بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Jumaat dari SKA, alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk merasai nikmat hari Jumaat yang mulia ni. Sekarang dah masuk musim hujan rahmat, ada sesetengah kawasan dah dinaiki air. Harap jagalah kesihatan masing-masing dan banyakkan bersyukur, semoga Allah melindungi kita semua..Inshaa'Allah.
Kelebihan Hari Jumaat Yang Tak Terhingga.
Ramai di antara kita menunggu nikmat ganjaran dan pahala yang besar hanya dari bulan Ramadhan serta menunggu malam Lailatul-Qadar. Namun ada satu hari yang mana Allah meletakkan segala kebaikan untuk setahun padanya. Ia adalah hari Jumaat, penghulu segala hari. Sabda Rasulullah s.a.w: "Sebaik-baik hari yang diterbitkan matahari adalah hari Jumaat". Hari Jumaat telah dikhaskan kepada umat islam dengan penuh kebaikan, malah lebih baik dari bulan Ramadhan dan 10 malam terakhirnya. Sabda Rasulullah s.a.w: "Barangsiapa yang mandi, keluar awal berjalan kaki dan tidak menunggang. Kemudian menghampiri imam dan mendengar khutbah, maka pada setiap langkahnya, dia dikurniakan ganjaran berpuasa dan solat selama setahun". Subhanallah, siapa yang taknak kan ganjaran yang sebegini besar. Begitulah apa yang disimpulkan tentang etika dan adab-adab yang boleh diamalkan pada hari Jumaat.
Adab Bersedia Menyambut Hari Jumaat.
- Mandi, sesetengah ulama' mewajibkannya kerana Rasulullah s.a.w bersabda: "Mandi Jumaat adalah wajib kepada mereka yang baligh". Iaitu wajib keatas setiap orang yang baligh.
- Memakai dan menyimpan pakaian yang terbaik untuk hari Jumaat. Sudah tentulah yang terbaik adalah pakaian yang berwarna putih. Ia adalah sunnah kerana Rasulullah sukakan warna putih.
- Memakai wangi-wangian seperti minyak atar dan haruman-haruman lain.
- Memotong kuku dan mencukur atau menggunting bulu yang dibolehkan.
- Melumurkan badan dengan losyen ataupun krim.
Inshaa'Allah..jika 5 adab ini kita amalkan, maka kita telah mengamalkan sunnah Rasulullah pada hari Jumaat.
Adab Keluar Ke Masjid.
- Berjalan selagi mampu jika masjid berdekatan. Ataupun boleh memandu kemudian berjalan dari keretanya ke masjid. Ianya akan dihitung dan inshaa'Allah akan mendapat ganjaran dari Allah.
- Keluar awal dan masuk ke dalam masjid sebelum imam berada di mimbar. Rasulullah s.a.w bersabda: "Di setiap pintu masjid ada Malaikat yang menulis nama mereka yang memasuki masjid mengikut urutan. Ketika imam naik keatas mimbar, Malaikat akan menutup lembaran nama itu untuk mendengar khutbah".
- Menunaikan solat sunat tahiyyatul masjid. Rasulullah mengarahkan supaya kita tidak duduk sebelum menunaikan solat sunat tahiyyatul masjid. Walaupun khatib tengah membaca khutbah sekalipun, kita tetap disunatkan untuk menunaikan solat sunat tahiyyatul masjid.
- Sunat untuk duduk berhampiran imam. Rasulullah s.a.w bersabda: "Baginda mendekati imam lalu mendengar khutbahnya".
- Memberi perhatian kepada khutbah yang disampaikan. Kalau kita tengok sekarang, ramai yang tidur dan bermain handphone ketika khutbah disampaikan dan secara automatik mereka yang lalai ni akan terlepas ganjaran besar yang diberikan kepada mereka yang mendengar khutbah. Rasulullah s.a.w bersabda: "Barangsiapa menggerakkan batu dan bercakap-cakap ketika mendengar khutbah, maka dia telah melakukan perkara yang sia-sia. Barangsiapa yang melakukan perkara yang sia-sia, maka tiadalah pahala Jumaat untuknya".
Amalan Pada Hari Jumaat & Malam Sebelumnya.
- Membaca surah Al-Kahfi, Rasulullah s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang membaca surah Al-Kahfi di hari Jumaat, dia akan disinari cahaya sehingga hari Jumaat yang seterusnya". Ia juga akan melindungi kita daripada fitnah Dajjal.
- Perbanyakkan selawat kepada Rasulullah s.a.w.. Rasulullah bersabda: "Banyakkanlah berselawat kepadaku di hari Jumaat dan malam sebelumnya". Jika kita berselawat kepada Rasulullah s.a.w sekali, Allah akan berselawat kepada baginda sebanyak 10 kali. Selawat dari Allah adalah rahmat.
- Banyakkan berdoa dan menunggu saat doa dimakbulkan. Rasulullah s.a.w bersabda: "Terdapat satu masa di hari Jumaat, jika seseorang muslim berdoa, doanya pasti akan dimakbulkan oleh Allah". Kebanyakan para ulama dan para sahabat Rasulullah s.a.w mengatakan bahawa saat doa dimakbulkan adalah ketika matahari mula terbenam (senja).
Subhanallah.. perkongsian yang baik dihari yg mulia.. semoga bersama semua beroleh berkat. Salam Jumaat Fais :)
ReplyDeletesalam hari jumaat.. selamat pergi sembhyg jumaat. hehe.
ReplyDeleteinsyallah..amin..semoga bermanfaat untuk kita semua
ReplyDeleteAllahuakbar...terima kasih atas perkongsian yang baik ini fais. Jom berselawat ke atas nabi dan baca surah al kahfi untuk permulaan yang lebih baik (^_^)
ReplyDeleteSalam Jumaat Fais..Banyak kelebihan hari Jumaat ni..tema kasih diatas perkongsian yg sangat bermanfaat ni..:)
ReplyDeleteAssalamualaikum Fais... terima kasih diatas perkongsian yg sgt bermanfaat.. may Allah bless you..
ReplyDeletethanks for sharing fais..mmg hari jumaat byk manfaat nye..
ReplyDeletesalam jumaat fais ^_^
ReplyDeletesalam jumaat adik fais... thanks ,,,,menarik perkongsian fais...
ReplyDeletesalam jumaat, semoga hari ni lebih ramai yang tunaikan solat jumaat dan kurang yang lepak di kedai waktu khutbah dibacakan...amin..:)
ReplyDeletemalam jumaat bagus baca surah dalam al quran jangan biarkan hati kosong tanpanya
ReplyDeletesubhanallah..nice sharing fais :)
ReplyDeletesalam jumaat adik.. sangat bermanfaat perkongsian ini fais..sama-sama kita mengamalkan amalan-amalan yang baik itu pada hari jumaat dan hari-hari yang lain juga..
ReplyDeleteentri menarik... putih itu suci... jth cinta dengan warna putih .. :D
ReplyDeletebagusnya entry hari jumaat ini...harap semua dapat baca kan...dan amalkan
ReplyDeleteinsyaAllah bro,..mudah mudahan amalan2 diatas dilaksanakan bagi mendaptkn keredhaan penghulu hari..
ReplyDeletesalam..
ReplyDeleteAlhamdulillah..perkongsian yg amat bmnfaat lebh2 lagi dhari jumaat ni..
InsyaAllah akan teruskan amalan ni.. ^_^
semoga semua yang membaca di sini diberi perhatian dari Nya ;)
ReplyDeletewangi2 hari jumaat tu biasa dgr tp melumurkan losyen tu alaf baru punya style utk wangi2 kot ^__^
ReplyDeletesalam jumaat ye fais..tqvm..
ReplyDeletethis entry is SUPER awesome. memang bagi byk pengajaran sgt2. terima kasih sgt2.
ReplyDeleteikhlas dr nanie
Subhanallah - Alhamdulillah - Lailahaillallah - AllahuAkbar ^_^
Melebihan hari jumaat ;)
ReplyDeleteEh salah *kelebihan
ReplyDeleteSuka baca peringatan seperti ini. Almaklumlah, manusia sering terlupa. Terima kasih.
ReplyDeleteterima kasih di atas peringatan ini...
ReplyDeletebanyak kelebihan yg ada pada hari jumaat ni, nice sharing :D
ReplyDeleteSalam Jumaat, Fais. Ya, yang baik elok dikongsikan moga yang leka tidak terus leka. Sememangnya Jumaat hari yang sangat istimewa.
ReplyDeleteSalam Jumaat Fais..perkongsian yang berguna..manusia memang perlu saling mengingati antara kita kan..
ReplyDeleteSalam Jumaat. Terima kasih atas pengkongsian. Suka sangat baca :)
ReplyDeletealhamdulilah terima kasih kerana sharing :) selagi kita ada masa ini kita gunakanlah sebaik yang mungkin
ReplyDeletesalam jumaat fais :D
ReplyDeleteaq baru je dapat bukak blog. baru2 ni bnyk keje. hehe
perkongsian yg baik. marilah hidupkan sunah rasulullah. nescaya akan diberkati ALLAh swt.
nasib baik tmpt zizie x banjir.. hehe..
ReplyDeleteAlhamdulillah, terima kasih fais.
ReplyDeleteBagus peringatan ni bro, psal tk ramai pun yg tau adab2x hari jumaat ni. Terima kasih sudi kongsi :)
ReplyDeleteSalam Jumaat Fais..peringatan yang baik untu k kita semua...memuliakan penghulu hari.,.
ReplyDeletealhamdulillah,
ReplyDeleteterima kasih ya.. :D
salam blogging
ReplyDeleteSalam Jumaat.. Nice sharing Fais..
ReplyDeleteSalam Jumaat, penghulu segala hari
ReplyDeleteSalam Jumaat faiz :)
ReplyDeletePerkongsian yang bermanfaat,terima kasih :)
nice sharing...
ReplyDeletehari jumat tu memang hari yang paling mulia kan.. :)
thanx info (:
ReplyDeleteSubhanallah begitulah mulianya dan besarnya ganjaran hari Jumaat...penghulu segala hari...MasyaAllah...
ReplyDeletejumaat adalah penghulu segala hari..
ReplyDeletenice sharing ;) semoga kita istiqamah ye =)
ReplyDeleteTeruskan menulis dan teruskan berdakwah f@is!
ReplyDeleteperkongsian yg bagus..
ReplyDeletegood sharing..:)
ReplyDeleteNice entry, bagus baguss entry nir ^^
ReplyDeletebanyakkan berselawat di hari jumaat...banyak pahala tau :-)
ReplyDeleteSubhanALLAH, perkongsian yang teramat mulia, semoga ALLAH swt mempermudakan segala urusan kita dan memperkenankan segala doa kita,in shaa ALLAH.
ReplyDeleteJAZAKALLAHU KHAIRAN pada adminnya.
Mohon share ilmunya ini...syukran jaziilan.