Fais-SKA

Thursday 24 October 2013

Pemakanan Untuk Pesakit Patah Tulang

بسم الله الرحمن الرحيم

Baru-baru ni ada seorang sahabat yang patah tulang kaki minta nasihat tentang pemakanan yang ambe amalkan untuk tulang, katanya dia kagum dengan pertumbuhan tulang kaki ambe yang cepat. Hmm cepat ke?? Dah masuk 9 bulan proses penyembuhan yang ambe kena lalui, lama tu. Mungkin ape yang dilihatnya adalah gambar X-ray perkembangan tulang kaki ambe yang terbaru. Tapi terasa juga yang tulang kaki ni dah semakin baik. Tentang cara pemakanan, ambe akan kongsikan di bawah ni, harap bermanfaatlah yup.

Makanan Untuk Pertumbuhan Tulang


Makan nasi seperti biasa...Ambe amalkan makan nasi serta lauk seperti biasa, langsung takde pantang. Janganlah takut, pantang larang ni sebenarnya untuk pesakit yang ada open fracture je sebab bimbang gatal dan bernanah. Tapi kalau luka dah sembuh sepenuhnya, makanlah dengan diet yang seimbang. Doktor pun tak suka pesakit patah tulang ni berpantang, sebab tubuh perlukan zat-zat yang ada dari makanan untuk sembuh.

Makan ubat Kalsium...Ubat Kalsium ni memang ambe ambil dan amalkan tiap-tiap hari selepas makan. Nama ubat ni BioCal D 600, sama macam gambar di atas. Ambe beli di farmasi, harga RM20 macam tulah.

Perbanyakkan makan sayur-sayuran...Sayur memang sedap, siapa yang tak suka sayur memang rugilah. Selain sedap, zat-zat yang ada pada sayur banyak membantu tubuh menjadi sihat. Sayur yang ambe suka adalah sayuran hijau. Nampak gambar kat atas tu? Sayur brokoli dan saderi, batangnya pun dah macam bentuk tulang kan. Dua sayur ni memang bagus untuk kesihatan tulang. Rajin-rajinlah makan sayur yup.

Perbanyakkan makan ikan bilis dan telur ayam kampung...Ikan bilis memang ambe selalu makan, ni nasihat dari seorang kawan ayah yang pernah patah tulang peha. Alhamdulillah, senang nak dapat dan bukan susah pun nak makan ikan bilis kan hehe. Cuma telur ayam kampung dah tak makan sebab susah nak dapat, sebelum ni selalu juga makan, tukang urut kata elok untuk tulang dan tubuh. Kalau tak percaya, cubalah dulu.

Minuman Untuk Pertumbuhan Tulang


Minum susu Anlene...Amalkanlah minum susu Anlene dua kali sehari, pagi dan malam. Susu memang bagus untuk tulang, sebab susu ada kalsium yang diperlukan oleh tulang. Kalau tak suka yang perisa biasa, boleh beli yang perisa coklat. Ikut keselesaan pesakit, kadang-kadang tak semua orang suka minum susu.

Minum air oren...Ni salah satu minuman yang ambe amalkan. Selalu juga minum, boleh dikatakan tiap-tiap hari. Ambe minum yang Sunquick punya, memang bagus juga untuk tulang sebab ada Vitamin-C yang tinggi.

Minum pati ikan haruan...Pati ikan haruan ni bagus kalau diamalkan, ambe pun minum. Bagus untuk tisu dalaman dan bagus untuk penyembuhan luka dalaman, nak-nak di bahagian patah tulang tu. Yang ada open fracture boleh la amalkan minum. Ambe beli di farmasi yang jenis Polleney, harga sekitar RM25. Kalau boleh belilah yang dicampur madu, kalau tak suka boleh beli yang pati ikan haruan je. Tapi rasa patih dan hanyirlah.

Minum teh...Sejak kebelakangan ni, ambe pun selalu minum teh. Kalau tak minum setiap hari, 5 kali seminggu pasti ambe minum. Salah satu fakta kalau minum teh dan amalkannya, tulang pun akan jadi kuat dan sihat. Teh mengandungi anti-oksida yang tinggi dan bagus untuk tubuh. Teh yang terbaik adalah teh hijau.

Minum Horlicks...Horlicks memang minuman kegemaran ambe. Khasiat yang ada pada minuman Horlicks memang banyak seperti Asid Folik, Vitamin-D, Vitamin-C, Vitamin-A, Vitamin-B1 & B2, Zat Besi, dan Kalsium. Cubalah amalkan, memang sedap, mudah didapati dan harganya pun tak mahal.


P/S: Alhamdulillah, ni jelah makanan dan minuman yang ambe amalkan untuk tulang. Lain orang lain caranya kan. Serba sedikit yang ambe kongsikan ni harap bermanfaatlah. Wassalam =)

Kalau anda ingin tahu lebih banyak pengalaman istimewa ambe tentang patah kaki ni,
 bolehlah klik --->> SINI. Macam-macam tips dan kisah ambe kongsikan.


Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

69 comments:

  1. sangat bermnafaat..tq fais..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wc..terima kasih kmbali kak =)

      Delete
    2. Mcm mn jga patah dari peha smpi ke tumit...besi kt peha ...sb kaki patah 3...

      Delete
  2. ulam ulaman pun boleh juga..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. pun boleh =) tp ulam ni lebih utk awet muda

      Delete
  3. kalsium pentingkan untuk tulang...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup betol tu..susu n produk tenusu pntg juga la untuk pertumbuhan tulang =)

      Delete
  4. Susu itu penting. nak bina tulang. cewahh. acah2 dokter pulak saya ni. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha3..mn thu kot2 boleh jd doc orthopedic =)

      Delete
  5. alhamdulillah fais beransur pulih. Memang tips yg baik untuk penyembuhan (^_^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inshaa'Allah kalau ada usaha dan dengan izin-Nya kak =)

      Delete
  6. ar ar susu untuk tulang so rajin la dik oi minum susu baru cepat sembuh..... aja aja faitin;;;

    ReplyDelete
  7. perkongsian yg sangat bagus..satu lagi nak tambah..amik collegen..InSha Allah cepat proses pemulihahan tu.:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. collegen tu sy xamalkn la pula he3..mgkin salah 1 =)

      Delete
  8. perkongsian yang sangat bermanfaat adik fais.. ternyata kalsium amat penting untuk kesihatan tulang kita..

    ReplyDelete
  9. minum teh pun boleh kuatkan tulang. baru tahu.. selama ni ingat susu je.. hehe

    ReplyDelete
  10. minum susu banyak2 bg kuat tulang..susu anlene tu bagus.. nenek kawan saya minum terus sihat .tulang jadi kuat sikit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inshaa'Allah, mmg amalkan pun =) terus sihat tak tahan tu he3..

      Delete
  11. Sekarang ni Fais dah boleh jalan seperti biasa yer..??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum kak =) inshaa'Allah dalam masa terdekat la kot..mgkin bulan 1 thun dpat dah boleh melompat he3..

      Delete
  12. semua makanan dan minuman yg akak suka. :)

    ReplyDelete
  13. bila smpai part pati ikan tu mmg nanes...nk muntah bila kne minum..tapi nk buat cmne..nk cepat sembuh telan jugak..hikhikhik

    ReplyDelete
  14. memang ambik masa untuk cantumkan kembali tulang yang telah patah.. jari saya dulu pun ambik masa sebulan lebih untuk sembuh sepenuhnya..

    ~apa2pun tips kat atas tu memang terbaikkk... pati ikan haruan tu memang rasa nak muntah bila hidu.. memang tutup hidung la masa nak minum.. haha

    ReplyDelete
  15. Perkongsian yg bermanafaat ni.. kalsiun tu pun mmg sgt penting utk tulang kan. T kasih Fais :)

    ReplyDelete
  16. aku pernah patah bahu dulu, perghhh... hari2 kena minum susu ngan pil kalsium...

    ReplyDelete
  17. info yang bermanfaat :) thanks share ya ..

    ReplyDelete
  18. pati ikan haruan ?? eeeyerkk.... hhahah ho ho horlickk sedapp lah :D

    ReplyDelete
  19. Hello I'am Chris From France!!
    This is not a "spam"
    Assalamualaikum
    You Have A Wonderful Blog Which I Consider To Be Registered In International Blog Dictionary. You Will Represent Your Country
    Please Visit The Following Link And Comment Your Blog Name
    Blog Url
    Location Of Your Country Operating In Comment Session Which Will Be Added In Your Country List
    On the right side, in the "green list", you will find all the countries and if you click them, you will find the names of blogs from that Country.
    http://world-directory-sweetmelody.blogspot.com/
    Happy Blogging
    ****************
    You can forward this invitation to your friends

    ReplyDelete
  20. ho.. bagus entri ni fais.. teman pun baru 1st time baca ni.. ada jugak pemakanan untuk pesakit patah tulang yea.. elok gak tau ni.. thanx yea

    ReplyDelete
  21. nice sharing F@is...akak pun dlu tak berpantang..pantang nampak adalah..cuma ibu tak kasi ambil air tebu dan juga kelapa..serta elakkan minum ais...moga cepat sembuh ye f@is

    ReplyDelete
  22. ermmm aku mmg ada patah tulang peha lama dahulu ....baru hari ini aku dapat info ini...hehe

    ReplyDelete
  23. Hohoho ambe datang daripada blog mohd ridzwan, ho....baguslah maklumat yang disampaikan ni. Dapat ilmu baru

    ReplyDelete
  24. patah tulang.. ngerinye dengar.. mmg kne jg pemakanan kalau nk cpt sembuh...

    ReplyDelete
  25. Oh, ingatkan susu Anlene tu untuk orang perempuan jer.
    get well soon :)
    Sekarang dah masuk kerja ke?

    ReplyDelete
  26. baca mengenai teh tu menarik..

    get well soon fais.

    ReplyDelete
  27. Terima kasih fais, perkongsian yang manafaat

    ReplyDelete
  28. smoga cepat sembuh fais.. aefa pon amalkan minum susu anlene hihi yg lain tu kurang la

    ReplyDelete
  29. wah bagus ni.. dneo pun sebenarnya ada potensi tulang rapuh sbb amik steroid.. selalu minum susu^^

    ReplyDelete
  30. lebh kurng sama je mcm org yg bru lepas operate ni..kire bleh pkai jugk la kan..hehe
    tp lau tulang ni elok minum susu bnyk..kan hehe ^,^

    ReplyDelete
  31. Lamanya naik baik. Cepat la sembuh ye fais

    ReplyDelete
  32. sememangnya kalsium yang terbaik utk tulang. get well soon. :)

    ReplyDelete
  33. Saya suka ikan bilis. Ya, sebenarnya ikan bilis mahal tau Fais. Jangan pandang rendah pada ikan bilis, hehehe

    ReplyDelete
  34. Nice sharing fais..bagusnya, macam-macam cara fais buat untuk sembuh..semoga cepat sembuh seperti sediakala..insyaAllah..:D

    ReplyDelete
  35. alhamdulilah fais semakin membaik ...terima kasih infonya ..baru acik tahu

    ReplyDelete
  36. Ooooo itu rahsianya..teh pun masuk dalam list ya?

    ReplyDelete
  37. kalsium.. jangan sampai telan ubat gigi pulak.. hehe

    ReplyDelete
  38. semua jenis makanan tersebut memang baik...orang yang sihat juga patut mengamalkannya...

    ReplyDelete
  39. basically, banyak yg mengandungi kalsium.. hehe

    ReplyDelete
  40. kaki macam mana.?? okay takk.????

    ReplyDelete
  41. bykkan pengambilan berunsurkan kalsium fais..aritu kaki mcm mane?ok?

    ReplyDelete
    Replies
    1. okeh je =) tulang kaki yang ptah pn dah bercantum..

      Delete
  42. Perkongsian yg bgs. Saya pun patah tulang kt kaki. 5th metatarsal. Dah hampir 6 bln msh blm sembuh. Mula2 simen je lepas tu operate. Skg msh ada wire. Blm cabut.

    ReplyDelete
  43. Nk tanye patah kaki blh mkn jagung x?

    ReplyDelete
  44. Entry yang sangat informative. Boleh di jadikan panduan. Thanks for sharing. Tips Untuk Membantu Masalah Patah Tulang Agar Cepat Sembuh

    ReplyDelete
  45. As salam fais.. Tq 4 sharing. Tip ug amat baik skali. .kaki akak pn patah dah 45 hari ..Semua akak mkn kecuali ikan bilis ...tak tahu pulak ikan bilis bguss utk patah tulang ..Tq yerrr

    ReplyDelete
  46. Selain susu anlene,susu tepung jenis lain boleh ke,krn ada kalsium juge, contoh seperti dumex,everyday,nespray

    ReplyDelete