Fais-SKA

Wednesday 2 October 2013

Scoliosis Implikasi Tulang Belakang

بسم الله الرحمن الرحيم

Tiga hari lepas ambe ada chatting dengan seorang kawan di mukabuku. Pada mulanya hanya bertanya khabar dan keadaan kehidupan masing-masing. Kawan ambe ni bukanya orang asing bagi ambe, dia juga bakal adik ipar ambe satu hari nanti inshaa'Allah. Dari bergurau senda, chatting kami bertukar serius apabila dia mula bercerita tentang Scoliosis, rupa-rupanya dia seorang pesakit Scoliosis, tapi dalam peringkat awal. Ape yang diceritakan pada ambe, buat ambe tertarik untuk dikongskikan secara ringkas pada blog ambe ni.

Apa itu Scoliosis??

Scoliosis ialah istilah perubatan yang merujuk kepada keadaan tidak normal di mana tulang belakang seseorang itu membengkok ke kanan atau ke kiri, atau boleh juga ia berpusing. Jika dilihat pada x-ray dari sudut hadapan, tulang belakang seorang pesakit Scoliosis akan membentuk lebih kepada huruf ‘S’ atau pun ‘C’ berbanding bentuk lurus pada orang normal.Kebanyakkan pesakit menganggap sebagai perkara biasa sahaja.Tetapi sebenarnya ianya merupakan sakit yang yang berbahaya sekiranya tidak ditanggani. 

Jenis-jenis Scoliosis.

Idiopathic Scoliosis:
Merupakan jenis Scoliosis yang paling umum yang merujuk kepada ‘penyebab yang tidak diketahui’. Lebih 80% dari kes Scoliosis adalah Idiopathic dan lebih 80% dari kes-kes tersebut melibatkan ‘adolescent’ yang mana lebih kerap menyerang perempuan berbanding lelaki. Idiopathic Scoliosis dipecahkan kepada 4 kategori:
·Infantile idiopathic scoliosis (0-3 tahun)
·Juvenile idiopathic scoliosis (3-9 tahun)
·Adolescent idiopathic scoliosis (10-18 tahun).
·Adult idiopathic scoliosis merujuk kepada pesakit yang telah mencapai usia pertumbuhan lengkap – boleh juga merujuk kepada pesakit dari tiga kumpulan di atas yang telah menginjak usia dewasa.
Congenital Scoliosis:
Berpunca dari pertumbuhan tidak normal yang berlaku ketika peringkat awal kehamilan iaitu pada 3 hingga 6 minggu pertama.

Neuromuscular Scoliosis:
Kanak-kanak yang mempunyai masalah seperticerebral palsy, spina bifida, atau pun muscular dystrophy mempunyai risiko untuk mendapat Scoliosis kerana mereka mempunyai otot yang lemah yang akan menyebabkan tulang belakang mengalami tekanan yang tidak sama, lalu mungkin akan membengkok menbentuk huruf ‘C’.
Adult or Degenerative Scoliosis:
Scoliosis yang tidak dikesan & dirawat diperingkat awal usia. Juga merujuk kepada kes Scoliosis yang telah dirawat melalui implant, tetapi berulang kembali.Osteoporosis, disc degeneration, a spinal compression fracture juga boleh menyumbang kepada kewujudan Scoliosis di usia dewasa.


Jika dibiarkan

Jika dibiarkan, tulang belakang akan menjadi lebih teruk dan organ-organ penting seperti paru-paru dan jantung akan berhimpit. Masalah yang akan timbul seperti sesak nafas, sakit sendi yang teruk, pitam dan mungkin akan membawa maut. kebanyakkan pesakit Scoliosis lebih menderita dari segi mental berbanding fizikal. Ini kerana kebanyakkan merasa terlampau rendah diri, murung, sedih, kecewa dan juga putus asa. Perkara ini sering terjadi kepada pesakit Scoliosis. Ini terjadi kerana ketidak normalan bentuk tubuh badan yang bengkok. Pesakit akan mengalami perubahan dari bentuk normal kepada tidak normal seperti bahu sedikit tinggi berbanding bahu sebelah. Buanglah rasa sifat takut dan berdiam diri. Jika anda sedar ketidak normalan pada tubuh anda, cepat-cepatlah berjumpa doktor. 

Rawatan

Rawatan awal amat perlu kepada setiap pesakit Scoliosis. Rawatan seperti pergi mengurut adalah tidak digalakkan, disebabkan Scoliosis ni melibatkan tulang belakang, adalah wajar jika anda membuat rawatan di hospital. Pengambilan ubat tahan sakit juga tidak disarankan doktor, ini akan mengakibatkan hati pesakit rosak teruk. Kebisaannya rawatan yang dibuat di hospital adalah rawatan Fisioterapi dan rawatan susulan oleh doktor pakar. Orang yang mengidap Scoliosis mungkin pergerakannya terbatas dan tidak dapat membuat pekerjaan normal seperti orang lain. Malah untuk bersukan pun agak terbatas bagi pesakit Scoliosis. Jika terlampau teruk, pembedahan adalah rawatan yang perlu diambil. 

Kos rawatan Scoliosis agak tinggi kerana ia melibatkan pemasangan implant yang mengandungi beberapa rod, skru, plate & kabel, ditambah lagi ianya adalah pembedahan yang rumit dan bukan semua doktor berupaya melakukan pembedahan ini. Kos rawatan di hospital kerajaan adalah diantara RM 15,000-25,000 bergantung kepada jumlah skru yang akan digunakan. Pakar bedah tulang belakang akan menentukan jumlah skru berdasarkan bahagian tulang yang bengkok dan keseriusan bengkok tersebut. Manakala di hospital swasta, kosnya boleh mencecah sehingga RM 40,000 tidak termasuk kos pembedahan dan caj hospital. Walaupun kos pembedahannya agak mahal sehinggah mencecah ribuan ringgit, janganlah bimbang dan rasa putus asa, kos rawatan tersebut pasti boleh dirujuk pada badan kebajikan masyarakat. 
Sumber [1][2][3][4][5]

Kepada pengidap Scoliosis, cubalah rujuk kepada doktor pakar. Mungkin ada kebaikannya jika rawatan awal dibuat. Ambe harap setiap pesakit yang mengidap Scoliosis ni janganlah cepat putus asa. Cubalah positif dan senyum seperti biasa. Apa yang berlaku pasti ada hikmahnya dan Dialah sebaik-baik perancang. Kepada kawan ambe, banyakkan bersabar dan berdoa. Semoga anda sihat selalu dan hidup ceria. Selamat membaca dan semoga bermanfaat. Wassalam.


Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

67 comments:

  1. bahaya kalo tak buat rawatan awal kan..

    ReplyDelete
  2. Bahaya gak sakit nie dik...
    kali pertama cik akak dengar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya bru thu nm saintifiknya =) sblum ni thu kewujudannya je

      Delete
  3. 1st time dgr
    thanks for sharing paih,info berguna pd semua :)

    ReplyDelete
  4. bahayanyer...kesian pada kawan fais...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kak..smoga dia tabah..tp xdelh serius lg..

      Delete
  5. Assalamualaikum.. kalau kene penyakit ni, better pi check ngn doc.... tak boleh just urut2 sesuka htai, takut lagi teruk jadinya... semoga pesakit scoliosis sembuh dengan rawatan yg betul...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam..yup better cmtu..inshaa'Allah kak

      Delete
  6. ada kawan yang sakit macam ni , badan dia memang kecik dan kurus je...sekali tengok macam kanak-kanak je...sekarang pun still belajar sama2 , tapi memang selalu kena jumpa doctor pakar la..erm , kesian...sebab dia cakap memang sakit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Knapa smpai cmtu?? dia xmkan ke?? kecian diorang kn...menderita je..smpai nk mkan pn skit2..smoga dia tabah dan cpat sihat

      Delete
  7. huish. sha selalu kena marah bila menjahit duduk tak betul takot tulang belakang bengkok

    ReplyDelete
    Replies
    1. He3..yang xkn terjadi kot =) kalau skit sendi tu yelah kot..kalau duduk xbtol mgkin cpt bongkok

      Delete
  8. Bahaya juga kalau dibiarkan sebab bagi kesan buruk kepada organ-organ badan yang lain.
    Lebih baik dirawat sebelum ia memudaratkan. Tapi kos operation boleh tahan mahal juga tu.
    Semoga dipermudahkan bagi mereka-mereka yang menghidapai scoliosis ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup betol 2..hak r..mmg mhal bila melibatkn alat2 diatas..Amin..harap mcm tulah

      Delete
  9. Info yg bagus ni.. Terima kasih kongsi s.k.a :)

    ReplyDelete
  10. mahalnya kos rawatan..kalau ada badan2 yang cover balik kos ni baguslah kan :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pasti ada =) pihak hospital akan rujuk kes seseoran tu pd badan kebajikan..antara cpat dan lmbat je..tgok keadaan..yg susah pasti ada jalannya..inshaa'Allah..

      Delete
  11. Replies
    1. Yup..memang mahal..nk kepastian boleh rujuk kepada pakar =)

      Delete
  12. info menarik bro..tulang blakang anggota pnting tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup betol 2..melibatkn saraf tunjang juga..silap skit..boleh lumpuh..

      Delete
  13. Bahaya juga yer penyakit Scoliosis ni. Apakah penyebab dan punca2nya yer? Ayah ida juga mengalami sakit tulang belakang yang bengkok dan sendi no 10 nya renggang akibat terjatuh masa muda dulu. Dah cucuk 10 liang utk masuk ubat, dan sekarang doktor kata kena operet utk masukkan besi. Apakah penyakit ayah ida ni di kategorikan sebagai Scoliosis yer?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berpunca dri pertumbuhan tulang yg tidak normal..ianya berlaku slow2 time kanak2 lg..ada kt atas tu =) ayah ida 2 mgkin sbb effect jatuh..xde kaitan dgn Scoliosis..tgok tulang aaron aziz x?? mgkin lbih kurang ayah ida juga..akibat dr kmalgan kot..

      Delete
    2. ooO baru perasan "mempunyai otot yang lemah" kiranya ia terjadi secara semula jadi lah yer...

      Delete
    3. mungkin atas keturunan, sbb yg xdiketahui dan kelemahan pda sistem tumbesaran..ataupun otot lemah =) utk details lagi..ty gugel..mcm2 ada..ni ringkas je sy kongsi..

      Delete
  14. Bagus ni Fais.. pernah dgr nama penyakit ni, tp x pernah tahu apa sebenarnya.. kena jaga2 lah.. rawatannya pun boleh tahan kosnya. Thanks ye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perkongsian bersama =) kebetulan kawan juga kena..welcome

      Delete
  15. nice info...anak saudara bunda ada seorang yg mengidap ni...kalu di lihat memang tak perasan pun...apa lagi kalu memakai baju kurung atau baju longgar, tapi kalu pakaian yg ketat ikut badan, memang nampak..sebelah pinggul dia tinggi sebelah..

    setakat ni takde apa2 rasa luar biasa yg dialaminya so tak pernah buat rawatan apa2 pun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap dia ok jelahkan bunda..kalau xsakit dan dia ok je..mgkin ok kot..biasanya pesakit mcm ni suka berdiam diri..cubalh tnya dia bunda..kot2 dia rsa skit

      Delete
  16. bahayanya penyakit ni.. risau pula akak.. macam mana nak tahu kita mengidap penyakit ni fais? apa tanda-tandanya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tanda-tandanya ketidak selesaan pada tulang belakang..
      bahu sebelah lebih tinggi dari yang sebelah..
      kadang2 benda ni orang xsedar..kalau rujuk kt atas tu..ianya berlaku pada zaman kanak2 lg..tp ambil msa slow utk berubah lebih teruk..

      Delete
  17. Faiz, ida dah masukkan blog awak dalam senarai bloglist ida...kalau sudi awak buat juga lah utk ida yer.

    ReplyDelete
  18. kena slalu checkup ni mana tahu tetiba ada penyakit kronik D:

    ReplyDelete
    Replies
    1. He3..trylah =) cegah sebelum kena..doa banyak2 smoga dijauhkan

      Delete
  19. Replies
    1. Aik?? awak penghidap Scoliosis ke?? hbis 2 skrg mcm mn?? ada bt rawatan?? smoga sihat2 je..

      Delete
  20. mahal kot kos rawatan dia , hurm bahaya gak kan? thanks 4 the info. bfr this akak ada ternampak tntng penyakit ni tapi x baca tapi bla ska tulis akak rasa nak baca plak thanks ek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup bhaya kot..sbb kes mcm ni..sy rsa terpencil..sbb 2 kurang tahu sgt =) Welcome kak

      Delete
  21. Tahu tentang penyakit ni tapi tak tau pulak effect dia sampai begitu sekali.. thanks for sharing ye..

    ReplyDelete
  22. oo mcm tu ke, tq kongsi info yer... done clik2 nuffnangx2 dah

    ReplyDelete
  23. Menarik. Tapi acaner ehh kita nak tau kita penghidap scoliosis ni abg fais??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak tahu?? biasanya penghidap ni kebnyakannya dri perempuan..mgkin dr keturunan @ pertumbuhan tulang yg xnormal dri kanak2 lg..penghidap sakit ni..dia akan rasa sebelah tubuhnya senget dan ketidak selesaan pada tulang belakang..pnh bca kt dlm blog seorang pesakit..dia sedar pn time bt x-ray medical c.up nk msuk U..

      Delete
  24. mahal jugak kos rawatan...syukurlah kita yang sihat tubuh badan ni :)

    ReplyDelete
  25. bahaya juga tulang belakang xbetul ni..mesti pesakit xboleh nk tegakkan badan. nice sharing =)

    ReplyDelete
  26. huhu.. takutnye.. klu jd cm tu mst sangat sakit..

    ReplyDelete
  27. teringat belajar anatomy..
    punya la pening nak hafal nama2x tulangg..

    ReplyDelete
  28. assalammualaikum... saya saja bw dan terjumpa blog ni...
    saya salah seorang pesakit scoliosis dan dah berjaya buat pembedahan...
    alhamdulillah.. saya lebih celesa untuk bergerak tanpa halangan..
    walaupun dah dipasang rod besi dan skru.. saya lebih rasa yakin ...
    tak ada lagi rasa rendah diri dan yang penting rasa sakit backpain dah semakin kurang...
    buat sesiapa yang alami nasib sama macam saya..
    buatlah pembedahan yang pakar cadangkan..
    pembedahan tu akan bagi satu nafas baru dalam hidup kita..
    jangan takut... setiap yang terjadi ada hikmah... yang penting terus berusaha tanpa putus asa...
    sebarang pertanyaan boleh la kirimkan e-mel ke alamat saya..
    nurulizzahizzatiseptember11@gmail.com...
    boleh berkongsi pendapat dan bertanya dengan lebih lanjut.. :)

    ReplyDelete
  29. As salam...
    Sy penderita Scoliosis dh 25 tahun menahan seksa bila sakitnya dtg tidak mengira wktu tnpa diduga....dlm kita berborak...ketawa riang...menangis..gembira...tiba2...tulng blkg bagai direntap2.....buatkn sy rsa terkedu dan kejang....sakitnya Ya Allah....hya sy yg tau....

    ReplyDelete
  30. As salam...
    Sy penderita Scoliosis dh 25 tahun menahan seksa bila sakitnya dtg tidak mengira wktu tnpa diduga....dlm kita berborak...ketawa riang...menangis..gembira...tiba2...tulng blkg bagai direntap2.....buatkn sy rsa terkedu dan kejang....sakitnya Ya Allah....hya sy yg tau....

    ReplyDelete
  31. Salam ..saya pengeluar herba warisan yang telah dirumus khas bagi tujuan penyembuhan penyakit yg mampu memusnahkan pelbagai jenis kanser seperti ; ✅Kanser Usus ✅Kanser Payudara ✅Kanser Lymphoma dan lain-lain lagi. Turut mampu mengubati penyakit lain seperti ; ✅Batu Karang ✅Batu Hempedu ✅Saraf Parkinson ✅Slip Disk ✅Gout ✅Resdung ✅Demam Campak ✅Denggi dan lain-lain lagi
    Proses penyembuhan juga perawatan secara semulajadi ini tanpa menyakitkan atau merosakkan buah pinggang.
    ✔Keberkesan JUS INFINITI sudah terbukti dan saya menjaminkan kelebihan produk ini akan membuatkan pengguna terkejut dengan rawatannya yang cepat dan selamat untuk sembuh.Sama-sama kita merawat dan seterusnya mencegah apa saja penyakit yang dihadapi dari terus merebak ke tahap yang lebih kritikal. Insyaallah ,JUS INFINITI turut membantu melambatkan penyakit terus merebak dengan cepat lantas mampu merawat sehingga sembuh, mudah-mudahan.
    ✔Hutan belantara kita tersembunyi 1 juta rahsia.Hanya ramuan herba terpilih sahaja yang terkandung di dalam JUS INFINITI ini, ✔JUS INFINITI amat mujarab jika diamalkan dengan betul dan konsisten. Jangan dibiarkan penyakit yang ditanggung dalam diri kita tanpa berusaha merawatnya. ✔Ramai yang sudah berjaya sembuh dengan produk JUS INFINITI ini .Ia terbukti dengan testimoni pelbagai jenis penyakit yang sudah sembuh dengan penggunaan yang betul dan konsisten. ✔JUS INFINITI ini juga boleh dijadikan makanan tambahan yang selamat diambil oleh sesiapa yang ingin menjaga kesihatan dan pencegahan awal pelbagai jenis penyakit.
    ✔Insyaallah sama-sama kita berikhtiar. ✔Untuk sebarang pertanyaan yang lebih lanjut serta jika ingin meminta pandangan, perkongsian serta maklumat tentang JUS INFINITI ,sila hubungi sy :
    ✅Encik Mohd Zuhairi 0174687570 (Whats App ,Call,SmS ) ✅HARGA 1BOTOL: RM180 ✅NAMA SYARIKAT: JUTAWAN HERBS ✅NO. PENDAFTARAN SYARIKAT: PG 0346818-W ✅NAMA PEMILIK : MOHD ZUHAIRI BIN NOORDIN 0174687570 (WHASTAPP,SMS&CALL)

    ReplyDelete
  32. Assalamualaikum . Saya baru lps oprate masukan rod pada tulang T9 hingga L1 di hospital sultanah bahiyah.saya redho sbb bdn saya membongkok krn ada hakisan tulang pada t10.. Derita sakit hanya Allah yang maha mengetahui.. Sebulan xtdo mlm krn sakit backpain n saluran kencing.. Saya penghidap kanser kulit dan doktor sahkan kanser tersebut merebak /metastasis ke tulang berkenaan.. Kini Alhamdulillah saya bole betulkan bdn kembali.. Cuma kna ke hospital pulau pinang utk rujukan onkologi.. Hrp yg ada masalah tulang belakang jgn takut utk masukan skru sbb inilah ikhtiar yg terpaksa utk hilangkan sakit dan kembali spt biasa.. Skdr berkongsi sbb kita semua kuat cuma semangat saja berbeza.kos utk skru n rod RM13750 kutipan dari sedara mara n kawan rakan n hutang.. manakala kos hospital saya Guna GL .klu xoprate da xda jln dah sbb bdn makin membongkok.. sakit pula spt sakit batu karang sbb tulang t10 yg terhakis akibat ketumbuhan itu adalah tulang yg support ginjal n urater ke pundi kencing.. Akan rasa sakit dan pedih dari belakang hingga ke ari2.. Lps oprate lega..klu xoprate bole lumpuh sbb tulang menekan saraf2.. Kencing dan berak bole xterkawal . Insyak Allah setiap kesusahan akan ada kemudahan..usaha .doa..tawakkal ..

    ReplyDelete