Fais-SKA

Monday, 6 May 2013

Ujian dan Redha

Salam dari SKA buat semua =) harap korang sihat-sihat je. Acane mengundi?? bereh dop??. Pagi tadi kat pukul 3 jugak la ambe tido semata-mata nak tahu perkembangan pru ke 13. Last-last dapat tahu kat Terengganu Umno menang tipis je dengan berkelebihan 2 kerusi. Huhuhu dah nampak kat situ persaingan sengit berlaku antara Umno dan Pas. Okeh, kite tutup citer pru ke 13 dengan redha jelah. Ambe ada satu story sikit harini, actually nak update pasal kaki kanan ambe yang dah lama patah.

Perkembangan Terkini Tulang Kaki Yang Patah

Pagi tadi ambe ke Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu. Hajat di hati nak tahu status kaki kanan ambe yang patah ni, lagipun kaki ni nampak seperti tak ok je. Agak lambat jugak la sampai hospital sebab ambe ikut jalan pantai, saje nak tengok suasanan pru 13 sepanjang jalan Dungun dan Terengganu. Alhamdulillah harini tak ramai orang kat hospital, so takyah tunggu lama-lama =). Lepas daftar kena pergi X-ray dulu. Ambe paling tak suke X-ray, tahun ni saje dah 4 kali ambe X-ray kaki. Sinaran X tu bahaya, setahu ambe setiap orang tak boleh X-ray lebih dari 2 kali setahun. Harap ambe dilindungi ALLAH.

Nampak tak gambar X-ray kat atas ni?? Ni pandangan depan kaki ambe, nampak tak tulang tu dah belok kan. Ni la akibatnya sebab buas yang teramat hehehehe. Ambe ni jenis yang tak boleh duduk saje-saje. mesti nak banyak bergerak dan akibatnya macam dalam gambar tulah. Doktor pun dah geleng kepala sebab ambe ni dah 4 bulan patah kaki, tapi tulang tak sambung-sambung lagi, makin teruk adalah. Mungkin ni ujian dari ALLAH buat ambe, yang penting kenalah redha. Diringkaskan doktor pakar bagi ambe 2 pilihan, nak masuk besi atau simen sampai peha.

Simen Kaki Sampai Ke Peha

Ni yang ambe pilih (simen je). Lagi teruk dari dulu, dulu simen sampai betis je, sekarang sampai peha. Ni lah orang kata bagi betis nak peha hehehehe. Agak seksa sebenarnya simen sampai peha ni, sendi lutut confirm tak boleh bergerak. Nak kena air pun dah tak boleh sangat dan sangat-sangat terbatas untuk bergerak. Doktor pakar ada bagitahu kemungkinan tulang kaki ambe akan pendek kurang dari 1cm dan akan belok kekanan sedikit. Sedihnya =( tapi ambe bersyukur sebab masih ada kaki walaupun ALLAH dah tarik nikmat tu sikit.

Time nak simen kaki ni kan, dah macam mengurut kat bomoh patah je. Tugas orang yang simen kaki ni dia tarik kaki ambe dan tolak tulang kaki bagi masuk ke kedudukan asal balik. Nasib baik la ambe ni tak pandai nak menjerit dan meraung hehehehe. Doa-doalah tulang kaki ni cepat bersambung yup. Sebab doktor bagitahu, kalau tak sambung jugak kena masukkan besi dalam kaki. Risiko lagi tinggi sebab takut dijangkiti kuman dan terpaksa ambil benih sum-sum tulang sedikit bagi pulihkan tulang yang tak bercantum. Tadi pun dah ambil darah untuk diuji, doktor nak tengok ada kuman ke tak dalam tulang. Harap takde ape-apelah, ambe ni tak sabar dah nak berjalan dan bekerja. Tak sukalah duk saje-saje camni =(

Mereka Yang Tabah

InshaALLAH bulan depan ambe bagitahu balik kat blog ni perkembangan kaki ambe ni. Alhamdulillah ujian yang ALLAH bagi ni tak sehebat Dia bagi kat Deno dan Allahyarhamah Siti Hajar Binti Ahmad Sabir. Mereka sangat kuat dan tabah sebenarnya. Masa ambe baca kisah pemergian Siti Hajar ni memang sedih sangat. Tipu lah kalau tak sedih bila baca. Mungkin korang dah pernah baca. Kalau korang nak baca tentang Deno boleh la ke blog Deno dan kisah Allahyarhamah Siti Hajar boleh klik SINI dan SINI. Nasihat ambe, walaupun kita ni diuji dengan ujian ALLAH yang paling teruk sekalipun, banyakkanlah bersabar dan redha. Yang penting berusaha, positif dan banyakkanlah berdoa. Wassaalam =).

P/s :  Kalau anda ingin tahu lebih banyak pengalaman istimewa ambe tentang patah kaki ni,
 bolehlah klik --->> SINI. Macam-macam tips dan kisah ambe kongsikan.


Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

33 comments:

  1. erk..teruk juga ya..huhu..
    takut tgk gambar tulang..ngilu ja rasa..hoho
    btw get well soon..doktor kata jangan lasak2 woo.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni kira ok la kot..xtruk cam mula2 kena dlu :) trima kasih..

      Delete
  2. smoga cepat sembuh ya. jgn la lasak sngt. ahaha. biasa la tu kan. lelaki. xboleh duduk diam.
    smoga tabah menghadapi dugaan Allah. ujian dr Dia. yg paling penting, jgn lupakan Dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin..Trima kasih =) he3 InshaALLAH..da kena simen camni xdpat nk gerak2 da..ALLAH sentiasa d'hati sy..

      Delete
  3. Bila tgk gmbar x ray tu tringat plak kat pic x ray kaki (betis) kiri my husbnd yg patah camtu gak tp tulang die mcm hncur sket..ambil ms stahun lbh utk jalan dgn ok sket.. Even skrg besi masih ada kat tulang betis kirinya tu..inshaallah cuti sekolah akhir tahun nnti baru nk buang..ujian yg diberikan oleh Allah utu tanda kasih sygNya kpada kita..Alhamdulillah.. Semoga cepat sembuh ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. erkkk stahun??? lama jgak 2..sabar jelah..amin..trima kasih yup =)

      Delete
  4. Salam,
    Sabarlah...Ikut nasihat doktor yg lebih mengetahui. Bebanyaklah bersabar dan kurangkan pergerakan jika hendak baik cepat le...mu jgn le buas sgt. Banyak pahala yg kamu dpt...yg penting redha dan tabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam...InshaALLAH..ha3, xbuas da ni =) trima kasih atas nasihat..

      Delete
  5. Dhia doakan semoga awak cepat sembuh,.:)

    ReplyDelete
  6. harap2 cepat sembuh, kurangkan pergerakan yang lasak...ikut nasihat doktor..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setiap ujian dari Allah pasti ada hikmahnya, sakit itu penghapus dosa..redho dan tawakkal akan mengurangkan tekanan disamping berusaha dan berdoa untuk ikhtiar kesembuhan...Wallahu'alam..

      Delete
    2. trima kasih bunda atas nasihat =) InshaALLAH xlasak2 dah he3

      Delete
  7. moga cepat sembuh......redho mungkin ada hikmah di sebaliknya.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminn..Trima kasih kakYAN =)

      Delete
  8. sedih jugak dgn adik siti hajar.. al-fatihah buat dia :)
    semoga cepat sembuh.. nina pun tgh demam nie. sakit tu penghapus dosa kecil

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hak r..sedih, Al-fatihah..Amin..trima kasih yup =)

      Delete
  9. take care S.K.A, PRU masih panas kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. trima kasih kak..hak r masih panas, hrap semuanya ok je =)

      Delete
  10. cm ne boleh melarat smpai ke paha?? >.< apa2 un smga cpt smbuh... dan jgn lasak2... huk3

    ReplyDelete
    Replies
    1. xmlarat pn..cma di simen smpai ke peha utk mgelakkn tulang kering 2 bergerak :) amin..trima kasih..

      Delete
  11. semoga cepat sembuh ye...
    n jgn dok lasak2 sgt daaa...
    be more polite laaa lepas nie...hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. he3..InshaALLAH..trima kasih yup =)

      Delete
  12. sekarang kaki ska macam mana?ingat lagi ayah accident teruk..tangan dan kaki pakai besi smpi lah skrg rasanya.kitorang suka usik ayah "dh mcm terminator" he3...rasanay pernah kwn cakap kalau sapa ada patah2 ni elak mkn benda sejuk n daun kucai tu pantang...nanti ngilu je tulang tak taulah ye ke tak huhu..

    ReplyDelete
  13. Kaki xok lg kakLea..sdih ase :( sy ni xsbar2 dh nk kerja..xpelah ujian dr Allah sy kena trima seadanya..mkanan yg sejuk2 mmg sy kurang makan..thanks yup kakLea :)

    ReplyDelete
  14. salam......ello bro... kita sama sama patah kaki tapi dok serupa.. den pun patah mcm dalam gmbr 2, tapi patah habis mcm ranting patah 2... x maw simen sebab pergerakan terbatas..den trus masuk besi kat dalam betis 2... seminggu kat hsptl.. sekarang ni da msk 2 bln alhamdulillah dah leh berjalan dgn satu tongkat...den doakan semoga ekau pun cepat bek dan cepat sembuh.. jgn rempit lahi yo.pssst....fb den sepet junior...ader gmbr x ray kaki..w salam..

    ReplyDelete
  15. Assalammualaikum... semoga bersabar dan cepat sembuh... saya pon patah kaki 2 tempat gan tempat penyabung tulang hacur.. Alhamdullilah, dalam masa 2 bulan ni byk perubahan, cuma doktor cakap paling kurang 6 bulan baru boleh jalan.. ha3.. xbleh la nak sambung belajar... doktor suggest tiap2 hari rendam kaki yg patah gan air suam bagi darah mengalir dgn elok, psl pengaliran darah memainkan peranan utk tulang... lepas tu klau tido jgan buas2.. ha3.. =D

    ReplyDelete
  16. Saya baru retak ankle admin,accident kat uitm.tapi alhamdulillah bersyukur masih diberikan peluang utk bernafas sbb saya melambong agak jauh and kalau helmet tu terpelanting,boleh dikatakan maut tu sudah pasti laa,semoga sesiapa yang sakit skrg ni dikurniakan kesihatan dan kesabaran hati amiinn

    ReplyDelete