بسم الله الرحمن الرحيم
Hujung minggu ni bermula 11, 12 dan 13 October 2013, perlumbaan berprestij MotoGP akan meneruskan cabarannya berlumba di Malaysia. Kepada peminat sukan permotoran jangan lupa untuk datang ke litar Sepang menyokong pelumba-pelumba negara dan sama-sama memeriahkan MotoGp Malaysia. Agak terkilan juga sebab tahun ni ambe tak dapat berkonvoi ke litar Sepang, ape pun tetap dapat tengok secara langsung di astro sports channel. Yang berminat jangan ketinggalan untuk menonton siaran langsung MotoGP Malaysia 2013.
Malaysian Motorcycle Grand Prix 2013
Gambar di atas adalah masa perlumbaan serta tiket yang dijual. Untuk lihat lebih jelas sila klik gambar.
Pelumba-Pelumba Negara
Ambe difahamkan para pelumba Malaysia yang akan berlumba pada hujung minggu ni adalah seramai enam orang. Tiga pelumba akan berlumba dalam kategori Moto2 dan tiga pelumba lagi akan berlumba dalam kategori Moto3. Tiga daripada mereka adalah pelumba wildcard dan seorang lagi iaitu Zaqhwan Zaidi akan menggantikan tempat pelumba Randy Krummenacher. Sila rujuk gambar diatas. Dalam kategori Moto3, pelumba negara Zulfahmi Khairuddin yang kemalangan di Aragon terpaksa membuat keputusan yang sukar untuk berlumba pada hujung minggu ni. Akibat patah tulang tangan yang dialaminya, beliau terpaksa diberi rehat oleh doktor. Apa pun sama-sama kita tunggu dan lihat, harap-harap hero negara ni kembali cergas untuk kembali berlumba.
Kedudukan Mata Para Pelumba MotoGP
Kategori Motogp, persaingan akan terarah kepada dua pelumba teratas iaitu Marquez dan Lorenzo. Harap Lorenzo yang menang, luaskan pengusaan Team Yamaha hehe. Tahun lepas menyaksikan Pedrosa yang berjaya mendapat tempat pertama dan Lorenzo kedua. Harap tahun ni berlumba dalam keadaan litar kering.
Dalam kategori Moto3 pula, pelumba negara Zulfahmi Khairuddin berada dalam kedudukan top10 daripada 26 pelumba yang mendapat mata. Tahun lepas, Zulfahmi Khairuddin mendapat tempat yang ke-2 di Malaysian GP, agak sayang apabila beliau dipintas di selekoh yang terakhir. Ambe harap beliau dapat naik podium pada tahun ni dan merangkul tempat yang pertama di Sepang nanti. Sama-sama kita doakan beliau cepat sembuh.
Cuba lihat gambar di atas. Semua rekod terbaik di litar Sepang tahun lepas dipegang oleh Zulfahmi Khairuddin. Ni merupakan rekod kategori Moto3. Harap rekod Moto3 untuk litar Sepang pada tahun ni dipegang Zulfahmi Khairuddin dan rekodnya untuk tahun lepas dapat diperbaharui lagi pada tahun ini. Oleh kerana pelumba negara Azlan Shah belum mendapat sebarang mata, jadi persaingan kedudukan Moto2 ambe tidak kongsikan di sini. Harap di litar Sepang hujung minggu ni beliau akan mendapat mata pertama bagi dirinya inshaa'Allah.