Fais-SKA

Tuesday, 29 October 2013

Motivasi Pagi - Adab Rasulullah Bangun Dari Tidur

بسم الله الرحمن الرحيم

Astaghfirullah for yesterday, Alhamdulillah for today and Inshaa'Allah for tomorrow

Tidur Itu Hikmah Dari Allah.

Tidur merupakan hikmah dari Allah, dengannya kita dapat  ketenangan, merehatkan badan, mencergaskan fizikal dan mental. Rasulullah mengangkat darjat tidur dari hanya sebuah tabiat manusia  kepada ibadah dan muamalah kepada Allah. Tidur ialah ibadah jika disertakan dengan niat taqwa dalam mentaati Allah. Rasulullah bersabda: "Tidurlah sebentar sebelum masuk waktu zuhur, sesungguhnya syaitan tidak melakukannya".

Adab Rasulullah Bangun Dari Tidur.

Doa bangun dari tidur. 
1~ Rasulullah bangun sebelum masuk waktu subuh.
2~ Rasulullah menyapu mukanya dengan tangan, iaitu menyapu kesan tidur dari wajahnya.
3~ Rasulullah akan mengingati Allah dengan menzahirkan rasa syukur dan membaca doa bangun tidur.
4~ Rasulullah akan segera berwudhuk dan mengerjakan solat sunat/wajib.

Rasulullah bagitahu kepada kita bahawa syaitan mengikat kepala manusia dengan 3 simpulan semasa tidur.
1~ Apabila manusia bangun dan mengingati Allah, maka terlepas 1 simpulan.
2~ Apabila manusia berwudhuk, maka terlepas 1 simpulan.
3~ Apabila manusia bersolat, maka terlepas 1 simpulan.

Maka dengan itu, jika manusia tidak melakukan 3 perkara di atas, dia bangun dalam keadaan yang tidak baik. Apabila terlepas kesemua simpulan, manusia bangun dalam keadaan yang baik. Maka dia menjalani kehidupan sehariannya dengan bahagia dan penuh keberkatan.
-: Perkongsian dari tazkirah Ustaz Habib Mohammed Alsaggaf.

P/s: Ringkas jekan adab Rasulullah bangun dari tidur. Mustahil la kalau kita tak dapat ikut adab Rasulullah ni. Mulakan hari anda dengan rasa syukur dan positif, semoga bermanfaat. Wassalam =).


Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

49 comments:

  1. nabi bgn sblum subuh tp fais bgn lg awl..
    4 lbih da bgn ...
    hebat fais ...hikhik

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas perkongsian menarik itu dik.. sama-sama kita mengamalkannya..

    ReplyDelete
  3. nice sharing F@is..Harap dapat melakukan 3 perkara tu setiap hari.insyallah

    ReplyDelete
  4. insyallah mudahan sama-sama kita dapat amalkan.amin :)

    ReplyDelete
  5. sangat bermanfaat perkongsian ini fais.. semoga kita semua mengamalkan sunnah baginda rasulullah saw..

    ReplyDelete
  6. moga-moga kita semua dapat mengikuti dan mengamalkannya..tq for sharing..sangat2 bagus!!

    ReplyDelete
  7. Mudahnya dapat pahala kan..insha allah dpt ikut mcm nabi..

    ReplyDelete
  8. info yg sgt bermanfaat.. Tq Fais.. :D

    ReplyDelete
  9. thanks for sahring fais.jom jadikan satu amalan ;) insya allah

    ReplyDelete
  10. nice sharing...sunatullah...elok kita amalkan...lagipun tak susah pun sebenarnya..cuma perlu istiqamah..

    ReplyDelete
  11. insyaAllah...akan diamalkan... ^_^

    ReplyDelete
  12. gud info..pagi2 dah buat entry utk tatapan semua...mari kita sama2 amalkan sunnah Rasulullah..^^

    ReplyDelete
  13. allahuakbar. terima kasih atas info ni. i love this blog, byk info yg baik.. keep it up awk :)

    ReplyDelete
  14. kekaadang terlupa jgk utk amal

    ReplyDelete
  15. kekadang terlewat jg,,,,terjun terus dr katil... ssgh tak baik kan..in sya Allah nnt nak ikut cara nabi ini....

    ReplyDelete
  16. terima kasih atas perkongsian ni fais.. :)

    ReplyDelete
  17. harus ikut cara rasulullah ni kan :)

    ReplyDelete
  18. Perkongsian bermanfaat di hari yang baik...

    ReplyDelete
  19. mudah-mudahan kita dapat ikuti adab yang baginda laksanakan. mudah je dapat pahal kalau kita niat mengikut sunnah baginda.

    ReplyDelete
  20. bagun awal tu sebenarnay lagi meyegarkan tubuh..dapat hirup udara yg begitu segar..masuk ke paru-paru..hu3

    ReplyDelete
  21. mandi sebelum subuh memang baik untuk kesihatan. resdung saya teruk dulu, lepas amalkan mandi sebelum subuh ni, alhamdulillah ok. so banyak manfaat dari situ

    ReplyDelete
  22. Allah itu Maha Pemurah..melalui tidur pun kita boleh dapat pahala. untung jadi org Islam ne , Taat Allah ikut sunnah Nabi insyaAllah ganjaran pahala terus mengalir. Alhamdulillah. perkongsian yg menarik Faiz :)

    ReplyDelete
  23. sangat baik untuk di amalkan ...:) mari kita ikut apa di lakukan baginda

    ReplyDelete
  24. terima kasih share. bagus sangat nie fais. in sha ALLAH akan diikut :')

    ReplyDelete
  25. Jom sama-sama kita ikut sunnah Rasulullah SAW...

    ReplyDelete
  26. kalau yang x tidoq2? ahaha
    nice sharing :D

    ReplyDelete
  27. trimas for sharing~ blogwalking n follow

    ReplyDelete
  28. kadang-kadang tak terlerai salah satu simpulan tu. dlm proses membaiki diri..

    ReplyDelete
  29. kita skrg ni x de dah nk doa2.. hmm..

    ReplyDelete
  30. Subhanallah.. perkongsian yg baik utk dimanafaatkan bersama, in shaa Allah.. t kasih..

    ReplyDelete
  31. Terima kaish perkongsian ni Fais. Harap-harap kita semua boleh ikut, mulakan yang senang dulu.

    ReplyDelete
  32. tq share.. sebagai peringatan juga supaya jgn lalai.. huhu

    ReplyDelete
  33. In Shaa Allah.. peringatan yg baik fais.. boleh saja kalau nk ikut adab2 rasulullah

    ReplyDelete
  34. tq fais.. perkongsian yg sgt baik utk kita semua amalkan.. insyaallah :)

    ReplyDelete
  35. Salam faiz...moga2kita sentiasa mendapat keberkatan....nak kena amalkan ni

    ReplyDelete
  36. cara mcm ni start satu2 hari, mmg semua kerja jd hari tu..mmg lifestyle/sunnah cara Rasulullah yg terbaik sekali .. alhamdulillah.. thanks for the sharing.. insyaAllah nak amalkan jugak! :)

    ReplyDelete
  37. Alhamdulillah..
    perkongsian yg baik fais ^_^

    da biasa buat semua tu..Alhamdulillah..kcuali yg sapu muka dgn tgn kanan tu..huhu
    pas ni kene buat.. =)

    ReplyDelete
  38. alhamdulillah..sy bngun kul 6 biasanya.. uwargghh lewatnya..hoho.. >.<

    ReplyDelete
  39. kalau susah nak bangun tidur solat subuh, cuba amalkan tepuk2 bantal lepas tu niat "bangkitkan aku untuk menunaikan fardu subuh/ bangkitkan aku pada pukul etc etc" ;)
    even bila kita niat tu pun dah dapat pahala, niat tidur sebagai ibadah pun dapat pahala lagi, mudahnya Allah nak bagi kita pahala kan :)
    perkongsian yang bermanfaat, TQ~

    ReplyDelete
  40. Ya Allah bersyukur masih punya hari ini. moga esok masih ada. thanks fais

    ReplyDelete
  41. Thanks Bgt Postingannya ,bener bener membangun iman ,,, Bismillah

    ReplyDelete
  42. InsyaAllah..azam dan amalkan sungguh-sungguh

    ReplyDelete
  43. InsyaAllah..azam dan amalkan sungguh-sungguh

    ReplyDelete