Fais-SKA

Thursday 3 October 2013

Motivasi Pagi - Walk For Allah

بسم الله الرحمن الرحيم

Astaghfirullah for yesterday, Alhamdulillah for today and Inshaa'Allah for tomorrow

Berjalan Kaki Ke Mekah

Masih ingatkah anda dengan wajah hamba Allah ni??. Beliau ialah Senad Hadzic, seorang lelaki muslim yang berasal dari Bonovici utara Bosnia. Beliau pernah menggemparkan penduduk islam dunia dengan niat ikhlasnya untuk menunaikan haji dengan berjalan kaki dari Bosnia ke Mekah pada 2011 dan berjaya sampai ke Mekah pada tahun 2012, subhanallah. Oleh kerana tidak mempunyai wang yang cukup untuk ke Mekah, beliau mengambil keputusan untuk berjalan kaki demi menyempurnakan rukun islam ke-5 ini.

Niat Yang Ikhlas Kerana Allah

Senad Hadzic akhirnya berjaya sampai ke Mekah untuk menunaikan haji selepas merentasi 7 buah negara termasuklah Syria yang bergolak dengan peperangan. Beliau telah berjalan kaki sejauh 5900 kilometer (km) selama 314 hari merentasi Bosnia, Serbia, Bulgaria, Turki, Syria dan Jordan. Bekalan yang dibawa hanyalah beg sandang seberat 20 kilogram dan senaskah Al-Qur'an. Suhu sejuk antara -35° darjah celsius di Bulgaria dan kepanasan yang mencecah 44° darjah celsius di Jordan. Hanya berbekalkan wang 400 euro dan tanpa bantuan kewangan dari pihak kerajaan, tetapi kerana hati yang ikhlas dan niat yang sangat mulia, Senad Hadzic akhir nya sampai ke Mekkah.

Semalam terpandang wajah beliau di mukabuku dan sangat kagum dengan pengorbanan beliau demi Agama Islam. Bila kongsi kisah Senad Hadzic ni, teringat pula ambe dengan hamba Allah dari Malaysia. Dia pun berjalan juga, tetapi adakah pengorbanan beliau kerana Allah?? Tepuk dada tanya iman =). Nak tahu siapa orangnya?? Rajin-rajinlah terjah blog Zaki Rasli dan cari entri pada bulan Julai. Selamat membaca, wassalam.


Dari Umar bin Khathab r.a : Rasulullah saw bersabda, “Tiap-tiap amal harus disertai dengan niat. Balasan bagi setiap amal manusia ialah pahala bagi apa yang diniatkannya. Barangsiapa (niat) hijrahnya kerana Allah dan Rasul-Nya, maka baginya pahala hijrah kerana Allah dan Rasul-Nya. 
Dan barangsiapa (niat) hijrahnya kerana dunia yang hendak diperolehnya atau kerana perempuan yang hendak dikahwininya, maka (pahala) hijrahnya sesuai dengan niatnya untuk apa dia hijrah.”


Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

47 comments:

  1. Subhanallah, suci niatnya, bila niat kita ikhlas kerana Allah swt, mesti Dia permudahkan jalan walau dengan apa cara sekalipun.
    Semoga kisah Senad Hadzic ini memberi keinsafan kepada kita semua. Kuat semangat hamba Allah ini.
    Perkongsian yang menarik SKA!

    ReplyDelete
  2. Subhanallah..first time dengar cerita hamba Allah nie..niat yang suci pasti dipermudahkan segala urusannya

    ReplyDelete
  3. hebat sungguh.. rasa kecik je diri ni kalau nk dibandingkan dgn dia...

    ReplyDelete
  4. ingt kisah dia..ya allah dia sanggup hanya berjalan kaki sampaikan org yg nmpk dan nk tumpangkan dia pon xmau..semoga dia dilindungi oleh allah kerana niat sucinya..amin ;)

    ReplyDelete
  5. Subhanallah.. Allah dah permudahkan jalan untuknya..

    ReplyDelete
  6. subhannallah..sangat cekal hatinya..nanti kakija terjah laman zaki tu..

    ReplyDelete
  7. amazing... alhamdulillah sekurang2nya dia dah sampai even berjalan ...

    ReplyDelete
  8. Kagum.. sanggup berjalan beribu km..
    bila difikirkan, kita ni? hmm..

    ReplyDelete
  9. akak pernah dengar kisah mengenai beliau.. memang rasa kagum dengan semangat dan keimanan beliau yang kental..

    ReplyDelete
  10. bersyukur kpd allah swt sbb dia dpt menunaikan..

    ReplyDelete
  11. Subhanallah.. setiap langkah menambah pahala, setiap tapak mensuci dosa...

    ReplyDelete
  12. salam..dh tengok video tu...hehe..sue rasa berjalan sebb mencari keredaan alllah s.w.t dan niat kerana allah s.w.t tu lebih baik daripada berjalan semata2 nak penghargaaan manusia

    ReplyDelete
  13. Allah akan mempermudahkan jalan orang2 yang beribadat kepadanya..

    ReplyDelete
  14. Jika kita ikhlas lakukansesuatu keran Allah, pasti dipermudahkan Fais...

    ReplyDelete
  15. hebatnya dia.. sanggup pergi ke tanah suci dgn berjalan kaki yg hampir memakan masa selama setahun. ikhlasnya dia nak beribadat kerana Allah :)

    ReplyDelete
  16. masyaAllah....speecless sgt..betapa besarnya keinginan beliau nk ke rumah Allah..

    ReplyDelete
  17. Insyaallah...sesuatu yang baik dilakukan dgn iklas, pasti Allah permudahkan...

    ReplyDelete
  18. jika kita ikhlas kerana Allah, insyaAllah.. pasti semuanya akan dipermudahkan.. sangat menakjubkan..

    ReplyDelete
  19. Pyka pnah dengar crita nie dulu . Kalau dia buat kerana allah insyaAllah allah sentisa akan permudahkan . Cekalnye dia :)

    ReplyDelete
  20. andai niat kita baik mmg sentiasa dipermudahkan jalannyer kan

    ReplyDelete
  21. orang yg ikhlas dalam melakukan sesuatu ibadat pasti Allah tolong... :)

    ReplyDelete
  22. Innamal a'malu binniat. Tersentuh nis baca ni. Hmmmm. Jauh nya lagi perjalanan ni menuju redha Dia. Sejauhmana lahh kita menjaga betul2 niat kita dalam seharian. IKHLAS. :'(

    ReplyDelete
  23. Hebatnya dia.
    Bersungguh-sungguh. Moga Allah sentiasa beri yang terbaik untuk dia :)

    ReplyDelete
  24. Saya baru tahu kisah lelaki ini hari ini.
    Insya Allah, kalau niat kita ikhlas, Dia akan permudahkan segala urusan kita.

    ReplyDelete
  25. yumida baru tahu kisah ni fais
    alhamdulillah..nice sharing
    sebak pulak membaca kisahnya
    moga dia sentiasa dirahmati Allah SWT

    yumida isi tabung Nuffnang sini...selamat menabung :)

    ReplyDelete
  26. perkongsian yg baik ni fais..

    ReplyDelete
  27. deno pernah baca kisah ni... dia sangat2 hebat!

    ReplyDelete
  28. subhanallah, nina bru tahu kisah ni.. tq fais sbb share =)
    allah menjaganya sepanjang perjalanan

    ReplyDelete
  29. ambe malu dengan diri beliau, cukup sabar dan cekal. ambe di sini asik merungut tak cukup itu ini... D:

    ReplyDelete
  30. shark br tau.
    sedihnya..
    respek ler dengan beliau.

    ReplyDelete
  31. subhanallah.. smoga Allah membalas amalannya dengan yg lebih baik...

    ReplyDelete
  32. subhanaAllah..hmpir setahun dia bjalan kan....
    murni sunggh niat dia..

    mcmana diri ni nak jadi seperti beliau...huuuuu

    ReplyDelete
  33. subhanallah. mesti banyak manfaat yg dia dapat. berjalan banyak pon bagus untuk kesihatan :)

    ReplyDelete
  34. kagum dengannya ..kita pun tak mampu untuk baut sedekian rupa

    ReplyDelete
  35. masyaAllah. kagum betul dengan dia

    ReplyDelete
  36. zizie pernah bc.. masa tu, dy baru je nak start perjalanan.. ALhamdulillah akhirnya dia sampai jugak.. niat sebeginilah yang dipandang mulia.. orang tumpangkan, dy xnak pulak tu.. bukan mcm sesetengah manusia.. niat entah apa-apa.. pastu, bila tak mampu buat, menipu pulak tu.. isk3..

    ReplyDelete
  37. Allahuakhbar..hebatnya Allah mengurniakan kekuatan untuk hamba ini..tapi memang betul kalau niat kita betul inshaaAllah Dia pasti akan bantu..dalam apa jua perkara semuanya adalah kerana Allah. Dia yang mengiakan dan menidakkan sesuatu perkara.:)

    ReplyDelete
  38. Alhamdulillah akhirnya tercapai cita-cita dan azam beliau yang tinggi sungguh membanggakan...

    ReplyDelete
  39. alhamdulilah..boleh jadi iktibar & semangat kepada yang lain

    recent post : Semangat Header & Logo Baru

    ReplyDelete
  40. allahurabbi... ttba terasa diri ni x kuat bila hari ni merentas campus pun dah penat.. >.<

    ReplyDelete
  41. Terima kasih atas perkongsian ini Fais. Sebelum ni saya tak tahu pun.

    ReplyDelete
  42. kagum sangat bila tengok beliau sanngup berjalan kaki jauh giler.. demi menyempurnakan rukun islam ke-5 ini.

    ReplyDelete
  43. Perjalanan yg d rahmati..aamiin

    ReplyDelete