Fais-SKA

Friday 30 August 2013

Dua Situasi Berbeza

بسم الله الرحمن الرحيم


Situasi pertama berlaku di Malaysia (Dungun). Cerita ni ambe dapat tahu semalam masa tengok berita kat tv9. Mayat seorang bayi yang tak berdosa dijumpai di dalam loji kumbahan najis di UiTM Dungun. Korang tengok tak berita ni semalam??. Difahamkan bahu mayat bayi ni patah dan kepala dia pecah, nauzubillah tergamak betul orang yang membuang bayi ni, tak takut azab Allah ke??. Sekarang pihak UiTM dan polis tengah buat siasatan di blok asrama perempuan, harap jumpalah orang yang bertanggungjawab. Semoga ibu kepada bayi yang malang ni bertaubat dan kembali ke pangkal jalan sebelum terlambat, amin..


Situasi kedua berlaku di Syria (Zamalka). Pernah tengok video di atas ni??. Kalau belum tengok la, sangat-sangat tersentuh. Seorang bapa yang mengingatkan anak lelakinya telah mati dalam serangan rejim Basyar. Tetapi beliau mendapati bahawa anaknya masih lagi hidup, malah berada dalam keadaan baik.Adalah sukar untuk mengungkapkan perasaan si bapa yang menerima berita gembira selepas menempuhi detik yang amat meremukkan hatinya. Terharu tengok video ni, tapi mungkin lebih terharu kalau si ibu pun ada sama :'(. Sayangilah keluarga anda.


Nampak tak dua perbezaan situasi diatas?? Kesimpulannya?? Pandai-pandailah korang nilai dan tengok sendiri. Salam Jumaat buat semua, amalan sunat jangan lupa, semoga hidup kita lebih berkati, inshaa'Allah =)



Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Baca, Faham & Komen

بسم الله الرحمن الرحيم


Salam dari SKA, ape khabar semua?? Harap korang dalam keadaan sihat sejahtera, insha'Allah. Tiga hari tak layan blog ni, terasa lama pulak. Bukan sebab takde idea tapi line internet tak berapa nak syok dek hujan rahmat yang agak lebat =). Fuhh..Alhamdulillah, suasana sejuk je kat kampung Kerteh ni.


Tajuk cam poyo je kan hoho, bukan ambe nak paksa korang datang baca dan komen, cuma nak kongsi tentang dunia blog je. Ambe harap takdelah yang terasa, sebab ambe tak bagi korang makan cili pun, so tak rasalah pedasnya hehe =). Last ambe blogwalking, ada la tertengok 1 entri ni, entri bergambar dan sedikit teks. Sebelum nak komen ambe bacalah dulu komen pembaca yang lepas-lepas. Ada tiga komen yang langsung takde kaitan dengan entri =). Haha.. tergelak jugak la tengok, nilah kalau tak amalkan sifat membaca dahulu sebelum komen, padahal teks 1 perenggan je. 

Entri yang ada gambar dan sedikit teks sentiasa perangkap pembaca, tu apa yang ambe tengok la. Lepas ni kalau ada yang suka skip nak membaca, janganlah komen. Bila ada yang perasan pasti memalukan je. Lepas ni kena amalkan membaca, takpelah panjang sikit pun, yang penting faham. Ambe ni pun tak suka nak baca entri yang panjang berjela. Tapi jika ambe nak komen jugak, pandai-pandailah ambil point yang penting, cuba faham, tengok komen-komen orang yang lepas dan komen je la hoho. Kalau ada tajuk entri yang menarik perhatian kita, memang fokus dan syok je baca kan, walaupun entri tu panjang berjela.  


Ape pun selamat membaca dan jadikan membaca tu sebagai hobi kita. Happy blogging, jum blogwalking. Wassalam =)



Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)