Fais-SKA

Showing posts with label Santai. Show all posts
Showing posts with label Santai. Show all posts

Saturday 26 October 2013

Jum Merempit

بسم الله الرحمن الرحيم
Entri hari ini santai-santai je, 
cuma nak ucap terima kasih kepada blogger Nurazu sebab dah bagi 1 doodle yang comel kat atas ni. 
Tajuk entri gimik je tu, jangan buat pula sebab tak elok merempit ni, 
menyusahkan orang ramai je, kalau berkonvoi takpe =). 
Ape pun selamat berhujung minggu kepada semua, 
isilah masa hujung minggu anda dengan aktiviti yang berfaedah.


Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Tuesday 1 October 2013

Harry Potter Anime??

بسم الله الرحمن الرحيم


Hampir semua orang kat dunia ni tahu cerita Harry Potter ni kan??. Movie yang telah diadaptasikan dari sebuah Novel bersiri yang amat terkenal dari pengarang asalnya  Joanne Kathleen Rowling. Movie Harry Potter ni memang menarik, ambe ada simpan koleksi cerita ni dari mula keluarannya. Harry Potter Anime?? Ada ke?? Hehehe, ada atau tak ambe pun tak pasti, kalu nak tahu kenalah cari =).

Ambe jumpa gambar kat bawah ni dalam 1 forum, bila tengok je, terus tertarik apabila watak dalam Harry Potter ni diterjemahkan dalam bentuk gambar anime =). Kalau korang masih ingat watak-watak dalam movie Harry Potter, tekalah watak yang telah ditukar ke gambar anime ni. Sama tak dimata korang??


P/s : Minta maaf jika entri ni agak berat sikit =).


Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Sunday 22 September 2013

Serupa Tapi Tak Sama

بسم الله الرحمن الرحيم

Selamat berhujung minggu dari SKA. Terasa sunyi je dunia blog ni bila hujung minggu kan, ape pun semoga anda semua sihat sejahtera di samping keluarga tersayang =). Harini entri pun santai-santai je, gambar di bawah ni betul-betul menarik perhatian dan minat ambe sebenarnya. Kagum dengan bakat manusia yang kreatif. 


Menarik kan?? Tangan manusia yang diwarna serta dicorakkan menyerupai binatang.
Ni kalau buat kat budak-budak Tadika mesti diorang suka dan teruja je.
Cikgu-cikgu Tadika sila buat macam ni ye hehe. 


Ben Heine

Yang ni bagi ambe sangat kreatif, memang terbaiklah lukisan Ben Heine,
bukan senang nak buat lukisan kat atas tu bagi nampak 3D.
Ben Heini ni memang terkenal dengan lukisan pencil vs camera,
yang mana hasil lukisannya pasti buat korang tersenyum =).
kat bawah ni adalah sebahagian gambar kreatif hasil lukisan beliau.

Nak tengok lebih banyak, anda boleh ke - http://www.benheine.com/


Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Monday 16 September 2013

Bandar Lama Yang Misteri

بسم الله الرحمن الرحيم


Bandar putih yang cantik dalam gambar kat atas ni sememangnya ada kisah sejarah tersendiri, sebenarnya ambe tak tahu pun bandar ni wujud. Bandar ni misteri kerana sentiasa berlaku pertempuran antara polis elit dan pengganas. Kalau tak silap ada 4 orang tawanan yang polis kena selamatkan, ditambah pula di tempat pengganas dipasang muzik yang pelik-pelik. Jumlah nyawa yang terkorban semasa bertempur ambe rasa dah mencecah jutaan nyawa. Tapi pertempuran kat bandar misteri ni terus je berlaku sampai sekarang.

Dari siri pertama sampai sekarang, memang tak dinafikan yang bandar misteri ni dah lama. Ambe tak pernah pun nak ambil tahu secara details kewujudan bandar misteri ni. Yang selalu dikaji senjata jelah, bayangkanlah pengganas dan polis elit bertempur, pasti senjata yang digunakan adalah yang terbaik. Kalau lelaki mungkin tahu ape yang ambe kongsikan, kalau perempuan yang minat berperang mungkin tahu kot. Tak tahulah bila akan berakhir pertempuran kat bandar misteri ni.

P/s : Korang tahu tak tampat ni kat mana??



Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Sunday 25 August 2013

Safety First?????

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam 18 Syawal dari SKA, serta selamat berhujung minggu. Macam mana hujung minggu korang?? 
Masih beraya ke??. Ape pun semoga hari-hari korang dalam rahmatNya selalu, in shaa Allah =). 


Cuba tengok gambar kat atas, kecian betul kat makcik ni. Takkan la sampai macam ni sekali nak elak mata tu berair atau terpercik lada. Bungkus kepala dengan plastik macam ni silap-silap tak cukup nafas dan boleh bawa maut. Ape cerita sebenar di sebalik gambar ni pun ambe tak tahu, yang pasti makcik ni tengah buat sambal kot, bersemangat je kan =). Korang pernah bungkus kepala macam makcik ni??. Petua, ilmu memasak dan cara-cara nak siapkan bahan memasak ni turun temurun dari orang tua. Maknanya pernah buat la kan?? Hehe..


Ambe rasa pakai goggle lagi selamat dan efisien. kalau nak yang lagi stail boleh je beli scuba goggle =). Kebiasaannya mata manusia ni mesti terasa pedih atau berair bila kita memotong bawang atau lada, apatah lagi kalau menumbuk. Siap boleh nangis-nangis lagi kan, meleleh je air mata tu, tengok movie sedih pun tak macam ni kan hehe. Apa pun yang korang buat, pastikan keselamatan anda dan orang sekeliling anda terjamin.

P/s: Hehe..ni cara terbaik untuk buat pasangan anda terharu..cuba la yup =). Wassalam



Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Monday 15 July 2013

Korang Asal Mana ye??

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam dari SKA =). Alhamdulillah, hampir seminggu dah kita berpuasa kan, cepat betul masa berlalu. Semoga hari-hari kita yang akan datang lebih baik dari semalam, in.shaa.Allah. Ambe nak tanya korang sikit boleh?? Kira macam banci la, 2 soalan je tak banyak pun. Ambe nak tanya, korang asal dari negeri mana & sekarang tinggal/menetap di negeri mana??. Saje je tanya ni, niat ambe suci & bersih lagi, cuma nak tahu je. Walaupun kita sama-sama blogger tapi ambe tak kenal pun korang dari negeri mana. Mana tahu esok-esok ambe kahwin, senang nak jemput..hehe, tak pun boleh jadi tour guide ke, atau yang buat bisnes sendiri tu, boleh jugak ambe singgah kat kedai korang, boleh minta diskaun 90% =).

Terengganu
Kedah
Macam ambe, asal negeri Kedah, tapi sempat merasa 2 tahun tinggal kat kedah. Lepas tu kena ikut berpindah ke Terengganu sebab ayah kerja kat Kerteh. Rumah family memang dekat dengan mcD dan Mesra Mall Kerteh. Dua negeri ni ambe sayang sangat dan memang negeri yang best, jomlah melawat Terengganu dan Kedah, mesti syok punya =). Tu jelah serba ringkas ambe kongsikan, korang pulak??????



Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Tuesday 2 July 2013

Biar Gambar Berbicara

بسم الله الرحمن الرحيم


Hahaha..tergelak pula tengok gambar ni, ambe pun layan jugak lagu jiwang, tapi takdelah sampai macam ni. Ehem..pernah tak terjadi kat korang?? Mesti pernah kan, hehe tak baik menipu. Apa pun, jangan patah semangat, sebab semua tu ujian je dari Allah. Satu hari nanti mesti Dia gantikan dengan yang lebih baik =)

Sumber Gambar dr. Pak Google


Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Monday 20 May 2013

Seni yang Kreatif

Salam dari SKA buat korang semua =). Harap korang sihat-sihat sentiasa (in.sha.Allah). Hari ini ambe rasa rajin pulak nak update blog, bila kepuasan melanda diri, ambe dah tak tahu nak buat ape. Kalau boleh main futsal dan badminton tak pelah jugak, tapi.......tetttttt..hehehe papepun ambe bersyukur =). Ambe ada dua gambar santai nak share dengan korang, hehehehe kreatif jugak la bila tengok. Boleh dikatakan satu hasil seni yang menarik. Hahahaha budak-budak seni faham la kot. Sumber gambar dari mukabuku.

Gambar 1. Hehehehe, ambe dah bagitahu tadi, memang berseni kan. kreatif tak???. Agak-agak korang, kalau bf, gf, tunang, suami, isteri atau teman rapat yang sayangkan korang buat macam dalam gambar tu untuk korang, agak-agak terharu tak??? Mesti korang boleh rasa keromantikannya kan, meleleh je ayaq mata, kan kan kan =). hehehehehe.

Gambar 2. Gambar ni terbaik la, hasil seni yang kreatif. Tak tahu rasa ape, tapi nampak sedap kan cupcake ni =). Orang tua-tua bagitahu, rezeki jangan ditolak, kalau dapat cupcake macam ni. Baca doa makan dulu, lepas tu makan je dengan penuh nikmat hehehehe. Cupcake ni sesuai untuk hantaran pertunangan, perkahwinan atau dihadiahkan untuk orang tersayang, hehehehe =)

Alhamdulillah, tu jelah gambar nak kongsi =). Ambe kagum dengan bakat orang yang berseni ni, kreatif je kan, idea tu mencurah-curah je. Entri santai je kali ni, bermanfaat tak?? hehehehe semoga bermanfaat. Wassalam.


Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Friday 8 March 2013

Ubat Sakit Kepala

Jom Tengok Sini (^_^)


Hehehehe..semoga cepat sembuh.


Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Friday 1 March 2013

Owhhh Tasik Kenyir


Entri kali ni ambe nak kongsi cerita time bercuti bersama gengs (12 orang) di Tasik Kenyir. Ni cerita tahun lepas punya, bulan 10 kalau ambe tak silap. Balik je bercuti tu tak terfikir pulak nak kongsi dalam blog, mungkin sebab banyak makang ikang tasik kot hehehe..lagi pun sekarang baru dapat semua gambar masa pergi Tasik Kenyir tu. Time-time cuti camnilah ambe rasa rajin nak update blog, tu pun sebab kawan ambe bagitahu nak pergi Kenyir pulak bulan 6 tahun ni. Aduhaiiiiii..harap menjadilah kali ni, sebab percutian kitorang tahun lepas ambe boleh kabo percutian yang gagal, semuanya POYO. 

Nak tahu sebab ape gagal? Hahahaha..sebab kitorang terkandas di tengah-tengah tasik selama 4hari 3malam (lama tu), hampeh punye "Houseboat" dah la bayar mahal, boleh pulak enjin boat jem tengah-tengah tasik, lain kali service la dulu boat tu. Last-last kitaorang balik camtu je, tu pun tunggu sampai 4hari. Perasaan teruja nak pergi air terjun dan taman negara terus jadi bosan (sabar jelah). Aktiviti kitaorang bila dah jadi camni memang banyak tido jelah, memasak, bbq, makan, memancing, tengok movie, tengok krew boat tengah baiki boat, bergambar dan terjun masuk tasik(mandi). Nama tuan houseboat terpaksa dirahsiakan sebab nak jaga periuk nasi dia, ambe nasihat kalau nak tempah houseboat, tengok la yang cantik-cantik. Harga mahal takpe janji puas hati.


Gambar kat atas ni la houseboat yang kitaorang sewa. Ok tak?? Hehehehe ok la kan :) ada bilik kat level2, ada bilik air, tandas, dapur, tempat makan, ruang memancing dan ruang santai. Tapi 1 je yang tak best, tingkap kat level2 tu dia tutup pakai kanvas je. Hampeh punya houseboat, dah la tiap-tiap petang hujan, kitaorang jugak la jadi magsa pegang kanvas tu tunggu hujan dan ribut berhenti. Seram pun ada, dah macam kat laut je bila ribut datang, bergoyang habis, tapi syok pun ada. Meh tengok gambar bawah ni.

Walaupun jadi macam ni, layan jelah :) kenangan indah tu ada bila kitaorang dapat ikan, bila tengok pemandangan yang cantik (memang betol-betol cantik), dapat bergambar, gelak sama-sama, mandi tasik sama-sama dan banyak lagi lah, tak rugi pun kalau korang pergi. Pape pun jika ada kesempatan untuk pergi kali ke2, ambe harap benda camni tak terjadi dah, hahahaha.. ambe salute la gengs ambe ni, korang memang best :) kalau ada yang berminat nak bercuti ke Tasik Kenyir, pergilah ramai-ramai, memang syok sangat-sangat, kalau nak sewa houseboat boleh klik sini dan sini
Bawah ni ada la gambar yang sempat kitorang snap dari mula sampai la balik..layan jelah..

Gambar atas ni time nak balik dah, houseboat yang kitorang sewa ditunda houseboat lain. Yang penting semua selamat. Banyak lagi gambar yang ambe tak kongsi kat sini, nak tengok datang rumah ambe :) Wassalam.



Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)