Fais-SKA

Friday, 11 October 2013

Doa Para Nabi Ketika Ditimpa Duka

بسم الله الرحمن الرحيم

Dari Ali r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: 
"Doa adalah senjata bagi orang-orang mukmin, tiang bagi agama, dan nur bagi langit dan bumi".
(HR Hakim)

Daripada Abu Darda’ r.a: Rasulullah s.a.w telah bersabda: 
"Doa seorang muslim kepada saudaranya yang muslim tanpa diketahui olehnya adalah mustajab, (ketika berdoa) akan ada didekatnya satu malaikat muwakkal (pesuruh) setiap ia berdoa untuk saudaranya itu dengan sesuatu kebaikan (malaikat itu) akan berkata: Amin! Dan bagi engkau kebaikan yang sama". 
(Hadis diriwayatkan oleh Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:
"Barangsiapa mahu supaya doanya dikabulkan ketika dalam keadaan kesempitan atau kesusahan hendaklah dia banyak berdoa ketika dalam kesenangan". 
(HR Tirmizi)


Doa Nabi Nuh.

"Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada  sesuatu yang aku tidak ketahui dan jika Engkau tidak mengampunkan dosaku dan memberi rahmat kepadaku, nescaya jadilah aku dari kalangan orang yang rugi".

Doa Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail ketika meninggikan binaan asas Baitullah.

"Wahai Tuhan kami, terimalah daripada kami (amal kami), sesungguhnya Engkaulah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Wahai Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang berserah diri kepadaMu dan jadikanlah keturunan kami umat yang berserah diri kepadaMu. Tunjukkanlah kepada kami cara ibadat kami dan terimalah taubat kami. Sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima Taubat lagi Maha Mengasihani.  Wahai Tuhan Kami, utuskanlah kepada mereka seorang rasul daripada kalangan mereka sendiri, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayatMu dan mengajarkan mereka kitab hikmat (sunnah) serta sucikanlah mereka. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana".

Doa Nabi Lut.

"Wahai Tuhanku, selamatkanlah daku dan keluarga serta pengikut-pengikutku daripada apa yang dilakukan oleh golongan yang jahat".

Doa Nabi Yusuf.

"Wahai Tuhanku, sesungguhnya Engkau telah mengurniakan daku sebahagian daripada kekuasaan dan mengajarku sebahagian ilmu ta'bir mimpi. Wahai Tuhan pencipta langit dan bumi, Engkaulah pelindungku dunia dan akhirat. Matikanlah aku dalam Islam dan temukanlah aku dengan orang-orang yang soleh".

Doa Nabi Ayub ketika menghadapi penderitaan penyakit.

"Sesungguhnya aku ditimpa penyakit dan Engkaulah yag Maha Penyayang di antara para penyayang".


Doa Nabi Syuib.

"Kepada Allahlah kami bertawakkal. Wahai Tuhan kami, hukumkanlah antara kami dan kaum kami dengan kebenaran, kerana Engkaulah sebaik-baik Hakim".


Doa Nabi Sulaiman.

"Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya aku bersyukur akan nikmatMu yang telah Engkau kurniakan kepadaku dan kedua ibu bapaku, agar aku tetap beramal soleh dan masukkanlah daku dengan limpah rahmatMu dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh".

Doa Nabi Yunus.

"Sesungguhnya tiada Tuhan yang dapat menolongku melainkan Engkau. Maha Suci Engkau sesungguhnya aku adalah daripada orang yang menganiaya diri sendiri".

Doa Nabi Zakaria untuk memohon zuriat.

"Wahai Tuhanku, janganlah Engkau biarkan aku sendirian dan Engkaulah sebaik-baik yang mewarisi".

Doa Nabi Musa.

"Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku dan mudahkanlah bagiku tugasku. Serta lepaskanlah simpulan daripada lidahku".

Doa Nabi Isa.

"Ya Allah, Tuhan Kami, turunkanlah kiranya kepada kami satu  hidangan dari langit untuk menjadi hari raya bagi kami, iaitu orang yang pertama daripada kami dan bagi orang yang datang kemudian dan sebagai satu tanda daripadaMu. Kurniakanlah rezeki kepada kami, kerana Engkau jualah sebaik-baik pemberi rezeki".


Doa para Nabi merupakan contoh doa yang terbaik untuk kita ikuti. Sebagai hamba Allah yang menumpang di atas muka bumi ini, janganlah kita menjadi hamba yang sombong tanpa meminta kepadaNya. Mintalah kepada Allah dengan hati yang ikhlas dan bersungguh-sungguh. Semoga apa yang kita hajati dan minta kepadaNya menjadi kenyataan, inshaa'Allah. Semoga bermanfaat dan Salam Jumaat. Wassalam =).



Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

85 comments:

  1. Allah mahu kita berserah kepadanya... thanks share

    ReplyDelete
  2. bersama-sama kita amalkan insyallah..salam jumaat :)

    ReplyDelete
  3. Banyakkan berdoa ketika dlm kesenangan..tersentuh pula hati ini..

    ReplyDelete
  4. doa adalah senjata bagi umat Islam...sama2 kita memperbanyakkan doa..:)
    nice sharing:)

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah..
    perkongsian yg sgt bagus.
    Tq!

    ReplyDelete
  6. terima kasih diatas perkongsian..may Allah bless you

    ReplyDelete
  7. banyakkan doa di hari Jumaat ini...doa senjata kita...moga Allah perkenankan doa kita

    ReplyDelete
  8. Salam jumaat SKA.. terima kasih atas perkongsian ini.. kalau tak singgah sini.. mungkin teman pun tahu ada banyak doa2 untuk dibaca dikala duka.. =)

    ReplyDelete
  9. terima kasih fais :)

    ReplyDelete
  10. www.cahayacinta.com

    salam


    beruntungnya umat nabi sebab ada banyak doa2 untuk diikuti..bukan doa takat kita susah doa masa senag pun masih boleh di amalkan ;)

    ReplyDelete
  11. sangat bermanfaat!thanks for this awesome entry

    ReplyDelete
  12. Doa saya pula, semoga sahabatku ini cepat sembuh dan dapat menikmati semula nikmat berjalan dan berlari...amiin
    Salam Jumaat dan selamat menikmati hujung minggu... :)

    ReplyDelete
  13. salam faiz....terima kasih di atas entry ini...moga faiz sentiasa diberkati oleh allah s.w.t

    ReplyDelete
  14. sama-sama kita amalkan..insyallah

    ReplyDelete
  15. semoga Allah memakbul kan doa kita kerna Allah takkan pernah mengecewakan hamba nya . ^_^

    ReplyDelete
  16. kita sebagai umat memang patut meminta , so jangan malu untuk berdoa lambat atau cepat pasti dapat, Dia x akan menghampakan hambanya... thanks fais nice sharing

    ReplyDelete
  17. semoga Allah melindungi kita serta keluarga dan dijauhkan dari bala bencana..sentiasa berdoa pada Allah :)

    ReplyDelete
  18. kak fiza nak copy letak kat meja opis...

    ReplyDelete
  19. Alhamdulillah.. :)
    Salam jumaat..mt izin copy :):):)

    ReplyDelete
  20. alhamdulilah perkongsiaan yang sangat baik sekali

    ReplyDelete
  21. Salam jumaat faiz..perkongsian yg baik..=)

    ReplyDelete
  22. Salam Jumaat dan Selamat Hari Raya Aidiladha.....Semoga Fais cepat sembuh dan dapat menjalani hari2 macam biasa...aamiin..

    ReplyDelete
  23. teringat kisah nabi yunus dalam perut ikan nun. doa nabi yunus senang nak hafal.. entri yang bagus..

    ReplyDelete
  24. sangat-sangat bagus perkongsian fais kali ini... :)

    ReplyDelete
  25. thanks for sharing this good entry.. lagi2 hari jumaat mcm ni ..

    ReplyDelete
  26. terima kasih fais atas perkongsian doa2 ini.. :) salam jumaat^^

    ReplyDelete
  27. alhamdulillah. sangat bermanfaat. teruskan usaha dakwah F@is! semoga kita semua menjadi orang yang berjaya dunia dan akhirat

    ReplyDelete
  28. salam jumaat.. perkongsian yang baik fais.. semoga ianya menjadi amalan kita bersama.. :D

    ReplyDelete
  29. dlm apa pun keadaan , jgn lupa utk berdoa kerana Allah MAHA MENDENGAR ...

    ReplyDelete
  30. alhamdulillah
    nice sharing fais
    moga jd amalan kita
    yumida isi tabung sini

    ReplyDelete
  31. salam bro :) Alhamdulliah..
    menarik entri ini..semoga kita semua mengikuti contoh2 doa dari para Nabi kita :)

    ReplyDelete
  32. Salam Jumaat :) thanks share nie.

    ReplyDelete
  33. salam bro.. marilah sama-sama kita amalkan.. tapi, jangan mencariNya di kala kesusahan sahaja :D

    ReplyDelete
  34. suka dengan ayat ini "Barangsiapa mahu supaya doanya dikabulkan ketika dalam keadaan kesempitan atau kesusahan hendaklah dia banyak berdoa ketika dalam kesenangan"

    ReplyDelete
  35. betul2..jangan berdoa time susah je..

    ReplyDelete
  36. salam jumaat :) nice entry,tq share :)

    ReplyDelete
  37. nice sharing ^^ Alhamdulillah

    ReplyDelete
  38. DOA SENJATA ORG MUKMIN. allahuakbar. smoga ilmu dpt dikongsi bersama :)

    ReplyDelete
  39. jgn jemu berdoa meminta kpdnya kerana dia mendengar setiap rintihan kita..perkongsian yg sgt2 bermanfaat..salam jumaat faiz

    ReplyDelete
  40. alhamdulillah..sangat bermanfaat dan terbaik dari fais.

    ReplyDelete
  41. terasa kecil sgt...sedangkan Nabi sentiasa berdoa...kita ni kadang-kadang alpa :(

    ReplyDelete
  42. Nice one. Yes, kita hanya manusia biasa, mmg harus minta kpd yang berkuasa kt ats kan :)

    ReplyDelete
  43. Perkongsian entri yang baik.. :-) Semoga memberi manfaat kepada kita semua..

    ReplyDelete
  44. Doa adalah ibadahkan Fais. Allah suka kalau kita selalu meminta padanya...kalau manusia tak suka kalau kita selalu meminta kan..

    ReplyDelete
  45. Subhanallah.. satu perkongsian yg sgt baik.. semoga beroleh berkat dlm kehidupan.. amin.

    ReplyDelete
  46. perkongsian yang bermanfaat, terima kasih :)

    Allah hanya ingin kita mengadu, meminta, meemohon padaNya. Hikmah berdoa kepada Allah tu sungguh besar ganjarannya.

    ReplyDelete
  47. doa senjata plg tajam umat islam :)
    nice share :)

    ReplyDelete
  48. Thanks for share .Walau ape pun keadaan kita kena sentiasa berdoa :)

    ReplyDelete
  49. singga petang faiz....senyum selalu ye

    ReplyDelete
  50. hanya pd Allah tempat kita meminta dlm susah mahupun sng...

    ReplyDelete
  51. thank you for sharing. susah sng kita jangan lupa berdoa. jgn sombong dgn tuhan :)

    ReplyDelete
  52. Terima kasih fais, perkongsian yang sangat manafaat. Hanyalah pada Allah swt tempat kita berserah dan mengadu.

    ReplyDelete
  53. perkingsian yg bermanfaat :D boleh rujuk sini nanti :D

    ReplyDelete
  54. alhamdulillah byk betol doa2 dr para nabi yg boleh kita amalkan :)

    ReplyDelete
  55. perkongsian yang bagus ni bro..banyak pahala bro dapat kalau orang lain amalkan kan :D

    ReplyDelete
  56. Sangat bermanfaat.

    "Allah berfirman kepada malaikatnya, 'Pergilah kepada hamba-Ku. Lalu timpakan bermacam-macam ujian padanya kerana Aku mahu mendengar suaranya.'" [Hadith Qudsi Riwayat Thabrani]

    ReplyDelete
  57. Alhamdulillah... mudah2an kite juga termasok dalam golongan seperti mereka.....

    ReplyDelete
  58. Terima kasih kngsi doa para anbia ni :) moga dpt d amalkn bersama. saya klik iklan nuffnang.

    ReplyDelete
  59. bagus perkongsian ni fais :)

    ReplyDelete
  60. rajinnya..cari ke ni? bagus r utk perkongsian =)

    ReplyDelete
  61. Terima kasih kongsikan doa ni. Sama2 kita amalkan...

    ReplyDelete
  62. singgah melawat sahabat!!!!salam aidilfitri....heheheh...

    ReplyDelete
  63. salam..

    Amin..amin..amin..ya Rabbalalamin..

    thanks share.. =)

    ReplyDelete
  64. nice sharing fais :) jom bersama kita amalkannya :)

    ReplyDelete
  65. blogwalking...lama tak nampak....salam kenal selalu.

    ReplyDelete
  66. Zaman nabi dulu, ape ujian yg menimpa, nabi masih mendoakan yang baik2 utk org lain.. mudah2an kita dpt mencontohinya :)

    ReplyDelete
  67. Subhanallah, begitu sayanya Nabi dan Rasul kepada umatnya, begitu sayang Allah kepada hambanya dengan meninggalkan doa-doa kepada kita. Insya Allah akan menggunkannya ^^

    ReplyDelete
  68. :) terima kasih untuk share ilmu..
    pstt.. dah lama tak blogwalking sini :)

    ReplyDelete
  69. Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.
    (Al-'Ankabuut 29:3)

    ReplyDelete
  70. nice sahring..tapi tu lah bila senang mmg senang je lupa..sedangkan bila nak dapat kesenangan tu bukan main berdoa lagi..Allahuakhbar..semoga kite semua dilindungi dari sikap mcm tu..

    ReplyDelete
  71. Terima kasih berkongsi doa-doa ni Fais.

    ReplyDelete
  72. Assalamualaikum.

    Fais..apa kbar? Sihat ke.. kemana pergi.. ^_^

    ReplyDelete
  73. salam..jejak lagi sekali utk komen entri yang lain.. payah bukan alasan..kita mesti harung juga..saya sedang harung saat getir dan sabar semua ujian.saya baca doanya mmg benar manfaat sekli.tapi bukan gara-gara entri FRUST itu he..

    saya akan gelak jika org anggap itu adalah saya..oh tak :)

    ReplyDelete
  74. perkongsiaan yang gini *thumbs up

    ReplyDelete