Fais-SKA

Wednesday 13 March 2013

Solat Jenazah Yang Mudah

Subhanallah..Alhamdulillah..Allahuakbar

Have a beautiful day and i can see it, syukur Alhamdulillah :). Kali ni ambe nak kongsi bab ilmiah sikit buat Umat Islam dan ambe harap kita dapat amalkan sama-sama. Entri kali ni bab 
"Solat Jenazah". 
Ambe sebelum ni tak pernah amalkan solat jenazah ni even ada je kematian yang pernah ambe ziarahi. Setelah ambe baca kisah-kisah dunia kita sekarang ni, ambe rasa terpanggil pulak untuk belajar cara solat jenazah. Alhamdulillah mudah je rupanya, senang nak buat. Pernah jugaklah ambe ditegur dengan family & cik tunang bab neh hehehe.. 
Solat jenazah ni merupakan Fardhu Kifayah. Dengan makna mudahnya: "Perkara fardhu, bila ada sekurang-kurangnya seorang yang telah melakukannya, maka gugurlah kefardhuan tersebut kepada seluruh kampung tersebut dan tidak berdosalah yang lain". riwayat daripada Zaid bin Khalid al-Juhani yang bermaksud :

Ada seorang sahabat Nabi radhiallahu’ anh meninggal dunia pada perang Khaibar. Ketika hal tersebut diberitahukan kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, baginda pun bersabda:
Solatlah ke atas sahabat kalian ini.
Maka wajah orang-orang pun berubah kerananya. Baginda bersabda:
Sesungguhnya sahabat kalian telah melakukan pengkhianatan di jalan Allah.
Kemudian kami memeriksa barang yang dibawanya dan kami menemukan sebuah perhiasan dari permata kaum Yahudi yang nilainya tidak setara dengan dua dirham – 
Hadis riwayat Imam Abu Dawud 

Melalui hadis ini kita dapati baginda Rasulullah tidak turut serta dalam solat Jenazah tersebut dan hanya para sahabat lain mengerjakannya. Sekiranya solat Jenazah itu hukumnya fardu ‘ain tentu baginda akan turut serta mengerjakannya. Rasulullah pun pernah bersabda barangsiapa yang solatkan jenazah akan mendapat pahala 1qirath dan selepas itu ia mengiringi jenazah kekubur akan mendapat pahala 2qirath, yang mana Qirath itu bermaksud ia sama dengan 2 gunung yang besar. Subhanallah, besar betul pahalanya kan. Tak susah pun nak buat solat jenazah ni, andai kata ada ahli keluarga kita yang meninggal dunia, lebih afdal ahli keluarganya yang turut solatkan jenazah. Janganlah harapkan imam dan orang masjid semata-mata. Kumpul ahli keluarga seramai yang mungkin, sebab sekiranya jemaah yang mengerjakan solat Jenazah itu mencapai empat puluh orang atau lebih maka Allah akan mengabulkan permohonan syafaat mereka terhadap jenazah tersebut. 

Ramai kan yang solatkan jenazah.

Bawah ni ambe nak kongsi cara-cara solat jenazah yang ringkas.

1. Angkat Takbir "Allahuakbar" & Niat dalam hati.
- Sahaja aku Solat Jenazah terhadap mayat ini, 4 takbir, Fardhu Kifayah kerana Allah Taala.
- Jadi Makmum atau imam?? tambah "Sebagai Makmum @ Imam Kerana Allah Taala".
- Baca Surah Al-Fatihah hingga akhir.
2. Angkat Takbir Kedua "Allahuakbar"
- Selawat keatas Nabi Muhammad S.A.W. " Allahumma solli a'la Muhammad wa a'la ali Muhammad.
- Pendek pun takpe, yang paling elok Selawat Ibrahimiah seperti dalam Tahiyyat Akhir.
3. Angkat Takbir Ketiga "Allahuakbar"
- Doa keatas jenazah (Pendek pun takpe, panjang lagilah bagus) Contoh:- 
- Allahummargh Firlahu Warhamhu Wa Afihi Wa'Fuanhu (Untuk mayat lelaki). Bermaksud :
Ya Allah, ampunilah baginya, kasihanilah dia, afiatkan dia dan maafkanlah kesalahannya.
- Allahummargh Firlaha Warhamha Wa Afiha Wa'Fuanha (Untuk mayat perempuan).
4. Angkat Takbir Keempat "Allahuakbar"
- Memberi Salam kiri dan kanan (Assalamualaikum Warahmatullah)
- Alhamdulillah Selesailah cara ringkas Solat Jenazah.

Mudah kan :) yang penting rukunnya cukup. Islam itu mudah, tak membebankan penganutnya pun. Sama-samalah kita pelajari, semoga kita dapat buat dengan seikhlas hati kita. Nak lebih detail bab solat jenazah ni, boleh klik disini.

Rukun Solat Jenazah.
1- Niat Pada Takbiratul Ihram.
2- Berdiri bagi yang mampu, tiada rukuk dan sujud.
3- 4kali Takbir termasuk Takbiratul Ihram.
4- Membaca Surah Al-Fatihah selepas takbir pertama.
5- Selawat keatas Nabi Muhammad S.A.W selepas takbir kedua.
6- Doa buat jenazah selepas takbir ketiga.
7- Memberi salam selepas takbir keempat.

Tuntutlah ilmu dunia seiring dengan ilmu akhirat, semoga bermanfaat buat pembaca.
Wassalam :)


Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

2 comments:

  1. ingt lagi masa ting 3 dulu.. kena hafal ttg cara2 nak solat jenazah... :) pastu siap praktis lagi.. ada student y jadi 'mayat' jap..hu8

    ReplyDelete
    Replies
    1. he3..smalah =) ada je praktikal 2..best kn..tp hafalnya x pn msa 2..kui3..

      Delete