Fais-SKA

Friday 26 April 2013

Salam Jumaat

SUBHANALLAH....ALHAMDULILLAH....ALLAHUAKBAR

Salam penghulu segala hari buat semua, ambe harap korang sihat-sihat je. Pejam celik-pejam celik dah nak masuk bulan Mei, pantas betul masa berlalu kan. Ingat 5 sebelum 5 tau, jangan nanti datang musibah baru nak ingat. Yang dapat musibah tu jangan cepat sangat putus asa. Redha dengan ketentuanNYA tu penting ("Sesungguhnya besar ganjaran bagi orang yang sabar"). Ambe doakan buat semua semoga hari ini lebih baik daripada semalam dan bertambah baik untuk hari-hari seterusnya =) Amin. Bila dah sebut hari jumaat, mesti banyak kisah-kisah menarik yang korang tahu berlaku hari jumaat kan. Yang penting jangan lupe amalan-amalan sunat yang boleh kita lakukan (boleh jugak tambah saham akhirat). Macam-macam amalan boleh kita lakukan di hari jumaat dan ianya lebih baik dari hari-hari lain. 

Antaranya yang biasa kita buat seperti potong kuku, mandi sunat hari jumaat, memakai wangi-wangian, berzikir, berselawat keatas nabi, berdoa, dan macam-macam lagi. Hari jumaat antara hari yang dimakbulkan doanya oleh ALLAH, jadi banyak-banyakkanlah berdoa yup =). Bagi kaum Adam jangan lupa pergi solat jumaat bagi yang mampu. Lebih afdal kalau datang awal ke masjid sebelum bilal azan dan rebutlah saf pertama. Banyak pahala tu selain dapat pahala iktikaf. Nak makin bertambah rezeki???. Sedekah jangan lupa, walaupun Rm1 je, yang penting ikhlas. Bagi kaum hawa, korang boleh dengar live khutbah jumaat di tv. Biasanya tv1 dan tv oasis tuk khutbah jumaat di Mekah. Khutbah jumaat ni berlainan mengikut negeri dan cara imam yang sampaikan khutbah. Tapi isi yang disampaikan tetap positif dan berlandaskan islam =). Semoga bermanfaat buat kita semua, Wassalam.

Rasulullah s.a.w bersabda, "Pada hari Jumaat terdapat satu waktu, tidaklah seorang hamba Muslim memohon sesuatu kepada Allah melainkan Allah akan mengabulkannya. Carilah ia di akhir waktu selepas asar.” (HR Abu Daud)

Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, dia akan disinari cahaya di antara dua Jumaat.” (HR Hakim)

Rasulullah s.a.w bersabda, "Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, maka siapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali) ". (HR Al Baihaqi)


Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

10 comments:

  1. Salam, syukur dapat kesini lagi di hari jumaat yg mulia ini dan mendapat tazkirah berilmu. Alhamdulillah...
    Terima kasih kerana mengingati...

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'kmsalam..afwan, alhamdulillah semoga bermanfaat =)

      Delete
  2. Asalamualaikum......S.K.A.....

    tq....kongsi ilmu yang bermanfaat nie ye......moga semua mendapat keberkatanya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'kmsalam kak yan =) most welcome..amin..

      Delete
  3. Alhamdulillah.. Salam jumaat encik SKA.. :

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah =) Salam jumaat jugak cikILy

      Delete
  4. Assalamualaikum. singgah baca entry di sini. blog islamik yg sangat menarik,penuh dengan nasihat dan seruan. SubhanAllah, semoga kita semua dpt meraih redha Allah SWT. Salah satunya cara adalah berdakwah Lillahitaala. :)

    ReplyDelete
  5. in shaa Allah..terima kasih atas psanannya..=)

    ReplyDelete