Fais-SKA

Showing posts with label Salam Jumaat. Show all posts
Showing posts with label Salam Jumaat. Show all posts

Friday 1 November 2013

Jenis-Jenis Hati Manusia Menurut Islam

بسم الله الرحمن الرحيم

Pasti diantara kita semua bila keluar je nak kelihatan cantik dan kemas. Tapi itu semua cantik luaran semata-mata. Bagaimana pula dengan dalaman? Bagaimana pula dengan kecantikan hati kita? Bagaimana pula dengan pandangan Allah kepada kita?. Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa paras dan luaran kamu, tetapi Dia melihat hati kamu. Saidina Ali r.a berkata: "Bekas-bekas Allah di dalam dunia ini adalah hati". Hati adalah tempat turunnya rahmat dan ilmu pengetahuan. Para ulama' membahagikan hati kepada 4 bahagian. 

4 Jenis Hati Manusia Menurut Islam.



1~ Hati yang tercemar dengan kekotoran.
Hati yang di dalamnya terdapat kekotoran seperti sifat hasad, sombong, bohong dan sebagainya. Apabila turun rahmat dan ilmu ke dalam hati ini, tercemarlah rahmat tersebut oleh kekotoran yang ada di dalam hati itu. Seperti yang disebut Allah s.w.t: "Tidakkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhan mereka dan disesatkan oleh Allah dengan ilmu mereka". Ilmu tetap masuk, tetapi kerana setitis hawa nafsu, ianya dapat mencemarkan selautan ilmu. Inilah perumpamaan bagi hati yang dicemari oleh kekotoran.

2~ Hati yang pecah.
Hati yang pecah adalah hati manusia yang melakukan maksiat. Setiap kali dia melakukan kebaikan, dia akan melakukan maksiat selepas itu. Hadir majlis ilmu di masjid, tetapi bila keluar dari majlis terus mengumpat orang lain. Berzikir dan solat, tetapi tidak menjaga pandangan dan batas pergaulan. Maka tidak sempat pun rahmat yang diturunkan oleh Allah kekal di dalam hatinya melainkan ianya keluar disebabkan maksiat yang dilakukan. 

3~ Hati yang tertutup.
Hati yang tertutup adalah amat bahaya bagi manusia. Bagaimana rahmat Allah nak masuk kedalam hati kita jika ianya tertutup. Hati yang tertutup ini adalah sifat manusia yang suka membangkang. Membangkang Allah, membangkang orang-orang yang soleh dan apabila dia menghadiri satu majlis yang baik, dia akan mencari kesalahan orang. Seperti yang disebut Rasulullah s.a.w: "Empat golongan yang tidak diampunkan dosanya pada bulan Ramadhan, antaranya adalah dosa derhaka kepada ibu bapa, peminum arak, dua orang yang bermusuh dan yang memutuskan silaturrahim. Maka memang tidak akan masuk rahmat ke dalam hatinya.

4~ Hati yang suci.
Harap hati kita semua jenis hati yang ke-4 ni. Hati yang jernih, bersih dan menerima rahmat dari Allah. Hati yang suci ini, jika diisi dengan majlis ilmu, berzikir dan solat maka penuhlah ia dengan rahmat Allah.

Hati ibarat bekas kosong dan rahmat Allah ibarat air, jika elok bekasnya maka eloknya air yang terkandung di dalam bekas, sama-samalah kita merawat hati, harap hati kita semua adalah jenis yang ke-4, tepuk dada tanya iman. Hati adalah organ besar yang terpenting kepada manusia, elok hati, maka sihatlah tubuh badan kita.

6 Cara Merawat Hati Manusia Menurut Islam.

  1. Banyakkan bertaubat.
  2. Membaca Al-Qur'an serta amalkannya.
  3. Jalinkan ukhwah antara manusia.
  4. Perbanyakkan solat malam.
  5. Perbanyakkan puasa sunat.
  6. Banyakkan berzikir.

13 Perkara Yang Menenangkan Hati.

  1. Mengerjakan Solat Wajib di awal waktu.
  2. Mengerjakan solat sunat.
  3. Bersedekah dengan hati yang ikhlas.
  4. Berzikir.
  5. Menolong orang yang susah.
  6. Beriktikaf di dalam masjid.
  7. Mendengar ceramah agama.
  8. Membaca Al-Qur'an dan memahami isinya.
  9. Berpuasa sunat.
  10. Menolong ibu bapa.
  11. Memaafkan orang lain dan meminta maaf jika ada kesalahan.
  12. Mendoakan kesejahteraan semua orang.
  13. Bersangka baik sesama makhluk.

P/s: Salam Jumaat, inshaa'Allah semoga perkongsian ambe ni bermanfaat la kepada semua. Apa yang dikongsikan di atas adalah dari tazkirah yang ambe dengar daripada Ustaz Habib Mohammad Alsaggaf. Yang baik sama-samalah kita ambil dan yang buruk kita buang jauh-jauh. Wassalam =)

Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Friday 25 October 2013

Hari Jumaat Yang Indah Dan Penuh Barakah

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam Jumaat dari SKA, alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk merasai nikmat hari Jumaat yang mulia ni. Sekarang dah masuk musim hujan rahmat, ada sesetengah kawasan dah dinaiki air. Harap jagalah kesihatan masing-masing dan banyakkan bersyukur, semoga Allah melindungi kita semua..Inshaa'Allah.


Kelebihan Hari Jumaat Yang Tak Terhingga.


Bagaimanakah nak jadikan setiap langkah anda sama dengan ibadah setahun berpuasa dan bersolat??.
Ramai di antara kita menunggu nikmat ganjaran dan pahala yang besar hanya dari bulan Ramadhan serta menunggu malam Lailatul-Qadar. Namun ada satu hari yang mana Allah meletakkan segala kebaikan untuk setahun padanya. Ia adalah hari Jumaat, penghulu segala hari. Sabda Rasulullah s.a.w: "Sebaik-baik hari yang diterbitkan matahari adalah hari Jumaat". Hari Jumaat telah dikhaskan kepada umat islam dengan penuh kebaikan, malah lebih baik dari bulan Ramadhan dan 10 malam terakhirnya. Sabda Rasulullah s.a.w: "Barangsiapa yang mandi, keluar awal berjalan kaki dan tidak menunggang. Kemudian menghampiri imam dan mendengar khutbah, maka pada setiap langkahnya, dia dikurniakan ganjaran berpuasa dan solat selama setahun". Subhanallah, siapa yang taknak kan ganjaran yang sebegini besar. Begitulah apa yang disimpulkan tentang etika dan adab-adab yang boleh diamalkan pada hari Jumaat.

Adab Bersedia Menyambut Hari Jumaat.


  1. Mandi, sesetengah ulama' mewajibkannya kerana Rasulullah s.a.w bersabda: "Mandi Jumaat adalah wajib kepada mereka yang baligh". Iaitu wajib keatas setiap orang yang baligh.
  2. Memakai dan menyimpan pakaian yang terbaik untuk hari Jumaat. Sudah tentulah yang terbaik adalah pakaian yang berwarna putih. Ia adalah sunnah kerana Rasulullah sukakan warna putih.
  3. Memakai wangi-wangian seperti minyak atar dan haruman-haruman lain. 
  4. Memotong kuku dan mencukur atau menggunting bulu yang dibolehkan.
  5. Melumurkan badan dengan losyen ataupun krim.

Inshaa'Allah..jika 5 adab ini kita amalkan, maka kita telah mengamalkan sunnah Rasulullah pada hari Jumaat.

Adab Keluar Ke Masjid.


  1. Berjalan selagi mampu jika masjid berdekatan. Ataupun boleh memandu kemudian berjalan dari keretanya ke masjid. Ianya akan dihitung dan inshaa'Allah akan mendapat ganjaran dari Allah.
  2. Keluar awal dan masuk ke dalam masjid sebelum imam berada di mimbar. Rasulullah s.a.w bersabda: "Di setiap pintu masjid ada Malaikat yang menulis nama mereka yang memasuki masjid mengikut urutan. Ketika imam naik keatas mimbar, Malaikat akan menutup lembaran nama itu untuk mendengar khutbah".
  3. Menunaikan solat sunat tahiyyatul masjid. Rasulullah mengarahkan supaya kita tidak duduk sebelum menunaikan solat sunat tahiyyatul masjid. Walaupun khatib tengah membaca khutbah sekalipun, kita tetap disunatkan untuk menunaikan solat sunat tahiyyatul masjid.
  4. Sunat untuk duduk berhampiran imam. Rasulullah s.a.w bersabda: "Baginda mendekati imam lalu mendengar khutbahnya".
  5. Memberi perhatian kepada khutbah yang disampaikan. Kalau kita tengok sekarang, ramai yang tidur dan bermain handphone ketika khutbah disampaikan dan secara automatik mereka yang lalai ni akan terlepas ganjaran besar yang diberikan kepada mereka yang mendengar khutbah. Rasulullah s.a.w bersabda: "Barangsiapa menggerakkan batu dan bercakap-cakap ketika mendengar khutbah, maka dia telah melakukan perkara yang sia-sia. Barangsiapa yang melakukan perkara yang sia-sia, maka tiadalah pahala Jumaat untuknya".

Amalan Pada Hari Jumaat & Malam Sebelumnya.


  1. Membaca surah Al-Kahfi, Rasulullah s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang membaca surah Al-Kahfi  di hari Jumaat, dia akan disinari cahaya sehingga hari Jumaat yang seterusnya". Ia juga akan melindungi kita daripada fitnah Dajjal.
  2. Perbanyakkan selawat kepada Rasulullah s.a.w.. Rasulullah bersabda: "Banyakkanlah berselawat kepadaku di hari Jumaat dan malam sebelumnya". Jika kita berselawat kepada Rasulullah s.a.w sekali, Allah akan berselawat kepada baginda sebanyak 10 kali. Selawat dari Allah adalah rahmat.
  3. Banyakkan berdoa dan menunggu saat doa dimakbulkan. Rasulullah s.a.w bersabda: "Terdapat satu masa di hari Jumaat, jika seseorang muslim berdoa, doanya pasti akan dimakbulkan oleh Allah". Kebanyakan para ulama dan para sahabat Rasulullah s.a.w mengatakan bahawa saat doa dimakbulkan adalah ketika matahari mula terbenam (senja).
Pupuklah rasa mahabbah kita kepada Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w, agar kita sentiasa menjadi hamba yang bertaqwa dan mengikut sunnah Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah setakat ni jelah ambe dapat kongsikan serba ringkas dengan pembaca, apa yang ambe kongsikan di sini adalah dari tazkirah dari Ustaz Habib Mohammed Alsaggaf. Tazkirah yang disampai beliau sangat bermanfaat untuk kita dengar dan ambil pengajaran. Semoga ape yang ambe kongsikan di atas bermanfaat kepada semua, inshaa'Allah. Salam Jumaat, wassalam =)


Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Friday 11 October 2013

Doa Para Nabi Ketika Ditimpa Duka

بسم الله الرحمن الرحيم

Dari Ali r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: 
"Doa adalah senjata bagi orang-orang mukmin, tiang bagi agama, dan nur bagi langit dan bumi".
(HR Hakim)

Daripada Abu Darda’ r.a: Rasulullah s.a.w telah bersabda: 
"Doa seorang muslim kepada saudaranya yang muslim tanpa diketahui olehnya adalah mustajab, (ketika berdoa) akan ada didekatnya satu malaikat muwakkal (pesuruh) setiap ia berdoa untuk saudaranya itu dengan sesuatu kebaikan (malaikat itu) akan berkata: Amin! Dan bagi engkau kebaikan yang sama". 
(Hadis diriwayatkan oleh Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:
"Barangsiapa mahu supaya doanya dikabulkan ketika dalam keadaan kesempitan atau kesusahan hendaklah dia banyak berdoa ketika dalam kesenangan". 
(HR Tirmizi)


Doa Nabi Nuh.

"Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada  sesuatu yang aku tidak ketahui dan jika Engkau tidak mengampunkan dosaku dan memberi rahmat kepadaku, nescaya jadilah aku dari kalangan orang yang rugi".

Doa Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail ketika meninggikan binaan asas Baitullah.

"Wahai Tuhan kami, terimalah daripada kami (amal kami), sesungguhnya Engkaulah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Wahai Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang berserah diri kepadaMu dan jadikanlah keturunan kami umat yang berserah diri kepadaMu. Tunjukkanlah kepada kami cara ibadat kami dan terimalah taubat kami. Sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima Taubat lagi Maha Mengasihani.  Wahai Tuhan Kami, utuskanlah kepada mereka seorang rasul daripada kalangan mereka sendiri, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayatMu dan mengajarkan mereka kitab hikmat (sunnah) serta sucikanlah mereka. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana".

Doa Nabi Lut.

"Wahai Tuhanku, selamatkanlah daku dan keluarga serta pengikut-pengikutku daripada apa yang dilakukan oleh golongan yang jahat".

Doa Nabi Yusuf.

"Wahai Tuhanku, sesungguhnya Engkau telah mengurniakan daku sebahagian daripada kekuasaan dan mengajarku sebahagian ilmu ta'bir mimpi. Wahai Tuhan pencipta langit dan bumi, Engkaulah pelindungku dunia dan akhirat. Matikanlah aku dalam Islam dan temukanlah aku dengan orang-orang yang soleh".

Doa Nabi Ayub ketika menghadapi penderitaan penyakit.

"Sesungguhnya aku ditimpa penyakit dan Engkaulah yag Maha Penyayang di antara para penyayang".


Doa Nabi Syuib.

"Kepada Allahlah kami bertawakkal. Wahai Tuhan kami, hukumkanlah antara kami dan kaum kami dengan kebenaran, kerana Engkaulah sebaik-baik Hakim".


Doa Nabi Sulaiman.

"Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya aku bersyukur akan nikmatMu yang telah Engkau kurniakan kepadaku dan kedua ibu bapaku, agar aku tetap beramal soleh dan masukkanlah daku dengan limpah rahmatMu dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh".

Doa Nabi Yunus.

"Sesungguhnya tiada Tuhan yang dapat menolongku melainkan Engkau. Maha Suci Engkau sesungguhnya aku adalah daripada orang yang menganiaya diri sendiri".

Doa Nabi Zakaria untuk memohon zuriat.

"Wahai Tuhanku, janganlah Engkau biarkan aku sendirian dan Engkaulah sebaik-baik yang mewarisi".

Doa Nabi Musa.

"Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku dan mudahkanlah bagiku tugasku. Serta lepaskanlah simpulan daripada lidahku".

Doa Nabi Isa.

"Ya Allah, Tuhan Kami, turunkanlah kiranya kepada kami satu  hidangan dari langit untuk menjadi hari raya bagi kami, iaitu orang yang pertama daripada kami dan bagi orang yang datang kemudian dan sebagai satu tanda daripadaMu. Kurniakanlah rezeki kepada kami, kerana Engkau jualah sebaik-baik pemberi rezeki".


Doa para Nabi merupakan contoh doa yang terbaik untuk kita ikuti. Sebagai hamba Allah yang menumpang di atas muka bumi ini, janganlah kita menjadi hamba yang sombong tanpa meminta kepadaNya. Mintalah kepada Allah dengan hati yang ikhlas dan bersungguh-sungguh. Semoga apa yang kita hajati dan minta kepadaNya menjadi kenyataan, inshaa'Allah. Semoga bermanfaat dan Salam Jumaat. Wassalam =).



Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Friday 6 September 2013

Tanggungjawab Bersama

بسم الله الرحمن الرحيم


Tadi masa bermukabuku terpandanglah 1 gambar yang menarik perhatian ambe. Rasanya gambar di atas ni dah terangkan secara terperinci tentang cara pemakaian tudung yang betul bagi wanita. Semua orang islam tahu yang tutup aurat tu wajib dan aurat yang paling special adalah kaum hawa. Kenapa special?? Hehe sebab kaum hawa ni banyak kena tutup, sebab Allah nak mengangkat martabat wanita (mulia disisi Allah), sesiapa yang sabar pasti besar ganjaran yang Allah berikan. Baca dan faham elok-elok mesej yang hendak disampaikan di atas tu =). 

Lelaki Dan Perempuan Saling Melengkapi



Sebenarnya ambe bukan nak cerita tentang kaum hawa je. Sebab di sebalik kaum hawa, pasti ada kaum adam. Dalam islam, semuanya berkait rapat, adam dan hawa saling bersangkut paut, nak-nak kalau berpesan-pesanan. Jadi tanggungjawab kita sesama islam haruslah ada dan perlu ambil serius. Baca dan faham apa yang ambe nak kongsikan kat bawah ni.

Demi masa! Sesungguhnya manusia dalam kerugian - kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran. 
( Ayat 1 – 3 : Surah al-‘Asr )

4 GOLONGAN LELAKI YANG DITARIK MASUK NERAKA OLEH WANITA


1. Ayahnya~ Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia saja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

2. Suaminya~ 
Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di luar, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yang alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dalam neraka.

3. Abang-abangnya~ 
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya saja dan adiknya dibiarkan melencong dari ajaran Islam, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

4. Anak-anak lelakinya~ 
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram di sisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah dan sebagainya, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

P/s : Sesungguhnya tak layak diriku masuk ke dalam syurgaMU, tetapi tak sanggup pula aku masuk ke dalam nerakaMU. Mesti ada yang pernah baca kan?? Allah itu maha adil, pasti ada hikmahnya =). Wassalam.

(^-^) سلام جمعة


Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Friday 30 August 2013

Dua Situasi Berbeza

بسم الله الرحمن الرحيم


Situasi pertama berlaku di Malaysia (Dungun). Cerita ni ambe dapat tahu semalam masa tengok berita kat tv9. Mayat seorang bayi yang tak berdosa dijumpai di dalam loji kumbahan najis di UiTM Dungun. Korang tengok tak berita ni semalam??. Difahamkan bahu mayat bayi ni patah dan kepala dia pecah, nauzubillah tergamak betul orang yang membuang bayi ni, tak takut azab Allah ke??. Sekarang pihak UiTM dan polis tengah buat siasatan di blok asrama perempuan, harap jumpalah orang yang bertanggungjawab. Semoga ibu kepada bayi yang malang ni bertaubat dan kembali ke pangkal jalan sebelum terlambat, amin..


Situasi kedua berlaku di Syria (Zamalka). Pernah tengok video di atas ni??. Kalau belum tengok la, sangat-sangat tersentuh. Seorang bapa yang mengingatkan anak lelakinya telah mati dalam serangan rejim Basyar. Tetapi beliau mendapati bahawa anaknya masih lagi hidup, malah berada dalam keadaan baik.Adalah sukar untuk mengungkapkan perasaan si bapa yang menerima berita gembira selepas menempuhi detik yang amat meremukkan hatinya. Terharu tengok video ni, tapi mungkin lebih terharu kalau si ibu pun ada sama :'(. Sayangilah keluarga anda.


Nampak tak dua perbezaan situasi diatas?? Kesimpulannya?? Pandai-pandailah korang nilai dan tengok sendiri. Salam Jumaat buat semua, amalan sunat jangan lupa, semoga hidup kita lebih berkati, inshaa'Allah =)



Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Friday 23 August 2013

Syurga Buat Mereka

بسم الله الرحمن الرحيم



Subhanallah, bila tengok gambar kat atas..hati ni betul-betul tersentuh =( terus teringat kat anak saudara ambe. Sayu je rasa bila tengok dua anak kecil yang tak berdosa ni menjadi mangsa, hebat betul ikatan persaudaraan yang ditunjuk. Sesungguhnya syurgalah tempat buat mereka. Sabarlah wahai penduduk islam di Mesir, Syria dan Palestin. Allah sentiasa bersamamu, kami pasti mendoakan kesejahteraan dan pertolongan Allah di sana. 

"Firman Allah SWT.. Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki".. QS Ali Imran 169

Agaknya mereka yang mencabar kuasa Allah ni tak takut dengan azab yang bakal mereka terima nanti. Tak mustahil satu hari nanti mereka akan terima pembalasan dari Allah sama seperti Mustapha Kamal Attaturk.


Sumber : Koleksi Ceramah Ustaz Don Daniyal Don Biyajid (Original)
Antara syarat yang dikenakan oleh Mustapha Kamal Attaturk (bekas PM Turki) :-

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.
2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi(sesuai dengan kehendak barat).
3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara.
4. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden."
5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.
6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
8. Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.
9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
10. Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.
11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.
12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
13. Menukar Masjid Hagia-Sophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.
17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan di mana tuhan > tinggal?" oleh kerana takut, askar tersebut menjawab 'Kamal Atartuk adalah tuhan" beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.

Kematian Kamal Atartuk Yang Menyeksakan

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.

Antaranya ialah :
1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
2. Sakit jantung.
3. Penyakit darah tinggi.
4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. 
Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.

Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya.
Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya).

Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap dengar) selama 15 tahun sehingga tahun 1953). Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk.



Nauzubillah, tu baru azab dunia kan, belum masuk azab dalam kubur dan di akhirat lagi.
سلام جمعة


Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Friday 16 August 2013

Muhasabah Diri : Jauhi Sifat Riak

بسم الله الرحمن الرحيم



(^-^) سلام جمعة


Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Friday 5 July 2013

Keinsafan Diri

بسم الله الرحمن الرحيم


Salam Jumaat dari SKA, alhamdulillah masih lagi dapat bernafas di dunia ni =) ambe harap korang semua sentiasa sihat disamping keluarga tersayang, in.shaa.Allah. Pagi ni cuma nak share 1 lagu nasyid dari kumpulan Fursan. Tajuk lagu sama seperti tajuk entri kali ni. Lagu ni popular di radio ikim.fm pada tahun 2011 (nampak sangat ambe ni ketinggalan -.-"). Yang bestnya anggota kumpulan Fursan ni adalah askar kesemuanya. Nak dengar klik je video ambe share kat bawah yup. Best lagu dia, alunan muzik seruling sayu-sayu je, memang menenangkan. Lirik lagu ni pun penuh bermakna, jum sama-sama muhasabah diri di hari jumaat yang mulia ni. Semoga bermanfaat, wassalam =).




Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Friday 28 June 2013

Amalkan Selalu

بسم الله الرحمن الرحيم


Sabda Rasulullah s.a.w :  Barangsiapa yang menghafal dan mengamalkan 7 kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan Malaikat, serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan.

1- BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM :
pada tiap-tiap kali hendak melakukan sesuatu.

2- ALHAMDULILLAH :
pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu atau menzahirkan kesyukuran.

3- ASTAGHFIRULLAH :
jika tersilap mengatakan atau melakukan sesuatu yang buruk.

4- IN.SHAA.ALLAH :
jika ingin melakukan sesuatu di masa akan datang.

5- LAHAULA.WALA.QUWATA.ILLAH.BILLAH :
 bila tidak dapat melakukan sesuatu yang berat atau melihat sesuatu yang buruk.

6- INNALILLAHI.WAINNA.ILAHIROJIUN :
jika menghadapi sesuatu musibah atau berlakunya kematian.

7- LAILAHAILLALLAH :
bacalah sebanyak mana yang anda mampu. Amalkan selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang-orang yang beriman dan dikasihi Allah =)

=) سلام جمعة

Sempena hari Jumaat yang mulia ni, ambe nak kongsi 1 khutbah berkaitan dengan Bahaya Syiah.
Act, dah lama khutbah ni, yang dah tengok tu alhamdulillah. Syiah sekarang dah ada kat Malaysia, ambe harap korang semua hati-hatilah. Dah la sesat lagi menyesatkan, lepas tu banyak sangat kekejaman yang diorang lakukan. Semoga kita ni tidak tergolong dalam golongan Syiah laknatullah ni. Wassalam.





Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Friday 26 April 2013

Salam Jumaat

SUBHANALLAH....ALHAMDULILLAH....ALLAHUAKBAR

Salam penghulu segala hari buat semua, ambe harap korang sihat-sihat je. Pejam celik-pejam celik dah nak masuk bulan Mei, pantas betul masa berlalu kan. Ingat 5 sebelum 5 tau, jangan nanti datang musibah baru nak ingat. Yang dapat musibah tu jangan cepat sangat putus asa. Redha dengan ketentuanNYA tu penting ("Sesungguhnya besar ganjaran bagi orang yang sabar"). Ambe doakan buat semua semoga hari ini lebih baik daripada semalam dan bertambah baik untuk hari-hari seterusnya =) Amin. Bila dah sebut hari jumaat, mesti banyak kisah-kisah menarik yang korang tahu berlaku hari jumaat kan. Yang penting jangan lupe amalan-amalan sunat yang boleh kita lakukan (boleh jugak tambah saham akhirat). Macam-macam amalan boleh kita lakukan di hari jumaat dan ianya lebih baik dari hari-hari lain. 

Antaranya yang biasa kita buat seperti potong kuku, mandi sunat hari jumaat, memakai wangi-wangian, berzikir, berselawat keatas nabi, berdoa, dan macam-macam lagi. Hari jumaat antara hari yang dimakbulkan doanya oleh ALLAH, jadi banyak-banyakkanlah berdoa yup =). Bagi kaum Adam jangan lupa pergi solat jumaat bagi yang mampu. Lebih afdal kalau datang awal ke masjid sebelum bilal azan dan rebutlah saf pertama. Banyak pahala tu selain dapat pahala iktikaf. Nak makin bertambah rezeki???. Sedekah jangan lupa, walaupun Rm1 je, yang penting ikhlas. Bagi kaum hawa, korang boleh dengar live khutbah jumaat di tv. Biasanya tv1 dan tv oasis tuk khutbah jumaat di Mekah. Khutbah jumaat ni berlainan mengikut negeri dan cara imam yang sampaikan khutbah. Tapi isi yang disampaikan tetap positif dan berlandaskan islam =). Semoga bermanfaat buat kita semua, Wassalam.

Rasulullah s.a.w bersabda, "Pada hari Jumaat terdapat satu waktu, tidaklah seorang hamba Muslim memohon sesuatu kepada Allah melainkan Allah akan mengabulkannya. Carilah ia di akhir waktu selepas asar.” (HR Abu Daud)

Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, dia akan disinari cahaya di antara dua Jumaat.” (HR Hakim)

Rasulullah s.a.w bersabda, "Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, maka siapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali) ". (HR Al Baihaqi)


Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)