Fais-SKA

Friday, 14 June 2013

سأندايڽ القرءان بيسا بربيچارا

بسم الله الرحمن الرحيم


Aku kitab yang dicetak dengan sangat cantik.
Aku diberi sampul mewah yang sangat indah.
Aku pasti ada di setiap rumah orang muslim.
Tapi, di dalam hati setiap muslim aku jarang ditemui.

Aku diletakkan di atas rak yang tinggi.
dibiarkan disana, aku ditinggalkan dan dilupakan.
Kadang-kadang aku diletakkan ditempat yang kotor, katanya untuk mengusir hantu & jin.
Dan disana juga aku dibiarkan, ditinggalkan dan dilupakan.

Dengan penuh rasa hormat aku banyak dicium setiap kali selesai baca.
Tapi, pelajaran dan petunjuk utama yang ada padaku selalu dilupakan.
Mereka mengabaikan pesanan yang ada padaku.
Ada kalanya aku digunakan untuk bersumpah palsu.

Kegunaanku yang sebenarnya sangat jarang diperhatikan.
Sungguh betapa ajaibnya aku bisa mengubah dunia.
Yang semestinya mereka lakukan adalah memahami perkataanku.
Pelajarilah aku dan perhatikan apa yang aku katakan untukmu.

Aku punya hukum.
Aku punya kebijaksanaan.
Aku punya sesuatu yang sangat berharga.
Dan banyak lagi yang aku punya yang tak bisa kau hitung.

Akulah penyelamatmu.
Akulah petunjukmu.
Aku diturunkan oleh Allah untukmu.
Aku diajarkan kepada Rasulullah S.A.W serta dipertahankan dengan air mata dan darah.

Kebenaran adalah kemahsyuranku.
Maka bacalah aku, pelajarilah aku, amalkanlah aku dan sampaikan isi yang ada padaku.
Kerana.
AL-QURAN AL-KARIM adalah namaku.


Maha suci Allah yang telah menurunkan Al-Quran kepada hambaNya, 
agar dia menjadi pemberi peringatan kepada seluruh alam,
yang kepunyaanNya kerajaan langit dan bumi, 
dan Dia tidak mempunyai anak dan tidak ada sekutu bagiNya dalam kekuasaanNya,
dan Dia telah menciptakan segala sesuatu, dan Dia menetapkan ukuran-ukurannya dengan serapi-rapinya.

Surah Al-Furqan 1-2.


(=  SKA سلام جمعة دري



Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Wednesday, 12 June 2013

Sama-Samalah Kita Membantu Saudara Kita Ni




Kepada Sahabat,

Pelajar di atas bernama Aliff Asyraff, pelajar UTP kemasukan Januari 2013. Beliau kehilangan kaki kanan akibat daripada kemalangan tragik semasa menunggang pulang ke rumah di Jelapang. Beliau kini dalam status penangguhan sehingga September 2013. 
Ayah beliau bekerja di Pasar Malam manakala Ibu beliau menjaja air di sekitar sekolah berdekatan dengan rumah mereka. Pendapatan isi rumah keluarga Aliff tidak lebih RM3000 sebulan. Baru-baru ini Ibu Aliff datang dan berjumpa dengan Unit Kebajikan UTP untuk memohon bantuan kewangan dalam membeli kaki palsu yang berharga RM17,000.00

Oleh itu, kami amat menghargai jasa baik anda untuk sumbangan kewangan bagi meringankan beban keluarga Aliff.

Maklumat beliau adalah seperti berikut:-
NAMA : MUHAMMAD ALIFF ASYRAFF BIN MOHD HAMDAN
ID PELAJAR : 0018935
JURUSAN : ASAS KEJURUTERAAN AWAM
KEMASUKAN : JANUARI 2013

Akaun CIMB Ibu Aliff
Nama Akaun : NOOR ASY KIN BT YAAKOP
No Akaun : 08030115307529

Kami mengharapkan anda dapat membantu pelajar cemerlang ini untuk menambahkan semangat keluarga beliau dalam meneruskan hidup. Bersama-sama kita bersatu untuk golongan yang memerlukan. Dermalah atau sekurang-kurangnya tekan "like" dan kongsikan artikel ini kepada kawan anda.

Terima kasih.

Unit Kebajikan UTP
Persatuan ALUMNI UTP

Oleh itu, kami amat menghargai jasa baik anda untuk sumbangan kewangan bagi meringankan beban keluarga Aliff.
Maklumat beliau adalah seperti berikut:-NAMA : MUHAMMAD ALIFF ASYRAFF BIN MOHD HAMDANID PELAJAR : 0018935JURUSAN : ASAS KEJURUTERAAN AWAMKEMASUKAN : JANUARI 2013
Akaun CIMB Ibu AliffNama Akaun : NOOR ASY KIN BT YAAKOPNo Akaun : 08030115307529


Kami mengharapkan anda dapat membantu pelajar cemerlang ini untuk menambahkan semangat keluarga beliau dalam meneruskan hidup. Bersama-sama kita bersatu untuk golongan yang memerlukan. Dermalah atau sekurang-kurangnya tekan "like" dan kongsikan artikel ini kepada kawan anda. 
Terima kasih.
Unit Kebajikan UTPPersatuan ALUMNI UTP



****************************************************************

Tengah godek-godek mukabuku tadi, ternampak artikel ni. Terus ambe rasa nak share kat blog ni. In.shaa.Allah sama-samalah kita bantu apa yang patut. Semoga beliau tabah dan cepat sembuh. 
Wassalam.



Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)