Fais-SKA

Friday 13 September 2013

Motivasi Pagi - Cintailah Al-Quran

بسم الله الرحمن الرحيم


Salam Jumaat dari SKA, jangan lupa yup amalan-amalan sunat di hari Jumaat =). Setiap umat islam di akhir zaman ni pasti kenal Al-Quran kan??. Kalau dah baligh masih tak kenal Al-Quran, maknanya anda seorang yang jahil terhadap diri sendiri, nauzubillah. Al-Quran merupakan kalam Allah yang suci dan diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w untuk dijadikan petunjuk kepada umat islam akhir zaman. Kenal Al-Quran sahaja tak cukup jika tidak membaca, memahami dan mengamalkannya.

Cintailah Al-Quran dengan membaca, memahami dan mengamalkannya. kalau boleh hafazlah sekali. Inshaa'Allah hidup kita sentiasa diberkati Allah (peringatan untuk diri sendiri juga)Hebat dan agungnya 
Al-Quran, Allah menjadikanya mudah untuk dihafaz sebagaimana firmanNya : Dan Demi sesungguhnya Kami telah mudahkan Al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya). (al-Qamar: 17)


Gambar kat atas ni ambe ambil dari laman mukabuku untuk dikongsikan di sini. Gambar ni menunjukkan tanda-tanda yang sentiasa kita jumpa di dalam Al-Quran, yang mana tanda-tanda ni kalau tak difahami dengan betul pasti menjejaskan bacaan kita. Tu belum masuk bab tajwid dan sebutan lagi, kalau salah sebutan, makna bacaan boleh jadi lain, silap-silap berdosa si pembaca. Untuk pelajari Al-Quran, carilah guru mengaji yang boleh mengajar Al-Quran dengan baik. Al-Quran ni tak boleh belajar sendirian, kan sesat pula nanti. Ambe harap perkongsian ni bermanfaatlah untuk kita semua.Wassalam =)

Rasulullah SAW bersabda: "Belajarlah al-Quran kerana sesungguhnya mengambilnya adalah keberkatan. Sedangkan meninggalkanya adalah kerugian dan orang yang malas serta lemah semangat tidak mampu melaksanakannya. (riwayat Muslim)



Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

63 comments:

  1. Subhanallah memang benar apabila kita baca al-Quran pasti hati akan jadi tenang. Alhamdulillah ingat lagi masa bulan Ramadhan, banyak sangat kesilapan bacaan yang miza lakukan tapi alhamdulillah kawan-kawan sering betulkan. Harap sangat walaupun dah habis Ramashan dapat baca lagi dengan kawan-kawan yang lain. Huruf mim kecil tu ramai yang tak berhenti, kadang-kadang ustaz/ustazah pun main langgar je. huhu kalau perasan dalam surah yassin ayat ke 76 ada. Semoga kita semua diterima amalannya. :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. kebanyakan drpd kita suka berli Quran,ttpi xbaca pun.skrg mcm2 jenis ada trmasuk digital tp xpastilah sama ada kita betul2 ambil manfaat drpdnya.tiap mlm jumaat baca Yassin,tp bila ada org baca al Kahfi terus melenting sbb buat lain drpd yg lain sbb kita faham hanya Yassin shj utk mlm Jumaat bkn surah2 yg lain.contoh je :)

      Delete
  2. Sayang kebanyakan kita sudah tidak menghiraukan Alquran lagi...selamat menabung.

    ReplyDelete
  3. nice sharing dik,kadang kadang kita lupa tentang nie,tu yang langgar jer semua...

    ReplyDelete
  4. Trima kasih atas perkongsian..insayallah sama2 kita amalkan.hanya ini panduan hidup kita umat islam semua

    ReplyDelete
  5. datang baca tazkirah awal pagi . tx fais utk peringatan ni . sabda rasulullah, "telah aku tinggalkan 2 perkara. kamu tidak akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada kedua-dua nya iaitu alquran dan al-hadis"

    ReplyDelete
  6. nice sharing, terima kasih.. Kadang-kadang kita lalai.

    ReplyDelete
  7. bestnya..:) at one point kte akn rs sgt close dgn Dia.. oh such a nice reminder..tq fais.

    ReplyDelete
  8. salam ceria Fais,tak semua mahir/faham tanda2 bacaan di atas.terima kasih kerana sentiasa berkongsi entri yang bagus.

    p/s-->owh kak lea pun walaupun dah khatam banyak kali,tapi masih rasa ada je kelemahan.ni husband ajak berguru pulak dengan mak kawan dia.makcik tu bekas juara tilawah.harap kami dapat mempertingkatkan lagi mutu bacaan :)

    ReplyDelete
  9. Assalam dan selamat pagi fais....

    membaca al-quran ni takleh baca semberono je, kena berguru dengan yang pakar. Perkongsian kenit ni sedikit sebyk akan membantu generasi muda dan senja macam kami ni untuk perbaiki bacaan alquran. Mekasih dik :)

    ReplyDelete
  10. thanks for sharing SKA..bila baca al quran rasa jiwe yg xtenang pn jd tenang,rasa stress pon hilang aje..ya allah nikmat dan indah sgt baca quran..

    ReplyDelete
  11. thanks for the info, ar ar kan hukum tajwid 2 penting hihi tapi kadang2 akak baca main sekaliharung je hurm skang dah faham dah nape kena ada tajwid,

    ReplyDelete
  12. selamat hr jumaat..tq yer..kekadang kita terlupa..bagus ada yg mengingatkan...

    ReplyDelete
  13. bersahabat lah dengan al quran. nescaya ia akan membantu kita dalam menempuhi alam akhirat..
    nice sharing S.K.A

    ReplyDelete
  14. salam jumaat..
    peringatan yang sangat bagus :)

    ReplyDelete
  15. terima kasih kerana sudi ingatkan.

    ReplyDelete
  16. bila kita buat sesuatu kerana allah s.w.t...akan terasa nimatNya..

    ReplyDelete
  17. Salam Jumaat...Nice sharing, fais.. :-)

    ReplyDelete
  18. terima kasih mengingatkan tentang tajwid2 ni . besar pahal yang ENCIK SKA dapat .. bagus kumpul pahala untuk hari jumaat yang mulia ni ^^

    ReplyDelete
  19. Terima kasih mengingatkan
    Nice entry !
    Membaca al-Quran yang boleh buat kubur kita tak sunyi sepi
    Baca laa selagi mampu
    sebelum Al-Quran diangkat naik . .
    Salam Jumaat !

    ReplyDelete
  20. Al-Quran adalah ubat yang paling hebat untuk manusia..di dalam nya penuh dgn mukjizat..baca dan amal ayat2 Al=Quran sungguh banyk kelebihannya..
    salam jumaat faiz..=D

    ReplyDelete
  21. nice sharing ...
    salam jumaat :)

    ReplyDelete
  22. tqvm fais ingatkan akak yang selalu lupa ini...

    ReplyDelete
  23. eiqa bookmark entry nie.! :)
    good sharingg.. ^^
    salam jumaat dari eiqaa..

    ReplyDelete
  24. tringat zaman2 kecik dulu
    blaja ngaji kat masjid dgn tok imam
    balik mengaji main kawin2..kelakar pulak bila teringat zaman kecik
    nice sharing fais
    isi tabung sini

    ReplyDelete
  25. Al-Quran kalau kita hayati betul-betul memang boleh sebak dan nangis. Saya tak faham kenapa ada orang yang tak percayakan Al-Quran dan masih agungkan teori-teori barat macam teori darwin padahal dia Islam. Semoga Allah beri petunjuk ;)

    ReplyDelete
  26. alhamdulilah sampai sekarang masih ingat lagi,terima kasih peringatannya

    ReplyDelete
  27. alhamdulillah....terima kasih kerana mengingatkan....selain daripada menenangkan hati...Al quran juga akan menjadi syafaat dihari akhirat....jadi rajin2kan baca Al-Quran.... :) btw, nice post of you bro... =)

    ReplyDelete
  28. yup, kitab ALLAH tu dah tercatat peristiwa yang akan berlaku.

    ReplyDelete
  29. Alhamdulillah...betul tu bro fais...jangan sekali tinggalkan Al-Quran, kalau boleh sekurang-kurangnya dalam sehari bacalah walau sekeping~

    ReplyDelete
  30. nice sharing fais.... :) bacalah walau sebaris ayat...

    ReplyDelete
  31. nice share.. sabda nabi, "sebaik-baik dari kamu adalah mereka yg belajar alquran dan mengajarkannya" (au kama qaalan nabi)

    ReplyDelete
  32. nice sharing... terima kasih banyak2 ya kerana mengingatkan sesama insan yang semakin hari semakin lalai...terutama diriku..

    ReplyDelete
  33. peringatan yang baik..boleh kita refresh balik hukum2 tajwid ni :)

    ReplyDelete
  34. al-quran... jadikan al-quran amalan.... terima kasih fais... :')

    ReplyDelete
  35. nice sharing fais ... dah lame yuyu tak blogwalking ... :(

    ReplyDelete
  36. makseh dik...perkongsian yang menarik :)

    ReplyDelete
  37. Perkongsian yang sangat bermafaat..semoga kita dapat sama-sam beramal dengan al-Quran..

    ReplyDelete
  38. perkongsian yang sangat bermanfaat bro..:) maaf lambat terjah blog bro :)

    ReplyDelete
  39. bacalah AlQuran...jadikan amalan...

    ReplyDelete
  40. Alhamdulillah...ilmu yg bermanfaat..time kasih sgt3x...so lpas nie...boleylah betolkan bacaan kite yg mne kurang betol too.. :) tq sgt3x... :)

    ReplyDelete
  41. alhamdulillah ^__^
    ilmu wajib dikongsi,,hehe

    ReplyDelete
  42. salam..

    Alhmdlh..lagi ilmu yg baik dikongsi bsama..
    trima ksh mgingatkan =)

    ReplyDelete
  43. perkongsian yang berguna..terima kasih :)

    ReplyDelete
  44. http://aziela-shortfunny.blogspot.com/2013/09/dia-yang-ku-cari.html

    ReplyDelete
  45. Thanks s.k.a sebab sharing.. especially pic tu.. ckj tak tau pun makna tanda-tanda tu.. sekarang da tau... :)

    ReplyDelete
  46. terima kasih di atas perkongsian ni adik fais.. ramai orang yang baca tapi tak mengamalkannya termasuklah akak juga.. kalau nak senang faham elok laburkan sikit duit beli al-quran digital..

    ReplyDelete
  47. nice sharing.. dah boleh baca al-quran hari-hari da ni ye kawan2. da tahu tajwid kan.. :)

    ReplyDelete
  48. Assalamualaikum.

    Peruntukkan sedikit masa untuk kalam Allah ni..insyaAllah, hari2 yang kita lalui diberkati.. :)

    ReplyDelete
  49. Good sharing Fais..semoga kita semua dapat belajar sama-sama kan...

    ReplyDelete
  50. Dalam sehari luangkan masa utk baca AlQuran..biar sikit asal baca..lepas Zohor ke..lepas Mahgrib ke..

    ReplyDelete
  51. nice entry.. walaupun tak pandai tajwid tp sekurang-kurang baca dgn betul dh dpt pahala :)

    ReplyDelete
  52. Teriam kasih perkongsian ini. Walaupun dah habis dua kali baca, saya rasakan masih ada bacaan saya yang belum sempurna. Kena belajar lagi ni.

    ReplyDelete
  53. smga kita x lupa padaNya.. insyaAllah...

    ReplyDelete