Fais-SKA

Friday 25 October 2013

Hari Jumaat Yang Indah Dan Penuh Barakah

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam Jumaat dari SKA, alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk merasai nikmat hari Jumaat yang mulia ni. Sekarang dah masuk musim hujan rahmat, ada sesetengah kawasan dah dinaiki air. Harap jagalah kesihatan masing-masing dan banyakkan bersyukur, semoga Allah melindungi kita semua..Inshaa'Allah.


Kelebihan Hari Jumaat Yang Tak Terhingga.


Bagaimanakah nak jadikan setiap langkah anda sama dengan ibadah setahun berpuasa dan bersolat??.
Ramai di antara kita menunggu nikmat ganjaran dan pahala yang besar hanya dari bulan Ramadhan serta menunggu malam Lailatul-Qadar. Namun ada satu hari yang mana Allah meletakkan segala kebaikan untuk setahun padanya. Ia adalah hari Jumaat, penghulu segala hari. Sabda Rasulullah s.a.w: "Sebaik-baik hari yang diterbitkan matahari adalah hari Jumaat". Hari Jumaat telah dikhaskan kepada umat islam dengan penuh kebaikan, malah lebih baik dari bulan Ramadhan dan 10 malam terakhirnya. Sabda Rasulullah s.a.w: "Barangsiapa yang mandi, keluar awal berjalan kaki dan tidak menunggang. Kemudian menghampiri imam dan mendengar khutbah, maka pada setiap langkahnya, dia dikurniakan ganjaran berpuasa dan solat selama setahun". Subhanallah, siapa yang taknak kan ganjaran yang sebegini besar. Begitulah apa yang disimpulkan tentang etika dan adab-adab yang boleh diamalkan pada hari Jumaat.

Adab Bersedia Menyambut Hari Jumaat.


  1. Mandi, sesetengah ulama' mewajibkannya kerana Rasulullah s.a.w bersabda: "Mandi Jumaat adalah wajib kepada mereka yang baligh". Iaitu wajib keatas setiap orang yang baligh.
  2. Memakai dan menyimpan pakaian yang terbaik untuk hari Jumaat. Sudah tentulah yang terbaik adalah pakaian yang berwarna putih. Ia adalah sunnah kerana Rasulullah sukakan warna putih.
  3. Memakai wangi-wangian seperti minyak atar dan haruman-haruman lain. 
  4. Memotong kuku dan mencukur atau menggunting bulu yang dibolehkan.
  5. Melumurkan badan dengan losyen ataupun krim.

Inshaa'Allah..jika 5 adab ini kita amalkan, maka kita telah mengamalkan sunnah Rasulullah pada hari Jumaat.

Adab Keluar Ke Masjid.


  1. Berjalan selagi mampu jika masjid berdekatan. Ataupun boleh memandu kemudian berjalan dari keretanya ke masjid. Ianya akan dihitung dan inshaa'Allah akan mendapat ganjaran dari Allah.
  2. Keluar awal dan masuk ke dalam masjid sebelum imam berada di mimbar. Rasulullah s.a.w bersabda: "Di setiap pintu masjid ada Malaikat yang menulis nama mereka yang memasuki masjid mengikut urutan. Ketika imam naik keatas mimbar, Malaikat akan menutup lembaran nama itu untuk mendengar khutbah".
  3. Menunaikan solat sunat tahiyyatul masjid. Rasulullah mengarahkan supaya kita tidak duduk sebelum menunaikan solat sunat tahiyyatul masjid. Walaupun khatib tengah membaca khutbah sekalipun, kita tetap disunatkan untuk menunaikan solat sunat tahiyyatul masjid.
  4. Sunat untuk duduk berhampiran imam. Rasulullah s.a.w bersabda: "Baginda mendekati imam lalu mendengar khutbahnya".
  5. Memberi perhatian kepada khutbah yang disampaikan. Kalau kita tengok sekarang, ramai yang tidur dan bermain handphone ketika khutbah disampaikan dan secara automatik mereka yang lalai ni akan terlepas ganjaran besar yang diberikan kepada mereka yang mendengar khutbah. Rasulullah s.a.w bersabda: "Barangsiapa menggerakkan batu dan bercakap-cakap ketika mendengar khutbah, maka dia telah melakukan perkara yang sia-sia. Barangsiapa yang melakukan perkara yang sia-sia, maka tiadalah pahala Jumaat untuknya".

Amalan Pada Hari Jumaat & Malam Sebelumnya.


  1. Membaca surah Al-Kahfi, Rasulullah s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang membaca surah Al-Kahfi  di hari Jumaat, dia akan disinari cahaya sehingga hari Jumaat yang seterusnya". Ia juga akan melindungi kita daripada fitnah Dajjal.
  2. Perbanyakkan selawat kepada Rasulullah s.a.w.. Rasulullah bersabda: "Banyakkanlah berselawat kepadaku di hari Jumaat dan malam sebelumnya". Jika kita berselawat kepada Rasulullah s.a.w sekali, Allah akan berselawat kepada baginda sebanyak 10 kali. Selawat dari Allah adalah rahmat.
  3. Banyakkan berdoa dan menunggu saat doa dimakbulkan. Rasulullah s.a.w bersabda: "Terdapat satu masa di hari Jumaat, jika seseorang muslim berdoa, doanya pasti akan dimakbulkan oleh Allah". Kebanyakan para ulama dan para sahabat Rasulullah s.a.w mengatakan bahawa saat doa dimakbulkan adalah ketika matahari mula terbenam (senja).
Pupuklah rasa mahabbah kita kepada Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w, agar kita sentiasa menjadi hamba yang bertaqwa dan mengikut sunnah Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah setakat ni jelah ambe dapat kongsikan serba ringkas dengan pembaca, apa yang ambe kongsikan di sini adalah dari tazkirah dari Ustaz Habib Mohammed Alsaggaf. Tazkirah yang disampai beliau sangat bermanfaat untuk kita dengar dan ambil pengajaran. Semoga ape yang ambe kongsikan di atas bermanfaat kepada semua, inshaa'Allah. Salam Jumaat, wassalam =)


Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

51 comments:

  1. Subhanallah.. perkongsian yang baik dihari yg mulia.. semoga bersama semua beroleh berkat. Salam Jumaat Fais :)

    ReplyDelete
  2. salam hari jumaat.. selamat pergi sembhyg jumaat. hehe.

    ReplyDelete
  3. insyallah..amin..semoga bermanfaat untuk kita semua

    ReplyDelete
  4. Allahuakbar...terima kasih atas perkongsian yang baik ini fais. Jom berselawat ke atas nabi dan baca surah al kahfi untuk permulaan yang lebih baik (^_^)

    ReplyDelete
  5. Salam Jumaat Fais..Banyak kelebihan hari Jumaat ni..tema kasih diatas perkongsian yg sangat bermanfaat ni..:)

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Fais... terima kasih diatas perkongsian yg sgt bermanfaat.. may Allah bless you..

    ReplyDelete
  7. thanks for sharing fais..mmg hari jumaat byk manfaat nye..

    ReplyDelete
  8. salam jumaat adik fais... thanks ,,,,menarik perkongsian fais...

    ReplyDelete
  9. salam jumaat, semoga hari ni lebih ramai yang tunaikan solat jumaat dan kurang yang lepak di kedai waktu khutbah dibacakan...amin..:)

    ReplyDelete
  10. malam jumaat bagus baca surah dalam al quran jangan biarkan hati kosong tanpanya

    ReplyDelete
  11. subhanallah..nice sharing fais :)

    ReplyDelete
  12. salam jumaat adik.. sangat bermanfaat perkongsian ini fais..sama-sama kita mengamalkan amalan-amalan yang baik itu pada hari jumaat dan hari-hari yang lain juga..

    ReplyDelete
  13. entri menarik... putih itu suci... jth cinta dengan warna putih .. :D

    ReplyDelete
  14. bagusnya entry hari jumaat ini...harap semua dapat baca kan...dan amalkan

    ReplyDelete
  15. insyaAllah bro,..mudah mudahan amalan2 diatas dilaksanakan bagi mendaptkn keredhaan penghulu hari..

    ReplyDelete
  16. salam..
    Alhamdulillah..perkongsian yg amat bmnfaat lebh2 lagi dhari jumaat ni..
    InsyaAllah akan teruskan amalan ni.. ^_^

    ReplyDelete
  17. semoga semua yang membaca di sini diberi perhatian dari Nya ;)

    ReplyDelete
  18. wangi2 hari jumaat tu biasa dgr tp melumurkan losyen tu alaf baru punya style utk wangi2 kot ^__^

    ReplyDelete
  19. salam jumaat ye fais..tqvm..

    ReplyDelete
  20. this entry is SUPER awesome. memang bagi byk pengajaran sgt2. terima kasih sgt2.

    ikhlas dr nanie

    Subhanallah - Alhamdulillah - Lailahaillallah - AllahuAkbar ^_^

    ReplyDelete
  21. Suka baca peringatan seperti ini. Almaklumlah, manusia sering terlupa. Terima kasih.

    ReplyDelete
  22. terima kasih di atas peringatan ini...

    ReplyDelete
  23. banyak kelebihan yg ada pada hari jumaat ni, nice sharing :D

    ReplyDelete
  24. Salam Jumaat, Fais. Ya, yang baik elok dikongsikan moga yang leka tidak terus leka. Sememangnya Jumaat hari yang sangat istimewa.

    ReplyDelete
  25. Salam Jumaat Fais..perkongsian yang berguna..manusia memang perlu saling mengingati antara kita kan..

    ReplyDelete
  26. Salam Jumaat. Terima kasih atas pengkongsian. Suka sangat baca :)

    ReplyDelete
  27. alhamdulilah terima kasih kerana sharing :) selagi kita ada masa ini kita gunakanlah sebaik yang mungkin

    ReplyDelete
  28. salam jumaat fais :D
    aq baru je dapat bukak blog. baru2 ni bnyk keje. hehe
    perkongsian yg baik. marilah hidupkan sunah rasulullah. nescaya akan diberkati ALLAh swt.

    ReplyDelete
  29. nasib baik tmpt zizie x banjir.. hehe..

    ReplyDelete
  30. Alhamdulillah, terima kasih fais.

    ReplyDelete
  31. Bagus peringatan ni bro, psal tk ramai pun yg tau adab2x hari jumaat ni. Terima kasih sudi kongsi :)

    ReplyDelete
  32. Salam Jumaat Fais..peringatan yang baik untu k kita semua...memuliakan penghulu hari.,.

    ReplyDelete
  33. alhamdulillah,
    terima kasih ya.. :D

    ReplyDelete
  34. Salam Jumaat.. Nice sharing Fais..

    ReplyDelete
  35. Salam Jumaat, penghulu segala hari

    ReplyDelete
  36. Salam Jumaat faiz :)
    Perkongsian yang bermanfaat,terima kasih :)

    ReplyDelete
  37. nice sharing...
    hari jumat tu memang hari yang paling mulia kan.. :)

    ReplyDelete
  38. Subhanallah begitulah mulianya dan besarnya ganjaran hari Jumaat...penghulu segala hari...MasyaAllah...

    ReplyDelete
  39. jumaat adalah penghulu segala hari..

    ReplyDelete
  40. nice sharing ;) semoga kita istiqamah ye =)

    ReplyDelete
  41. Teruskan menulis dan teruskan berdakwah f@is!

    ReplyDelete
  42. Nice entry, bagus baguss entry nir ^^

    ReplyDelete
  43. banyakkan berselawat di hari jumaat...banyak pahala tau :-)

    ReplyDelete
  44. SubhanALLAH, perkongsian yang teramat mulia, semoga ALLAH swt mempermudakan segala urusan kita dan memperkenankan segala doa kita,in shaa ALLAH.
    JAZAKALLAHU KHAIRAN pada adminnya.
    Mohon share ilmunya ini...syukran jaziilan.

    ReplyDelete