Fais-SKA

Wednesday 15 May 2013

Apa itu Hari Nakbah???


15 Mei 2013 ini genaplah ulang tahun peristiwa Nakbah yang ke 65. Peristiwa Nakbah secara rasminya diingati pada 15 Mei setiap tahun. Ia merujuk kepada pengisytiharan Negara haram Israel pada 15 Mei dan disambut di Israel sebagai ‘Hari Kemerdekaan’ Israel setelah mereka memenangi peperangan yang mereka dakwa sebagai ‘The War of Independence’ (Peperangan bagi memperoleh kemerdekaan).

Hakikatnya ialah mereka merampas negara Palestin dengan mengusir penduduk Arab dari tanah air mereka. Akibat dari keganasan oleh beberapa kumpulan bersenjata Yahudi Zionis, 800,000 rakyat Palestin terpaksa menyelamatkan diri dengan meninggalkan kampung halaman dan berlindung di Syria, Lubnan, Tebing Barat, Jordan dan Semenanjung Gaza.

Kini setelah 65 tahun peristiwa ini berlaku, dianggarkan 6 juta pelarian yang sebahagian besarnya merupakan generasi kedua dan ketiga yang tidak pernah menjejakkan kaki di tanah air mereka. Ini bererti mereka telah menunggu selama 65 tahun untuk pulang ke Palestin.

Jika Nelson Mandela diraikan sebagai pahlawan kemanusiaan terulung kerana sanggup dipenjarakan selama 30 tahun demi membebaskan bangsa kulit hitam Afrika Selatan dari sistem Apartheid, maka rakyat Palestin yang menghuni kem-kem pelarian sejak 65 tahun lalu lebih wajar dinobatkan sebagai pahlawan hak asasi yang tidak pernah mengenal erti putus asa.



 Subhanallah, ISRAEL Kini
Subhanallah, 65 tahun tu lama bagi ambe, syukur kita yang hidup dalam keadaan aman ni kan. Bersabarlah wahai penduduk Palestin, ALLAH sentiasa bersamamu. Doa adalah senjata umat Islam, sama-samalah kita doakan keamanan Palestin. Artikel ni ambe kopi pasta dari mukabuku. Semoga bermanfaat, Wassalam..

"Barang siapa yang tidak mengambil berat urusan umat Islam, 
maka dia bukanlah dari kalangan mereka" (Hadis Rasulullah S.A.W)


Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

14 comments:

  1. saya pun baru je baca kwn share kat entri.owh sepatutnya semua umat islam di ngra kita,termasuk pemimpin baca sejarah ni berulang kali agar nasib kita tak jadi spt penduduk palestin :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Btol tu!! sy skong sngt..smoga mnjadi iktibar bt umah islam di Malaysia

      Delete
  2. oh..baru faham apa maksud fais kat entri saya..haha..
    okay la juga..at least sma2 kongsi info.. ^^
    lama kan 65tahun..terseksa jiwa raga..tabik mereka mampu bertahan n tabah..moga2 Allah berikan mereka smua perlindungan dr Israel

    ReplyDelete
    Replies
    1. he3..Alhmdulillah, info bab agama pntg tuk kgsi sama2 =) Amin..moga macam tulah..

      Delete
  3. Seriously. Baru tahu pasal Hari Nakbah. Nice sharing. Timba ilmu baru.

    ReplyDelete
  4. mane hilangnya erti kemanusiaan...??beruntung kite dok kat malaysia neh kan??

    ReplyDelete
  5. ramai yg tak alert sgt pasal isu Palestine ni. Ambik kisah pun, itu pun berwaktu bermusim. tapi itulah, kagum dgn kegigihan mereka utk berjuang wlaupun kuantiti mereka kecik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betol 2..pdahal palestin 2 saudara kita sndri, diorang impikan syahid =) beruntung sgt diorang dpat berjihad

      Delete
  6. kita buat iktibar.. berharap kita tak jd seperti negara mereka.
    Aminn =)

    ReplyDelete
  7. Ya Allah.. selamatkan palestin.. ;'(

    ReplyDelete
  8. Hakikatnya tiada negara yg bernama israel, mereka merampas Palestin, sama2 kita doakan agar rakyat Palestin dapat pulang ke tanah air mereka semula..aminnn...

    ReplyDelete
  9. Nina~ hak r, Aminn =)

    Cik keju~ Amin Ya Allah..

    Teena~ Betol 2, Amin..

    ReplyDelete