Fais-SKA

Friday 23 August 2013

Syurga Buat Mereka

بسم الله الرحمن الرحيم



Subhanallah, bila tengok gambar kat atas..hati ni betul-betul tersentuh =( terus teringat kat anak saudara ambe. Sayu je rasa bila tengok dua anak kecil yang tak berdosa ni menjadi mangsa, hebat betul ikatan persaudaraan yang ditunjuk. Sesungguhnya syurgalah tempat buat mereka. Sabarlah wahai penduduk islam di Mesir, Syria dan Palestin. Allah sentiasa bersamamu, kami pasti mendoakan kesejahteraan dan pertolongan Allah di sana. 

"Firman Allah SWT.. Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki".. QS Ali Imran 169

Agaknya mereka yang mencabar kuasa Allah ni tak takut dengan azab yang bakal mereka terima nanti. Tak mustahil satu hari nanti mereka akan terima pembalasan dari Allah sama seperti Mustapha Kamal Attaturk.


Sumber : Koleksi Ceramah Ustaz Don Daniyal Don Biyajid (Original)
Antara syarat yang dikenakan oleh Mustapha Kamal Attaturk (bekas PM Turki) :-

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.
2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi(sesuai dengan kehendak barat).
3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara.
4. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden."
5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.
6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
8. Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.
9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
10. Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.
11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.
12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
13. Menukar Masjid Hagia-Sophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.
17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan di mana tuhan > tinggal?" oleh kerana takut, askar tersebut menjawab 'Kamal Atartuk adalah tuhan" beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.

Kematian Kamal Atartuk Yang Menyeksakan

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.

Antaranya ialah :
1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
2. Sakit jantung.
3. Penyakit darah tinggi.
4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. 
Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.

Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya.
Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya).

Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap dengar) selama 15 tahun sehingga tahun 1953). Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk.



Nauzubillah, tu baru azab dunia kan, belum masuk azab dalam kubur dan di akhirat lagi.
سلام جمعة


Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

46 comments:

  1. cukup tersentuh bila melihat gambar...Ya Allah jauhkan negara kami dari kezaliman dan penindasan..melainkan ajal menjemput kami...

    ReplyDelete
  2. rasa nak nangis bila tgk gamba tu..tak sanggup rasanya nak tgk..moga Allah memberi perlindungan kepada mereka..

    ReplyDelete
  3. saya memang tak tahu sangat cerita pasal mustapha kamal ni...bila membaca kat sini terasa sangat kejam orangnya..

    ReplyDelete
  4. tengok..besarnya kuasa Allah..

    ReplyDelete
  5. mereka hanya menunggu masa..
    tunggu saja apa yg diorg dapat lepas nie.

    ReplyDelete
  6. kalau boleh ku pegang senjata, akan ku bantu mereka. sedih dengan penderitaan mereka. semoga doa yang dititip untuk mereka diterima Allah & akan ada pembalasan untuk setiap kejadian & kezaliman ke atas mereka, saudara Islam kita :'(

    ReplyDelete
  7. perkongsian yang baik hingga tersentuh hati akak melihat gambar tu fais.. akak pun baru tahu mengenai sejarah kematian mustapha kamal attaturk selepas membaca entri fais.. itu baru azab di dunia, semoga kita tak tergolong di kalangan mereka itu..

    ReplyDelete
  8. AS SALAM S K A.........

    sedih & pilu mengenang nasib mereka yg belum mengenal erti kehidupan tapi terkorban dek kerakusan kuasa dunia yg sementara.....moga syurga menanti mereka insyaallah.....

    ReplyDelete
  9. Ya Allah takutnya . .
    tak pernah tau pun cerita ni . .
    menarik !
    Boleh ingatkan kita yang sentiasa lalai dgn duniawi ni :)

    ReplyDelete
  10. subhanallah...sedihnya akak tengok baby tu...
    syurga menanti mereka..

    ReplyDelete
  11. salam singgah dan salam kenal..

    ReplyDelete
  12. Laknat Allah ke atas mereka yg menentang agama indah ini...sesungguhnya Allah bersama kita...al fatihah buat saudara2 kita di sana =')

    ReplyDelete
  13. Kematian yg tragis..Semoga Allah melindungi umat islam didunia..

    ReplyDelete
  14. Na'uzubillah...jauhilah kami dari perkara2 yang mungkar, zalim dan yang dilaknati Allah... aamiin

    ReplyDelete
  15. tu baru balasan di bumi..balasan sbb menganiaya dan menzalimi manusia..

    ReplyDelete
  16. baru Nad tau pasal nie. parents nad ade cerita tapi sikit je la.. thanks sharing. mmg azab yg Allsh swt turunkan tu hanyalah di dunia. di akhirat lagi berganda azabnya. wallahu'alam

    ReplyDelete
  17. al fatihah buat mereka yang syuhada..Allah janjikan 'tempat' yang lebih baik untuk mereka ini...

    ReplyDelete
  18. Subhanallah, takutnya..good input untuk kita sama2 renungkan

    ReplyDelete
  19. Sedih melihat apa yg trjadi di Mesir. Kejamnya mereka yg berkenaan lebih truk drp zaman Firaun. Kerana mreka sggup mambunuh semua org, trmasuk wanita dan kanak-kanak. Semoga Allah melindungi kita semua dan selamatkan mereka di Mesir. Takbirrr!!!

    ReplyDelete
  20. na'uzubillah!!!ngeri bace neh...

    ReplyDelete
  21. peringatan yg baik untuk semua..nice sharing bro :)

    ReplyDelete
  22. Allahuakhbar...jgn skali putus mendoakan saudara kta disana...agar dipermudahkan dan diberi keselamatan oleh Allah~

    ReplyDelete
  23. sedih tengok keadaan mereka..semoga mereka diberi keadilan..insyaAllah

    ReplyDelete
  24. baru balasan dunia. belum balasan akhirat

    ReplyDelete
  25. sedih tengok gambar budak tu.pengajaran pada yang menentang agama suci..nauzubillah.

    ReplyDelete
  26. mama memang tak boleh tengok gambar begini dik.. mama sebak.. mama ada anak, mama rasa apa yang berlaku di sana...

    ReplyDelete
  27. Ya Allah sedihnya tengok gambar di atas,, semoga mereka tempat orang yang beriman ... ye acik pernah bace tentang Mustapha Kamal Attaturk. dia telah dapat balasannye

    ReplyDelete
  28. Allahhuakbar. Segala puji bagi Allah :'( Agama islam sentiasa menjadi agama yang suci. Allah sentiasa memelihara agama islam. Subhanallah untung kepada mereka yang sanggup berkorban demi menenggakkan agama Allah :') Allah. Miza yakin 100% islam pasti menang ! Agama yang benar, agama yang sentiasa dipelihara oleh Allah. Allahhuakbar. Al-fatihah buat para syuhada serta doa buat kemenangan islam di negara mesir, palestin, syiria.

    ReplyDelete
  29. subhanAllah . Maha Suci ALLAH . begitu hebat balasan dari ALLAH .:|

    ReplyDelete
  30. Sebelum ini ada sahabat2 memberi sedikit pengisian. Rakyat2 Mesir diberi ujian seberat ini kerana mereka 'kuat' & telah bersedia. Bersedia dengan hafaz 30 juzuk AQ, mendalami ilmu2 sedalam-dalamnya. Sebab itu jihad mereka juga besar. Tapi kita nafsu sendiri pun susah nak lawan, diberi ujian sedikit pun dah 'lemau'. Sungguh besar ujian yg mereka hadapi.

    # Allah Maha Mengetahui kemampuan hamba2 Nya....
    Semoga Mereka diberi kekuatan...

    ReplyDelete
  31. Semoga Allah sentiasa melindungi mereka...amin

    ReplyDelete
  32. Perkongsian yang menarik fais. Terima kasih.

    ReplyDelete
  33. Salam.

    "Agaknya mereka yang mencabar kuasa Allah ni tak takut dengan azab yang bakal mereka terima nanti"

    Mereka memang tak takut fais..sebab tu jadi seperti yg ada di Mesir skrg ni..

    ReplyDelete
  34. nauzubillah. jangan sesekali cabar kuasa ALLAH. allahuakbar.

    ReplyDelete
  35. nauzubillah... Kisah yang penuh dengan peringatan dan pengajaran.. Thanks for sharing..

    ReplyDelete
  36. Thanks for sharing.!!
    berguna sangat2x..
    Dan sedih tengok gmbar atas tuu. hmm hmmm

    ReplyDelete
  37. gila babeng polisi kamal ataturk ni! Dan akhirnya Allah zahirkan balasannya di dunia. Tu belum kat akhirat lagi.

    Semoga Allah melindungi anak2 kecil yang tidak berdosa dan kurniakan syurga buat para penjihad di luar sana aaminn.

    ReplyDelete
  38. kita kat sini , alhamdulillah aman...
    mereka kat sana , jihad pi sabillillah...

    ReplyDelete
  39. takutnya bila baca azab tu... sampai bila2 bumi tak terima dia...

    ReplyDelete
  40. tu la bila mungkar ngn perintah Allah dan berlaku zalim...moga setiap dari kita terselamat dari siksaan seperti tu dan di lindungi dunia akhirat..setiap dari kita adalah pemimpin sama ada diri sendiri, keluarga , masyarakat, organisasi ataupun negara...moga ianya menjadi ikibar kepada kita semua...

    ReplyDelete
  41. Balasan ALLAH pasti untuk mereka yang ingkar..

    ReplyDelete
  42. seram tapi benar,kan.itulah balasan Allah.dunia memang nak kiamat dah fais.umat Islam bergaduh dan berbunuhan sesama sendiri.bangsa Yahudi bertepuk tampar kegembiraan.Umat Islam semakin ramai murtad.bagaimanalah nasib keturunan kita satu hari nanti selagi bumi ni masih panjang usianya?

    ReplyDelete
  43. kisah yang banyak pengajaran..jangan bermain dengan hukum2 ALLAH...semoga kita selalu di peringati oleh Allah walaupun senang atau susah..walaupun kita manusia biasa yg tak pernah lari dari dosa tpi kita akan cuba buat yg tebaik..

    ReplyDelete
  44. Allahuakhbar...buat hukum sndiri smpai langgar hukum dariNya.. smga kita dijauhkan dgn itu smua.. =') slam jumaat.. =)

    ReplyDelete