بسم الله الرحمن الرحيم
Salam dari
SKA dan selamat pagi semua. Semoga hari ini memberi kecerian kepada kita semua, inshaa'Allah. Nak rezeki murah tak?? Kalau nak, sentiasalah ukirkan senyuman, kan senyum itu sedekah. Lebihkan senyuman dan kurangkan ketawa, itu lebih baik kerana ketawa yang banyak akan mematikan hati, Rasulullah pun pernah tegur.
Rasulullah SAW bersabda: “Janganlah engkau memperbanyak ketawa, kerana sesungguhnya banyak tertawa akan mematikan hati”. Dalam hadis yang lain pula, Aisyah r.a bercerita, “Tidak pernah aku melihat Rasulullah s.a.w tertawa terbahak-bahak sehingga kelihatan batas kerongkongannya. Akan tetapi tertawa beliau adalah dengan tersenyum.” (Hadits Riwayat Al-Bukhari).
Senyum Itu Sunnah Rasulullah s.a.w
Rasulullah s.a.w merupakan insan yang sentiasa senyum kepada sahabat-sahabatnya, malah kepada sesiapa sahaja yang Rasulullah jumpa. Baginda takkan berkata-kata tanpa senyuman, begitulah kehidupan Rasulullah s.a.w. Jika Rasulullah s.a.w tersenyum, maka bersinarlah wajahnya sehingga menerangi di sekelilingnya, subhanallah kan. Dari Jarir r.a berkata: "Sejak aku memeluk islam, Rasulullah tidak pernah membelakangkan aku dan sentiasa tersenyum kepada ku. Rasulullah juga disenangi kerana sifat baginda yang sentiasa tersenyum tidak kira dalam apa masalah sekalipun. Allah berfirman: Katakanlah: "Jika kamu benar-benar cintai Allah, ikutilah aku. Nescaya Allah akan mengasihimu".
(Ali-Imran : 31)
Kelebihan Senyuman
1~ Dapat pahala ibadah kerana senyum itu sedekah dan sunnah Rasulullah.
2~ Memberi kelebihan kepada badan dan minda.
3~ Mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dan pelbagai penyakit jantung.
4~ Membawa kepada anda satu perubahan yang positif
5~ Mudah didekati oleh masyarakat dan sabahat.
6~ Tidak mengurangkan nilai insan bahkan menambahkannya.
7~ Dapat menambah keyakinan diri.
8~ Memupuk kreativiti.
9~ Membina sifat keikhlasan dalam diri.
P/S: Senyum sokmo deh, mulakan hari anda dengan senyuman, kalau boleh biarlah ikhlas dan nampak gigi tu, hehe barulah comel =) semoga bermanfaat di pagi hari, inshaa'Allah. Wassalam.
Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)