Fais-SKA

Thursday, 24 October 2013

Motivasi Pagi - Lebihkan Senyuman

بسم الله الرحمن الرحيم


Salam dari SKA dan selamat pagi semua. Semoga hari ini memberi kecerian kepada kita semua, inshaa'Allah. Nak rezeki murah tak?? Kalau nak, sentiasalah ukirkan senyuman, kan senyum itu sedekah. Lebihkan senyuman dan kurangkan ketawa, itu lebih baik kerana ketawa yang banyak akan mematikan hati, Rasulullah pun pernah tegur. Rasulullah SAW bersabda: “Janganlah engkau memperbanyak ketawa, kerana sesungguhnya banyak tertawa akan mematikan hati”. Dalam hadis yang lain pula, Aisyah r.a bercerita, “Tidak pernah aku melihat Rasulullah s.a.w tertawa terbahak-bahak sehingga kelihatan batas kerongkongannya. Akan tetapi tertawa beliau adalah dengan tersenyum.” (Hadits Riwayat Al-Bukhari).

Senyum Itu Sunnah Rasulullah s.a.w


Rasulullah s.a.w merupakan insan yang sentiasa senyum kepada sahabat-sahabatnya, malah kepada sesiapa sahaja yang Rasulullah jumpa. Baginda takkan berkata-kata tanpa senyuman, begitulah kehidupan Rasulullah s.a.w. Jika Rasulullah s.a.w tersenyum, maka bersinarlah wajahnya sehingga menerangi di sekelilingnya, subhanallah kan. Dari Jarir r.a berkata: "Sejak aku memeluk islam, Rasulullah tidak pernah membelakangkan aku dan sentiasa tersenyum kepada ku. Rasulullah juga disenangi kerana sifat baginda yang sentiasa tersenyum tidak kira dalam apa masalah sekalipun. Allah berfirman: Katakanlah: "Jika kamu benar-benar cintai Allah, ikutilah aku. Nescaya Allah akan mengasihimu". (Ali-Imran : 31)

Kelebihan Senyuman



1~ Dapat pahala ibadah kerana senyum itu sedekah dan sunnah Rasulullah.
2~ Memberi kelebihan kepada badan dan minda.
3~ Mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dan pelbagai penyakit jantung.
4~ Membawa kepada anda satu perubahan yang positif
5~ Mudah didekati oleh masyarakat dan sabahat.
6~ Tidak mengurangkan nilai insan bahkan menambahkannya.
7~ Dapat menambah keyakinan diri.
8~ Memupuk kreativiti.
9~ Membina sifat keikhlasan dalam diri.

P/S: Senyum sokmo deh, mulakan hari anda dengan senyuman, kalau boleh biarlah ikhlas dan nampak gigi tu, hehe barulah comel =) semoga bermanfaat di pagi hari, inshaa'Allah. Wassalam.


Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

42 comments:

  1. senyum tak perlu kata apa2..hihih

    ReplyDelete
  2. senyum itu awet muda....salam blogging selalu,

    ReplyDelete
  3. tp Fais,, mcm ne kalau senyuman tu disalah erti dgn menggoda/menggedik.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owhh tu dalam kategori nilai insan =) biarkn diorang fikir ape pn..jnji kita ikhlas dan niat bersedekah..

      Delete
  4. senyum dengan pc boleh..sebab pepagi dah mengadap pc dari ngadap orang..muahahaha..
    senyum itu penawar duka...

    ReplyDelete
  5. kadang-kadang tersentap sikit dengan orang yang bila kita dok bagi dia senyum dia boleh buat dekk je..takpelah tak rugi apepun..senyum itu sedekah kan :)

    ReplyDelete
  6. kalau gg cantik n bersih...lg berseri seri senyum tuu

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum... Selamat pagi blogger SKA. Terima kasih atas perkongsiannya. :)

    ReplyDelete
  8. insya-Allah adik.. akak baca entri ini sambil tersenyum.. :D

    ReplyDelete
  9. tb sentiasa senyum plus senggeh ehhe

    ReplyDelete
  10. hehehe..:) senyum itu sedekah..sedekah itu disukai..:) tapi kalau tambah senyum dan kekuatan memberi salam.lagi bertambah utuh ukhuwah..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup betul tu kak =) tp susah dah nk cari orang mcm tu sekarang..yg sy jumpa pn hanya kt masjid je

      Delete
  11. Kita selalu senyum. Lebih2 lagi kalau sesama perempuan even tak kenal dekat universiti tu tapi mereka buat tak tahu je siap jeling lagi. perghh. patah semangat nak senyum :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. biarkan la diorang tu =) jnji kita bt bnda baik..xsalah pn senyum nikn..

      Delete
  12. come gamba senyum2 atah tuh

    ReplyDelete
  13. Senyum itu mmg ibarat satu sedekah kan.. klu org normal, kita jumpa & senyum pasti akan membalas senyuman tu & masing2 pasti akan berasa ceria.. :)

    ReplyDelete
  14. senyum :)

    mampir di blog ane ya sob http://nawayhac.blogspot.com

    ReplyDelete
  15. ar ar senyum 2 satu daripada sedekah akak selalu gak senyum tapi if org 2 x bg respon buat je muke seposen hihi

    ReplyDelete
  16. mudahnya nk dapatkan pahala bro..hanya senyum mampu mampu kurangkan tekanan darah tinggi..orang sekarang muka nk ketat je...walaupun status kat facebook senyum selalu..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha3 betul tu =) kalau ada gak cmtu, indah khabar dr rupa..

      Delete
  17. senyum itu cantik, menyejukkan hati.. mama senyum baca entri fais...
    mama singgah dan menabung sekali..

    ReplyDelete
  18. janagan kedekut dengan senyuman..bukan kena bayar pun si pemberi senyuman dan si penerima senyuman tu...

    ReplyDelete
  19. :') SubhanAllah , indahnya akhlak baginda kan .
    senyum sokmo ^^ (Y) senyum itu sedekah : )

    ReplyDelete
  20. Tergoda de ngan senyuman model2 mu...
    Ha! Fais...kalau senyuman buat orang tergoda macam ne pula tu?? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha3 model senyum je tu..saja nk bg sejuk mata memandang..kalau bt orang tergoda tu mknanya 1 kelebihan dari sudut nilai insan..pembawa sesuatu yg positif utk orang lain membalas senyuman..yg slebihnya kena tnya iman dan niatlah smpai boleh tergoda bgai =) jnji yg pemberi tu ikhlas dgn niat yg btol..

      Delete
  21. memang tengah cuba nak senyum walau hati rasa geram..

    ReplyDelete
  22. kadang2 deno takde mood pun senyum... tengah sedih ke.. senyum jugak.. sbb takmo susahkan hati ma abah..

    bak kata org ganu, senyum sokmo^^

    ReplyDelete
  23. senyumla..senyumla..ahai cek mek molek..
    ewahh nyanyi plak kiter.. hehe ;p

    ReplyDelete
  24. memang susah nak tengok hana senyum. sebab tu ada yang cakap hana sombong. haha tp i try my best utk senyum. senyum awet muda dan sedekah. ^_^

    ReplyDelete
  25. Amboi, model yang senyum tu pun comel.

    ReplyDelete
  26. Senyum itu sedekah yang paling berharga...tak perlu modal, hanya sedikit pergerakan muscle...

    ReplyDelete
  27. senyum tu bagus.. jgn ada niat lain sudah la.. hehe

    ReplyDelete
  28. kitee suka senyummmm ^_^
    amboiii, cantik2x gambar ;)
    khihkihhh

    ReplyDelete