Fais-SKA

Thursday, 6 June 2013

Adab Merokok

Salam Israk Mikraj dari SKA buat semua =) harap korang berada dalam keadaan sihat sejahtera. Ambe dapat tahu harga rokok naik lagi. Hehehehe tapi yang bestnya walaupun harga rokok naik, takde pulak perokok ni merungut, termasuklah kawan ambe yang merokok (bagus kan diorang ni). Pernah tak korang alami situasi kurang ajar, kurang adab atau apa-ape jelah dengan si perokok??. Ambe bukan nak kutuk golongan perokok, cuma nak kongsi beberapa adab bagi perokok yang kurang adab kat luar sana. Ape yang baik ambil dan yang buruk tu kita jauhkan la, jum baca adab merokok kat bawah ni.


1~ Mula-mula nak nyalakan rokok tu jangan lupa baca Bismillah, berapa orang sangat la yang baca bismillah sebelum merokok. Amalkan bismillah sebelum memulakan sesuatu perkara.

2~ Time merokok tu kalau korang rasa nikmatnya rokok yang korang hisap, jangan lupa ucaplah “Subhanallah nikmatnya”, tak pun “Allahuakbar..nikmat sungguh rokok ini”. Kan dapat pahala. Tapi, benda yang memudaratkan ni nikmat ke???.

3~ Bila dah habis merokok jangan lupa ucap “Alhamdulillah”

4~ Ketika korang merokok sambil bercakap dengan teman rokok korang, jangan lalai sangat bersembang, rokok yang menyala tu tengah bakar diri sendiri tanpa dihisap, kan membazir tu amalan Syaitan, mahal kot rokok sebatang, apatah lagi kalau sekotak. Yang bawa motor pun sama, time bawa motor tak payah hisap, lagi cepat rokok tu terbakar bila kena angin. Walaupun korang guna duit sendiri, kalau Allah tak buka pintu rezeki kat korang, jangan harap la boleh beli rokok.

5~ Jangan hisap rokok di khalayak ramai, sebab asap rokok boleh memudaratkan orang lain. Merokok je sorang-sorang di tempat tersembunyi lebih afdal.

6~ Jangan merokok berhampiran kanak-kanak atau perempuan yang sedang mengandung, kecian diorang, perempuan tu tengah berjihad bersama anak dalam perut dia dan anak yang akan dilahirkan nanti mesti la nak sihat-sihat je. Bagi kanak-kanak pulak, mestilah dia nak masa depan yang sihat kan.

7~ Jangan merokok ketika memandu, korang mungkin merbahayakan diri sendiri dan orang lain. Bila merokok dalam kereta confirm buka tingkap, tangan yang pegang rokok kat luar tingkap, pastu bara rokok terbang kena orang bawa motor atau kena kereta orang lain. Silap-silap boleh eksiden.

8~ Patuhi papan tanda Dilarang Merokok. Nak orang lain hormati anda? Hormatilah orang lain juga.

9~ Jangan biarkan rokok korang menyala ketika nak buang, pastilah korang hilangkan dulu bara kat rokok, supaya mengelak terjadinya kebakaran.

10~ Sesudah merokok, elakkan bercakap dengan orang yang tak hisap rokok buat seketika. Korang akan menyebabkan orang tak selesa dengan bau rokok yang masih ada kat korang.

11~ Bila dah hisap rokok, jangan lupa gosok gigi. Kesihatan mulut pun terjamin, gigi pun tak berkarat dan dapat pahala sunnah bersugi lagi.

12~ Jika korang perokok tegar atau pun tak. Selalulah ingat Allah, sebab Allah tak suka hambanya memudaratkan diri sendiri, dalam kata lain menzalimi diri sediri. In.sha.Allah, mungkin korang akan insaf dan mulakan hidup baru yang lebih sihat di samping keluarga tersayang.

********************************************************************

Actually takde bantahan pun kat sini bagi yang merokok, tu kan hak masing-masing, kita tak boleh mengubah seseorang melainkan kehendak dirinya sendri. Kawan ambe pun ramai je yang merokok, tapi diorang tahulah nak hormat kita sebagai kawan =). Kalau ada jugak yang marah-marah bagitahu ''ni hal aku, hidup aku dan ikut suka akulah''. Senang cerita, bila rasa diri tu nak mati esok-esok. Pergi gali kubur sendiri siap-siap dan tido je dalam tu, tak payah orang lain nak uruskan. Bila hidup bermasyarakat ni, kenalah saling hormat menghormati dan janganlah sombong =). Ambe sendiri pun ada pengalaman dengan perokok yang kurang ajar, time tu memang rasa nak bunuh orang je, tapi kesabaran tu lebih penting. Sebab tulah nak share adab-adab merokok, hati manusia ni bukan kita boleh baca pun. Yang pandai jaga adab tu tahniah la ambe ucapkan. Sekadar berkongsi, semoga bermanfaat =) Wassalam.


P/s~ Korang tahu tak hukum merokok tu apa?? Meh baca sini-----> Hukum Merokok


Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

35 comments:

  1. senang je.....yang bagoihnye takyah merokok...... tapi perokok2 tegar ni..bukan deme kighe...rokok naik harga ke...... ribut ke..banjir ke.... yang penting rokok ade....... adab merokok???....kekekeke...1st time awok dengo.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. He3 2lah awok, kta mn la ade hak nk sruh org bhnti mrokok, sbb xdelah ambe bt ni :)

      Delete
  2. hahaha..cik akak gelak jap dik....
    cik akak memang tak berapa suka dengan lelaki merokok nie...bukan apa asap tu yang bukan cik akak sesak nafas..hihi....tak kisah lah dia nak merokok ke apa yang penting jaga tatasulila...hihi...

    Kalau sebelum dia isap rokok tu baca bismillah.,..insyaAllah Allah bagi dia tak de selera nak merokok...syukur sangat2...kurang lah sikit gejala merokok nie..hahaha

    ReplyDelete
  3. ahh heehehehe kalau semua perokok buat cm gini.. jadi terus insaf :)kalau ada yang buat respect

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum S K A.....

    S K A....nak tahu Akak paling tak suka pada orang yg merokok sampai2 masa nak bertunang dulu tanya dulu calun tunang tu merokok ke tak....kalau merokok boleh jalan he heee....

    ReplyDelete
  5. saya tak suka orang merokok. boleh pitam kalau duk sebelah dia tau. Hu hu T___T
    tips yg terakhir, jgn merokok senang cite. udara pun bersih je. hehe =)

    ReplyDelete
  6. pernah tgk org merokok dlm bus ber-aircond..mmg takde sivik..rs mcm nk suruh je dia telan sekali gn asap tu..jgn hembus...grr..:P

    ReplyDelete
  7. haha , hisap rokok memang cool...cool gila , dan lagi cool kuasa 10 , kalau dia berhenti hisap rokok....
    susah nak jumpa orang tak merokok , bibir merah pun ada gak yang merokok...orang laki lagi arif bab ni , ke guano ? :P

    ReplyDelete
  8. Menarik entri ni... Bahasa mudah dan penuh adap dalam menegur dan membimbing. Kalau anda ingin menegur tapi terus kutuk kaw2...jangan harap orang tu nak dengar. Ada ke perokok nak baca sesuatu entri yg bertajuk "Bahaya Merokok" atau "Perokok Membunuh dan Pembunuh". Biar berlembut dan berkias tapi tepat pada sasaran dan menusuk kalbu. Makan dalam tuu!
    Suka sokmo dgn entri ini...Good job Bro! Senyum Sokmo :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalam,

      betul tu BM..kalu nak menegur biarlah drngan cara yg berhemah...belum tentu teguran kita tu org nak terima ke tak...

      sebelum tu pandang pada diri sendiri dulu, pandang pada ahli keluarga atau org2 yg rapat dengan kita...sudah kah kita menegur mereka dulu?

      Delete
  9. hehe...sangat suka entry ni fais... fikir2kanlah sndiri kan..hee...neway...jom sm2 kita renungkn peristiwa israk mikraj ;)

    ReplyDelete
  10. hurm.. pening + loya kalau terhidu bau asap rokok.. nsb baik ayah x merokok.. huhu~~ adakah perokok begitu...ekkekekke~~ mbhyakan kesihatan diri dan org di sekeliling..

    ReplyDelete
  11. Nak tanya satu jer, tuan blog ni merokok x?

    ReplyDelete
  12. ad ke org nk ucap bismillah n alhamdulillah nk hisap rkok ni,
    hmm..rsanya xdk kot

    ReplyDelete
  13. agaknya berapa orang yang amalkan no.1,no.2 dan no.3 tu? pernah akak jumpa seorang perokok merokok di kawasan awam yang ada papan tanda dilarang merokok.. selamba akak tegur dia,"maaf encik, papan tanda tu jelas menunjukkan encik dilarang merokok di sini." terus dia pergi, mungkin sebab rasa bersalah atau malu kot.. akak tak bermaksud untuk memalukan dia pun..

    ReplyDelete
  14. huhu..ayah sendiri perokok jugak. boleh nasihat jelah.

    ReplyDelete
  15. Nice tips laaaa fais. Hehe. Anyway, elergic betul dgn bau rokok ni. Bila ada orang merokok lalu dpn sy, smbil hembus2 lg asapnya, nak je cakap, 'encik, boleh tak lalu tempat lain, sebab asap rokok encik dah jejaskan saluran pernafasan sy.' Huuu. Tapi ada ke org meroko buat mcm fais state kan yg memula tuu. Terpikir sattt.

    ReplyDelete
  16. CikAkak~ in shaa Allah he3 =)

    Acik~ kalau yg bt thniah la utk mereka =)

    kakYan~ Waalaikumussalam, he3..tegas btol kakYan ni =)

    Anis~ hehehe nice tips ^^

    Mimi~ he3, sruh jelh dia bt cm2, kot2 lg nkmat..

    Nang~ ksimpulannya trima jelah seadanya he3 =)

    broBM~ trima ksih bro =)

    KakLisa~ trima kish =) sama2 muhasab dri, syglh Rasulullah.

    Mia~ hak r, mmg rsa xslesa dn mrbhyakan org lain..in shaa Allah ada =)

    Teena~ Rasa2??? jeng3 ^^

    Hajar~ He3, ada kot =)

    KakAiza~ he3 xpastilh la ada ke x? kalau dia bt silap, mmg ptt rasa mlu =)

    Nina~ he3 xpe, slow2 =)

    Nies~ Terima kasih, asap rokok mmg xmyenangkn, In shaa Allah ada kot he3 =)

    ReplyDelete
  17. Assalam,

    bapak dan bpk mertua bunda tak merokok, arwah suami dan anak2 bunda juga tak merokok, ipar2 sebelah suami juga tak merokok tapi...tapi kan..adik2 lelaki dan ipar2 lelaki sebelah bunda merokok...

    tiap kali datang umah adalah asap dan puntung rokok...bunda tak bolih bau asap..kan bunda asma..menyampah...

    ReplyDelete
  18. tapi sebagusnya jangan lah merokok kan :)

    ReplyDelete
  19. assalam...saya tak suke rokok dan sangat tak suke asap rokok..hehhehehe... syukur suami tak merokok ....... :)

    rokok ni lebih bnyk mudarat drpd kebaikan ... :)

    ReplyDelete
  20. majlis Fatwa kebangsaan dah haramkan rokok sejak sekian lama tapi samapai skrg berlambak umat islam di Malaysia yg merokok.

    Bkn itu sahaja, Mufti Arab Saudi dah lama fatwakan haramnya merokok, tapi amalan merokok amat berleluasa di arab saudi termasuk di Tanah Haram Makkah

    ReplyDelete
  21. suka adab2 darp 5- 12... >_<

    ReplyDelete
  22. asap tu satu hal dah. lepas tu putong rokok buang merata.. huhu tapi semenjak ada e-rokok dah kurang nampak putong rokok. tapi asap tu still menganggu. kadang2 orang yang merokok guna e rokok ni berlagak betul ingat pakai e-rokok tu nampak gah ke.. heheh luah perasaan plak kat sini

    p/s: putong ke putung? hehehe

    ReplyDelete
  23. Bunda~ Wkmssalam, he3 sbar bunda :) bunda nsihat je dia baek2.

    KakTihara~ Yup spttnya mcm 2lh yg terbaek :)

    Hafrizah~ Wkmsslam, Alhamdulillah, betol 2 :)

    Shameel~ betol 2..hukum dia mmg hram..

    CikKeju~ Trima kasih :)

    Hana~ he3, asap dia bau buah2an kn, he3..gah la kot :)

    ReplyDelete
  24. nasehat terbaik! hahaha.. senyum sorang2

    ReplyDelete
  25. adussss!!!aku perokok tegar...tapi,x lah nak isap kat keliling orang lain yg x merokok...jauh sket...ngeee...peace no war!!!!hakhakhak!!!

    ReplyDelete
  26. blo pernah ckp alhamdulillah slps isap rokok :)

    ReplyDelete
  27. Aziha~ Alhamdulillah, trima kasih :)

    BroPheoniX~ he3, yg pntg adab bro terbaek..xpe, nti slow2 la 2 hisap rokok

    Sop~ lpas ni kena amalkan la he3 :)

    ReplyDelete
  28. suka sangat entri ni.. siap share kat fanpage.. hahaha..
    haritu aku membebel kat cik abam aku sebab aku nampak sorang perokok ni dy hembus asap rokok dy dekat satu famili yang ada anak2 kecil.. no sensitiviti langsung! terdiam cik abam sebab dya pernah jadi smoker.. hahaha..

    ReplyDelete
  29. Merokok pon adab sekarang yeahh.. Seelok-eloknya tak perlu kot merokok kerana ia sangat merbahaya.. -_-

    ReplyDelete
  30. ada yg xfaham bahasa.papan tanda larangan merokok punya besar tp still merokok.kena perli pn buat2 tataw...xsuka la yg jenis camni pentingkn diri sendiri.saya xsuka asap rokok sbb sesak nafas...

    ReplyDelete
  31. bagus n3 ni ska..suka..suka!!!harap ramai yang baca n3 ni...tak sukalah orang merokok...abah & hubby pun tiap kali masuk je bulan ramadhan,selalu ikrar nak stop terus tapi hampeh...huhu.tapi hubby memang hisap rokok kat luar kak lea tak bagi dalam rumah,apatah lagi dalam kereta.kadang2 pengaruh kawan pun ye,hubby dah berjaya berhenti tapi bila sekali,dua kali,tiga kali kawan hulur2 rokok...kalah lagi dia adeihhh..

    ReplyDelete
  32. huhu..selamat beramal la para smoker sekalian..huhu..selalulah ingat org tersayang..selamat dalam famili me tak ada yang hisap..huu

    ReplyDelete
  33. orang yg paling biadap dan kurg ajar adalah perokok yg merokok di tmpt awam ! ape2 hal brani buat brani tggung. Rosakkan kualiti udara ciptaan Allah. Xnak berubah ?? azab perit lg pedih bg makhluk yg berbuat kerosakan di muka bumi ni. (jangan buat2 xtaw Allah melarang manusia melakukan kerosakan di muka bumi) sekian.

    ReplyDelete