بسم الله الرحمن الرحيم
Astaghfirullah for yesterday, Alhamdulillah for today and Inshaa'Allah for tomorrow
Berjalan Kaki Ke Mekah
Masih ingatkah anda dengan wajah hamba Allah ni??. Beliau ialah Senad Hadzic, seorang lelaki muslim yang berasal dari Bonovici utara Bosnia. Beliau pernah menggemparkan penduduk islam dunia dengan niat ikhlasnya untuk menunaikan haji dengan berjalan kaki dari Bosnia ke Mekah pada 2011 dan berjaya sampai ke Mekah pada tahun 2012, subhanallah. Oleh kerana tidak mempunyai wang yang cukup untuk ke Mekah, beliau mengambil keputusan untuk berjalan kaki demi menyempurnakan rukun islam ke-5 ini.
Niat Yang Ikhlas Kerana Allah
Senad Hadzic akhirnya berjaya sampai ke Mekah untuk menunaikan haji selepas merentasi 7 buah negara termasuklah Syria yang bergolak dengan peperangan. Beliau telah berjalan kaki sejauh 5900 kilometer (km) selama 314 hari merentasi Bosnia, Serbia, Bulgaria, Turki, Syria dan Jordan. Bekalan yang dibawa hanyalah beg sandang seberat 20 kilogram dan senaskah Al-Qur'an. Suhu sejuk antara -35° darjah celsius di Bulgaria dan kepanasan yang mencecah 44° darjah celsius di Jordan. Hanya berbekalkan wang 400 euro dan tanpa bantuan kewangan dari pihak kerajaan, tetapi kerana hati yang ikhlas dan niat yang sangat mulia, Senad Hadzic akhir nya sampai ke Mekkah.
Semalam terpandang wajah beliau di mukabuku dan sangat kagum dengan pengorbanan beliau demi Agama Islam. Bila kongsi kisah Senad Hadzic ni, teringat pula ambe dengan hamba Allah dari Malaysia. Dia pun berjalan juga, tetapi adakah pengorbanan beliau kerana Allah?? Tepuk dada tanya iman =). Nak tahu siapa orangnya?? Rajin-rajinlah terjah blog Zaki Rasli dan cari entri pada bulan Julai. Selamat membaca, wassalam.
Dari Umar bin Khathab r.a : Rasulullah saw bersabda, “Tiap-tiap amal harus disertai dengan niat. Balasan bagi setiap amal manusia ialah pahala bagi apa yang diniatkannya. Barangsiapa (niat) hijrahnya kerana Allah dan Rasul-Nya, maka baginya pahala hijrah kerana Allah dan Rasul-Nya.
Dan barangsiapa (niat) hijrahnya kerana dunia yang hendak diperolehnya atau kerana perempuan yang hendak dikahwininya, maka (pahala) hijrahnya sesuai dengan niatnya untuk apa dia hijrah.”
Subhanallah, suci niatnya, bila niat kita ikhlas kerana Allah swt, mesti Dia permudahkan jalan walau dengan apa cara sekalipun.
ReplyDeleteSemoga kisah Senad Hadzic ini memberi keinsafan kepada kita semua. Kuat semangat hamba Allah ini.
Perkongsian yang menarik SKA!
Subhanallah..first time dengar cerita hamba Allah nie..niat yang suci pasti dipermudahkan segala urusannya
ReplyDeletehebat sungguh.. rasa kecik je diri ni kalau nk dibandingkan dgn dia...
ReplyDeleteingt kisah dia..ya allah dia sanggup hanya berjalan kaki sampaikan org yg nmpk dan nk tumpangkan dia pon xmau..semoga dia dilindungi oleh allah kerana niat sucinya..amin ;)
ReplyDeleteSubhanallah.. Allah dah permudahkan jalan untuknya..
ReplyDeletesubhannallah..sangat cekal hatinya..nanti kakija terjah laman zaki tu..
ReplyDeleteLabbaik..Labbaik..
ReplyDeleteamazing... alhamdulillah sekurang2nya dia dah sampai even berjalan ...
ReplyDeleteKagum.. sanggup berjalan beribu km..
ReplyDeletebila difikirkan, kita ni? hmm..
Awesome....Alhamdulillah
ReplyDeleteakak pernah dengar kisah mengenai beliau.. memang rasa kagum dengan semangat dan keimanan beliau yang kental..
ReplyDeletebersyukur kpd allah swt sbb dia dpt menunaikan..
ReplyDeleteSubhanallah.. setiap langkah menambah pahala, setiap tapak mensuci dosa...
ReplyDeletesalam..dh tengok video tu...hehe..sue rasa berjalan sebb mencari keredaan alllah s.w.t dan niat kerana allah s.w.t tu lebih baik daripada berjalan semata2 nak penghargaaan manusia
ReplyDeleteAllah akan mempermudahkan jalan orang2 yang beribadat kepadanya..
ReplyDeleteJika kita ikhlas lakukansesuatu keran Allah, pasti dipermudahkan Fais...
ReplyDeletehebatnya dia.. sanggup pergi ke tanah suci dgn berjalan kaki yg hampir memakan masa selama setahun. ikhlasnya dia nak beribadat kerana Allah :)
ReplyDeletemasyaAllah....speecless sgt..betapa besarnya keinginan beliau nk ke rumah Allah..
ReplyDeleteInsyaallah...sesuatu yang baik dilakukan dgn iklas, pasti Allah permudahkan...
ReplyDeletejika kita ikhlas kerana Allah, insyaAllah.. pasti semuanya akan dipermudahkan.. sangat menakjubkan..
ReplyDeletePyka pnah dengar crita nie dulu . Kalau dia buat kerana allah insyaAllah allah sentisa akan permudahkan . Cekalnye dia :)
ReplyDeleteandai niat kita baik mmg sentiasa dipermudahkan jalannyer kan
ReplyDeleteorang yg ikhlas dalam melakukan sesuatu ibadat pasti Allah tolong... :)
ReplyDeleteInnamal a'malu binniat. Tersentuh nis baca ni. Hmmmm. Jauh nya lagi perjalanan ni menuju redha Dia. Sejauhmana lahh kita menjaga betul2 niat kita dalam seharian. IKHLAS. :'(
ReplyDeletebetapa hebat imam beliau :'(
ReplyDeleteHebatnya dia.
ReplyDeleteBersungguh-sungguh. Moga Allah sentiasa beri yang terbaik untuk dia :)
Saya baru tahu kisah lelaki ini hari ini.
ReplyDeleteInsya Allah, kalau niat kita ikhlas, Dia akan permudahkan segala urusan kita.
yumida baru tahu kisah ni fais
ReplyDeletealhamdulillah..nice sharing
sebak pulak membaca kisahnya
moga dia sentiasa dirahmati Allah SWT
yumida isi tabung Nuffnang sini...selamat menabung :)
perkongsian yg baik ni fais..
ReplyDeletedeno pernah baca kisah ni... dia sangat2 hebat!
ReplyDeletesubhanallah, nina bru tahu kisah ni.. tq fais sbb share =)
ReplyDeleteallah menjaganya sepanjang perjalanan
ambe malu dengan diri beliau, cukup sabar dan cekal. ambe di sini asik merungut tak cukup itu ini... D:
ReplyDeleteshark br tau.
ReplyDeletesedihnya..
respek ler dengan beliau.
hebatnya dia....sy hormat..
ReplyDeletesubhanallah.. smoga Allah membalas amalannya dengan yg lebih baik...
ReplyDeletesubhanaAllah..hmpir setahun dia bjalan kan....
ReplyDeletemurni sunggh niat dia..
mcmana diri ni nak jadi seperti beliau...huuuuu
subhanallah. mesti banyak manfaat yg dia dapat. berjalan banyak pon bagus untuk kesihatan :)
ReplyDeletekagum dengannya ..kita pun tak mampu untuk baut sedekian rupa
ReplyDeletemasyaAllah. kagum betul dengan dia
ReplyDeletezizie pernah bc.. masa tu, dy baru je nak start perjalanan.. ALhamdulillah akhirnya dia sampai jugak.. niat sebeginilah yang dipandang mulia.. orang tumpangkan, dy xnak pulak tu.. bukan mcm sesetengah manusia.. niat entah apa-apa.. pastu, bila tak mampu buat, menipu pulak tu.. isk3..
ReplyDeleteAllahuakhbar..hebatnya Allah mengurniakan kekuatan untuk hamba ini..tapi memang betul kalau niat kita betul inshaaAllah Dia pasti akan bantu..dalam apa jua perkara semuanya adalah kerana Allah. Dia yang mengiakan dan menidakkan sesuatu perkara.:)
ReplyDeleteAlhamdulillah akhirnya tercapai cita-cita dan azam beliau yang tinggi sungguh membanggakan...
ReplyDeletealhamdulilah..boleh jadi iktibar & semangat kepada yang lain
ReplyDeleterecent post : Semangat Header & Logo Baru
allahurabbi... ttba terasa diri ni x kuat bila hari ni merentas campus pun dah penat.. >.<
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian ini Fais. Sebelum ni saya tak tahu pun.
ReplyDeletekagum sangat bila tengok beliau sanngup berjalan kaki jauh giler.. demi menyempurnakan rukun islam ke-5 ini.
ReplyDeletePerjalanan yg d rahmati..aamiin
ReplyDelete