Fais-SKA

Friday 1 March 2013

Owhhh Tasik Kenyir


Entri kali ni ambe nak kongsi cerita time bercuti bersama gengs (12 orang) di Tasik Kenyir. Ni cerita tahun lepas punya, bulan 10 kalau ambe tak silap. Balik je bercuti tu tak terfikir pulak nak kongsi dalam blog, mungkin sebab banyak makang ikang tasik kot hehehe..lagi pun sekarang baru dapat semua gambar masa pergi Tasik Kenyir tu. Time-time cuti camnilah ambe rasa rajin nak update blog, tu pun sebab kawan ambe bagitahu nak pergi Kenyir pulak bulan 6 tahun ni. Aduhaiiiiii..harap menjadilah kali ni, sebab percutian kitorang tahun lepas ambe boleh kabo percutian yang gagal, semuanya POYO. 

Nak tahu sebab ape gagal? Hahahaha..sebab kitorang terkandas di tengah-tengah tasik selama 4hari 3malam (lama tu), hampeh punye "Houseboat" dah la bayar mahal, boleh pulak enjin boat jem tengah-tengah tasik, lain kali service la dulu boat tu. Last-last kitaorang balik camtu je, tu pun tunggu sampai 4hari. Perasaan teruja nak pergi air terjun dan taman negara terus jadi bosan (sabar jelah). Aktiviti kitaorang bila dah jadi camni memang banyak tido jelah, memasak, bbq, makan, memancing, tengok movie, tengok krew boat tengah baiki boat, bergambar dan terjun masuk tasik(mandi). Nama tuan houseboat terpaksa dirahsiakan sebab nak jaga periuk nasi dia, ambe nasihat kalau nak tempah houseboat, tengok la yang cantik-cantik. Harga mahal takpe janji puas hati.


Gambar kat atas ni la houseboat yang kitaorang sewa. Ok tak?? Hehehehe ok la kan :) ada bilik kat level2, ada bilik air, tandas, dapur, tempat makan, ruang memancing dan ruang santai. Tapi 1 je yang tak best, tingkap kat level2 tu dia tutup pakai kanvas je. Hampeh punya houseboat, dah la tiap-tiap petang hujan, kitaorang jugak la jadi magsa pegang kanvas tu tunggu hujan dan ribut berhenti. Seram pun ada, dah macam kat laut je bila ribut datang, bergoyang habis, tapi syok pun ada. Meh tengok gambar bawah ni.

Walaupun jadi macam ni, layan jelah :) kenangan indah tu ada bila kitaorang dapat ikan, bila tengok pemandangan yang cantik (memang betol-betol cantik), dapat bergambar, gelak sama-sama, mandi tasik sama-sama dan banyak lagi lah, tak rugi pun kalau korang pergi. Pape pun jika ada kesempatan untuk pergi kali ke2, ambe harap benda camni tak terjadi dah, hahahaha.. ambe salute la gengs ambe ni, korang memang best :) kalau ada yang berminat nak bercuti ke Tasik Kenyir, pergilah ramai-ramai, memang syok sangat-sangat, kalau nak sewa houseboat boleh klik sini dan sini
Bawah ni ada la gambar yang sempat kitorang snap dari mula sampai la balik..layan jelah..

Gambar atas ni time nak balik dah, houseboat yang kitorang sewa ditunda houseboat lain. Yang penting semua selamat. Banyak lagi gambar yang ambe tak kongsi kat sini, nak tengok datang rumah ambe :) Wassalam.



Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

3 comments:

  1. umah ko dekat ker ngan tasik kenyir??huh??cantek tempatnya...nice!!!!

    ReplyDelete

  2. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.



    ReplyDelete
  3. Memang sangat seronok bila dapat memancing atau berkelah dengan rakan-rakan, Perkongsian yang menarik. :D

    Pakej Tasik Kenyir Terkini

    ReplyDelete