Fais-SKA

Thursday 10 October 2013

MotoGP 2013 | Malaysian Grand Prix

بسم الله الرحمن الرحيم

Hujung minggu ni bermula 11, 12 dan 13 October 2013, perlumbaan berprestij MotoGP akan meneruskan cabarannya berlumba di Malaysia. Kepada peminat sukan permotoran jangan lupa untuk datang ke litar Sepang menyokong pelumba-pelumba negara dan sama-sama memeriahkan MotoGp Malaysia. Agak terkilan juga sebab tahun ni ambe tak dapat berkonvoi ke litar Sepang, ape pun tetap dapat tengok secara langsung di astro sports channel. Yang berminat jangan ketinggalan untuk menonton siaran langsung MotoGP Malaysia 2013.

Malaysian Motorcycle Grand Prix 2013


Gambar di atas adalah masa perlumbaan serta tiket yang dijual. Untuk lihat lebih jelas sila klik gambar.

Pelumba-Pelumba Negara



Ambe difahamkan para pelumba Malaysia yang akan berlumba pada hujung minggu ni adalah seramai enam orang. Tiga pelumba akan berlumba dalam kategori Moto2 dan tiga pelumba lagi akan berlumba dalam kategori Moto3. Tiga daripada mereka adalah pelumba wildcard dan seorang lagi iaitu Zaqhwan Zaidi akan menggantikan tempat pelumba Randy Krummenacher. Sila rujuk gambar diatas. Dalam kategori Moto3, pelumba negara Zulfahmi Khairuddin yang kemalangan di Aragon terpaksa membuat keputusan yang sukar untuk berlumba pada hujung minggu ni. Akibat patah tulang tangan yang dialaminya, beliau terpaksa diberi rehat oleh doktor. Apa pun sama-sama kita tunggu dan lihat, harap-harap hero negara ni kembali cergas untuk kembali berlumba.

Kedudukan Mata Para Pelumba MotoGP


Kategori Motogp, persaingan akan terarah kepada dua pelumba teratas iaitu Marquez dan Lorenzo. Harap Lorenzo yang menang, luaskan pengusaan Team Yamaha hehe. Tahun lepas menyaksikan Pedrosa yang berjaya mendapat tempat pertama dan Lorenzo kedua. Harap tahun ni berlumba dalam keadaan litar kering.

Dalam kategori Moto3 pula, pelumba negara Zulfahmi Khairuddin berada dalam kedudukan top10 daripada 26 pelumba yang mendapat mata. Tahun lepas, Zulfahmi Khairuddin mendapat tempat yang ke-2 di Malaysian GP, agak sayang apabila beliau dipintas di selekoh yang terakhir. Ambe harap beliau dapat naik podium pada tahun ni dan merangkul tempat yang pertama di Sepang nanti. Sama-sama kita doakan beliau cepat sembuh.

Cuba lihat gambar di atas. Semua rekod terbaik di litar Sepang tahun lepas dipegang oleh Zulfahmi Khairuddin. Ni merupakan rekod kategori Moto3. Harap rekod Moto3 untuk litar Sepang pada tahun ni dipegang Zulfahmi Khairuddin dan rekodnya untuk tahun lepas dapat diperbaharui lagi pada tahun ini. Oleh kerana pelumba negara Azlan Shah belum mendapat sebarang mata, jadi persaingan kedudukan Moto2 ambe tidak kongsikan di sini. Harap di litar Sepang hujung minggu ni beliau akan mendapat mata pertama bagi dirinya inshaa'Allah. 

Untuk keterangan lanjut sila klik [1][2][3]

Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

47 comments:

  1. minat moto, tapi sukan motogp ni x ambik tahu sangat...

    ReplyDelete
  2. mesti fais peminat motogp nie kan..kita done klik iklan hehe tiba2 kluar

    ReplyDelete
  3. fuiiihhhhh, penerangan seperti pengulas berita sukan hohoho
    ika memang tak pernah laa kan tengok motoGP ni, muda-muda semua yang masuk ya, semoga mereka berjaya nanti, anak-anak melayu kita ni pun bukan calang-calang orang sebenarnya, ramai yang hebat :)

    ReplyDelete
  4. peminat moto rupanya...kaksura minat bolasepak ..:)

    ReplyDelete
  5. teringin nak tengok jarak dekat motogp ni tapi tiket dia murah sangat...Apa kata bro kita berpakat ngan Kesatuan2 Blogger desak Nuffnang ka atau company lain buat contest yg ganjarannya Tiket menyaksikan moto gp?aku rasa kompom dapat sambutan..sapa xmau usha wei Jorge Lorenzo dekat2...tgk cub prix dekat2 pun dah rasa seronok inikan pula MOTO GP

    ReplyDelete
  6. Alahai adik-adik motor cik akak nie semuanya hensem ye ...hihi....
    tergoda akak :)

    ReplyDelete
  7. fais pergi ke? best ke? x panas ke? hehe.. oopss terbanyak tanya plak

    ReplyDelete
  8. akak tak mengikuti bab ni.. entri ini dapat memberi informasi kepada akak.. zulfahmi khairuddin tu pelumba negara kita ya?

    ReplyDelete
  9. jommm jumpa di sana sana...merempit cara sebetullnya kan dr dok merempit kat jln raya menyusahkan org

    ReplyDelete
  10. dengar kata Zulfahmi injured kan..? ke khabar angin je??

    ReplyDelete
  11. nanie dulu pengikut setia moto GP. Sebab dlu follow orang je.

    btw, hidup Malaysia.. we love u Zulfahmi Khairuddin

    ReplyDelete
  12. tak pernah tengok live...kan best kalau dpt pergi..

    ReplyDelete
  13. Terbaik pelumba2 negara kita skrng.. sukan permotoran pun dah semakin meriah & mendapat tempat di hati kebanyakan org. T kasih diatas perkongsian maklumat ni.. :)

    ReplyDelete
  14. alaa xminat laa..hehehe kereta minat ;p

    ReplyDelete
  15. mama bab moto ni kureng sikit,.. mama tak kenal pun siapa pelumba negara, tapi bila mama baca entri fais, baru mama tahu.... terima kasih fais dengan maklumat ini..

    ReplyDelete
  16. Detail bro ko ulas..peminat tegar ni..huhu :)

    ReplyDelete
  17. haha..
    bab moto MG mmg suka tgk
    tp nk explain details mcm ni xtahu
    haha...
    tp xp, nnti bole lepak sni kalau ada grandprix lg ..huhu :)

    ReplyDelete
  18. huk2.. frust xdapat gi MotoGp tahun ni.. nak tengok Rossi dengan team Yamaha lak.. rasanya rossi memang ngam dengan team yamaha kan..bila dengan ducati asyik tertinggal ke belakang jea..

    zulfahmi eksiden?alamak.. awat teman xtau ni.. hope cepat sembuh yea..

    alaa.. awat xde Moto 2 punya review.. nak tengok gak.. heee..

    ReplyDelete
  19. ada kawan sekerja kak pon siap mintak cuti nak pegi kat sini hehe :)

    ReplyDelete
  20. shark x pnah miss lg GP nie.
    untuk sepang kali ni mmg best.
    moto3 dan moto2 ada pelumba negara,
    fokus pada zulfahmi moto3 dan kechik moto2:)
    motopGP rasanyer marquez dan lorenzo akan bersaing untk podium.

    ReplyDelete
  21. zulfahmi je ocl.kenal tu pon dia sangat fames. .org banting plk tu haha..leh dpt tiket free..

    ReplyDelete
  22. Ini barulah SKA... Fais sebenar, hehe
    Dulu memang minat sukan moto ni tapi sekarang ni lebih minat kpd jentera 4 roda pula...

    p/s: Entri permintaan anda telah di publish. Semoga enjoy kembara di Pantai Timur.

    ReplyDelete
  23. wahh.. aefa teringin g sepang ni.. tapi blom ada rezeki lagi. selalu lalu je. dekat gn airport kan hihihi

    ReplyDelete
  24. akak kalau pasal moto gp nie x taw sgt,x bape minat.kalu frmula1 tu leyla sikit2..huhu

    ReplyDelete
  25. Perghh tak pernah try lagi turun grand Prix nie.. boleh la try :D

    ReplyDelete
  26. salam faiz...
    perlawanan skooter ada x?hahaha

    ReplyDelete
  27. hehe..mun xtau pape pasal ni..

    ReplyDelete
  28. yup dik zulfahmi tu mmg power. tapi eksiden lepas mungkin menyebabkan prestasi dia kali ni down sikit. tapi kalau dah sihat mungkin boleh juara :D

    ReplyDelete
  29. Moto gp tak minat sgt lah.. kalau F1 minat since sekolah2 dulu.. hehe..

    p/s: pasang impian nk tengok F1 live dgn mata sendiri, tapi entah bila lah agaknya baru kesampaian hajat yg satu tu..

    ReplyDelete
  30. saya pasal motogp ni tak tau sangat,hehe :) saya baca entry ambe ni,baru saya tahu,hihi :)

    ReplyDelete
  31. moto kureng kalau kereta ok..nway zulfahmi last year naik podium kan...kesian dia..

    ReplyDelete
  32. abg ipar yumida minat tengok cub prix ni fais
    yumida bab sukan ni slow sikit..hihi
    tp pernah tengok cub prix secara real
    terer diorg swing

    ReplyDelete
  33. fais minat tengok moto gp yer..dulu penah jugak buat kat alor setar..

    ReplyDelete
  34. walaupun sebelum ni saya kerja dengan Petronas, tapi harem, tak nyempat pun nak gi tengok .. adeh-.-"

    ReplyDelete
  35. tak tahu nak komen apa....... D:

    ReplyDelete
  36. walawei :) motor gp ..my fav :) hopely zulfahmi performance lebih baik di litar sepang ..nak beli tiket dialah

    ReplyDelete
  37. All the best utk semua, hope they r doing well..

    ReplyDelete
  38. orang laki memang suka sangat kalau bab moto ni..hehe..kita orang puang x minat sangat..kelih jela :)

    ReplyDelete
  39. info yang lengkap ni...

    ReplyDelete
  40. huhu. den tak minat sgt moto2 ni :P

    ReplyDelete
  41. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  42. tgn zulfahmi tu bkn baik betul tp amik risiko nk lumba juga.. semoga baik2 saja :)

    ReplyDelete
  43. yaya pula bkn xmint tp jrng amik tau..mcm bola jugak la..hehe ;p

    ReplyDelete
  44. jarang ambik tahu hahaha tak tahu apapun pasal ni :D
    mesti fais peminat tegar ni kan ?

    ReplyDelete
  45. kesian Zulfahmi kite, ehh ehhh ehh. hahaa
    Tahu la tuan blog nie minat sukan :P
    eiqa suka main game MotoGP XD

    ReplyDelete