Fais-SKA

Wednesday 31 July 2013

Wordless Wednesday #6 - Lailatul Qadar

بسم الله الرحمن الرحيم


Semua gambar dari Google

ان شاءالله, sama-sama kita mencari Lailatul Qadar =)



Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Tuesday 30 July 2013

Kita Serupa Bro Zaizi

بسم الله الرحمن الرحيم


Salam dari SKA =), alhamdulillah dah masuk 10 malam terakhir kita berpuasa di bulan Ramadhan. Macam mana dengan amalan anda di bulan Ramadhan ni??, harap semua ok lah hendaknya, in.shaa.Allah. Pagi tadi ambe ke rumah no-2 di Kuala Terengganu (HSNZ), alhamdulillah la sempena bulan Ramadhan ni cepat je sampai dan urusan pun mudah. Kebetulan pula, dari entri yang lepas, ada seorang hamba Allah ni sama situasinya seperti ambe, so...kongsi jelah kat sini. Harap bro Zaizi baca la yup, dah macam perunding kesihatan tulang pulak ambe ni hehe, in.shaa.Allah, ambe kongsi semua ni pun atas dasar pengalaman sendiri =).

Patah Tulang Kaki Akibat Main Bola Sepak


Bro Zaizi ni patah tulang kering sama macam ambe, tapi dia kena terjah time main bola, erkkkk..ganaih betul tu, dah macam main ragbi je, apa pun banyakkan bersabar ye. Ambe last simen pun pakai yang fiber juga, simen ni ringan, bila dah tukar simen fiber ni tak boleh buas-buas sangat, nanti tulang lari. Bab produk, ambe cuma ambil pati ikan haruan dan ubat kalsium je. Alhamdulillah, buat masa ni tulang kaki ambe dah bersambung sikit walaupun ada bengkok. Bab makan memang ambe pun tak berpantang =). Kaki mengecil tu biasalah, doktor dah bagitahu, kaki ambe sekarang ni hampir suku la perbezaan dengan kaki yang normal, sedih juga bab ni, tapi nak buat macam mana kan.

Bab mengurut ni lupa nak kongsi hehe. Act, rawatan yang ambe pergi ni dia tak mengurut pun, jangan bimbang, takdenya nak meraung kesakitan. Dia just usap sambil baca ayat ape ntah, last dia balut dengan kayu dan sapu minyak sikit. Alhamdulillah setakat ni ok la, tak salah pun nak ikhtiar. Cherating dengan Kijal dekat je tu =), ni no handphone Pak Lah patah ~ 0139757943

Nasihat ambe buat Bro Zaizi atau sape-sape jelah yang alami situasi seperti ni. Kalau korang kuat bersukan, cubalah rehat dulu dalam beberapa tahun, nanti kalau patah balik, sakit dia tu dua kali ganda dari yang first patah. Kalau korang yakin dan mampu, lebih baik masuk besi je, 3 bulan lepas tu dah boleh campak tongkat, in.shaa.Allah. Yang last ni, kalau dah sihat, tapi was-was nak buat aktiviti riadah, jumlah join konvoi dengan ambe hehe. Tu jelah nak kongsi harini, semoga bermanfaat. Wassalam =).


Rindu betul nak kerja balik, pagi tadi dapat lagi mc 2 bulan. 
Masuk ni dah 9 bulan ambe mc. hehehe korang ada???. 
Lebih baik takde =) ambe ni kepuasan tahap tunggul dah. 
Ibu yang berpantang pun tak lama macam ni kan.
2013 tahun yang suram, mungkin banyak dosa kot. 
Ape pun redha dan bersyukur lebih baik.
Adios!!! 

P/s :  Kalau anda ingin tahu lebih banyak pengalaman istimewa ambe tentang patah kaki ni,
 bolehlah klik --->> SINI. Macam-macam tips dan kisah ambe kongsikan.


Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Monday 29 July 2013

Duhai Kakak

بسم الله الرحمن الرحيم


Salam 20 Ramadhan dari SKA =). Lama pula rasanya tak layan blog ni, idea banyak tapi semuanya kelaut huhu. Tajuk entri ni ambe tujukan khas buat blogger perempuan. Memang dah jadi 1 kebiasaan kalau ambe suka terjah satu-satu blog perempuan ni mesti nak tahu umur dia, kadang-kadang sanggup godek entri lama. Jangan salah anggap pula, ambe cuma nak tahu dia berstatus kakak atau pun tak je. Yang mana ambe pernah tanya umur tu, memang ambe rasa dia berstatus kakak. Kalau dah selalu terjah blog dia, takkan la nak panggil nama je kan.

Bukan nak kata yang diri ni muda tang-tang, tapi dah diajar dari kecil hormat orang lebih tua. Kadang-kadang ambe tengok cara penulisan pun dah tahu dia adik ke kakak, lagipun panggilan kakak ni lebih sopan dan senang nak gunakan. Yang mana dia tu muda lagi, tapi ambe terpanggil kakak, sori-sori la yup, hehe tak sengajalah. Kalau lelaki senang, tak kira tua muda, semuanya panggil bro je, takkan la perempuan nak panggil sis, cam tak best je. Tu jelah nak kongsi harini, Wassalam =)

P/s : Acik layan lagu raya je kat radio, meh layan seruling instrumental ni, best juga dengar petang-petang camni =). Jangan tertido dah la, yang pasti bagi ambe memang best, siap karaoke lagi dalam hati.





Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Wednesday 24 July 2013

Wordless Wednesday #5 - Kerdilnya Diri Ini

بسم الله الرحمن الرحيم

SUBHANALLAH..ALHAMDULILLAH..LAILAHAILLALLAH..ALLAHUAKBAR


Menurut Ulama'

Ketika dibangkitkan pada hari Kiamat kelak serta dihimpun di padang Mahsyar,suasana teramat panas umpama matahari berada sejengkal di atas kepala hingga ada yang tenggelam dalam peluh sendiri. Ada 15 macam keadaan orang yang dihimpun di padang Mahsyar,ada yang hanya berpeluh hingga ke paras tumit,separas lutut,ada yang separas pinggang,separas tengkuk dan ada juga yang berenang dalam lautan peluh, semuanya berdasarkan kepada amalan masing-masing di dunia.



Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Wordless Wednesday #4 - Saham Akhirat

بسم الله الرحمن الرحيم


Ladang ~> Kuasa, Harta, Facebook + Blog, Kerja, Isteri & Anak-anak 



Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Tuesday 23 July 2013

Header Ramadhan

بسم الله الرحمن الرحيم


Salam 14 Ramadhan dari SKA, syukur alhamdulillah dah masuk 2 minggu kita berpuasa, sekejap je masa berlalu kan =). Entri kali ni ambe nak ucap terima kasih sangat-sangat kepada cik Lana kerana sudi bagi header yang ohsem bertemakan bulan Ramadhan. Walaupun dah masuk separuh bulan Ramadhan, tapi takpe, header tu ambe dah gam baik punya kat atas tu ha. Jangan tanya kenapa ada bunga rose, sempena ramadhan ni kenalah hati berbunga sikit, tak boleh la rock jekan hehe, teringat pula lagu rose Lee hi =). Alhamdulillah 1st. time ambe dapat header dari blogger, rasa macam menang segmen pun ade ahakkk.

Sekarang ambe dah ada 6 header, termasuklah yang terbaru ni. Walaupun ambe ni tak sekreatif mana nak design, tapi menjadilah jugak header yang tak seberapa ni. Bawah ni ambe listkan header blog SKA mengikut turutan, ni 6 yang ok, yang tak menjadi jangan cakap la, rasanya dah berbelas kot.














Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Monday 22 July 2013

Budak Nasib Malang

بسم الله الرحمن الرحيم


Salam 13 Ramadhan dari SKA, alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk merasai Ramadhan tahun ni =). Macam mana dengan hari isnin korang??. Mesti bersemangat je kan hehe, harap korang sihat-sihat selalu. Lama rasanya tak update entri, bukan takde idea atau malas, tapi kena jaga en.Haziq dan fokus kat kaki yang tak berapa nak sihat. Kali ni ambe nak kongsi 1 masalah budak malang dengan korang. Tak tahu la dia ni perempuan atau lelaki.

Kaki Pendek Sebelah

Tadi tengah godek-godek blog teringat masalah seorang hamba Allah ni. Komen yang korang tengok kat atas ni dari entri "Petua & Pantang Larang Patah Tulang". Korang faham tak ape yang dia nak sampaikan??. Hehe dia ada masalah dengan peha kaki kiri yang pendek sebelah. Ambe baca pun kecian juga kat dia ni. Mesti ada orang pandang semacam je, sebab tulah dia malu kot. Yang ambe tahu, doktor pernah bagitahu kalau patah tulang peha, mesti kaki akan pendek sedikit. Apa pun benda-benda macam ni lebih baik pergi hospital dan rujuk pakar tulang di bahagian Ortopedik. Yang mana ada pengalaman dengan situasi macam ni, boleh la sama-sama kongsi =)

P/s :  Kalau anda ingin tahu lebih banyak pengalaman istimewa ambe tentang patah kaki ni,
 bolehlah klik --->> SINI. Macam-macam tips dan kisah ambe kongsikan.


Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Ramadhan Giveaway by ZZ

بسم الله الرحمن الرحيم

Terima kasih Mila tag ambe join GA ni, walaupun hadiahnya lebih kearah wanita, yang penting syarat dia simple. Yang mana sudi tag dan invite ambe untuk join segmen, ambe ucap terima kasih banyak-banyak. Ada yang ambe tak join tu mintak maaf la yup, kadang-kadang terlupa, kadang-kadang keadaan tak mengizinkan. Ambe nak tag korang semua yang sudi follow blog SKA =). Nak join klik je banner kat bawah neh. Wassalam


Tarikh Tutup 30 July 2013



Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Monday 15 July 2013

Korang Asal Mana ye??

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam dari SKA =). Alhamdulillah, hampir seminggu dah kita berpuasa kan, cepat betul masa berlalu. Semoga hari-hari kita yang akan datang lebih baik dari semalam, in.shaa.Allah. Ambe nak tanya korang sikit boleh?? Kira macam banci la, 2 soalan je tak banyak pun. Ambe nak tanya, korang asal dari negeri mana & sekarang tinggal/menetap di negeri mana??. Saje je tanya ni, niat ambe suci & bersih lagi, cuma nak tahu je. Walaupun kita sama-sama blogger tapi ambe tak kenal pun korang dari negeri mana. Mana tahu esok-esok ambe kahwin, senang nak jemput..hehe, tak pun boleh jadi tour guide ke, atau yang buat bisnes sendiri tu, boleh jugak ambe singgah kat kedai korang, boleh minta diskaun 90% =).

Terengganu
Kedah
Macam ambe, asal negeri Kedah, tapi sempat merasa 2 tahun tinggal kat kedah. Lepas tu kena ikut berpindah ke Terengganu sebab ayah kerja kat Kerteh. Rumah family memang dekat dengan mcD dan Mesra Mall Kerteh. Dua negeri ni ambe sayang sangat dan memang negeri yang best, jomlah melawat Terengganu dan Kedah, mesti syok punya =). Tu jelah serba ringkas ambe kongsikan, korang pulak??????



Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Sunday 14 July 2013

"Giveaway Pheonix"

بسم الله الرحمن الرحيم

Klik banner kalau nak join..Tamat pada 28 July 2013


Walaupun takde dalam syarat, ambe nk bagi jugak sebab ambe join GA bro Pheonix ni..
1~ GA ni terbaik, lain dari yang lain.
2~ Nak support GA bro Pheonix.
3~Takde ape nak buat, mood ok, so..join la segmen.
4~ Banner tu cun la, ambe suka.
5~ Nak menang hadiah misteri, ambe tak pernah menang pun lagi hadiah dari mana-mana segmen.
6~ Kita kawan kan?? haha.
7~ Syarat best, lain dari yang lain.
8~ Ingin mencuba nasib di bulan Ramadhan yang mulia ni.
9~ Hadiah of course la gempak.
10~ Sebab GA ni menguji minda, jenuh gak duk fikir 10 sebab ni hehe (boleh terima tak sebab ni =.="?? )..

Cerita best pengalaman bulan puasa takdelah banyak sangat, tapi ambe nak kongsi 2 cerita best bagi diri ambe.

1~ Pengalaman best ni masa ambe budak-budak lagi. Time tu mercun tak macam sekarang susah nak dapat =). Ambe dulu suka dengan mercun bola. Kebetulan depan rumah ada 1 selinder besi untuk postman letak surat dalam tu. Tapi ambe buat sebagai meriam mercun bola di bulan puasa. Yang best nya time tu ada perang mercun sape paling kuat antara kampung, ambe pun join la sekali. Fuhh..dah macam perang Malaysia vs Amerika vs Israel je, last-last Malaysia menang sambil tersenyum puas, hakhakhak...lepas tu kena marah dengan ayah sebab bising. Rindu betul la nak buat balik.

2~ Pengalaman kedua, time tu 2 hari lagi nak raya. Pengalaman berkonvoi 2 buah kereta balik kampung kat Kedah =). Kitorang gerak lepas terawih, memang syok la drive sambil nyanyi lagu raya. Ambe ni jiwa muda, drive memang nak laju je. Dah la banyak kereta, time tu la kita nak tunjuk skills pemanduan kita hehe. Drive jauh-jauh memang best, nak-nak balik raya pula tu. Pengalaman yang buat ambe teruja nak balik beraya, lagipun dah lama tak beraya kat kedah =). Alhamdulillah, tu jelah pengalaman nak kongsi. Wassalam.

Mangsa Tag :
1~ KakAiza.
2~ Mia.
3~ Zara.
4~ CikAkak.



Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Fetih 1453 Best Ke??

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam Ramadhan dari SKA =). Alhamdulillah dah masuk hari ke-5 kita berpuasa, semoga puasa kita sempurna disisiNya, in.shaa.Allah. Korang kenal dengan Sultan Muhammad Al-Fatih??. Rugi la kalau tak kenal, sebab beliau merupakan tokoh pemimpin islam termuda dari kalangan Uthmaniyyah yang berjaya takluki kota Constantinople pada umur 21 tahun. Rasulullah pernah berkata "Constantinopel akan ditakluki oleh tentera islam, yang mana rajanya adalah sebaik-baik raja dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera". Yang dimaksudkan Rasulullah adalah Sultan Muhammad Al-Fatih dan tenteranya. Nak lebih details boleh klik sini.


Pernah tengok movie kat atas ni??. Movie yang diadaptasi dari kisah sebenar Sultan Muhammad Al-Fatih. Sekali lagi ambe ketinggalan bab movie best-best =.=". Dengan terujanya ambe download la movie ni. Baca kisah dia je dah buat ambe kagum, ni pula dapat tengok movie. Di pendekkan cerita,  bila start tengok ok lagi, tapi bila tengah-tengah dan penghujung tu rasa tak berapa menarik. Yang tak bestnya Kenapalah Sultan Muhammad Al-Fatih tak turut berperang serta takde khutbah jumaat dan sembahyang jumaat depan tembok kota Constantinople??.

Pelakon wanita dalam movie ni semuanya macam miss universe (cantik juga orang turki ni ye), tapi sayang tak tutup aurat, hairan juga sebab isteri Sultan Muhammad Al-Fatih pun tak tutup aurat =.=". Keseluruhan movie takdelah menghampakan sangat even ada beberapa watak yang memusykilkan. Korang yang dah tengok tu nilai la sendiri movie ni macam mana. Dari segi sound effect dan grafik ok la, lebih kurang macam movie pahlawan 300. Meriam Sultan Muhammad Al-Fatih pun ada ditunjukkan, 100% real bentuk dan coraknya =). 


Subhanallah hebat kan =). Boleh bayang tak meriam ni besar mana?? Meriam nilah yang berjaya meruntuhkan tembok kota Constantinople yang sebelum ni belum pernah lagi diruntuhkan oleh mana-mana tentera. Tu jelah ambe nak kongsi harini, semoga bermanfaat, wassalam =)

Link untuk download ~> ( Fetih 1453 Full movie with eng. subtitle) nak bagitahu awal-awal, subtitle dia kadang-kadang tak betul gak, yang pandai download korang boleh google search je.



Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Saturday 13 July 2013

Giveaway 10K Followers Mialiana.com

بسم الله الرحمن الرحيم


Giveaway 10K Followers Mialiana.com bermula pada hari ini, 7 Julai 2013, iaitu tepat jam 5.45 petang sehingga 11.59 malam 21 Julai 2013. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Terbuka kepada semua blogger yang bermastautin di Malaysia sahaja
  2. Follow blog Mialiana.com, Add  Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  3. Wajib Follow blog, Like Fanpage dan Add Google+ semua sponsor (rujuk senarai sponsor)
  4. Buat entri bertajuk Giveaway 10K Followers Mialiana.com
  5. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  6. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senarai sponsor :
❤ Kerinchi MyKeledek | Fanpage
❤ Alycia | Fanpage
❤ Aida Hanafiah
❤ Amir Rofie | Google+
❤ Chekgu Skolah | Fanpage
❤ Anastasyea | Google+
❤ Sha Dhira | Fanpage
❤ Rafina Mimi | Fanpage
❤ Paly | Fanpage
❤ Dayang Deno | Fanpage
❤ Cikgu Kaca Mata | Fanpage
❤ Ieta | Fanpage
❤ Deq'Nyss | Google+
❤ Keyme Keymo | Google+
❤ Nur Dzafirah | Fanpage

Senarai hadiah yang ditaja bernilai RM 1,474 :
❤ 1 x Jus Delima Pompure bernilai RM 150
❤ 1 x Glutaking bernilai RM 150
❤ 1 x Tropica Bioherb Shampoo Herba bernilai RM 35
❤ 1 x Kain pasang Satin Cotton Vietnam bernilai RM 65
❤ 1 x BB Plus Collagen bernilai RM 180
❤ 3 x tudung DeZahra bernilai RM 75 serta Brooch bernilai RM 6
❤ 1 x Teddy Bear bernilai RM 100
❤ 2 x Bantal Love mialiana.com bernilai RM 35
❤ 1 x Wang Tunai RM 50
❤ 1 x Novel Cintaku Luruh di Oxford bernilai RM 34
❤ 1 x Novel Dia Yang Aku Pilih bernilai RM 22
❤ 1 x Farcheese Powder bernilai RM 25
❤ 3 x Doodle bernilai RM 10
❤ 2 x Multifunctional Buff (Seamless Magic Scarf) bernilai RM 15
❤ 9 x Topup bernilai RM 10
❤ 4 x hadiah misteri bernilai RM50.00

 jom support Mia Liana ya... join Giveaway ini dengan klik banner di atas...
Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Friday 12 July 2013

Segmen Kad Raya By Emas Putih & Pn Qaleshya !!

بسم الله الرحمن الرحيم

Malam ni takde nak buat apa, idea pun takde,
moh la kita cari segmen yang senang untuk join hehe..


Nak join?? klik banner kat atas yup =)



Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Wednesday 10 July 2013

Wordless Wednesday #3 - Mereka Dan Ramadhan

بسم الله الرحمن الرحيم

Mesir

Syria

Gaza Palestine

Agak-agak macam manalah permulaan Ramadhan diorang ye?? Semoga dilindungi Allah selalu.



Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Tuesday 9 July 2013

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

بسم الله الرحمن الرحيم

Bergerak tak gambar atas ni?? Kalau tak, sila la refresh yup =)

Salam penghujung Syaaban dari SKA. Pejam celik pejam celik dah nak masuk bulan Ramadhan =). Alhamdulillah, harap diberi umur yang panjang untuk merasai Ramadhan tahun ni. Sama-samalah kita tingkatkan amal ibadah kepada Allah, aggaplah Ramadhan tahun ni yang terakhir buat kita, takut-takut tahun depan tak sempat dah nak merasai nikmat bulan Ramadhan.

Sempena bulan Ramadhan yang bakal menemui kita, ambe nak ucapkan "Selamat Berpuasa" kepada seluruh umat islam di dunia, khususnya buat pembaca dan followers blog SKA =). Terima kasih banyak-banyak atas sokongan anda semua (fuhhhh..skema pulak ayat =.="). Hehehe ape pun ambe nak minta maaf sekiranya ada salah dan silap selama ambe dalam dunia blogging ni. Semoga kita sentiasa dalam rahmatNya. Wassalam =)


Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda; “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan, akan diampunkan segala dosa-dosanya yang terdahulu.” 
(Bukhari & Muslim)



Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Friday 5 July 2013

Keinsafan Diri

بسم الله الرحمن الرحيم


Salam Jumaat dari SKA, alhamdulillah masih lagi dapat bernafas di dunia ni =) ambe harap korang semua sentiasa sihat disamping keluarga tersayang, in.shaa.Allah. Pagi ni cuma nak share 1 lagu nasyid dari kumpulan Fursan. Tajuk lagu sama seperti tajuk entri kali ni. Lagu ni popular di radio ikim.fm pada tahun 2011 (nampak sangat ambe ni ketinggalan -.-"). Yang bestnya anggota kumpulan Fursan ni adalah askar kesemuanya. Nak dengar klik je video ambe share kat bawah yup. Best lagu dia, alunan muzik seruling sayu-sayu je, memang menenangkan. Lirik lagu ni pun penuh bermakna, jum sama-sama muhasabah diri di hari jumaat yang mulia ni. Semoga bermanfaat, wassalam =).




Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Thursday 4 July 2013

Tinggalkan Jejak Anda

بسم الله الرحمن الرحيم


Salam dan selamat pagi dari SKA buat semua =). Sebelum tu ambe nak minta maaf la atas video yang ambe share kat entri sebelum ni. Tak tahu pula video tu karingeri buat korang. Takde niat lain pun sebenarnya, cuma nak tunjuk yang watak dalam video tu bernasib baik je. Harap takdelah yang fobia ye, kalau ada juga, minta tips dengan Edward, sebab dia bergerak ke tempat lain dengan cara uniknya tersendiri =).

Sepanjang korang berblogging ni pernah tak ada masalah dengan follower yang tak tinggalkan jejak atau tak jumpa link blog dia untuk kita follow balik??. Ambe selalu kena macam ni, puas jugaklah mencari, tapi kalau tak jumpa memang tak dapat la nak follow balik. Ada sesetengah tu, kalau kita tak follow dia balik, mesti dia akan unfollow kita balik, kes macam ni ambe tak tahu nak cakap camne, bersangka baik jelah =).


4 turutan ni je ambe cari link blog korang. Kalau yang tak tinggalkan link, memang susah ambe nak follow balik. Korang ada cara lain ke selain dari cara ambe ni?? Harap yang dah follow blog SKA, tapi ambe belum follow dia balik, silalah tiggalkan link kat cbox. Ambe pun nak support korang jugak, susah-susah je korang follow blog tak seberapa ni, mestilah ambe balas balik, in.shaa.Allah.

1 lagi tentang "Word Verification". Blog yang still guna benda alah ni, seboleh-bolehnya buanglah. Kalau tak buang word verification ni, pengunjung mungkin jadi leceh nak komen , kena yang rabun tu memang tak komenlah jawabnya. Dah la tulisan macam doktor ayam, tak tahulah kalau korang suka semua tu. Tapi ambe in.shaa.Allah tak memilih kot, hahaha dan dan je. Klik gambar kat bawah untuk tutorial buang word verification. Okeh sampai sini je, semoga bermanfaat =) Wassalam.




Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Wednesday 3 July 2013

Ajal & Maut Rahsia Allah

بسم الله الرحمن الرحيم



Salam dari SKA =). Jum tengok video yang ambe share ni, jangan bimbang, video ni sesuai untuk tontonan umum. Memang betul la, kalau Allah dah tetapkan nyawa seseorang tu panjang, apa yang terjadi pun kat dia, nyawanya tetap panjang. Tengok babak ke 4.05, sama macam ambe eksiden. Tapi dia best lagi sebab motor vs kereta, ambe motor vs motor je. Yang hairannya dia ok je, lepas tu boleh pulak bangun dan siap maki-hamun lagi orang yang langgar dia haha....Subhanallah =)

P/S : Walaupun kita ni dah berhati-hati, kalau orang lain tak berhati-hati, susah jugak tu. Senang cakap, kalau dah ajal kita sampai, tetap akan pergi jua. Yang penting keluar rumah baca doa dan mengucap siap-siap yup =) Wassalam.

Pesanan buat diri sendiri -.-



Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Tuesday 2 July 2013

Biar Gambar Berbicara

بسم الله الرحمن الرحيم


Hahaha..tergelak pula tengok gambar ni, ambe pun layan jugak lagu jiwang, tapi takdelah sampai macam ni. Ehem..pernah tak terjadi kat korang?? Mesti pernah kan, hehe tak baik menipu. Apa pun, jangan patah semangat, sebab semua tu ujian je dari Allah. Satu hari nanti mesti Dia gantikan dengan yang lebih baik =)

Sumber Gambar dr. Pak Google


Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)