Fais-SKA

Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts

Thursday 24 October 2013

Pemakanan Untuk Pesakit Patah Tulang

بسم الله الرحمن الرحيم

Baru-baru ni ada seorang sahabat yang patah tulang kaki minta nasihat tentang pemakanan yang ambe amalkan untuk tulang, katanya dia kagum dengan pertumbuhan tulang kaki ambe yang cepat. Hmm cepat ke?? Dah masuk 9 bulan proses penyembuhan yang ambe kena lalui, lama tu. Mungkin ape yang dilihatnya adalah gambar X-ray perkembangan tulang kaki ambe yang terbaru. Tapi terasa juga yang tulang kaki ni dah semakin baik. Tentang cara pemakanan, ambe akan kongsikan di bawah ni, harap bermanfaatlah yup.

Makanan Untuk Pertumbuhan Tulang


Makan nasi seperti biasa...Ambe amalkan makan nasi serta lauk seperti biasa, langsung takde pantang. Janganlah takut, pantang larang ni sebenarnya untuk pesakit yang ada open fracture je sebab bimbang gatal dan bernanah. Tapi kalau luka dah sembuh sepenuhnya, makanlah dengan diet yang seimbang. Doktor pun tak suka pesakit patah tulang ni berpantang, sebab tubuh perlukan zat-zat yang ada dari makanan untuk sembuh.

Makan ubat Kalsium...Ubat Kalsium ni memang ambe ambil dan amalkan tiap-tiap hari selepas makan. Nama ubat ni BioCal D 600, sama macam gambar di atas. Ambe beli di farmasi, harga RM20 macam tulah.

Perbanyakkan makan sayur-sayuran...Sayur memang sedap, siapa yang tak suka sayur memang rugilah. Selain sedap, zat-zat yang ada pada sayur banyak membantu tubuh menjadi sihat. Sayur yang ambe suka adalah sayuran hijau. Nampak gambar kat atas tu? Sayur brokoli dan saderi, batangnya pun dah macam bentuk tulang kan. Dua sayur ni memang bagus untuk kesihatan tulang. Rajin-rajinlah makan sayur yup.

Perbanyakkan makan ikan bilis dan telur ayam kampung...Ikan bilis memang ambe selalu makan, ni nasihat dari seorang kawan ayah yang pernah patah tulang peha. Alhamdulillah, senang nak dapat dan bukan susah pun nak makan ikan bilis kan hehe. Cuma telur ayam kampung dah tak makan sebab susah nak dapat, sebelum ni selalu juga makan, tukang urut kata elok untuk tulang dan tubuh. Kalau tak percaya, cubalah dulu.

Minuman Untuk Pertumbuhan Tulang


Minum susu Anlene...Amalkanlah minum susu Anlene dua kali sehari, pagi dan malam. Susu memang bagus untuk tulang, sebab susu ada kalsium yang diperlukan oleh tulang. Kalau tak suka yang perisa biasa, boleh beli yang perisa coklat. Ikut keselesaan pesakit, kadang-kadang tak semua orang suka minum susu.

Minum air oren...Ni salah satu minuman yang ambe amalkan. Selalu juga minum, boleh dikatakan tiap-tiap hari. Ambe minum yang Sunquick punya, memang bagus juga untuk tulang sebab ada Vitamin-C yang tinggi.

Minum pati ikan haruan...Pati ikan haruan ni bagus kalau diamalkan, ambe pun minum. Bagus untuk tisu dalaman dan bagus untuk penyembuhan luka dalaman, nak-nak di bahagian patah tulang tu. Yang ada open fracture boleh la amalkan minum. Ambe beli di farmasi yang jenis Polleney, harga sekitar RM25. Kalau boleh belilah yang dicampur madu, kalau tak suka boleh beli yang pati ikan haruan je. Tapi rasa patih dan hanyirlah.

Minum teh...Sejak kebelakangan ni, ambe pun selalu minum teh. Kalau tak minum setiap hari, 5 kali seminggu pasti ambe minum. Salah satu fakta kalau minum teh dan amalkannya, tulang pun akan jadi kuat dan sihat. Teh mengandungi anti-oksida yang tinggi dan bagus untuk tubuh. Teh yang terbaik adalah teh hijau.

Minum Horlicks...Horlicks memang minuman kegemaran ambe. Khasiat yang ada pada minuman Horlicks memang banyak seperti Asid Folik, Vitamin-D, Vitamin-C, Vitamin-A, Vitamin-B1 & B2, Zat Besi, dan Kalsium. Cubalah amalkan, memang sedap, mudah didapati dan harganya pun tak mahal.


P/S: Alhamdulillah, ni jelah makanan dan minuman yang ambe amalkan untuk tulang. Lain orang lain caranya kan. Serba sedikit yang ambe kongsikan ni harap bermanfaatlah. Wassalam =)

Kalau anda ingin tahu lebih banyak pengalaman istimewa ambe tentang patah kaki ni,
 bolehlah klik --->> SINI. Macam-macam tips dan kisah ambe kongsikan.


Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Wednesday 2 October 2013

Scoliosis Implikasi Tulang Belakang

بسم الله الرحمن الرحيم

Tiga hari lepas ambe ada chatting dengan seorang kawan di mukabuku. Pada mulanya hanya bertanya khabar dan keadaan kehidupan masing-masing. Kawan ambe ni bukanya orang asing bagi ambe, dia juga bakal adik ipar ambe satu hari nanti inshaa'Allah. Dari bergurau senda, chatting kami bertukar serius apabila dia mula bercerita tentang Scoliosis, rupa-rupanya dia seorang pesakit Scoliosis, tapi dalam peringkat awal. Ape yang diceritakan pada ambe, buat ambe tertarik untuk dikongskikan secara ringkas pada blog ambe ni.

Apa itu Scoliosis??

Scoliosis ialah istilah perubatan yang merujuk kepada keadaan tidak normal di mana tulang belakang seseorang itu membengkok ke kanan atau ke kiri, atau boleh juga ia berpusing. Jika dilihat pada x-ray dari sudut hadapan, tulang belakang seorang pesakit Scoliosis akan membentuk lebih kepada huruf ‘S’ atau pun ‘C’ berbanding bentuk lurus pada orang normal.Kebanyakkan pesakit menganggap sebagai perkara biasa sahaja.Tetapi sebenarnya ianya merupakan sakit yang yang berbahaya sekiranya tidak ditanggani. 

Jenis-jenis Scoliosis.

Idiopathic Scoliosis:
Merupakan jenis Scoliosis yang paling umum yang merujuk kepada ‘penyebab yang tidak diketahui’. Lebih 80% dari kes Scoliosis adalah Idiopathic dan lebih 80% dari kes-kes tersebut melibatkan ‘adolescent’ yang mana lebih kerap menyerang perempuan berbanding lelaki. Idiopathic Scoliosis dipecahkan kepada 4 kategori:
·Infantile idiopathic scoliosis (0-3 tahun)
·Juvenile idiopathic scoliosis (3-9 tahun)
·Adolescent idiopathic scoliosis (10-18 tahun).
·Adult idiopathic scoliosis merujuk kepada pesakit yang telah mencapai usia pertumbuhan lengkap – boleh juga merujuk kepada pesakit dari tiga kumpulan di atas yang telah menginjak usia dewasa.
Congenital Scoliosis:
Berpunca dari pertumbuhan tidak normal yang berlaku ketika peringkat awal kehamilan iaitu pada 3 hingga 6 minggu pertama.

Neuromuscular Scoliosis:
Kanak-kanak yang mempunyai masalah seperticerebral palsy, spina bifida, atau pun muscular dystrophy mempunyai risiko untuk mendapat Scoliosis kerana mereka mempunyai otot yang lemah yang akan menyebabkan tulang belakang mengalami tekanan yang tidak sama, lalu mungkin akan membengkok menbentuk huruf ‘C’.
Adult or Degenerative Scoliosis:
Scoliosis yang tidak dikesan & dirawat diperingkat awal usia. Juga merujuk kepada kes Scoliosis yang telah dirawat melalui implant, tetapi berulang kembali.Osteoporosis, disc degeneration, a spinal compression fracture juga boleh menyumbang kepada kewujudan Scoliosis di usia dewasa.


Jika dibiarkan

Jika dibiarkan, tulang belakang akan menjadi lebih teruk dan organ-organ penting seperti paru-paru dan jantung akan berhimpit. Masalah yang akan timbul seperti sesak nafas, sakit sendi yang teruk, pitam dan mungkin akan membawa maut. kebanyakkan pesakit Scoliosis lebih menderita dari segi mental berbanding fizikal. Ini kerana kebanyakkan merasa terlampau rendah diri, murung, sedih, kecewa dan juga putus asa. Perkara ini sering terjadi kepada pesakit Scoliosis. Ini terjadi kerana ketidak normalan bentuk tubuh badan yang bengkok. Pesakit akan mengalami perubahan dari bentuk normal kepada tidak normal seperti bahu sedikit tinggi berbanding bahu sebelah. Buanglah rasa sifat takut dan berdiam diri. Jika anda sedar ketidak normalan pada tubuh anda, cepat-cepatlah berjumpa doktor. 

Rawatan

Rawatan awal amat perlu kepada setiap pesakit Scoliosis. Rawatan seperti pergi mengurut adalah tidak digalakkan, disebabkan Scoliosis ni melibatkan tulang belakang, adalah wajar jika anda membuat rawatan di hospital. Pengambilan ubat tahan sakit juga tidak disarankan doktor, ini akan mengakibatkan hati pesakit rosak teruk. Kebisaannya rawatan yang dibuat di hospital adalah rawatan Fisioterapi dan rawatan susulan oleh doktor pakar. Orang yang mengidap Scoliosis mungkin pergerakannya terbatas dan tidak dapat membuat pekerjaan normal seperti orang lain. Malah untuk bersukan pun agak terbatas bagi pesakit Scoliosis. Jika terlampau teruk, pembedahan adalah rawatan yang perlu diambil. 

Kos rawatan Scoliosis agak tinggi kerana ia melibatkan pemasangan implant yang mengandungi beberapa rod, skru, plate & kabel, ditambah lagi ianya adalah pembedahan yang rumit dan bukan semua doktor berupaya melakukan pembedahan ini. Kos rawatan di hospital kerajaan adalah diantara RM 15,000-25,000 bergantung kepada jumlah skru yang akan digunakan. Pakar bedah tulang belakang akan menentukan jumlah skru berdasarkan bahagian tulang yang bengkok dan keseriusan bengkok tersebut. Manakala di hospital swasta, kosnya boleh mencecah sehingga RM 40,000 tidak termasuk kos pembedahan dan caj hospital. Walaupun kos pembedahannya agak mahal sehinggah mencecah ribuan ringgit, janganlah bimbang dan rasa putus asa, kos rawatan tersebut pasti boleh dirujuk pada badan kebajikan masyarakat. 
Sumber [1][2][3][4][5]

Kepada pengidap Scoliosis, cubalah rujuk kepada doktor pakar. Mungkin ada kebaikannya jika rawatan awal dibuat. Ambe harap setiap pesakit yang mengidap Scoliosis ni janganlah cepat putus asa. Cubalah positif dan senyum seperti biasa. Apa yang berlaku pasti ada hikmahnya dan Dialah sebaik-baik perancang. Kepada kawan ambe, banyakkan bersabar dan berdoa. Semoga anda sihat selalu dan hidup ceria. Selamat membaca dan semoga bermanfaat. Wassalam.


Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Sunday 29 September 2013

Patah Tulang Kaki Tanpa Simen.

بسم الله الرحمن الرحيم

Sebelum ni, ambe ada terima 2 soalan yang agak menarik dari seorang pesakit. Ianya berkaitan dengan tulang patah dan simen untuk tulang patah. Sebenarnya banyak soalan yang ambe terima bab tulang ni, inshaa'Allah ambe cuba jawab ye. Sebelum tu, ambe nak bagitahu yang ambe ni bukanlah doktor atau penasihat pakar, ambe hanya berkongsi ape yang ambe tahu dari pengalaman sendiri =). Pengetahuan dan pengalaman yang ada, inshaa'Allah akan dikongsikan untuk pembaca.

Patah Tulang Betis

Ayat yang last tu bodek eh?? Haha..abaikan. Cik Fiefi ni patah tulang kaki sama macam ambe. Harap banyakkan bersabar dan semoga cepat sembuh. Ambe nak jawab soalan tulang kecil tu dulu. Sebenarnya tulang kecil yang di maksudkan adalah tulang betis, kedudukan tulang tu bersebelahan dengan tulang kering. Boleh rujuk gambar tulang kaki kat bawah ni.

Kalau tengok gambar tulang kaki di sebelah kanan, tulang betis tu kecil je. Ambe ada tanya doktor semasa buat pemeriksaan kaki baru-baru ni. Tulang betis fungsi dia tak penting sangat berbanding tulang kering, sebab peranannya kecil je untuk tampung kita berdiri dan berjalan. Kalau patah tulang betis, doktor tak sarankan untuk masuk besi. Jika patah tulang kering dan betis, doktor akan bagi lebih perhatian kepada tulang kering. Kalau tulang kering dah bersambung, inshaa'Allah tulang betis tu akan bersambung dengan sendirinya.

Dua Jenis Simen Untuk Patah Tulang

Gambar contoh.
Kebiasaannya hospital di Malaysia akan guna dua jenis simen/pembalut untuk membalut tempat yang patah. Gambar di atas sebelah kiri adalah dari jenis fiberglass, material ni ringan dan tahan lasak, kena air pun ok lagi la, cuma pihak hospital takkan bagi percuma. Nak guna simen/pembalut fiberglass ni, korang kena bayar. Harga tak berapa pasti, rasanya RM35 untuk 1 gulung. Gambar sebelah kanan adalah simen biasa, agak berat dan tak boleh kena air. Simen jenis biasa ni percuma je untuk pesakit.

Berkaitan dengan ambe balut kaki guna besi tu, harap jangan ikut, buat sakit kaki je. Kena ingat, tulang nak cepat bersambung, aliran darah kat kaki kena pastikan lancar. Kalau balut macam ambe tu, maknanya aliran darah dah tersekat, nak tengok boleh klik SINI. Kalau boleh, cuba basahkan tuala kecik dengan air panas, letak kat tempat yang patah, inshaa'Allah aliran darah ok. Tak nak pakai simen boleh je, tapi kena pastikan dulu tulang tu dah melekat atau tak bergoyang. Cubalah dulu tahan pakai simen untuk tempoh sebulan.

Tulang Kaki Bengkok

Sila abaikan parut gangster tu. Adeh..banyak betul sticker kan, jatuh saham haha. Ni contoh gambar dari ambe sendiri, kaki agak bengkok sedikit sebab buka simen dahulu. Mungkin sebab buas dan pernah tergelincir, sebab tu tulang sedikit lari. Korang boleh tengok line merah dan biru tu, ambe guna parut bekas besi area untuk jadi guideline. Ambe buka simen bukan sebab suka-suka, tapi sebab tak tahan alahan kot. Siapa pernah pakai tahulah macam mana rasanya. Tak nak pakai simen boleh je, cuma kena pandai jaga. Nak angkat tempat yang patah tu pastikan ada bantuan, tak boleh buas-buas, tak boleh banyak bergerak. Nanti cubalah sendiri lurut ikut tulang yang patah tu untuk periksa ok ke tak kedudukan tulang. 1 lagi Masa tidur, pastikan alas dengan bantal mengikut keselesaan dan cubalah jangan banyak berpusing.

Alhamdulillah setakat ni jelah yang dapat ambe kongsikan. Kalau ada kemusykilan boleh je tanya lagi =). Ada sesiapa nak bagi pendapat sendiri pun ambe alu-alukan, mungkin korang pun pernah patah kaki. Kalau nak baca entri yang lepas-lepas tentang patah tulang kaki ambe ni, boleh klik kat tab menu atas tu, klik pada ruangan "Pengalaman Istimewa". Semoga bermanfaat, wassalam..

P/s :  Kalau anda ingin tahu lebih banyak pengalaman istimewa ambe tentang patah kaki ni,
 bolehlah klik --->> SINI. Macam-macam tips dan kisah ambe kongsikan.


Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Thursday 26 September 2013

Patah Tulang Kaki Semakin Baik

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam dari SKA dan selamat pagi semua. Alhamdulillah masih diberi kekuatan dan nikmat bernafas harini =). Semalam seharian ambe tak layan blog SKA ni. Atas urusan yang penting dan badan pun lemah je, memang tak berkesempatan langsung nak online. Minta maaflah ye sebab tak dapat nak blogwalking. Terima kasih atas kunjungan korang semua, inshaa'Allah lepas ni ambe cuba terjah mana yang mampu dan sempat.

Beransur Pulih

Semalam ambe ke Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu untuk buat pemeriksaan kaki yang patah. Alhamdulillah perjalanan lancar dan cuaca pun baik. Yang mana masih tak tahu kisah ambe dengan kaki yang patah ni, korang boleh la klik di ruangan "Pengalaman Istimewa" di tab menu. Seperti sebelum ni, setiap sebulan sekali, kaki ambe yang patah ni pasti kena buat pemeriksaan di Klinik Orthopedic.

Gambar X-ray kat atas ni adalah dari kaki kanan ambe yang patah. Boleh nampak perbezaan tak?? Alhamdulillah tulang dah semakin tumbuh walaupun perlahan. Agak senget kan tulang kaki tu, kalau tengok arrow no1, memang nampak tulang tu bengkok. Takpelah ambe redha, Allah dah tarik sikit nikmat yang dia bagi. Yang penting ambe masih berusaha untuk pulih. Ramai kawan yang kata tulang kaki ambe ni retak je. Sebenarnya tulang tu patah dua, kalau retak, dua bulan pun dah boleh baik dengan sendiri.

Doktor masih bagi tempoh satu bulan untuk tengok perkembangan tulang kaki ambe, maknanya bulan depan kena datang buat pemeriksaan lagi. Terima kasih ambe ucapkan kepada pakar tulang Dr. Ahmad Tajuddin atas perhatian yang diberikan. Sejak ambe kongsi masalah tulang kaki yang patah ni, ramai yang mendoakan kesembuhan kaki ambe =) Alhamdulillah terima kasih sangat-sangat yup, Allah je yang dapat balas kebaikan korang semua. Jazakumullah khairan kathira =).

P/s: Kalau pergi Terengganu, tak singgah beli keropok lekor ni 
memang tak sah la hehehe..Bismillah..jemput makan yup =)
Wassalam...

P/s :  Kalau anda ingin tahu lebih banyak pengalaman istimewa ambe tentang patah kaki ni,
 bolehlah klik --->> SINI. Macam-macam tips dan kisah ambe kongsikan.


Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Tuesday 30 July 2013

Kita Serupa Bro Zaizi

بسم الله الرحمن الرحيم


Salam dari SKA =), alhamdulillah dah masuk 10 malam terakhir kita berpuasa di bulan Ramadhan. Macam mana dengan amalan anda di bulan Ramadhan ni??, harap semua ok lah hendaknya, in.shaa.Allah. Pagi tadi ambe ke rumah no-2 di Kuala Terengganu (HSNZ), alhamdulillah la sempena bulan Ramadhan ni cepat je sampai dan urusan pun mudah. Kebetulan pula, dari entri yang lepas, ada seorang hamba Allah ni sama situasinya seperti ambe, so...kongsi jelah kat sini. Harap bro Zaizi baca la yup, dah macam perunding kesihatan tulang pulak ambe ni hehe, in.shaa.Allah, ambe kongsi semua ni pun atas dasar pengalaman sendiri =).

Patah Tulang Kaki Akibat Main Bola Sepak


Bro Zaizi ni patah tulang kering sama macam ambe, tapi dia kena terjah time main bola, erkkkk..ganaih betul tu, dah macam main ragbi je, apa pun banyakkan bersabar ye. Ambe last simen pun pakai yang fiber juga, simen ni ringan, bila dah tukar simen fiber ni tak boleh buas-buas sangat, nanti tulang lari. Bab produk, ambe cuma ambil pati ikan haruan dan ubat kalsium je. Alhamdulillah, buat masa ni tulang kaki ambe dah bersambung sikit walaupun ada bengkok. Bab makan memang ambe pun tak berpantang =). Kaki mengecil tu biasalah, doktor dah bagitahu, kaki ambe sekarang ni hampir suku la perbezaan dengan kaki yang normal, sedih juga bab ni, tapi nak buat macam mana kan.

Bab mengurut ni lupa nak kongsi hehe. Act, rawatan yang ambe pergi ni dia tak mengurut pun, jangan bimbang, takdenya nak meraung kesakitan. Dia just usap sambil baca ayat ape ntah, last dia balut dengan kayu dan sapu minyak sikit. Alhamdulillah setakat ni ok la, tak salah pun nak ikhtiar. Cherating dengan Kijal dekat je tu =), ni no handphone Pak Lah patah ~ 0139757943

Nasihat ambe buat Bro Zaizi atau sape-sape jelah yang alami situasi seperti ni. Kalau korang kuat bersukan, cubalah rehat dulu dalam beberapa tahun, nanti kalau patah balik, sakit dia tu dua kali ganda dari yang first patah. Kalau korang yakin dan mampu, lebih baik masuk besi je, 3 bulan lepas tu dah boleh campak tongkat, in.shaa.Allah. Yang last ni, kalau dah sihat, tapi was-was nak buat aktiviti riadah, jumlah join konvoi dengan ambe hehe. Tu jelah nak kongsi harini, semoga bermanfaat. Wassalam =).


Rindu betul nak kerja balik, pagi tadi dapat lagi mc 2 bulan. 
Masuk ni dah 9 bulan ambe mc. hehehe korang ada???. 
Lebih baik takde =) ambe ni kepuasan tahap tunggul dah. 
Ibu yang berpantang pun tak lama macam ni kan.
2013 tahun yang suram, mungkin banyak dosa kot. 
Ape pun redha dan bersyukur lebih baik.
Adios!!! 

P/s :  Kalau anda ingin tahu lebih banyak pengalaman istimewa ambe tentang patah kaki ni,
 bolehlah klik --->> SINI. Macam-macam tips dan kisah ambe kongsikan.


Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Monday 22 July 2013

Budak Nasib Malang

بسم الله الرحمن الرحيم


Salam 13 Ramadhan dari SKA, alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk merasai Ramadhan tahun ni =). Macam mana dengan hari isnin korang??. Mesti bersemangat je kan hehe, harap korang sihat-sihat selalu. Lama rasanya tak update entri, bukan takde idea atau malas, tapi kena jaga en.Haziq dan fokus kat kaki yang tak berapa nak sihat. Kali ni ambe nak kongsi 1 masalah budak malang dengan korang. Tak tahu la dia ni perempuan atau lelaki.

Kaki Pendek Sebelah

Tadi tengah godek-godek blog teringat masalah seorang hamba Allah ni. Komen yang korang tengok kat atas ni dari entri "Petua & Pantang Larang Patah Tulang". Korang faham tak ape yang dia nak sampaikan??. Hehe dia ada masalah dengan peha kaki kiri yang pendek sebelah. Ambe baca pun kecian juga kat dia ni. Mesti ada orang pandang semacam je, sebab tulah dia malu kot. Yang ambe tahu, doktor pernah bagitahu kalau patah tulang peha, mesti kaki akan pendek sedikit. Apa pun benda-benda macam ni lebih baik pergi hospital dan rujuk pakar tulang di bahagian Ortopedik. Yang mana ada pengalaman dengan situasi macam ni, boleh la sama-sama kongsi =)

P/s :  Kalau anda ingin tahu lebih banyak pengalaman istimewa ambe tentang patah kaki ni,
 bolehlah klik --->> SINI. Macam-macam tips dan kisah ambe kongsikan.


Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Thursday 20 June 2013

Urut Kaki OK ke??

بسم الله الرحمن الرحيم


Salam dari SKA buat semua, sihat ke dok hari ni?? Harap korang semua sihat-sihat je =). Syok betul gambar mamat kat atas tu kena urut kan. Hahaha, lupakan gambar tu, takde kaitan pun. Act ambe ada benda nak tanya, pernah tak korang kena urut??? Lepas kena urut tu rasa ada perubahan tak?? Tak kiralah urut ape sekali pun. Ambe ingat hujung minggu ni nak pergi urut kaki. Allah pun tak suka hambaNya berserah pada takdir semata-mata, jadi ambe berhajat nak pergi mengurut. Orang kata berusaha untuk cepat sembuh, mana tahu kot-kot sembuh kan =)

Mengurut Kaki Yang Patah

Kawan kelab ambe pun cadangkan pergi mengurut dekat kijal. Katanya dah ramai yang pulih lepas mengurut dengan bomoh patah ni. Kalau nak letak harapan 100% tu tak la, sebab kuasa penyembuh tu Allah je yang boleh bagi. Rasa-rasa macam nak pergi la pula, lagipun entri ambe yang lepas-lepas ada seorang saudari ni komen pasal bomoh patah. Yang bestnya dia bagitahu atas pengalaman keluarga dia sendiri. Bomoh yang di maksudkan tu pun sama dengan kawan kelab bagitahu.


Hahaha, siap bagi bukti lagi ha =). Terima kasihlah Dilla sebab meyakinkan ambe, kalau nak ikutkan, tak percaya sangat dengan bomoh patah ni. Kan tak pasal-pasal punah habis saraf kaki ambe. In.shaa.Allah hujung minggu ni nak pergi. Kalau tak ok jugak dalam masa terdekat, terpaksa masuk besi gak la. Takpelah, janji boleh melompat sepuasnya. Ni no. telefon tukang urut di Kijal Kemaman, Pak Lah patah - 0139757943


P/s : Mengurut ni sakit dia camne ye?? Hahaha teringat masa kena simen bulan lepas, brader yang simen kaki siap tarik-tarik lagi kaki sebab nak betulkan tulang. Ambe pulak duk melawan, sakit kot dia nak samakan tulang tu, last-last 4 orang terus yang buat. Wassalam =)

P/s :  Kalau anda ingin tahu lebih banyak pengalaman istimewa ambe tentang patah kaki ni,
 bolehlah klik --->> SINI. Macam-macam tips dan kisah ambe kongsikan.


Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Wednesday 29 May 2013

Senyum, Tak Perlu Kata Apa-Apa

Salam dari SKA buat semua, harap korang sentiasa sihat-sihat selalu di samping orang tersayang =). Kelmarin ambe ke Hospital Besar Terengganu di bahagian Ortopedik. Seperti biasa ambe ada appointment dengan doktor pakar tulang. Biasanya perjalanan dari rumah nak ke Terengganu ambil masa 1jam setengah je. Tapi gatal sangat nak lalu ikut highway, terus jadi 2jam. Ingat boleh sampai cepat la, last-last jem pulak kat Bukit Payung, senyum jelah..tak perlu kata apa-apa =).

Tulang Kaki Mula Tumbuh

Bila dah sampai hospital tu memang agak lewat jugak la, masa tu dah pukul 10 lebih. Tapi orang yang menunggu di bahagian ortopedik masih lagi ramai. Alhamdulillah, hampir 4jam menunggu nama ambe dipanggil, hahaha 4jam kot (pecah rekod terus), ambe siap guling-guling lagi atas kerusi menunggu, nasib baik tak terlelap je. Sekali lagi senyum, tak perlu kata apa-apa =). Okeh kali ni ambe jumpa dengan dokor lain pulak, 3 kali pergi mesti 3 kali jumpa doktor lain. Tapi kali ni jumpa doktor yang friendly la, ada berita baik buat ambe.

Alhamdulillah berita baiknya, tulang dah mula tumbuh dengan baik, tapi still tak bersambung lagi. Lepas tu simen pun dah boleh buang separuh, buang sampai lutut je, sebab sebelum ni simen sampai peha. Bila dah buang simen, lutut ambe memang tak boleh lipat ke belakang, sebab urat dan saraf kecut. Sekarang agak sakit jugak la nak gerakkan, kena buat treatment sendiri dulu bagi lutut tu ok. Next, macam biasa la doktor mesti bagi appoinment yang seterusnya. Tapi sebelum tu doktor bagi ambe MC lagi 2 bulan.....hahaha speechless jap....sekali lagi senyum, tak perlu kata apa-apa =). Next appointment 27 july pulak, bulan ramadhan kot time tu. Takkanlah tahun 2013 nak cuti 1tahun kan, ambe rasa nak pergi mengurut la pulak, mana tahu minggu depan dah boleh jalan dan terus boleh kerja.

Piala FA 2013 | Terengganu VS Kelantan

Dah settle dengan hospital, terkejar-kejar pulak nak balik, sebab nak tengok Keropok Lekor vs Budu. Kalau pergi hospital dengan kawan, confirm dah melencong ke stadium tengok bola =). Di pendekkan cerita dapat jugaklah tengok 2nd half, walaupun Keropok Lekor kalah pada Budu 6-5, ambe tetap puas hati dengan semangat juang para pemain. Ingat Budu boleh menang ke kalau 2 orang pemain Keropok Lekor tak kena kad merah. Pape pun adatlah tu kalah menang kan, ambe nak Budu menang piala FA kali ni hehehehe. Akhir sekali majulah sukan untuk Malaysia, senyum tak perlu kata apa-apa =) Wassalam.


P/s :  Kalau anda ingin tahu lebih banyak pengalaman istimewa ambe tentang patah kaki ni,
 bolehlah klik --->> SINI. Macam-macam tips dan kisah ambe kongsikan.


Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Monday 27 May 2013

Rehat, Rehat & Rehat Jelah.


Salam dari SKA buat semua =) harap korang sihat-sihat selalu (In.Shaa.Allah). Alhamdulillah masih bernyawa lagi, tapi 2 hari ni badan rasa lemah dan kepala pening je. Tambah pulak tersalah bantal harini, sakit urat-urat tengkuk hahaha. Nak buat something pun terbatas je, takpelah ujiankan penghapus dosa, ni pun kejap je on9. Teringin nak terjah blog korang dan baca entry-entry korang yang ohsem tu. Dapat jugak terapi diri senyum sorang-sorang depan laptop =). Sorilah kalau ambe tak sempat nak terjah blog yang lain, next time deh. Cuaca sekarang ni tak menentu, harap-harap ambe tak demam la, bimbang jugak takut ada effect dengan kaki. Cuba jelah bertahan sedaya upaya agar tak demam. Selasa ni nak kena X-ray dan check kaki kat Hospital Besar Terengganu, korang nak join jum la hehehehe. Harap dapat berita baik dari doktor. Wassalam =)


Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Tuesday 16 April 2013

Petua & Pantang Larang Patah Tulang


Alhamdulillah, bulan 4 ni dah masuk 3 bulan kaki kanan ambe patah. Tapi tulang kaki langsung tak menunjukkan petanda nak bersambung, huhuhu sedih-sedih L. Nak kata tak berpantang, rasanya berpantang je. Nak kata tak minum susu, dah berapa pack susu Anlene ambe habiskan. Nak kata tak makan ubat, hmm..dah macam-macam ubat ambe telan. Sekarang ambe cuba ubat dari Homopathi pulak. Try dulu camne, yang penting ikhtiar. Hmm..ambe rasa mungkin banyak bergerak kot, sebab tulah tulang Tibia kaki kanan ambe ni tak cantum-cantum lagi. Tulang Tibia makan masa yang panjang untuk sembuh. Ambe ada terbaca yang pesakit patah tulang tibia, paling cepat nak boleh berjalan makan masa 3 bulan. Tu pun yang dah letak plate besi kat dalam kaki.

Macam kes ambe. Bulan lepas baru tukar pakai simen, sebelum ni tulang kaki disupport oleh besi area tv je. Kata doktor, tulang dah menunjukkan nak bersambung dan luka pun dah baik. Tapi pakai simen ni, langsung tak best bagi ambe. Tak tahu nak terangkan camne. Tak tahulah kot-kot korang yang pernah pakai tu rasa best. Ahad (14/4/2013), akhirnya tertanggal jugak simen dari kaki ni. Hehe terpaksa buka sebab air dah masuk kat dalam. Habis basah kapas kat dalam simen dan takut nanti ade kuman pulak merebak. Ambe buka sendiri je simen ni, ketuk pakai tukul dan gunting J. Sekarang ambe balut kaki yang patah dengan bandage dan tahan pakai besi yang dibalut kertas je. Huhuhu Allah je tahu camne sakitnya time tulang patah tu bergoyang-goyang. Kena berhati-hatilah bila bertongkat, tu yang penting.

               
Sebelah kiri dah tertanggal simen dari kaki & kanan ambe balut kaki pakai bandage (Simple!!).

Tinggal kenangan da huhuhu. kata-kata semangat dari En.Abah.

Petua & Pantang Larang Patah Tulang

Ambe nak share Petua & Pantang Larang orang patah tulang beserta komen ambe dengan korang. Inshaa.ALLAH berguna bagi yang mengalami nasib yang sama macam ambe. Tapi kebanyaknya ambe tak ikut pun. Ape yang ambe share ni bukan rekaan, ianya sumber dari pesakit yang patah tulang. Cuma ambe kumpul dan jadikan 1 entry je. Semoga bermanfaat dan cepat sembuh. Jangan tiru macam ambe keh!!.

P & PLYang ni nasihat dari doktor, jangan makan Gamat atau ubat yang ada Gamat. Katanya tulang susah nak bersambung.
Ambe – Hmm..tapi ambe ade terambil pati ikan haruan + gamat, huhuhu langsung tak sedar ade gamat. Acane tu???.

P & PL – Doktor bagitahu jangan guna anggota badan yang patah tu sehingga diberitahu kelak.
Ambe – Yang ni ambe tak ikut, masa mandi ambe cuba tahan (imbang badan) dengan kaki yang patah, tapi sebulan lepas operate la. Cuma tak bagi tekanan sangat. Lagipun dah 3 kali tergelincir, huhuhu Allah je tahu sakitnya.

P & PL – Tak boleh ambil ais atau makanan sejuk. nanti kaki rasa senak (bisa).
Ambe – Yang ni ambe tak sure, ambe lepas je sebulan dah ambil ais. Tapi tak banyak la dan takde pulak rasa senak dan sakit. Makanan sejuk mungkin buah-buahan sejuk atau sayur-sayuran yang sejuk. Bukan yang sejuk beku keras tu. Dia lebih kurang makanan yang menyejukkan badan. Yang ni ambe tak makan.

P & PL – Doktor bagitahu minum susu paling minima 3 kali sehari. Susu yang terbaik adalah Anlene.
Ambe – Yang ni ambe buat, tapi minum 2 kali je sahari. Kalau yang tak suka susu, korang boleh p farmasi mintak susu jenis pil. Telan je ape susah. Susu Anlene ni dia takdelah berkrim sangat, jadi tak memualkan pun.

P & PL – Orang tua-tua bagitahu jangan minum air kelapa dan tebu.
Ambe – Hmm..tak sure sebenarnya sebab ape. Tapi  lepas tukar pakai simen, ambe dah makan jelly kelapa dan coconut shake. Setakat ni ok lagilah. Sekarang ni dah makan ubat Homopathi dan terpaksa berpantang air kelapa.

P & PL – Sesetengah orang bagitahu jangan pakai simen. Lebih baik bandage je untuk kecederaan tulang yang tak serius.
Ambe – Bagi ambe memang tak selesa pakai simen. Dah la gatal dan susah nak bergerak. Tapi tujuan simen ni untuk kekalkan tulang kaki tu. Tak nak tulang tu lari dari kedudukan asal serta dapat protect kaki. Yang ni terpulang pada individu. Biasanya kalau pakai lama sangat, sendi kaki leh keras dan kaki melecet lepas simen tu dibuka. Simen boleh pilih yang berat (free) atau fiber yang ringan (berbayar). Kalau tak salah Rm80.00 untuk 1 balutan.

P & PL – Urut kaki yang patah.
Ambe – Patah tulang macam ambe ni memang tak boleh urut awal-awal kena dulu. Sebab ada luka dalam (open fracture). Tukang urut pun tak berani nak buat, silap-silap haribulan boleh kena jangkitan kuman. Lebih baik pergi hospital je dahulu. Patah tulang yang tak serius boleh la pilih nak pergi urut atau masuk besi kat dalam kaki. Risiko kalau kena tukang urut yang tak pandai, memang boleh jem kaki. Bengkak tak pasal-pasal nanti. Kalau masuk besi pulak, risiko dia jangkitan kuman jelah. Kalau keluar nanah kat tempat jahit, wajib pergi hospital dan doctor akan operate balik tuk cuci besi. Huhuhu pilihan di tangan anda J.

P & PL – Jangan makan telur, ayam dan makanan laut (seafood). Takut gatal dan bernanah.
Ambe – Bagi ambe kan, berpantang makan ni rasanya sesuai untuk orang alahan je. Ambe takde alahan tapi ambe cubalah berjaga-jaga tak makan banyak. Ambe setakat 3 bulan ni dah 2 kali makan kfc. Mula-mula makan memang gatal dan yang gatal mungkin di sebabkan kulit ayam. Telur memang ambe makan je hehehehe. Tak gatal-gatal pun, dan Alhamdulillah tak bernanah. Tapi cubalah berpantang dulu sebulan selepas operate. Lagipun doktor tak bagi berpantang sebenarnya. Ape yang kita makan kita dapat zat dari makanan tersebut, sekaligus mempercepatkan luka pulih dan bagi tenaga kat tubuh kita.

P & PL – Orang tua-tua bagitahu jangan makan pulut.
Ambe – Tak pasti pulak kenapa..????..ada sape-sape boleh tolong jawab??. Lepas 2 bulan ambe pernah makan nasi dagang dan pulut ikan masin. Hmm..ok je.

P & PL – Banyakkan minum air masak. Bagus untuk tubuh sebab tubuh kita terdiri daripada air dan sebaik-baik air adalah air zam-zam.
Ambe – Huhuhuhu..ambe jarang sangat minum air masak J.

P & PL – Ni nasihat nurse kat ambe haritu. Luka kat kaki yang patah tulang tu jangan cuci tiap-tiap hari, takut dijangkiti kuman. Sekurang-kurangnya seminggu 3 kali, nak-nak yang patah tulang cover pakai area tv.
Ambe – Mula-mula keluar hospital tiap-tiap hari jugak ambe pergi klinik cuci luka. Lepas je sebulan, ambe cuci sendiri je. Tapi ambe cuci hari-hari, Alhamdulillah la takde pape J.

P & PL – Orang yang patah tulang ni, pesan doctor jangan banyak bergerak. Nanti tulang tu tak dapat nak bersambung dengan sempurna. Kalau nak tido alas kaki atau tangan dengan bantal bagi keselesaan.
Ambe – Bagi ambe, bantal tu memang dah ada. Tapi tido tak selesa kalau tak pusing-pusing L. Dah banyak ambe bergerak sebenarnya, pergi tandas, mandi, ambil wudhuk dan keluar minum-minum dengan prends. Acane tu??? Hmm..mungkin kena letak plate besi dah dalam kaki ambe ni nanti.

P & PL – Banyakkan berdoa, redha dan jangan tinggal perkara yang wajib.
Ambe – Alhamdulillah masih bernyawa dan dapat tunaikan lagi J. Mula-mula eksiden memang terkejut dan sedih. Tapi ambe redha sebab Allah takkan uji hambaNYA kalau Dia tahu hamba Dia tak mampu. Lagipun sakit tu kan penghapus dosa. Bersyukurlah J.

P & PL – seorang Ustaz dalam rancangan Tanyalah Ustaz tv9 ada bagi petua. Baca surah Al-mu’minun dari ayat 11-14 sambil sapu tempat yang patah atau sendi yang sakit dengan gel pokok lidah buaya. Amalkan 3 kali sehari tiap-tiap hari. Inshaa.ALLAH cepat sembuh.
Ambe – Inshaa.ALLAH akan diamalkan. Cuma setakat ni amalkan surah Al-Fatihah je dulu.

Alhamdulillah setakat tu jelah ambe dapat kongsi Petua dan Pantang Larang bagi pesakit yang patah tulang. Jika ada yang tertinggal ambe minta maaflah yup. Semoga bermanfaat J. Jangan lupa doakan ambe biar cepat-cepat sembuh neh. TQ....Wassalam J

P/s :  Kalau anda ingin tahu lebih banyak pengalaman istimewa ambe tentang patah kaki ni,
 bolehlah klik --->> SINI. Macam-macam tips dan kisah ambe kongsikan. 



Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Wednesday 27 March 2013

Sehari Di Hospital

..Subhanallah..Alhamdulillah..Allahuakbar..

Semalam tanggal 26/3/2013 ambe ada appointment dengan doktor pakar di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu. Actually ambe dah terlepas appointment yang 1st, yang ni kira dapat tarikh baru la jumpa doktor pakar. Pagi tu lebih kurang pukul 7.15 ambe bersama family bertolak dari Kerteh ke Kuala Terengganu. Tepat-tepat pukul 9am kitaorang sampai, parking kt HSNZ ni sentiasa je penuh dan abah ambe yang otai ni main parking jelah belah tepi jalan masuk. Entri ni sebenarnya pasal kaki ambe yang patah dan untuk rawatan susulan ambe kena jumpe doktor pakar kat Klinik Ortopedik, dia kira 1link la dengan Hospital cuma lain bangunan je.

Berada Di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu

Dari parking nak ke Klinik Ortopedik ni memang ambe tak tahu sangat, kitaorang berjalan ikut signboard je. Mengah jugak la ambe berjalan dengan 1kaki ni, rupa-rupanya jauh jugak Klinik Ortopedik dari parking. Sampai je depan pintu masuk, ambe tengok ramai pasakit yang tunggu giliran. Ambe minta abah ke kaunter pertanyaan sementara ambe tunggu di luar je sebab tak tahan kesejuk aircond kat dalam Klinik tu. Cuaca haritu panas, tapi ambe tak tahu la kenapa sejuk sangat pagi tu.

Hampir sejam menunggu sorang-sorang kat luar, nama ambe pun di panggil. Kat dalam bilik rawatan Ortopedik ambe kena duduk atas katil no2. Sementara tunggu doktor pakar cek pesakit kat katil no1, sempat juga la duk ushar sekeliling. Bilik rawatan ni takdelah besar sangat, ambe yang bertongkat ni pun kena hati-hati time berjalan takot terlanggar kotak dan kerusi. Dah selesai doktor pakar cek kaki ambe, giliran nurse pulak bagi rawatan. Nurse yang dalam gambar kat atas tulah yang rawat ambe J tengok je lemah lembut, rupanya kasar jugak akak nurse ni. Jejaka hensem kat atas tu abah ambe, sentiasa ada bersama ambe hari tu. Maklumlah, ambe ni tak mampu nak buat sorang-sorang.

X-Ray Tulang Kaki Yang Patah

Dah siap nurse bagi rawatan, doktor pakar suruh ke bilik X-ray untuk tengok perkembangan tulang kaki ambe ni. Kat bilik X-ray ramai juga yang menunggu, tapi tak lama pun sebab X-ray ni sekejap je. Sedih jugak la tengok gambar X-ray tu L tulang kaki ambe belah atas & bawah dua-dua belum bersambung. 

Dah dapat result X-ray ambe kena jumpa doktor pakar balik di bilik rawatan Ortopedik. Dah 2bulan lebih ambe guna besi area tv, tapi doktor pakar bagitahu tiada sambungan tulang yang berlaku. Mungkin kena lebih kerap minum susu anlene lepas ni. Lelaki yang berkerusi roda dalam gambar kat atas tu rupanya ada kencing manis. Dia masuk buat rawatan sekali dengan ambe. Terkejut gak tengok kaki brader ni, teruk betul kaki dia. Bahagian tepi betis sebelah kiri dah nampak tulang kering. Subhanallah teruk kesan penyakit kencing manis ni, so kawal la gula dalam minuman dan makanan korang. Kecian pulak ambe tengok keadaan dia, silap-silap boleh kena potong kaki tu. Dalam duk kecian kat orang lain, kecian jugaklah kat family yang temankan ambe. Seharian suntuk bersama, tenkiu sangat-sangat. J

Proses Simenkan Kaki Yang Patah

Lepas dapat nasihat doktor di bilik Ortopedik, ambe kena pergi bilik plaster. Doktor pakar bagitahu besi area tv yang menyokong tulang ambe kena buka dan digantikan dengan simen. Bimbang kuman katanya. Di bilik plaster adelah beberapa orang pegawai plaster dan selebihnya pelajar praktikal perempuan. Agak lucu la sebab yang perempuan ni penakut dan pegawai plaster ni pulak spoting habis bak hang. Gambar atas tu diorang la yang cabut besi, tak pakai bius pun dan takdelah sakit sangat.

Bertungkus lumus dan berhati-hati diorang ni balut kaki ambe dengan simen. Sebab tulang kaki ambe pun belum bersambung lagi. Ambe memang tak suka pakai simen ni, dah la berat pastu tulang kaki bergerak-gerak je. Camnelah tulang ni nak sambung kalau camni. Doktor pakar bagi tempoh kat ambe pakai simen ni sampai 6/5/2013 dan kena datang HSNZ balik untuk perkembangan selanjutnya. Andai kata tulang kaki ni tak sambung lagi, kena letak besi belah dalam la pulak. Semoga kaki ambe ni cepat sembuh. Bantulah hambaMu ni Ya Allah. Ambe redha dengan dugaanMu ni Ya Allah. Terima kasih sangat-sangat kat family sebab temankan. Hampir 5jam duk kat HSNZ kitorang pun balik, alhamdulillah la tak masuk wad. J

Ni la kaki ambe lepas dibalut dengan simen. Agak berat dan kena banyak bersabar. Dulu tengok orang lain je yang pakai simen ni, sekarang kena kat diri sendiri pulak. Pape pun doakan ambe semoga cepat sembuh. Ambe tak sabar nak berjalan macam biasa. Wassalam. J

Kesabaran merupakan anugerah Allah yang paling baik. Rasulullah mengatakan, "…dan tidaklah seseorang itu diberi sesuatu yang lebih baik dan lebih lapang daripada kesabaran." 
(HR Bukhari dan Muslim)


P/s :  Kalau anda ingin tahu lebih banyak pengalaman istimewa ambe tentang patah kaki ni,
 bolehlah klik --->> SINI. Macam-macam tips dan kisah ambe kongsikan.


Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Thursday 21 February 2013

Redha Dengan UjianNYA

Assalamualaikum :) 

SubhanALLAH..Alhamdulillah..Allahuakbar!!..

Pagi-pagi camni rasa nak update blog je. Dah lama tak buka blog ni, maklumlah kesihatan ambe tak mengizinkan nak buat banyak benda. Syukur sangat-sangat ambe masih dapat bernafas kat dunia ni, masih banyak dosa yang belum ditebus dengan taubat. Ambe nak kongsi pengalaman ambe eksiden malam 13/1/2013, awal tahun pula tu. Ujian ALLAH ni pada hambaNYA tak mengira masa dan sesiapa saje kan. Alhamdulillah lah tak meninggal dunia, patah kaki je.


Pengalaman Hitam Dalam Hidup

Malam 13/1/2013 tu hari ahad, kalau kat kampung ambe (Ketengah Jaya) ni memang tiap-tiap hari ahad ada pasar malam dan memang ramai pengguna jalan raya lah masa tu. Kebiasaannya rutin ambe kalau ada kat kampung, tiap-tiap malam ambe berjamaah di masjid. Malang memang berbau busuk, malam tu ambe dengan laici ambe eksiden kat simpang nak menghala ke masjid kerteh5. SubhanALLAH, mengucap panjang ambe, kejadian tu betol-betol sekelip mata je, sedar-sedar dah ramai orang datang tolong. Ambe tak pengsan dan cuba la nak angkat motorsikal ambe, tapi masa berdiri tu ambe tak dapat rasa kaki kanan dan terus syak kaki kanan patah. Kejadian masa tu melibatkan 2 buah motorsikal dan 2 orang sahaja, syukur sangat tak ada benda serius yang berlaku. Bab siapa salah ambe dah serahkan kat penguam dan polis yang siasat, kita saman sama dia hehehe..

Tulang Tibia Dan Betis Kaki kanan Patah

Eksiden tu memang mengejutkan ambe, sedih pun ada sebab kaki dulu yang normal digunakan tiap-tiap hari patah kat tulang kering dan tulang betis. Benda yang ambe boleh buat dulu dah tak dapat buat sekarang, sedih oiii...Hampir 2minggu ambe kat Hospital Besar Terengganu (HSNZ). Sakit disebabkan patah ni hanya ALLAH je yang tahu, tapi ambe redha dengan ujianNYA, yang langgar ambe tu ok je, cuma luka sikit di kepala. Sekarang bertongkat dah boleh, tapi pernah tergelincir 3 kali sebab lantai basah :( terpaksa la tahan sakit sebab kaki yang patah kena tahan dari jatuh kat lantai, cuba la bayangkan, silap-silap boleh patah sekali lagi.
14/3/2013 ambe dibedah kali ke-2 untuk buang besi kat kaki.
Doakan ambe semoga cepat sembuh :) Thanks!!

Ade gambar sikit ambe nak belanja korang..ENJOY!!

huhuhu..ni je ambe sempat snap laici ambe, nak lebih-lebih pergi minta kat balai.

Gambar ni masa kat hospital, sekarang dah ok sikit. Di sebabkan terdapat open fracture kat betis, terpaksa ambe pakai besi area tv ni, rumit nak jaga sebab tiap-tiap hari nak kena cuci tak nak ada kuman kat besi tu.


Sekarang duk rumah n relax buat sementara :) MC 51 hari kot. Tp ape ada dengan MC kan, lebih baik sihat-sihat je. Pape pun ambe terima dengan redha. Wassalam

Hehehe..so berhati-hatilah di mana anda berada..peace yOo!
P/s :  Kalau anda ingin tahu lebih banyak pengalaman istimewa ambe tentang patah kaki ni,
 bolehlah klik --->> SINI. Macam-macam tips dan kisah ambe kongsikan.


Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)