بسم الله الرحمن الرحيم
Astaghfirullah for yesterday, Alhamdulillah for today and Inshaa'Allah for tomorrow
Tidur Itu Hikmah Dari Allah.
Tidur merupakan hikmah dari Allah, dengannya kita dapat ketenangan, merehatkan badan, mencergaskan fizikal dan mental. Rasulullah mengangkat darjat tidur dari hanya sebuah tabiat manusia kepada ibadah dan muamalah kepada Allah. Tidur ialah ibadah jika disertakan dengan niat taqwa dalam mentaati Allah. Rasulullah bersabda: "Tidurlah sebentar sebelum masuk waktu zuhur, sesungguhnya syaitan tidak melakukannya".Adab Rasulullah Bangun Dari Tidur.
Doa bangun dari tidur. |
2~ Rasulullah menyapu mukanya dengan tangan, iaitu menyapu kesan tidur dari wajahnya.
3~ Rasulullah akan mengingati Allah dengan menzahirkan rasa syukur dan membaca doa bangun tidur.
4~ Rasulullah akan segera berwudhuk dan mengerjakan solat sunat/wajib.
Rasulullah bagitahu kepada kita bahawa syaitan mengikat kepala manusia dengan 3 simpulan semasa tidur.
1~ Apabila manusia bangun dan mengingati Allah, maka terlepas 1 simpulan.
2~ Apabila manusia berwudhuk, maka terlepas 1 simpulan.
3~ Apabila manusia bersolat, maka terlepas 1 simpulan.
Maka dengan itu, jika manusia tidak melakukan 3 perkara di atas, dia bangun dalam keadaan yang tidak baik. Apabila terlepas kesemua simpulan, manusia bangun dalam keadaan yang baik. Maka dia menjalani kehidupan sehariannya dengan bahagia dan penuh keberkatan.
-: Perkongsian dari tazkirah Ustaz Habib Mohammed Alsaggaf.
P/s: Ringkas jekan adab Rasulullah bangun dari tidur. Mustahil la kalau kita tak dapat ikut adab Rasulullah ni. Mulakan hari anda dengan rasa syukur dan positif, semoga bermanfaat. Wassalam =).