Fais-SKA

Sunday 27 October 2013

Penguasaan Pantai Timur

بسم الله الرحمن الرحيم


Final Piala Malaysia 2013

Alhamdulillah, tahniah diucapkan kepada dua pasukan bola sepak pantai timur iaitu Pahang dan Kelantan kerana telah berjaya mara ke final Piala Malaysia 2013. Terkejut juga dengan kebangkitan pasukan Pahang yang dibimbing oleh Dollah Salleh ni, akhirnya layak juga mereka ke final. Pertembungan antara Pahang dan Kelantan di perlawanan akhir pada 3 November nanti pasti ditunggu. Ambe harap perlawanan yang hebat akan ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan, walaupun Terengganu tidak layak ke final, dua wakil dari pantai timur yang dapat mara ke final ni pun dah cukup bangga buat ambe. Pasti akan sokong kedua-duanya =).

Pahang Layak Ke Final Piala Malaysia 2013


Semalam merupakan perlawan separuh akhir antara Sarawak menentang Pahang. Agak hebat juga perlawanan yang ditunjukkan Sarawak, terus tolak tepi jap BPL. Tapi sayang, bermain di tempat sendiri gagal buat pasukan Sarawak untuk mencipta kemenangan. Malah pasukan Pahang berjaya mengikat keputusan seri 1-1 dengan Sarawak dan sekaligus berjaya mara ke perlawanan akhir dengan agregat 4-2. Gol Sarawak dijaringkan oleh Bobby Gonzales dan gol Pahang pula berjaya dijaringkan oleh Fauzi Roslan. Tengok perlawan semalam teringat kat Bro Shark dan Cik Akak, peminat setia bola sepak diorang ni =). Sabar ye Cik Akak, inshaa'Allah Sarawak pasukan yang kuat dan semakin meningkat naik, pasti berjaya di masa akan datang.

Kelantan Layak Ke Final Piala Malaysia 2013



Tahniah juga buat pasukan Kelantan yang dah mara ke final lebih awal apabila berjaya menundukkan pasukan ATM. Satu perlawanan yang cukup menarik apabila Kelantan ketinggalan 2-0 kepada ATM dan berjaya bangkit pada 10 minit terakhir untuk mengikat ATM dengan keputusan seri 2-2. Kelantan menang dengan agregat 4-3. Kedua-dua gol ATM dijaringkan oleh Marlon Alex James dan gol Kelantan pula dijaringkan oleh Ahmad Fakri dan Badhri Radzi. Gomo Klate Gomo.


P/s: Kepada peminat bola sepak Malaysia, jangan lupa dapatkan tiket awal. Harap isu tiket tidak cukup takdelah nanti. Majulah sukan untuk Malaysia. Selamat berhujung minggu =). Wassalam..


Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

57 comments:

  1. hahaha....akak mu minat bila Sarawak mara ke separuh akhir...hihi...Tak sangka kan.....Tuah ayam nampak di kaki...tuah manusia siapa yang tahu...hihi.....inilah di kata putaran kehidupan..walaupun peluang ada bagi Sarawak...tapi kalau Allah masih belum tentukan rezeki mereka....Kena redha...apa yang penting semangat...jangan pernah memandang kekalahan itu sebagai penamat sesuatu pertandingan....jadikan ia sebagai jalan untuk maju....chewah....bangga jadi rakyat sarawak....hihi...sayang terengganu juga.....hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha3..xminat tegar lg la cmtu kak..betol tu =) belum rezeki, inshaa'Allah mgkin akan dtg..mohon Joseph kalang ke Terengganu balik..

      Delete
  2. haha tak berapa minat bole apapun tahniah Pahang dan Kelantan

    ReplyDelete
  3. owhh hana tak minat bola. tengok org game bola dpan mata tu hana minat. haha header fais nie hana suka lah. rare ! stylo ! haha

    ReplyDelete
  4. PEMINAT SETIA BOLA SEPAK NEGARA !

    Pahang, Kelantan. Kita yang kat Terengganu ni nak sokong team mana erk ? Hehe. Kelantan of course. Besut kan dah sempadan Kelantan, Eizz pun cakap dah Kelate. Hihi :P #GomoKelateGomo :p

    ReplyDelete
  5. walaupun akak tak minat bola sepak, akak sokong saja..

    ReplyDelete
  6. cm mn nk sokong nie, suami org kelantan, fiza org pahang..hihi

    ReplyDelete
  7. Tahniah. Pasti sengit perlawanan akhir nanti.

    ReplyDelete
  8. wpun kita penyokong tegar selangor!! ikikiki

    ReplyDelete
  9. Syabas kpd kedua2 pasukan.. pasti sengit perlawanannya nanti...

    ReplyDelete
  10. tahniah... terlepas lagi nak tengok.. aii sey men..

    ReplyDelete
  11. syabas pada 4 pasukan teratas...

    ReplyDelete
  12. biasalah org pompuan jarang yg minat bola mcm syalah la ne..hehehe
    tapi ikut jgk pkembangan mcm result dkt TV..
    kelantan mmg hebatlah..mcm tahun2 je dengar masuk final..hehe

    ReplyDelete
  13. Tahniah kepada kedua-dua negeri tu sebab layak ke Final..

    ReplyDelete
  14. singgah hujung minggu.....tahniah....moga bertambah cemerlang & gemilang....

    ReplyDelete
  15. Dofollaw blog ni...
    Akak pun tgk tp game phg vs srwk x sebest kltn vs atm, cuma pd akak atm lg best cuma nasib mrk kalah dlm 10 minit tuh...

    ReplyDelete
  16. Tahniah Pahang, Kelantan..
    Kelmarin ingat da pasal bola nie, nak tengok semalam..
    Tapi pukul 9 lebih dah beraduu, ahhaaa
    Penat sebab busy manjang semenjak 2 menjak niee..

    ReplyDelete
  17. Mesti entri ini akan kluar...hahaha
    Tahniah Pahang dan Kelanta! Mu...tumpang sebelah kaki, hehe
    Kali ini ambe sokong Kelantan...sebab Pas lawan BN hahahaha

    ReplyDelete
  18. oh pasal bola rupanya. hehe. klik chipsmore..

    ReplyDelete
  19. alaaaaa...xtgk lak bola ni ..tak minat MG ..huhu
    tgk angin2 je :)

    ReplyDelete
  20. yeah!!!! deno bangga dua-dua pantai timur dapat pergi final!

    ReplyDelete
  21. takpe , JDT tahun dpn pulak :D

    ReplyDelete
  22. Tahniah kepada pasukan Pahang dan Kelantan...walaupun bunda kurang ambil tahu pasal bola ni tapi bunda bangga jugak lah..

    ReplyDelete
  23. walaupun kami kalah semalam, tp aefa tetap bangga dengan pencapaian mereka mara ke separuh akhir :) kita jumpa lagi next season~ :)

    ReplyDelete
  24. stress jugak tengok semalam.. haha! apa2pun tahniah buat Pahang dan Kelantan.. :D

    ReplyDelete
  25. Good luck to both..Pahang may have the chance coz Player kelantan ada problem kot..

    ReplyDelete
  26. alamak fiza x minat bola pula.. hehhee... tapi rasa mcm sokong kelantan je... ok x?? hehehe... dah baca entry wajib komen kan.. =) go go chaiyo~!!!

    ReplyDelete
  27. Ida sokong Pahang, walaupun Ida tahu Kelantan akan menang hehe

    ReplyDelete
  28. saya tidak minat sangat dengan bola ni

    ReplyDelete
  29. muni tak minat bola tapi baca entry S.K.A ni at least dapat jugak la info n tao jugak la cerita . . heheeh thanks yeah . . hehe :p

    ReplyDelete
  30. Alhamdulillah..Kelate sekali lagi ke final..In Sha Allah..kami sekeluarga akan ke stadium S.Alam..
    Harapan hari tu nak Sarawak menang..tapi takde rezeki Sarawak..sokong Sarawak jugak sebab mak orang sana..:)

    ReplyDelete
  31. salam.....xbapa taw sgt bola2 nie hihihih

    ReplyDelete
  32. xtau nak sokong mana ahaha..member2 ada kat dua2 negeri tu hadess last2 sokong kedah ahahahha.

    ReplyDelete
  33. tak tahu nak sokong mane satu..akak sokong mane yg menang la..boleh gitu? hihi..

    ReplyDelete
  34. bola bola bola..hehe orang laki dan bola tiada berpisah..saya x minat sgt bola..x pernah tengok..hihi
    tp kalau kelantan lawan ambil tau menang ke tak.gomo kelate gomo..hehe :)

    ReplyDelete
  35. harap2 pahang menang laaaaa....

    ReplyDelete
  36. tahniah !!!!!! apapon sokong klate la boh

    ReplyDelete
  37. sokong mane menang jer boh hahaha

    ReplyDelete
  38. kalah menang adat pertandingan..
    ~walaupun tak berapa nak minat pasal bola..

    ReplyDelete
  39. salam...
    hi fais ^^

    tahu kelantan ke final..tp xtau pla pahang pon ke final ye..

    *nmpk sgt xtgok bola..hehe;p*

    ReplyDelete
  40. Peerghh.. ulasan penuh nih.. hehe, tapi tk berapa nk minat sgt lah tgk bola nih... tgk gitu2x jekk

    ReplyDelete
  41. isu x cukup tiket kompom ade nyer..huhuhu
    x sabar nak saksikan siapa yg jd juara
    done isi 3 tabung fais sini

    ReplyDelete
  42. dapat teman en.husband tengok bola kat kedai mamak..riuhnya macam kat stadium pulak...taklah minat tegar sangat bola nie,tapi setakat nak suka-suka tengok tu ada lah..

    ReplyDelete
  43. mane2 menang pn xkesah laa..stadium da penuh skg ni smpi tiket pn da xlarat tampung.jd nmpk sgt kerajaan kne besar kn lg stadium sbb ramai sgt pemint bola tega ni hehe

    ReplyDelete
  44. dapatkah red worrior mengekalkan kejuaraan? kita tengok nnti mcm mna...

    ReplyDelete
  45. oh tak minat tengok bola dalam tv nie. kalau depan2 boleh lah. hehe

    ReplyDelete
  46. tahniah buat pasukan bola pantai timur..

    ReplyDelete
  47. walaupun terengganu x tersenarai..nageri jiran tetap ku sokong..!! asal pantai timur semua jalan..ahah

    ReplyDelete
  48. ika sokong kelantan hewhew tapi tak minat pun bola, tengok sekadar suka2 je and support sikit :)

    ReplyDelete