Fais-SKA

Friday, 31 May 2013

Ujian Buat HambaNYA

SUBHANALLAH..ALHAMDULILLAH..ALLAHUAKBAR

Salam dari SKA dan Salam Jumaat buat semua, semoga harini lebih baik dari semalam =). Selamat pagi, mulakan harimu dengan bismillah dan senyuman. Pagi ni ambe ada 1 cerita nak berkongsi dengan korang semua, in.shaa.Allah sama-samalah kita bantu membantu sesama manusia. Cerita ni ambe copy dari mukabuku, tengah ushar-ushar kelab motorsikal, terjumpa pulak artikel ni. Mungkin korang dah baca, yang belum baca meh baca kat bawah ni. 


Kronologinya

Pada 19hb May 2013.. Tuan Azrai drpd Nilai telah sama sama menyertai konvoy untuk melawat dan menyerahkan sumbangan pada anak anak Yatim di Raub. Malang tidak berbau. Tetiba motor didepannya menggalami masalah brek (brek jammed). Beliau telah menggelak daripada terlanggar motor tersebut dan terbabas kesebelah kiri.Menyebabkan kaki kirinya remuk dan paha kanannya pula patah. Beliau dimasukkan ke hospital dan seterusnya di pindahkan ke Hospital Tawakal. Pada 23.5.2013. Pakar orthopaedik terpaksa membuat amputation pada kaki kirinya. Dan kaki kanan pula dimasukkan besi. Nak menambahkan kesedihan pada hari tersebut isteri beliau telah terjatuh dan meninggal dunia. Meninggalkn anak-anak seramai 4 orang yang masih kecil.

Dengan keadaan kakinya yang telah dipotong dan kaki kanan yang patah dan akan mengambil masa berbulan lagi untuk pulih...bagaimanakah beliau akan menanggung anak-anak yang masih kecil dan saraan perubatan yang beliau terpaksa tanggung.

AYUH KITA BUKTIKAN YANG KITA ADALAH INSAN YANG PERIHATIN
....
mari kita sama-sama menderma... terus ke akaun beliau atau melalui kelab2.

MOHD AZRAI BIN JOHANA
CIMB ACC; 12280001412204
_________________________________________________________________________________

Subhanallah, dah kehilangan kaki, hilang pulak isteri tersayang. Ujian dari Allah itu pasti buat hambaNYA dan ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Yang berkemampuan tu jangan lupa bantu yup, semoga Allah berkati kita semua =). Jangan lupa amalan sunat di hari Jumaat, semoga bermanfaat. Wassalam.


Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

27 comments:

  1. sedih pula baca berita ni.. :( betapa beratnya ujian yang menimpa..berat mata kita memandang, berat lagi bahunya memikulnya.. semoga beliau terus tabah menghadapi ujian dari Allah swt..

    ReplyDelete
    Replies
    1. btol 2..sdih jgak..besar btol ujian utk dia..smoga dia redha dgn ujian ALLAH

      Delete
  2. DIA tak kan mendatang musibah andai kita tak mampu untuk menempuhinya....
    Sebaiknya kita redha dan berdoa agar dilapangkan hatinya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betol tu cikAkak :) brsgka baik pada ALLAH..

      Delete
  3. Salam,
    Sudah jatuh di timpa tangga...besar sungguh dugaan dari Allah kpdnya.
    Semoga Allah memberi kekuatan buatnya...Amiin. Pasti ada hikmah disebaliknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam..amin..yup, pasti ada hikmah yg besar d'sebaliknya..

      Delete
  4. Allah... kuat dugaan yg beliau terima :'( dengan keadaan sebegitu, isteri meninggal, anak2 masih kecil.. moga beliau tabah.. dan moga ramai yg sudi hulurkan bantuan untuknya

    ReplyDelete
  5. salam S K A......

    berat mata memandang berat lagi bahu yg memikulnya.....insyaallah sama2 kita membantu sekadar yg termampu.....moga Allah permudahkan segala urusan saudara kita ini....

    ReplyDelete
  6. berat ujian yg beliau terima..

    ReplyDelete
  7. innalillah...segala ujian datang dr Allah jua.... mudah2an Allah beri ketabahan kepd beliau dlm mengharungi ujian...

    ReplyDelete
  8. besar sungguh dugaan buat dya..:'(

    ReplyDelete
  9. ujian mendekatkan diri kita padaNya.. kita boleh je ckp sabar.. tapi dia saja y tau betapa perit menanggu derita tersbut.. smga beliau terus tabah!!

    ReplyDelete
  10. Tak dapat bayangkan kalau benda ni jadi kat diri sendiri. Allah.. Tapi, kena selalu ingat, Allah takkan menguji hambaNya di luar kemampuan :')

    ReplyDelete
  11. Hana~ Amin..hrap mcam tu la..

    KakYan~ Waalaikumussalam..betol 2..hrap ramailah yg mmbantu..

    Najihah~ hak r..dugaan Allah bg kat dia..

    Acik~ yup, sma2lah kta doakan dia cpat smbuh =)

    Hafrizah~ Amin..hrap dipermudahkanNYA.

    Husna~ smoga saudara kita ni tabah.

    Mia~ Betol tu..dia yg lebih thu..sbb dia yg tggung..sma2 la kta doakan.

    Eizz~ Subhanallah..betul tu..hrap dijauhkan la ujian spt ni..

    ReplyDelete
  12. ni semua ujian dari Allah..lbih baik duji dgn kesusahan drp diuji dgn kesenangan

    ReplyDelete
  13. setiap yg berlaku ada hikmahnya tersendiri..
    ujian dpt dekatkan kita kepadaNYA :)

    berat nya ujian yang ditimpa beliau :(

    ReplyDelete
  14. berat ujian yang diterima oleh beliau..semoga beliau tabah

    ReplyDelete
  15. semoga beliau tabah dan dipermudahkan segala urusan dan moga cepat sembuh.. kita yang sihat2 walafiat ni harap bersyukur..

    dan al-fatihah buat arwah isteri beliau..moga2 ditempatkan dalam kalangan orang2 solehah..amin..

    ReplyDelete
  16. salam takziah untuk beliau...hanya diri dia saja lebih tahu bagaimana perit dugaan yg menimpa keluarganya...semoga diupermudahkan segala urusan..

    ReplyDelete
  17. Innalillah. Semoga beliau tetap terus kuat menghadapi hari mendatang. :')
    Al-Fatihah buat Allahyarhamah isterinya yang telah kembali ke rahmatullah.

    ReplyDelete
  18. Hajar~ yup, betol tu..yg pntg redha

    Anis~ Hak r, berat lg bahu yg memikul kn

    Latifah~ In.shaa.Allah sama2 la kita doakn beliau

    Nana~ Amin Ya Allah..Alhamdulillah sma2lah bersyukur

    Bunda~ Amin Ya Allah, smoga mcm tu la bunda

    Nies~ Amin..in.shaa.Allah, ujian tu pghapus dosa bt hambaNYA

    ReplyDelete
  19. besar sungguh dugaan yang menimpa beliau ni.. semoga beliau dapat menempuhnya dengan tabah...

    ReplyDelete
  20. ya Allah besar benar ujian Allah berikan semoga dia tabah hadapi..

    ReplyDelete
  21. Mr.kopi~ Amin Ya Allah

    Acik~ Amin Ya Allah

    ReplyDelete
  22. memang satu ujian yang mencabar keimanan dan kesabaran.. semoga dia tabah menghadapi hari2nya..

    ReplyDelete
  23. Moga tuan azrai n family dirahmati allah..

    ReplyDelete