Fais-SKA

Tuesday, 22 October 2013

Motivasi Pagi - Cepatnya Masa Berlalu

بسم الله الرحمن الرحيم

Astaghfirullah for yesterday, Alhamdulillah for today and Inshaa'Allah for tomorrow

Salam 17 Zulhijjah, harap anda semua dalam keadaan sihat sejahtera, inshaa'Allah. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk berblogging, fuhhh..lama pula tak layan blog SKA ni. Cepat betul masa berlalu, dah seminggu lebih tak terbitkan sebarang entri dan blogwalking, inshaa'Allah lepas ni kembali berblogging dan blogwalking seperti biasa. Minggu lepas ambe banyak habiskan masa dengan keluarga, sekarang rumah pun dah kembali sunyi. Nikmat betul bila dapat bersama keluarga yang balik bercuti di kampung. Alangkah seronoknya kalau masa boleh diundur dan diberhetikan, pasti manusia ni banyak je masa yang terluang.

Cerita bab masa ni, memang tak logiklah kan kalau masa tu boleh diundur atau diberhentikan. Memandangkan pergerakan ambe terbatas dan kaki tak sihat sepenuhnya lagi, masa banyak dihabiskan dengan keluarga. Alhamdulillah, kadang-kadang sakit ni memang ada banyak hikmah. Kalau nak dibandingkan dengan rutin ambe sebelum ni yang banyak fokus pada kerja, kelab dan berkonvoi. Masa yang ada sekarang ni memang bermakna untuk ambe muhasabah diri dan bersama keluarga. Kadang-kadang terkenang masa lalu yang banyak boleh dijadikan pengajaran, masa yang ada sekarang alhamdulillah, ujian tu penghapus dosa bagi diri dan masa hadapan pula, ishaa'Allah sama-sama kita cuba dapatkan yang terbaik.
Masa itu emas dan sangat berharga, hargailah masa yang ada dengan melakukan aktiviti berfaedah dan amalan kebaikan.

Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
Maksudnya: ''Hari kiamat tidak akan terjadi sehinggalah berlaku peredaran yang terlalu singkat umpama setahun bagaikan sebulan, sebulan bagaikan seminggu, seminggu bagaikan sehari, sehari bagaikan sejam dan sejam bagaikan sekelip mata. - Riwayat Ahmad
Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:
Maksudnya: "Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran. - [al-‘Ashr 103:1-3]
"Laksanakan segera amal soleh karana tujuh hal: sebelum datang kemiskinan yang membuatkan kamu lupa, kekayaan yang menyesatkan, penyakit yang membinasakan, ketuaan yang melumpuhkan, kematian yang mendadak, kemunculan dajal sebagai makhluk terjahat yang sentiasa mengintip dan datangnya kiamat yang sangat mengerikan." (HR Tirmidzi).

P/s: Ambe nak ucapkan tahniah kepada para jemaah haji dari Malaysia yang berpeluang mengerjakan haji baru-baru ni. Semoga Allah limpahkan rahmatNya kepada mereka semua, inshaa'Allah dapat haji yang mabrur..Amin Ya Allah. Semoga bermanfaat =) Wassalam..


Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Friday, 11 October 2013

Doa Para Nabi Ketika Ditimpa Duka

بسم الله الرحمن الرحيم

Dari Ali r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: 
"Doa adalah senjata bagi orang-orang mukmin, tiang bagi agama, dan nur bagi langit dan bumi".
(HR Hakim)

Daripada Abu Darda’ r.a: Rasulullah s.a.w telah bersabda: 
"Doa seorang muslim kepada saudaranya yang muslim tanpa diketahui olehnya adalah mustajab, (ketika berdoa) akan ada didekatnya satu malaikat muwakkal (pesuruh) setiap ia berdoa untuk saudaranya itu dengan sesuatu kebaikan (malaikat itu) akan berkata: Amin! Dan bagi engkau kebaikan yang sama". 
(Hadis diriwayatkan oleh Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:
"Barangsiapa mahu supaya doanya dikabulkan ketika dalam keadaan kesempitan atau kesusahan hendaklah dia banyak berdoa ketika dalam kesenangan". 
(HR Tirmizi)


Doa Nabi Nuh.

"Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada  sesuatu yang aku tidak ketahui dan jika Engkau tidak mengampunkan dosaku dan memberi rahmat kepadaku, nescaya jadilah aku dari kalangan orang yang rugi".

Doa Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail ketika meninggikan binaan asas Baitullah.

"Wahai Tuhan kami, terimalah daripada kami (amal kami), sesungguhnya Engkaulah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Wahai Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang berserah diri kepadaMu dan jadikanlah keturunan kami umat yang berserah diri kepadaMu. Tunjukkanlah kepada kami cara ibadat kami dan terimalah taubat kami. Sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima Taubat lagi Maha Mengasihani.  Wahai Tuhan Kami, utuskanlah kepada mereka seorang rasul daripada kalangan mereka sendiri, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayatMu dan mengajarkan mereka kitab hikmat (sunnah) serta sucikanlah mereka. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana".

Doa Nabi Lut.

"Wahai Tuhanku, selamatkanlah daku dan keluarga serta pengikut-pengikutku daripada apa yang dilakukan oleh golongan yang jahat".

Doa Nabi Yusuf.

"Wahai Tuhanku, sesungguhnya Engkau telah mengurniakan daku sebahagian daripada kekuasaan dan mengajarku sebahagian ilmu ta'bir mimpi. Wahai Tuhan pencipta langit dan bumi, Engkaulah pelindungku dunia dan akhirat. Matikanlah aku dalam Islam dan temukanlah aku dengan orang-orang yang soleh".

Doa Nabi Ayub ketika menghadapi penderitaan penyakit.

"Sesungguhnya aku ditimpa penyakit dan Engkaulah yag Maha Penyayang di antara para penyayang".


Doa Nabi Syuib.

"Kepada Allahlah kami bertawakkal. Wahai Tuhan kami, hukumkanlah antara kami dan kaum kami dengan kebenaran, kerana Engkaulah sebaik-baik Hakim".


Doa Nabi Sulaiman.

"Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya aku bersyukur akan nikmatMu yang telah Engkau kurniakan kepadaku dan kedua ibu bapaku, agar aku tetap beramal soleh dan masukkanlah daku dengan limpah rahmatMu dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh".

Doa Nabi Yunus.

"Sesungguhnya tiada Tuhan yang dapat menolongku melainkan Engkau. Maha Suci Engkau sesungguhnya aku adalah daripada orang yang menganiaya diri sendiri".

Doa Nabi Zakaria untuk memohon zuriat.

"Wahai Tuhanku, janganlah Engkau biarkan aku sendirian dan Engkaulah sebaik-baik yang mewarisi".

Doa Nabi Musa.

"Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku dan mudahkanlah bagiku tugasku. Serta lepaskanlah simpulan daripada lidahku".

Doa Nabi Isa.

"Ya Allah, Tuhan Kami, turunkanlah kiranya kepada kami satu  hidangan dari langit untuk menjadi hari raya bagi kami, iaitu orang yang pertama daripada kami dan bagi orang yang datang kemudian dan sebagai satu tanda daripadaMu. Kurniakanlah rezeki kepada kami, kerana Engkau jualah sebaik-baik pemberi rezeki".


Doa para Nabi merupakan contoh doa yang terbaik untuk kita ikuti. Sebagai hamba Allah yang menumpang di atas muka bumi ini, janganlah kita menjadi hamba yang sombong tanpa meminta kepadaNya. Mintalah kepada Allah dengan hati yang ikhlas dan bersungguh-sungguh. Semoga apa yang kita hajati dan minta kepadaNya menjadi kenyataan, inshaa'Allah. Semoga bermanfaat dan Salam Jumaat. Wassalam =).



Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)