Fais-SKA

Showing posts with label Kemalangan. Show all posts
Showing posts with label Kemalangan. Show all posts

Wednesday, 3 July 2013

Ajal & Maut Rahsia Allah

بسم الله الرحمن الرحيم



Salam dari SKA =). Jum tengok video yang ambe share ni, jangan bimbang, video ni sesuai untuk tontonan umum. Memang betul la, kalau Allah dah tetapkan nyawa seseorang tu panjang, apa yang terjadi pun kat dia, nyawanya tetap panjang. Tengok babak ke 4.05, sama macam ambe eksiden. Tapi dia best lagi sebab motor vs kereta, ambe motor vs motor je. Yang hairannya dia ok je, lepas tu boleh pulak bangun dan siap maki-hamun lagi orang yang langgar dia haha....Subhanallah =)

P/S : Walaupun kita ni dah berhati-hati, kalau orang lain tak berhati-hati, susah jugak tu. Senang cakap, kalau dah ajal kita sampai, tetap akan pergi jua. Yang penting keluar rumah baca doa dan mengucap siap-siap yup =) Wassalam.

Pesanan buat diri sendiri -.-



Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Monday, 3 June 2013

Berhati-Hati Di Jalan Raya


Salam dari SKA buat semua =) mulakan harimu dengan Bismillah dan senyuman. Pagi ni ambe dapat tahu kawan kelab motor eksiden semalam kat dungun, gambar kat atas tu motor dialah. Alhamdulillah dia luka-luka ringan je, tapi motor pulak teruk. Dalam duk nasihat dan datang melawat ambe, tup-tup dia pulak eksiden, ujian Allah tu tak kenal sape-sape kan. Bila tengok keadaan motor kawan ni, teruk la jugak, tapi teruk lagi motor ambe, hahahaha sadis je rasa. Takpelah ujian kan, yang penting redha.

Betul ke orang cakap kalau motor atau kereta yang dah pernah eksiden, lepas tu akan berlaku lagi eksiden?? Pernah dengar tak ungkapan macam tu??. Sebab kawan ambe ni rasanya dah 3 4 kali eksiden, alhamdulillah dia ok je, dia dah macam kebal pulak dengan eksiden ni huhuhu. Dah la kelab ada anjurkan konvoi ke Cameron Highlands bulan june ni. Tuan takde pape, motor 2 3 hari boleh siap baiki, harap sempat la dia join sekali =) Ehem-ehem, sape tengok bola England vs Brazil pagi tadi?? Ambe tak sempat nak tegok, tapi takpelah yang penting goal Rooney smart kot hehehehe. Akhir kata dari ambe, "Berhati-Hatilah Di Jalan Raya" ingatlah orang tersayang =) Wassalam.


Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Thursday, 21 February 2013

Redha Dengan UjianNYA

Assalamualaikum :) 

SubhanALLAH..Alhamdulillah..Allahuakbar!!..

Pagi-pagi camni rasa nak update blog je. Dah lama tak buka blog ni, maklumlah kesihatan ambe tak mengizinkan nak buat banyak benda. Syukur sangat-sangat ambe masih dapat bernafas kat dunia ni, masih banyak dosa yang belum ditebus dengan taubat. Ambe nak kongsi pengalaman ambe eksiden malam 13/1/2013, awal tahun pula tu. Ujian ALLAH ni pada hambaNYA tak mengira masa dan sesiapa saje kan. Alhamdulillah lah tak meninggal dunia, patah kaki je.


Pengalaman Hitam Dalam Hidup

Malam 13/1/2013 tu hari ahad, kalau kat kampung ambe (Ketengah Jaya) ni memang tiap-tiap hari ahad ada pasar malam dan memang ramai pengguna jalan raya lah masa tu. Kebiasaannya rutin ambe kalau ada kat kampung, tiap-tiap malam ambe berjamaah di masjid. Malang memang berbau busuk, malam tu ambe dengan laici ambe eksiden kat simpang nak menghala ke masjid kerteh5. SubhanALLAH, mengucap panjang ambe, kejadian tu betol-betol sekelip mata je, sedar-sedar dah ramai orang datang tolong. Ambe tak pengsan dan cuba la nak angkat motorsikal ambe, tapi masa berdiri tu ambe tak dapat rasa kaki kanan dan terus syak kaki kanan patah. Kejadian masa tu melibatkan 2 buah motorsikal dan 2 orang sahaja, syukur sangat tak ada benda serius yang berlaku. Bab siapa salah ambe dah serahkan kat penguam dan polis yang siasat, kita saman sama dia hehehe..

Tulang Tibia Dan Betis Kaki kanan Patah

Eksiden tu memang mengejutkan ambe, sedih pun ada sebab kaki dulu yang normal digunakan tiap-tiap hari patah kat tulang kering dan tulang betis. Benda yang ambe boleh buat dulu dah tak dapat buat sekarang, sedih oiii...Hampir 2minggu ambe kat Hospital Besar Terengganu (HSNZ). Sakit disebabkan patah ni hanya ALLAH je yang tahu, tapi ambe redha dengan ujianNYA, yang langgar ambe tu ok je, cuma luka sikit di kepala. Sekarang bertongkat dah boleh, tapi pernah tergelincir 3 kali sebab lantai basah :( terpaksa la tahan sakit sebab kaki yang patah kena tahan dari jatuh kat lantai, cuba la bayangkan, silap-silap boleh patah sekali lagi.
14/3/2013 ambe dibedah kali ke-2 untuk buang besi kat kaki.
Doakan ambe semoga cepat sembuh :) Thanks!!

Ade gambar sikit ambe nak belanja korang..ENJOY!!

huhuhu..ni je ambe sempat snap laici ambe, nak lebih-lebih pergi minta kat balai.

Gambar ni masa kat hospital, sekarang dah ok sikit. Di sebabkan terdapat open fracture kat betis, terpaksa ambe pakai besi area tv ni, rumit nak jaga sebab tiap-tiap hari nak kena cuci tak nak ada kuman kat besi tu.


Sekarang duk rumah n relax buat sementara :) MC 51 hari kot. Tp ape ada dengan MC kan, lebih baik sihat-sihat je. Pape pun ambe terima dengan redha. Wassalam

Hehehe..so berhati-hatilah di mana anda berada..peace yOo!
P/s :  Kalau anda ingin tahu lebih banyak pengalaman istimewa ambe tentang patah kaki ni,
 bolehlah klik --->> SINI. Macam-macam tips dan kisah ambe kongsikan.


Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Thursday, 2 June 2011

Selamat


..ALhamduLiLLah..

Salam semua.. Petang ni btol2 wat aku t'fkir, cam ade bnda yg salah je aku bt slama ni..smbil lepak kt kedai momok tman smarak, wat aku b'fikir sjenak..ape salah yg aku dh bt smpai Allah uji aku cmni???? Ptg ni aku xcdent ngan 2buah kreta..hm..yg pntg sume slamat, bnda cmni sllu je b'men lam fkiran aku ble ada musibah yg mnimpa aku..sumenya cm ptanda..Alhamdulillah..kdg2 byak myedarkn aku drp bt silap..

Tgahri ni aku igt nk p Seremban, nk p ceLcom cntre, nk hdupkn blik num hp yg lma..pnjam la kreta akak aku jap..tkar trnsport la..dia amek awek aku..aku amek pakwe dia..lam kul2 aku gerak la dr umah (Nilai3) mnuju ke Sremban..msuk je area Labu jem skit la sbb ada lori tnah kt depan..lam 3 buah la kot..depan aku kreta myV, blkang kreta saga.

ngah best dok karok lam kreta..tiba2 lori dpan myV ni brek...myV dpan aku yg agak laju brek mgejut la..aku pn smpat la brek..tiba2 kreta saga yg blakang ni dtang lggar ktorg..aku ase cm kpla t'hempap ke batu je ble kreta saga lggar kreta aku..smpai skrg pning..d'pndekkan crita aku ngan cina myV ni ajak bro yg bwak saga ni p b.polis..drp b'gduh kt atas jlan bek p b.polis je..aku yg kt tgah2 ni la merana skit kena himpit..xleh byang aku law kt blakang aku tu lori trelar..ntah2 aku da arwah skrang...

Ni myv dpan aku..org cina..ngan mak dia..bgus diorg ni..cpat b'tndak..cam da ade pglaman xcdent je..kreta yg blkg dia 2 aku pye la..

Yg ni aku pye..xde la truk sgt..law aku yg lggar mgkin truk..tp effect dr kreta yg lggar kt blakang je

blakang kreta xde la truk sgt, kemek je..

ni kreta bro yg lggar ktorg..truk x????? ntah bape la hbis kena repair..

yang ni dekat balai polis Nilai..bile slidik n bincang2..aku ngan bro myV xb'salah...
Fuhhhhhhhhh!!!! Alhamdulillah..slamat nyawa n slamat wit.. :)
tp cian jgak kt bro saga ni..myb kreta dia da uzur kot..2 yg brek xmkan sgt..nk2 time emrgncy...
lam 3mggu leh la amik blik kreta ni..yg pntg aku slamat... Aku xkawen lg wehhh!!! nk jgak kawen n ada ank100x  :) heeeee....





Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)