بسم الله الرحمن الرحيم
Baru-baru ni ada seorang sahabat yang patah tulang kaki minta nasihat tentang pemakanan yang ambe amalkan untuk tulang, katanya dia kagum dengan pertumbuhan tulang kaki ambe yang cepat. Hmm cepat ke?? Dah masuk 9 bulan proses penyembuhan yang ambe kena lalui, lama tu. Mungkin ape yang dilihatnya adalah gambar X-ray perkembangan tulang kaki ambe yang terbaru. Tapi terasa juga yang tulang kaki ni dah semakin baik. Tentang cara pemakanan, ambe akan kongsikan di bawah ni, harap bermanfaatlah yup.
Makanan Untuk Pertumbuhan Tulang
Makan nasi seperti biasa...Ambe amalkan makan nasi serta lauk seperti biasa, langsung takde pantang. Janganlah takut, pantang larang ni sebenarnya untuk pesakit yang ada
open fracture je sebab bimbang gatal dan bernanah. Tapi kalau luka dah sembuh sepenuhnya, makanlah dengan diet yang seimbang. Doktor pun tak suka pesakit patah tulang ni berpantang, sebab tubuh perlukan zat-zat yang ada dari makanan untuk sembuh.
Makan ubat Kalsium...Ubat Kalsium ni memang ambe ambil dan amalkan tiap-tiap hari selepas makan. Nama ubat ni BioCal D 600, sama macam gambar di atas. Ambe beli di farmasi, harga RM20 macam tulah.
Perbanyakkan makan sayur-sayuran...Sayur memang sedap, siapa yang tak suka sayur memang rugilah. Selain sedap, zat-zat yang ada pada sayur banyak membantu tubuh menjadi sihat. Sayur yang ambe suka adalah sayuran hijau. Nampak gambar kat atas tu? Sayur brokoli dan saderi, batangnya pun dah macam bentuk tulang kan. Dua sayur ni memang bagus untuk kesihatan tulang. Rajin-rajinlah makan sayur yup.
Perbanyakkan makan ikan bilis dan telur ayam kampung...Ikan bilis memang ambe selalu makan, ni nasihat dari seorang kawan ayah yang pernah patah tulang peha. Alhamdulillah, senang nak dapat dan bukan susah pun nak makan ikan bilis kan hehe. Cuma telur ayam kampung dah tak makan sebab susah nak dapat, sebelum ni selalu juga makan, tukang urut kata elok untuk tulang dan tubuh. Kalau tak percaya, cubalah dulu.
Minuman Untuk Pertumbuhan Tulang
Minum susu Anlene...Amalkanlah minum susu Anlene dua kali sehari, pagi dan malam. Susu memang bagus untuk tulang, sebab susu ada kalsium yang diperlukan oleh tulang. Kalau tak suka yang perisa biasa, boleh beli yang perisa coklat. Ikut keselesaan pesakit, kadang-kadang tak semua orang suka minum susu.
Minum air oren...Ni salah satu minuman yang ambe amalkan. Selalu juga minum, boleh dikatakan tiap-tiap hari. Ambe minum yang Sunquick punya, memang bagus juga untuk tulang sebab ada Vitamin-C yang tinggi.
Minum pati ikan haruan...Pati ikan haruan ni bagus kalau diamalkan, ambe pun minum. Bagus untuk tisu dalaman dan bagus untuk penyembuhan luka dalaman, nak-nak di bahagian patah tulang tu. Yang ada
open fracture boleh la amalkan minum. Ambe beli di farmasi yang jenis Polleney, harga sekitar RM25. Kalau boleh belilah yang dicampur madu, kalau tak suka boleh beli yang pati ikan haruan je. Tapi rasa patih dan hanyirlah.
Minum teh...Sejak kebelakangan ni, ambe pun selalu minum teh. Kalau tak minum setiap hari, 5 kali seminggu pasti ambe minum. Salah satu fakta kalau minum teh dan amalkannya, tulang pun akan jadi kuat dan sihat. Teh mengandungi anti-oksida yang tinggi dan bagus untuk tubuh. Teh yang terbaik adalah teh hijau.
Minum Horlicks...Horlicks memang minuman kegemaran ambe. Khasiat yang ada pada minuman Horlicks memang banyak seperti Asid Folik, Vitamin-D, Vitamin-C, Vitamin-A, Vitamin-B1 & B2, Zat Besi, dan Kalsium. Cubalah amalkan, memang sedap, mudah didapati dan harganya pun tak mahal.
P/S: Alhamdulillah, ni jelah makanan dan minuman yang ambe amalkan untuk tulang. Lain orang lain caranya kan. Serba sedikit yang ambe kongsikan ni harap bermanfaatlah. Wassalam =)
Kalau anda ingin tahu lebih banyak pengalaman istimewa ambe tentang patah kaki ni,
bolehlah klik
--->> SINI. Macam-macam tips dan kisah ambe kongsikan.
Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)