 comments:

  1. adik cik akak pun pernah juga...hihi....waktu nak join segmen...entri nak tertaip...semangat lagi tu...tapi bila kuar cam tu...hihi....cik akak delete je entri segmen tu...hihihi...lucu kan sebab malas nak mencari :)

    ReplyDelete
  2. Ada jugak jumpa kotak komen macam tuu . . Bila entry dia syokkk giler semangat laa nak komen sekali keluar hak tuu . . Try komen tak dapat-dapat . . Bila dh cuba banyak kali malas dah laa . . terus tutup . . hikhik . . thnxx 4 sharing fais . . nanti nak try baca pasal kotak komen ni . . Nanti leh laa komenkan kalau dah tau :)

    ReplyDelete
  3. memang susah nak komen kalau kotak komen macam 2...

    ReplyDelete
  4. first time akak komen di blog mereka yang guna kotak komen disqus tu jakun la juga.. lepas tu akak try and error.. baru tahu boleh sign in guna google account.. betul tu, kalau internet tersangat slow memang tak dapat nak komen mereka yang guna disqus ni.. untuk kotak komen G+ pun akak hadapi masalah untuk komen kalau internet tersangat slow..

    ReplyDelete
  5. Kak Erin plak kalau nampak kotak disqus tu terus abaikan nak komen..

    ReplyDelete
  6. komen disqus ni lmabat loading sikit kalau internet connection slow..tapi kalau nak komen,boleh je..nak seribu daya tak nak seribu dalih..ye tak?

    ReplyDelete
  7. sekarang semua pakat nak tukar.. tapi, takde sape ke nak fikir.. tak semua blogger pakai unifi.. huhu.. T________T

    ReplyDelete
  8. pernah jumpa benda ni...& aku x suka dengan kotak komen mcm ni...terus aku keluar dari blog dia tanpa tinggalkan komen...ahak! =3

    ReplyDelete
  9. C.akak~ He3..dasyat betol cik Akak =)

    Ain~ He3 xtry cuba komen dlu ke?? xde hal la, kgsi utk dibaca =)

    Ikhwan~ Bg ambe pn mmg susah sikit la..

    K.Aiza~ 2 la kak..ambil masa kn..sy pening terus mula2 tu he3 =)

    K.Erin~ He3, jgn cmtu kak..tlong la komen..kui3 :D

    K.Fizah~ yup betul 2 =)

    Zizi~ He3, kesimpulannya?? xkomen la eh..sbb 2 tgok ramai yg da tukar asal

    A.CJM~ Hamboi ayat dia, ha3..sbar2 =) pningkan sikit je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. senang rupanya nak guna dia.
      done following http://snapanyway.blogspot.com/

      Delete
    2. yup sng je kalau kena cara =)

      Delete
  10. Assalamualaikum.

    Tak ramai yang guna kan fais..

    Masa mula2 tu, mcm blur gak..pastu, knapa org lain komen,dia punya avatar keluar, bila akak komen, default picture je,hik3. Tak puas hati..

    Pastu try belek2..barulah faham.. benda baru pda kita, memang kena ambil masa untuk belajar mengenalinya.

    ReplyDelete
  11. erm, mula2 mmng mcm blur.. bila dah tahu senang je..
    tp mslh yng terjadi kat sy, tak tahu la kena kat orang lain ke x, loadingnya tersangat lambat..
    last2 dapat baca entry je.. nak mengomen tak boleh..
    sedih.. :(

    ReplyDelete
  12. sha pon dulu mula2 blur tak tau cane nk comment. huhu. tapi tak ramai yg guna format ni

    ReplyDelete
  13. satu lagi cik nor jumpa kat blog maya persada..:)

    ReplyDelete
  14. hahaha..lucu bukan apa before this sy ada la terjumpa 3-4 blog pakai disqus ni..entry memang menarik dan rasa nak sangat komen tapi disebabkan tak reti guna jadi silent reader je la..for actually sy sakit hati x dapat komen..huhu
    ingatkan sy seorg je blur dgn benda ni..rupanya ada jugak insan lain hehe

    ReplyDelete
  15. blog mama hany pon ade guna. kalau owner blog reply,kite boleh tahu..

    ReplyDelete
  16. senang je kalau guna tu..guna G+ ,lepas kita ada notification kalau comment

    ReplyDelete
  17. setakat ni kenit takda masalah komen kat blog orang yang ada disqus. Masa start nak komen pun teragak2 hehe tapi bolehla sikit skrg hehe :)

    ReplyDelete
  18. pernah jumpe, dan kalau jumpe sy ni sangatlah malas nk komen kat blog tu...ehehe :p

    ReplyDelete
  19. K.Lana~ hak r, xramai guna..btol 2 kak =) nak seribu daya..

    Mimie~ orang yg ada mslah line internet..mmg lmbt giler loading =) he3..

    Sha~ yup xramai..sbb ramai lebih minat biasa punya =)

    C.Mun~ Senang je guna..xde hal punya =)

    C.Nor~ Hu3, xbyakkn yg guna..yg guna pn mgkin ada byak option

    C.Itah~ He3..da bca penerangan 2 boleh la komen lpas ni kn..

    N.Az~ Yup sng nk thu =) byk kelebihan sbnarnya..

    Achik~ Yup btol 2 achik..

    Kenit~ He3..nnti biasa la 2..

    Bro Harith~ Ha3, jgan la malas mcm 2 =) kena rajinkan dri

    ReplyDelete
  20. fiza pun abaikan jugak...sbb kejar ms..(mcm sibuk sgt jer)hehe...

    ReplyDelete
  21. tol tuu fais . kdg2 bila nak komen kat entry sesetengah blog , tetiba taktau pula nak guna acane . tpy try2 jadi gk . complicated sgt . kdg2 terus takjadi nak komen :)

    ReplyDelete
  22. Nad mmg x komen la kalau ade disqus tu hehe

    ReplyDelete
  23. dulu mula2 kenai dgn disqus ni..takut gak..tpi beranikan diri"cewahh"..mencubanya..sekarang tak adala lgi masaalah..hehehe

    ReplyDelete
  24. owh!!!aku ader try gak!!tapi x tau sampai ke idak komen aku tuh...nampak macam susah jer..tuh yang terbantut nak komen...word robot tuh lagik ok dari neh kot...huhuhuhuh!!!!

    ReplyDelete
  25. pernah jumpa dan pernah try,,tp xberjaya,,huhu last2 give up je

    ReplyDelete
  26. yer..memang ada jumpa kotak komen macam tu..jujur kathy cakap benda ni melecehkan la..buat kotak biasa lagi senang..org nak komen pun tak pening...

    ReplyDelete
  27. mama kalau ruang komen tak mesra rakyat, mama memang tak boleh nak buat apa dah... mama baca dan tinggalkan jejak jer lah.... pada mama, guna komen yang biasa-biasa pun ok jugak...

    ReplyDelete
  28. thanks for info.. ^^ done follow sini ^^

    ReplyDelete
  29. komen biasa2 mudah dan senang..mesra rakyat la katakan :P

    ReplyDelete
  30. assalam... sy pon penah jumpe kotak komen disqus ni... memang kekadang agak susah sket nk loading commentnye...tp layankan je..hehe... tataula komen tu smpai ke idak.. :)

    ReplyDelete
  31. kotak komen stail baru.. masa guna komen google pun kwn blogger dh cakap dia xpandai komen. jadi jln selamat gunakan yg lama. mudah dan tak pening kepala =)

    ReplyDelete
  32. Assalamualaikum . ain suka kotak komen disqua ni . pada ain . senang nak tau orang tu reply kita punya komen . :)

    ReplyDelete
  33. owh..ini..banyak juga yg fizi jumpa ..mmg betul tu komen kita x keluar..lambat..dan ada lah satu dua lagi masalah..

    ReplyDelete
  34. Ada kelebihan dan kekurangannya (xde masalah buat saya)...tapi bagi yg tidak mahir, ianya amat menyusahkan. Kebanyakan orang hanya nak komen, tak suka nak isi itu dan ini...Jadi Disquss hanya pilihan mereka yg punya pengomen yg advance dlm ilmu blogging.

    ReplyDelete
  35. pernah je teserempak dengan kotak nie . lecehhh lahh xD

    ReplyDelete
  36. yumida agak kurang gemar pakai komen jenis disqus ni..hehe...aah x dinafikan ia bawa byk kelebihan
    kengkdg yumida juz baca entry tanpa tinggalkan komen
    klo yg de cbox tu..yumida letak komen kat cbox
    tp tu la kan..hak masing2..hehhe

    ReplyDelete
  37. nak kena register pulak klu tak pernah ada disqus nie...better pakai macam nie kot..senang

    ReplyDelete
  38. sejujurnye kan ambe dop penoh jumpe lagi la kotok komen disqus2 nih. btw fais, maceh dehh kongsi2, de la si ong2 kedek2 ni dapat ilmu. ngeh3 ;)

    ReplyDelete
  39. kalau komen kat disqus tak kuar kat blogger nye notification kan? I prefer the standard one la bro..huu

    ReplyDelete
  40. betul.. fiza ade jugak follow rakan yg gune kotak discuss ni..
    tapi fiza tinggalkan komen kat shout box.. ehehe

    ReplyDelete
  41. kita pernah guna kotak komen ni SKA..ok aje..and yang tak best coz link member-member yang comment tu tak ada..so nak gi visit dia orang pun tak boleh..so last-last tukar..tapi yang bagusnya traffic Blog kita banyak datang dari at one time..so ada pro and cons lah..Even HH pun dah tukar kotak komen kan..

    ReplyDelete
  42. salam fais.owh selalu dah jumpa masa blogwalking.kalau line laju kak lea gagah jugak tinggalkan komen.tapi kalau masa tu serentak blogwalking 5-6 blog,3 dari blog tu guna disqus,i say goodbye jelah huhu...

    ReplyDelete