Fais-SKA

Tuesday, 22 October 2013

Motivasi Pagi - Cepatnya Masa Berlalu

بسم الله الرحمن الرحيم

Astaghfirullah for yesterday, Alhamdulillah for today and Inshaa'Allah for tomorrow

Salam 17 Zulhijjah, harap anda semua dalam keadaan sihat sejahtera, inshaa'Allah. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk berblogging, fuhhh..lama pula tak layan blog SKA ni. Cepat betul masa berlalu, dah seminggu lebih tak terbitkan sebarang entri dan blogwalking, inshaa'Allah lepas ni kembali berblogging dan blogwalking seperti biasa. Minggu lepas ambe banyak habiskan masa dengan keluarga, sekarang rumah pun dah kembali sunyi. Nikmat betul bila dapat bersama keluarga yang balik bercuti di kampung. Alangkah seronoknya kalau masa boleh diundur dan diberhetikan, pasti manusia ni banyak je masa yang terluang.

Cerita bab masa ni, memang tak logiklah kan kalau masa tu boleh diundur atau diberhentikan. Memandangkan pergerakan ambe terbatas dan kaki tak sihat sepenuhnya lagi, masa banyak dihabiskan dengan keluarga. Alhamdulillah, kadang-kadang sakit ni memang ada banyak hikmah. Kalau nak dibandingkan dengan rutin ambe sebelum ni yang banyak fokus pada kerja, kelab dan berkonvoi. Masa yang ada sekarang ni memang bermakna untuk ambe muhasabah diri dan bersama keluarga. Kadang-kadang terkenang masa lalu yang banyak boleh dijadikan pengajaran, masa yang ada sekarang alhamdulillah, ujian tu penghapus dosa bagi diri dan masa hadapan pula, ishaa'Allah sama-sama kita cuba dapatkan yang terbaik.
Masa itu emas dan sangat berharga, hargailah masa yang ada dengan melakukan aktiviti berfaedah dan amalan kebaikan.

Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
Maksudnya: ''Hari kiamat tidak akan terjadi sehinggalah berlaku peredaran yang terlalu singkat umpama setahun bagaikan sebulan, sebulan bagaikan seminggu, seminggu bagaikan sehari, sehari bagaikan sejam dan sejam bagaikan sekelip mata. - Riwayat Ahmad
Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:
Maksudnya: "Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran. - [al-‘Ashr 103:1-3]
"Laksanakan segera amal soleh karana tujuh hal: sebelum datang kemiskinan yang membuatkan kamu lupa, kekayaan yang menyesatkan, penyakit yang membinasakan, ketuaan yang melumpuhkan, kematian yang mendadak, kemunculan dajal sebagai makhluk terjahat yang sentiasa mengintip dan datangnya kiamat yang sangat mengerikan." (HR Tirmidzi).

P/s: Ambe nak ucapkan tahniah kepada para jemaah haji dari Malaysia yang berpeluang mengerjakan haji baru-baru ni. Semoga Allah limpahkan rahmatNya kepada mereka semua, inshaa'Allah dapat haji yang mabrur..Amin Ya Allah. Semoga bermanfaat =) Wassalam..


Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

51 comments:

  1. patutlah tak nampak entry dari F@is...memang klu akak pun xkan lepaskan peluang tu..

    ReplyDelete
  2. masa bersama family la yang paling seronok..patut udah lama tak nampak fais kat blog..:)

    ReplyDelete
  3. kadang kita mcm tak nampak apa hikmah disebalik setiap ujian..yang kitau cuma rungutan..tapi kan sbnrnya Allah bagi ujian tu pakej dengan hikmah yang kita sendiri tak pernah sangka..apepun spending time with family mmg perkara paling nikmat..seminggu terasa sehari..sebulan terasa seminggu..mcm tu lah cptnya masa berlalu..kan? pejam celik sekejap dah jumpa selasa semula..time fly so fast.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Fais.. seronoknya bercuti ye.. welcome back.. selalu jugak jengah blog SKA tp xde entry baru... :) masa mmg sgt pantas skang ni.. sedar2 dah nk akhir tahun 2013..

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah....masih sempat lagi cik akak menyinggah blog adik hensem cik akak nie..hahaha...
    Semoga apa yang dilakukan mendapat keredhaanNYA...amin.....

    Nota tangan : Orangnya cantik..hahaha..so blog kenalah cantik...hahaha..jangan marah ye...gosip pagi je nie

    ReplyDelete
  6. patut la lama bbnor hilangnya..hehehe...

    alhamdulillah..perkongsian yang bermanfaat ;)

    ReplyDelete
  7. Salam dik..patutla sunyi je..seronok bersama keluarga...:)
    Apapun terima kasih kerana mengingatkan 5 perkara tu..

    ReplyDelete
  8. terima kasih atas mesej muhasabah ini ye fais. peringatan bagi mereka termasuk akak jugak hehe

    ReplyDelete
  9. wahh..mesti seronok dapat berkumpul sekeluarga ni..

    lepas ni jangan menghilang terus pulak ya hehe

    ReplyDelete
  10. laksana 5 perkara sebelum dtg 5 perkara...

    ReplyDelete
  11. Salam,
    Selamat kembali...masa terbaik anda telah anda gunakan sebaik mungkin bersama keluarga. Pasti byk kisah yg boleh dikongsi bersama.
    Masa tidak ternilai...rugilah masa yg berlalu jika tidak digunakan sebaiknya.

    ReplyDelete
  12. dah lama adik menghilang.. betul tu, masa bersama keluarga yang paling bermakna.. teringat lagu nasyid yang ingat 5perkara sebelum 5 perkara tu.. semoga kita tak tergolong dalam golongan manusia yang rugi..

    ReplyDelete
  13. ASsalam S K A.....

    tq....perkongsian yg menarik.....insyaallah....sentiasa mengigati 5 perkara sebelum 5 perkara moga berkekalan hingga 5 perkara yg terakir.

    ReplyDelete
  14. tu la hikmahnya sakit tu. dapat habiskan masa dgn family pulak.

    oh patutlah dah lama x nampak entri baru..bercuti dia..

    ReplyDelete
  15. waktu untuk family berkumpul memang paling seronok. Dengar riuh rendah bicara masing2..

    ReplyDelete
  16. Semoga kaki tu cepat sembuh yer. Hee. Nice sharing :)

    ReplyDelete
  17. beringat sebelum kena.....semoga segera semboh.....

    ReplyDelete
  18. ha ar akak pun heran gak x nampak entri terbaru fais.. x pe sementara ada ni la kita boleh berpeluang untuk meluangkan masa dengan family fais.. apepun akak doakan fais cepat sembuh k.. amin.

    ReplyDelete
  19. masa sakit tu la kita baru sedar betapa banyak perkara yg kita abaikan.. hhuu

    ReplyDelete
  20. salam dan selamat tengahari dik.. satu perkongsian yang hebat, sentiasa ingat mengingati sesama kita, insyaallah...

    ReplyDelete
  21. masa berjalan sangat cepat sekrang ni kan .. sedar2 dah malam :)

    ReplyDelete
  22. patut SKA sunyi aje rupenye bz bersame keluaga..xpe utamakan keluarga bw bile2 boleh ;)

    ReplyDelete
  23. Terlalu cepatkan Fais masa berlalu..kejap aje nak year end..

    ReplyDelete
  24. elok sangat luang masa bersama keluarga ni. nikmat yang paling best sebab diorang tiada pengganti.

    ReplyDelete
  25. Masa ibarat pedang, kalau kita tak potong dia, dia akan potong kita. Selamat kembali bro Fais :)

    ReplyDelete
  26. assalam anakanda...selamat kembali, rasanya banyak cerita2 indah bersama keluarga semasa seminggu lebih menyepi ni kan...

    ReplyDelete
  27. dah lama tK MENULIS YE..BTW welcome back bro..tq nice entry...

    ReplyDelete
  28. cahayacinta fikir..bila mati itu kita selalu fikir makna kita akan banyak buat amalan lagi. cuti panjang memang selalu buat diri lupa blog tak di jenguk huhu...dah bosan baru pikir akan blog semula

    ReplyDelete
  29. Masa bukan lagi emas yang berharga. Tetapi masa kini sebuah anugerah yang perlu dimanfaatkan.

    ReplyDelete
  30. a,a .. setiap yang terjadi ada hikmahnya.. nak suruh bermasyarakat dengan family pulak .. :D

    ReplyDelete
  31. Welcome back fais..nice sharing..masa memang perl dimanfaatkan sebaiknya..terutamanya masa yang ada bersama keluarga dan pencipta..:D

    ReplyDelete
  32. Demi Masa manusia itu kerugian..nice entry ^_^
    BW sini :)

    ReplyDelete
  33. kalau masa boleh diputar pun, hana xkan patah bali. buat apa kita nak patah balik perkara yang kita dah lalui. kita dah rasa sendiri situasi tu.. cuba kita terus melangkah ke depan, mana nak tahu ada jalan yang cerah di depa sana

    ReplyDelete
  34. semua tu ada hikmah usah mengeluh :)

    ReplyDelete
  35. muhasabah untuk diri fiza sendiri =) sihat sebelu sakit.. Ya Allah.. =)

    ReplyDelete
  36. rindu dgn perkhabaran dri fais..moga fais sentiasa sihat
    yumida isi tabung Nuffnang sini - sunsilk- selamat menabung :)

    ReplyDelete
  37. perkongsian yg paling best bg nina.. masa sakit kita akan merindui keadaan masa sihat. harap fais baik2 saja =)

    ReplyDelete
  38. Kan, nikmat betul bila dapat bersama keluarga. Ye, sekarang terasa masa berlalu dgn begitu cepat. Tiba2 jer rasa tak percaya umur semakin meningkat.

    ReplyDelete
  39. Menarik peringatan ni. terima kasih mengingatkn ye :D

    ReplyDelete
  40. tunggu jugak entri baru.. hehe
    takde yg lebih seronok melainkan disamping keluarga..
    :)

    ReplyDelete
  41. pejam celik pejam celik cepat betul masa berlalu sampai tak terkejar masa..so kena hargai masa..isi apa yg patutkan :)

    ReplyDelete
  42. Demi masa.. sesungguhnya manusia kerugian.. kecuali kpd mereka yg berpesan2 kpd kebenaran, berpesan2 kepada kebaikan.. hargai masa.. :)

    ReplyDelete
  43. patutlah hilang si faiz :) hargai family yang selalu ada dengan kita :) selagi mereka ada

    ReplyDelete
  44. cepatlahh masa berlalu..nak habis ngajiiii..x larat dah ni.. waa gi jalan2 kat mana?bestnyaaa jlan2.boleh hilangkan stress

    ReplyDelete
  45. sentiasa hrgai masa yang ada...disaat kita sedang sihat,mash bnyawa ni la perlu dgunakan sebaik mungkin,..

    p/s:doa org yg sakit ni mudah termakbul tau slagi tak tgl perkara yg tlh dwajibkan... =) InsyaAllah

    ReplyDelete
  46. Seronoknya dapat bersama keluarga kan.

    ReplyDelete
  47. Masa itu sangat berharga, masa itu emas..
    Gunakan lah masa dengan sebaik-baiknya..
    Mudah-mudahan diberkati oleh Allah s.w.t

    ReplyDelete