Fais-SKA

Friday 1 November 2013

Jenis-Jenis Hati Manusia Menurut Islam

بسم الله الرحمن الرحيم

Pasti diantara kita semua bila keluar je nak kelihatan cantik dan kemas. Tapi itu semua cantik luaran semata-mata. Bagaimana pula dengan dalaman? Bagaimana pula dengan kecantikan hati kita? Bagaimana pula dengan pandangan Allah kepada kita?. Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa paras dan luaran kamu, tetapi Dia melihat hati kamu. Saidina Ali r.a berkata: "Bekas-bekas Allah di dalam dunia ini adalah hati". Hati adalah tempat turunnya rahmat dan ilmu pengetahuan. Para ulama' membahagikan hati kepada 4 bahagian. 

4 Jenis Hati Manusia Menurut Islam.



1~ Hati yang tercemar dengan kekotoran.
Hati yang di dalamnya terdapat kekotoran seperti sifat hasad, sombong, bohong dan sebagainya. Apabila turun rahmat dan ilmu ke dalam hati ini, tercemarlah rahmat tersebut oleh kekotoran yang ada di dalam hati itu. Seperti yang disebut Allah s.w.t: "Tidakkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhan mereka dan disesatkan oleh Allah dengan ilmu mereka". Ilmu tetap masuk, tetapi kerana setitis hawa nafsu, ianya dapat mencemarkan selautan ilmu. Inilah perumpamaan bagi hati yang dicemari oleh kekotoran.

2~ Hati yang pecah.
Hati yang pecah adalah hati manusia yang melakukan maksiat. Setiap kali dia melakukan kebaikan, dia akan melakukan maksiat selepas itu. Hadir majlis ilmu di masjid, tetapi bila keluar dari majlis terus mengumpat orang lain. Berzikir dan solat, tetapi tidak menjaga pandangan dan batas pergaulan. Maka tidak sempat pun rahmat yang diturunkan oleh Allah kekal di dalam hatinya melainkan ianya keluar disebabkan maksiat yang dilakukan. 

3~ Hati yang tertutup.
Hati yang tertutup adalah amat bahaya bagi manusia. Bagaimana rahmat Allah nak masuk kedalam hati kita jika ianya tertutup. Hati yang tertutup ini adalah sifat manusia yang suka membangkang. Membangkang Allah, membangkang orang-orang yang soleh dan apabila dia menghadiri satu majlis yang baik, dia akan mencari kesalahan orang. Seperti yang disebut Rasulullah s.a.w: "Empat golongan yang tidak diampunkan dosanya pada bulan Ramadhan, antaranya adalah dosa derhaka kepada ibu bapa, peminum arak, dua orang yang bermusuh dan yang memutuskan silaturrahim. Maka memang tidak akan masuk rahmat ke dalam hatinya.

4~ Hati yang suci.
Harap hati kita semua jenis hati yang ke-4 ni. Hati yang jernih, bersih dan menerima rahmat dari Allah. Hati yang suci ini, jika diisi dengan majlis ilmu, berzikir dan solat maka penuhlah ia dengan rahmat Allah.

Hati ibarat bekas kosong dan rahmat Allah ibarat air, jika elok bekasnya maka eloknya air yang terkandung di dalam bekas, sama-samalah kita merawat hati, harap hati kita semua adalah jenis yang ke-4, tepuk dada tanya iman. Hati adalah organ besar yang terpenting kepada manusia, elok hati, maka sihatlah tubuh badan kita.

6 Cara Merawat Hati Manusia Menurut Islam.

  1. Banyakkan bertaubat.
  2. Membaca Al-Qur'an serta amalkannya.
  3. Jalinkan ukhwah antara manusia.
  4. Perbanyakkan solat malam.
  5. Perbanyakkan puasa sunat.
  6. Banyakkan berzikir.

13 Perkara Yang Menenangkan Hati.

  1. Mengerjakan Solat Wajib di awal waktu.
  2. Mengerjakan solat sunat.
  3. Bersedekah dengan hati yang ikhlas.
  4. Berzikir.
  5. Menolong orang yang susah.
  6. Beriktikaf di dalam masjid.
  7. Mendengar ceramah agama.
  8. Membaca Al-Qur'an dan memahami isinya.
  9. Berpuasa sunat.
  10. Menolong ibu bapa.
  11. Memaafkan orang lain dan meminta maaf jika ada kesalahan.
  12. Mendoakan kesejahteraan semua orang.
  13. Bersangka baik sesama makhluk.

P/s: Salam Jumaat, inshaa'Allah semoga perkongsian ambe ni bermanfaat la kepada semua. Apa yang dikongsikan di atas adalah dari tazkirah yang ambe dengar daripada Ustaz Habib Mohammad Alsaggaf. Yang baik sama-samalah kita ambil dan yang buruk kita buang jauh-jauh. Wassalam =)

Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

61 comments:

  1. Ya Allah, semoga umat Islam seluruhnya dianugerahkan hati yang bersih dan suci. Jika hati bersih insyaAllah seluruh anggota lainnya 'bersih' dari kemungkaran dan maksiat. Jazakallah fais :)

    ReplyDelete
  2. perkongsian yang menarik sangat. moga kita semua tergolong dalam hati yg tenang dan bersih

    ReplyDelete
  3. insyallah fais mudahan kita dikurniakan hati yang suci...salam jumaat

    ReplyDelete
  4. harap kita sama2 dapat hati yang suci.. salam jumaat fais :)

    ReplyDelete
  5. my mom pun selalu nasihat i tentang perkara ni.....

    ReplyDelete
  6. perkongsian yang baik pada pagi jumaat bro..semoga kita semua memiliki hati ke 4..:) salam jumaat

    ReplyDelete
  7. nice sharing fais..mudah-mudahan dijauhkan dr sume ini..xmo la ati pecah,ati tertutup.ati kotor..minta dieelakkan ;)

    ReplyDelete
  8. salah satu penyakit yg senang kita dapat,
    salah satu penyakit yg senang kita ubati :)

    ReplyDelete
  9. Jika semua manusia memiliki hati yg no4 tu alangkah bahagianya...

    ReplyDelete
  10. tq berkongsi mudah2an hati milik kita bersih & suci kan ..

    ReplyDelete
  11. salam jumaat..perkongsian yang menarik..semoga hati kita tergolong dalam jenis yang ke4..amin.. :)

    ReplyDelete
  12. hat no.2 :( lemahnyer diri ini

    ReplyDelete
  13. selamat hari Jumaat yg berkat...mg hati kita bersih dan mari sama sama bersihkan hati

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah perkongsian yg baik..

    ReplyDelete
  15. sally sentiasa berharap hati sally yg golongan 4 tu...insyaAllah...terima kasih atas perkongsian :)

    ReplyDelete
  16. perkongsianyg menarik fais..baru sy tahu tahap mana hati sy :') sedihnya la pulak. thanx bg tips utk mantapka hati..insyaAllah akan diamalkan. :)

    ReplyDelete
  17. nice sharing fais..sama2 kita amalkan supaya sentiasa mendapat rahmat dariNya dgn hati yang suci..:)

    ReplyDelete
  18. salam jumaat adik fais.. sangat bermanfaat perkongsian ini.. semoga kita semua tergolong dalam golongan 4..

    ReplyDelete
  19. aku mahu hati yang bersih :D

    ReplyDelete
  20. dalam lagu Opick ada lima je ubat hati.. thanks for sharing

    ReplyDelete
  21. Alhamdulillah dik...semoga kita sentiasa dilindungi....

    ReplyDelete
  22. "(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia."
    (Ar-Ra'd 13:28)

    ReplyDelete
  23. rasanya hati sy perlu diberihkan selalu. Perkongsian yg baik fais, hrp kita dapat hati yg suci..

    ReplyDelete
  24. Semoga hati kita berada dalam golongan hati-hati yang baik.

    ReplyDelete
  25. salam jumaat..semoga kita dijauhkan dari hati yg tidak baik itu..dan semoga kita berusaha ke arah hati yg suci.amin :)

    ReplyDelete
  26. salam...
    Alhmdlh..pkongsian dan prngtan yg baik smpena hari jumaat ni fais.. ^_^
    time ksh..hrp juga dpt msuk golngn yg ke-4 tu ..sentiasa bnykkn ingt Allah..,
    solt jgn sskali tgl..InsyaAllah.. =)

    ReplyDelete
  27. semua org nk hati yg ke-4 tu, tpi susah betul nk dpt hati yg mcm tu. smoga hati kita sntiasa suci dri maksiat. perbanyakkan istighfar supaya hati jadi bersih. nice sharing :)

    ReplyDelete
  28. Salam Jumaat kembali. Nice sharing. Tapi something yg sangat susah nak buat, maafkan org yg dah menyakiti kita. Sangat susah bagi sy. tak tahu kenapa. Tapi i will try

    ReplyDelete
  29. Hmmm, hati saya entah kat mana lah skrg. kene banyak menghadapNYA. thanks for this entry. really useful for me. appreciated.

    ReplyDelete
  30. Salam Jumaat Fais..Jom sama-sama kita jaga dan pelihara hati kita k...

    ReplyDelete
  31. nice sharing.... hurmmm blom no 4 lagi.. InsyaALLAH :D

    ReplyDelete
  32. muhasabah diri...

    ReplyDelete
  33. salam jumaat fais ^_^ sama2 la kita menjaga hati

    ReplyDelete
  34. paling risau jumpa orang busuk hati...

    ReplyDelete
  35. Salam Jumaat Fais..semoga kita semua tergolong dlm kategori hati yg ke4 tu..:)

    ReplyDelete
  36. alhamdulillah . perkongsian yang baik . dalam banyak-banyak hati tuu , deeya takut kat hati yang pecah . sebab kadang-kadang kita tak sedar pun yang kita buat maksiat . kita rasa , kita dah banyak buat amal kebajikan . alih-alih , lepas tuu kita sesedap rasa jee buat maksiat pula . nauzubillah :'/

    ReplyDelete
  37. salam jumaat.. perkongsian yang baik, mudah-mudahan hati kita semua sentiasa bersih..insyaAllah :)

    ReplyDelete
  38. betul tu fais.. terbaik info !! karang sndiri yer fais?.. hebat..

    ReplyDelete
  39. Hati ibarat bekas kosong dan rahmat Allah ibarat air, jika elok bekasnya maka eloknya air yang terkandung di dalam bekas, sama-samalah kita merawat hati, harap hati kita semua adalah jenis yang ke-4, tepuk dada tanya iman. Hati adalah organ besar yang terpenting kepada manusia, elok hati, maka sihatlah tubuh badan kita - AYAT NI BUAT NANIE SEAR TENTANG KEKHILAFAN DIRI. KENA BYK MUHASABAH DIRI.

    tq faiz atas entry hebat ni ^_^

    ReplyDelete
  40. moga kita tergolong dalan golongan bernombor 4. :)

    ReplyDelete
  41. terima kasih atas peringatannya ..moga hati ini sentiasa keredhaannya

    ReplyDelete
  42. hati-hati dengan hati , jaga elok-elok , tersalah jaga nanti hati mati :)

    ReplyDelete
  43. semoga tergolong dalam golongan yang no 4 tu. :')

    ReplyDelete
  44. Semoga kita punya hati dalam golongan ke 4 itu... Subhanallah...

    ReplyDelete
  45. Alhamdulillah, sedikit pengisian rohani pada malam ini, semoga kita memiliki hati yg ke-4.
    Terima kasih atas perkongsian.

    ReplyDelete
  46. semoga kita dijauhkan daripada tiga hati yg pertama dan didekatkan lg dengan hati yg terakhir. huhu

    ReplyDelete
  47. Andai hati bersih...insyaallah, pasti luaran juga akan bersih...

    ReplyDelete
  48. semoga kita dijauhkan drp sifat2 dan hati ya g tidak baik... terima kasih fais :)

    ReplyDelete
  49. salam blogging...Ya Allah semoga engkau memelihara hati yang menjadi raja dalam diri kami.

    ReplyDelete
  50. semoga kita semua memperolehi hati yang suci bersih, insyaAllah.

    ReplyDelete
  51. mohon terus lindungi hati kita, terima kasih fais bgtau

    ReplyDelete
  52. Subhanallah.. perkongsian yg sgt baik.. T kasih :)

    ReplyDelete
  53. Subhanallah, aku tergolongan dlm golongan yg memiliki hati yg mana. :'(
    Allah.
    Trima kasih atas perkongsian ni. Deep.

    ReplyDelete
  54. Semoga kita sentiasa mnjaga hati yg nurani ini..amin

    ReplyDelete
  55. Alhamdulillah, infonya sangat bermanfaat. Semoga dapat memperbaiki diri. Untuk menemani ibadah teman teman koleksi mukena dan jilbab dari Meidiani dapat menjadi pilihan, dapat di cek disini http://jilbabers.com/. terimakasih

    ReplyDelete
  56. While the whole plant produces THC and cannabinoids, cannabis typically smoke the flowers to get high. Different names for different consumable from of marijuana have sprouted from various regions and age groups on top of that there are scores of slang words that have evolved over the years. Below you can learn about all of the different strains we've come across to date.
    canna cavi moon rocks
    ice moonrock
    moonrock pre rolled joints
    animal gas for sale
    gelato #33
    buy super lemon haze cannabis oil
    bichon frise dog
    dankwoods pre roll
    dankwoods for sell
    pre rolls for sale
    teacup poodle puppies for sale near me
    sour gushers
    raw garden live resin
    shrooms for sale
    mushroom for sale
    stiiizy gelato
    choice carts
    krt carts
    oneup
    bicons puppies near me
    jungle boys
    trufflez
    zushi
    frosted flakes
    ice cream cake
    pineapple express
    white widow

    ReplyDelete