بسم الله الرحمن الرحيم
Astaghfirullah for yesterday, Alhamdulillah for today and Inshaa'Allah for tomorrow
Salam 17 Zulhijjah, harap anda semua dalam keadaan sihat sejahtera, inshaa'Allah. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk berblogging, fuhhh..lama pula tak layan blog
SKA ni. Cepat betul masa berlalu, dah seminggu lebih tak terbitkan sebarang entri dan blogwalking, inshaa'Allah lepas ni kembali berblogging dan blogwalking seperti biasa. Minggu lepas ambe banyak habiskan masa dengan keluarga, sekarang rumah pun dah kembali sunyi. Nikmat betul bila dapat bersama keluarga yang balik bercuti di kampung. Alangkah seronoknya kalau masa boleh diundur dan diberhetikan, pasti manusia ni banyak je masa yang terluang.
Cerita bab masa ni, memang tak logiklah kan kalau masa tu boleh diundur atau diberhentikan. Memandangkan pergerakan ambe terbatas dan kaki tak sihat sepenuhnya lagi, masa banyak dihabiskan dengan keluarga. Alhamdulillah, kadang-kadang sakit ni memang ada banyak hikmah. Kalau nak dibandingkan dengan rutin ambe sebelum ni yang banyak fokus pada kerja, kelab dan berkonvoi. Masa yang ada sekarang ni memang bermakna untuk ambe muhasabah diri dan bersama keluarga. Kadang-kadang terkenang masa lalu yang banyak boleh dijadikan pengajaran, masa yang ada sekarang alhamdulillah, ujian tu penghapus dosa bagi diri dan masa hadapan pula, ishaa'Allah sama-sama kita cuba dapatkan yang terbaik.
|
Masa itu emas dan sangat berharga, hargailah masa yang ada dengan melakukan aktiviti berfaedah dan amalan kebaikan. |
Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
Maksudnya: ''Hari kiamat tidak akan terjadi sehinggalah berlaku peredaran yang terlalu singkat umpama setahun bagaikan sebulan, sebulan bagaikan seminggu, seminggu bagaikan sehari, sehari bagaikan sejam dan sejam bagaikan sekelip mata. - Riwayat Ahmad
Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:
Maksudnya: "Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran. - [al-‘Ashr 103:1-3]
"Laksanakan segera amal soleh karana tujuh hal: sebelum datang kemiskinan yang membuatkan kamu lupa, kekayaan yang menyesatkan, penyakit yang membinasakan, ketuaan yang melumpuhkan, kematian yang mendadak, kemunculan dajal sebagai makhluk terjahat yang sentiasa mengintip dan datangnya kiamat yang sangat mengerikan." (HR Tirmidzi).
P/s: Ambe nak ucapkan tahniah kepada para jemaah haji dari Malaysia yang berpeluang mengerjakan haji baru-baru ni. Semoga Allah limpahkan rahmatNya kepada mereka semua, inshaa'Allah dapat haji yang mabrur..Amin Ya Allah. Semoga bermanfaat =) Wassalam..
Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)