Fais-SKA

Friday 1 November 2013

Rahsia Allah Di Bulan November

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam 27 Zuhijjah kepada semua pembaca setia blog SKA. Alhamdulillah dah masuk bulan November 2013, permulaan yang baru untuk bulan ni. Pantas betul masa berlalu, pasti anda pun perasan kan. Alhamdulillah, lagi beberapa hari kita nak sambut Awal Muharram, seronoklah cuti kan hehe. Sekarang masih di awal bulan November, pertengahan atau di penghujung bulan November belum tahu lagi macam mana, semua tu adalah rahsia Allah. Sama-samalah kita berdoa agar segala urusan pada bulan November dipermudahkan Allah.

Di kesempatan ini ambe nak minta maaflah kepada pembaca atau blogger yang terasa dengan ambe. Tak kiralah terasa dengan apa benda sekalipun. Yang mana ada silap tu ambe minta maaflah, bimbang juga kalau ada yang terasa dengan ambe sebelum ni. Jika ada sekiranya ambe tak follow blog anda, tinggalkan link di shoutbox, jangan lupa LETAK LINK SEKALI. Supaya senang nak blogwalking balik. Bila ambe tak dapat follow balik blog anda, tu maknanya ambe tak jumpa link blog, harap sedar dan ubahlah yang mana patut, senang mana-mana blogger nak follow blog anda. Biasanya ambe tak kisah pun bab follow kembali ni.


Lepas ni aktiviti blogwalking mungkin terpaksa perlahankan sikit sebab ambe ada masalah pada mata. Minggu lepas ambe perasan mata sebelah kanan agak silau bila tengok laptop lama-lama. Mungkin sebab tak jaga jarak penglihatan dengan laptop kot, sebelum ni jarak mata ambe dengan laptop dua jengkal je, lepas tu mengadap laptop sampai 3/4 jam hoho (mohon jangan tiru). Inshaa'Allah, blogging tetap diteruskan, cuma kurangkan sikit je, yang mana ambe tak sempat atau terlambat blogwalking, awal-awal lagi ambe nak minta maaf. Selamat berhujung minggu kepada semua, jaga diri anda baik-baik yup =) wassalam.

P/s: Alhamdulillah...ambe nak ucapkan terima kasih sangat kepada yang sudi support blog SKA. Semoga anda semua dirahmati Allah selalu..Amin... Jazakumullah Khairan Kathira =).


Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Jenis-Jenis Hati Manusia Menurut Islam

بسم الله الرحمن الرحيم

Pasti diantara kita semua bila keluar je nak kelihatan cantik dan kemas. Tapi itu semua cantik luaran semata-mata. Bagaimana pula dengan dalaman? Bagaimana pula dengan kecantikan hati kita? Bagaimana pula dengan pandangan Allah kepada kita?. Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa paras dan luaran kamu, tetapi Dia melihat hati kamu. Saidina Ali r.a berkata: "Bekas-bekas Allah di dalam dunia ini adalah hati". Hati adalah tempat turunnya rahmat dan ilmu pengetahuan. Para ulama' membahagikan hati kepada 4 bahagian. 

4 Jenis Hati Manusia Menurut Islam.



1~ Hati yang tercemar dengan kekotoran.
Hati yang di dalamnya terdapat kekotoran seperti sifat hasad, sombong, bohong dan sebagainya. Apabila turun rahmat dan ilmu ke dalam hati ini, tercemarlah rahmat tersebut oleh kekotoran yang ada di dalam hati itu. Seperti yang disebut Allah s.w.t: "Tidakkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhan mereka dan disesatkan oleh Allah dengan ilmu mereka". Ilmu tetap masuk, tetapi kerana setitis hawa nafsu, ianya dapat mencemarkan selautan ilmu. Inilah perumpamaan bagi hati yang dicemari oleh kekotoran.

2~ Hati yang pecah.
Hati yang pecah adalah hati manusia yang melakukan maksiat. Setiap kali dia melakukan kebaikan, dia akan melakukan maksiat selepas itu. Hadir majlis ilmu di masjid, tetapi bila keluar dari majlis terus mengumpat orang lain. Berzikir dan solat, tetapi tidak menjaga pandangan dan batas pergaulan. Maka tidak sempat pun rahmat yang diturunkan oleh Allah kekal di dalam hatinya melainkan ianya keluar disebabkan maksiat yang dilakukan. 

3~ Hati yang tertutup.
Hati yang tertutup adalah amat bahaya bagi manusia. Bagaimana rahmat Allah nak masuk kedalam hati kita jika ianya tertutup. Hati yang tertutup ini adalah sifat manusia yang suka membangkang. Membangkang Allah, membangkang orang-orang yang soleh dan apabila dia menghadiri satu majlis yang baik, dia akan mencari kesalahan orang. Seperti yang disebut Rasulullah s.a.w: "Empat golongan yang tidak diampunkan dosanya pada bulan Ramadhan, antaranya adalah dosa derhaka kepada ibu bapa, peminum arak, dua orang yang bermusuh dan yang memutuskan silaturrahim. Maka memang tidak akan masuk rahmat ke dalam hatinya.

4~ Hati yang suci.
Harap hati kita semua jenis hati yang ke-4 ni. Hati yang jernih, bersih dan menerima rahmat dari Allah. Hati yang suci ini, jika diisi dengan majlis ilmu, berzikir dan solat maka penuhlah ia dengan rahmat Allah.

Hati ibarat bekas kosong dan rahmat Allah ibarat air, jika elok bekasnya maka eloknya air yang terkandung di dalam bekas, sama-samalah kita merawat hati, harap hati kita semua adalah jenis yang ke-4, tepuk dada tanya iman. Hati adalah organ besar yang terpenting kepada manusia, elok hati, maka sihatlah tubuh badan kita.

6 Cara Merawat Hati Manusia Menurut Islam.

  1. Banyakkan bertaubat.
  2. Membaca Al-Qur'an serta amalkannya.
  3. Jalinkan ukhwah antara manusia.
  4. Perbanyakkan solat malam.
  5. Perbanyakkan puasa sunat.
  6. Banyakkan berzikir.

13 Perkara Yang Menenangkan Hati.

  1. Mengerjakan Solat Wajib di awal waktu.
  2. Mengerjakan solat sunat.
  3. Bersedekah dengan hati yang ikhlas.
  4. Berzikir.
  5. Menolong orang yang susah.
  6. Beriktikaf di dalam masjid.
  7. Mendengar ceramah agama.
  8. Membaca Al-Qur'an dan memahami isinya.
  9. Berpuasa sunat.
  10. Menolong ibu bapa.
  11. Memaafkan orang lain dan meminta maaf jika ada kesalahan.
  12. Mendoakan kesejahteraan semua orang.
  13. Bersangka baik sesama makhluk.

P/s: Salam Jumaat, inshaa'Allah semoga perkongsian ambe ni bermanfaat la kepada semua. Apa yang dikongsikan di atas adalah dari tazkirah yang ambe dengar daripada Ustaz Habib Mohammad Alsaggaf. Yang baik sama-samalah kita ambil dan yang buruk kita buang jauh-jauh. Wassalam =)

Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)