Fais-SKA

Friday 11 October 2013

Doa Para Nabi Ketika Ditimpa Duka

بسم الله الرحمن الرحيم

Dari Ali r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: 
"Doa adalah senjata bagi orang-orang mukmin, tiang bagi agama, dan nur bagi langit dan bumi".
(HR Hakim)

Daripada Abu Darda’ r.a: Rasulullah s.a.w telah bersabda: 
"Doa seorang muslim kepada saudaranya yang muslim tanpa diketahui olehnya adalah mustajab, (ketika berdoa) akan ada didekatnya satu malaikat muwakkal (pesuruh) setiap ia berdoa untuk saudaranya itu dengan sesuatu kebaikan (malaikat itu) akan berkata: Amin! Dan bagi engkau kebaikan yang sama". 
(Hadis diriwayatkan oleh Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:
"Barangsiapa mahu supaya doanya dikabulkan ketika dalam keadaan kesempitan atau kesusahan hendaklah dia banyak berdoa ketika dalam kesenangan". 
(HR Tirmizi)


Doa Nabi Nuh.

"Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada  sesuatu yang aku tidak ketahui dan jika Engkau tidak mengampunkan dosaku dan memberi rahmat kepadaku, nescaya jadilah aku dari kalangan orang yang rugi".

Doa Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail ketika meninggikan binaan asas Baitullah.

"Wahai Tuhan kami, terimalah daripada kami (amal kami), sesungguhnya Engkaulah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Wahai Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang berserah diri kepadaMu dan jadikanlah keturunan kami umat yang berserah diri kepadaMu. Tunjukkanlah kepada kami cara ibadat kami dan terimalah taubat kami. Sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima Taubat lagi Maha Mengasihani.  Wahai Tuhan Kami, utuskanlah kepada mereka seorang rasul daripada kalangan mereka sendiri, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayatMu dan mengajarkan mereka kitab hikmat (sunnah) serta sucikanlah mereka. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana".

Doa Nabi Lut.

"Wahai Tuhanku, selamatkanlah daku dan keluarga serta pengikut-pengikutku daripada apa yang dilakukan oleh golongan yang jahat".

Doa Nabi Yusuf.

"Wahai Tuhanku, sesungguhnya Engkau telah mengurniakan daku sebahagian daripada kekuasaan dan mengajarku sebahagian ilmu ta'bir mimpi. Wahai Tuhan pencipta langit dan bumi, Engkaulah pelindungku dunia dan akhirat. Matikanlah aku dalam Islam dan temukanlah aku dengan orang-orang yang soleh".

Doa Nabi Ayub ketika menghadapi penderitaan penyakit.

"Sesungguhnya aku ditimpa penyakit dan Engkaulah yag Maha Penyayang di antara para penyayang".


Doa Nabi Syuib.

"Kepada Allahlah kami bertawakkal. Wahai Tuhan kami, hukumkanlah antara kami dan kaum kami dengan kebenaran, kerana Engkaulah sebaik-baik Hakim".


Doa Nabi Sulaiman.

"Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya aku bersyukur akan nikmatMu yang telah Engkau kurniakan kepadaku dan kedua ibu bapaku, agar aku tetap beramal soleh dan masukkanlah daku dengan limpah rahmatMu dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh".

Doa Nabi Yunus.

"Sesungguhnya tiada Tuhan yang dapat menolongku melainkan Engkau. Maha Suci Engkau sesungguhnya aku adalah daripada orang yang menganiaya diri sendiri".

Doa Nabi Zakaria untuk memohon zuriat.

"Wahai Tuhanku, janganlah Engkau biarkan aku sendirian dan Engkaulah sebaik-baik yang mewarisi".

Doa Nabi Musa.

"Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku dan mudahkanlah bagiku tugasku. Serta lepaskanlah simpulan daripada lidahku".

Doa Nabi Isa.

"Ya Allah, Tuhan Kami, turunkanlah kiranya kepada kami satu  hidangan dari langit untuk menjadi hari raya bagi kami, iaitu orang yang pertama daripada kami dan bagi orang yang datang kemudian dan sebagai satu tanda daripadaMu. Kurniakanlah rezeki kepada kami, kerana Engkau jualah sebaik-baik pemberi rezeki".


Doa para Nabi merupakan contoh doa yang terbaik untuk kita ikuti. Sebagai hamba Allah yang menumpang di atas muka bumi ini, janganlah kita menjadi hamba yang sombong tanpa meminta kepadaNya. Mintalah kepada Allah dengan hati yang ikhlas dan bersungguh-sungguh. Semoga apa yang kita hajati dan minta kepadaNya menjadi kenyataan, inshaa'Allah. Semoga bermanfaat dan Salam Jumaat. Wassalam =).



Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Thursday 10 October 2013

MotoGP 2013 | Malaysian Grand Prix

بسم الله الرحمن الرحيم

Hujung minggu ni bermula 11, 12 dan 13 October 2013, perlumbaan berprestij MotoGP akan meneruskan cabarannya berlumba di Malaysia. Kepada peminat sukan permotoran jangan lupa untuk datang ke litar Sepang menyokong pelumba-pelumba negara dan sama-sama memeriahkan MotoGp Malaysia. Agak terkilan juga sebab tahun ni ambe tak dapat berkonvoi ke litar Sepang, ape pun tetap dapat tengok secara langsung di astro sports channel. Yang berminat jangan ketinggalan untuk menonton siaran langsung MotoGP Malaysia 2013.

Malaysian Motorcycle Grand Prix 2013


Gambar di atas adalah masa perlumbaan serta tiket yang dijual. Untuk lihat lebih jelas sila klik gambar.

Pelumba-Pelumba Negara



Ambe difahamkan para pelumba Malaysia yang akan berlumba pada hujung minggu ni adalah seramai enam orang. Tiga pelumba akan berlumba dalam kategori Moto2 dan tiga pelumba lagi akan berlumba dalam kategori Moto3. Tiga daripada mereka adalah pelumba wildcard dan seorang lagi iaitu Zaqhwan Zaidi akan menggantikan tempat pelumba Randy Krummenacher. Sila rujuk gambar diatas. Dalam kategori Moto3, pelumba negara Zulfahmi Khairuddin yang kemalangan di Aragon terpaksa membuat keputusan yang sukar untuk berlumba pada hujung minggu ni. Akibat patah tulang tangan yang dialaminya, beliau terpaksa diberi rehat oleh doktor. Apa pun sama-sama kita tunggu dan lihat, harap-harap hero negara ni kembali cergas untuk kembali berlumba.

Kedudukan Mata Para Pelumba MotoGP


Kategori Motogp, persaingan akan terarah kepada dua pelumba teratas iaitu Marquez dan Lorenzo. Harap Lorenzo yang menang, luaskan pengusaan Team Yamaha hehe. Tahun lepas menyaksikan Pedrosa yang berjaya mendapat tempat pertama dan Lorenzo kedua. Harap tahun ni berlumba dalam keadaan litar kering.

Dalam kategori Moto3 pula, pelumba negara Zulfahmi Khairuddin berada dalam kedudukan top10 daripada 26 pelumba yang mendapat mata. Tahun lepas, Zulfahmi Khairuddin mendapat tempat yang ke-2 di Malaysian GP, agak sayang apabila beliau dipintas di selekoh yang terakhir. Ambe harap beliau dapat naik podium pada tahun ni dan merangkul tempat yang pertama di Sepang nanti. Sama-sama kita doakan beliau cepat sembuh.

Cuba lihat gambar di atas. Semua rekod terbaik di litar Sepang tahun lepas dipegang oleh Zulfahmi Khairuddin. Ni merupakan rekod kategori Moto3. Harap rekod Moto3 untuk litar Sepang pada tahun ni dipegang Zulfahmi Khairuddin dan rekodnya untuk tahun lepas dapat diperbaharui lagi pada tahun ini. Oleh kerana pelumba negara Azlan Shah belum mendapat sebarang mata, jadi persaingan kedudukan Moto2 ambe tidak kongsikan di sini. Harap di litar Sepang hujung minggu ni beliau akan mendapat mata pertama bagi dirinya inshaa'Allah. 

Untuk keterangan lanjut sila klik [1][2][3]

Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)