Fais-SKA

Tuesday, 22 October 2013

We Support Morsi

بسم الله الرحمن الرحيم

Agaknya kan, apa cerita terbaru tentang Dr. Mohamed Morsi dan para pengikutnya di Mesir ye? Agak lama jugalah ambe tak dengar berita tentang Dr. Mohamed Morsi ni. Kadang-kadang cari info kat mukabuku pun takde perkembangan terbaru tentang beliau, cuma video terakhir yang ambe tengok adalah ucapkan Salam Aidiladha oleh para pejuang islam kepada seluruh umat islam. Harap beliau dan para pejuang islam tetap tabah dan dirahmati Allah selalu. Inshaa'Allah Dr. Mohamed Morsi pasti akan kembali bebas dan kemenangan umat islam pasti akan dikecapi suatu masa nanti. Sama-samalah kita mendoakan kesejahteraan mereka di sana.



Sebelum terlupa, ambe nak ucapkan terima kasih kepada pihak sponsor baju R4BIA untuk Mini GA By T-Shirt Mudah Terengganu. Setahu ambe GA ni sekarang dah masuk part-3 kan??. Alhamdulillah, ambe menang t-shirt R4BIA ni dari GA pertama. Sebenarnya dah seminggu lebih dapat t-shirt ni, tapi harini baru berkesempatan ucapkan terima kasih =.=". Ambe pun tak sangka yang pihak sponsor rajin hantar hadiah ni sampai ke rumah. Pandai diorang pilih pemenang kan hahaha..tak payah susah-susah nak post dah. Memang dekat sangat kedai diorang dengan kampung ambe. Alhamdulillah terima kasih sekali lagi yup, semoga perniagaan T-Shirt Mudah Terengganu bertambah maju =). Wassalam.


Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Motivasi Pagi - Cepatnya Masa Berlalu

بسم الله الرحمن الرحيم

Astaghfirullah for yesterday, Alhamdulillah for today and Inshaa'Allah for tomorrow

Salam 17 Zulhijjah, harap anda semua dalam keadaan sihat sejahtera, inshaa'Allah. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk berblogging, fuhhh..lama pula tak layan blog SKA ni. Cepat betul masa berlalu, dah seminggu lebih tak terbitkan sebarang entri dan blogwalking, inshaa'Allah lepas ni kembali berblogging dan blogwalking seperti biasa. Minggu lepas ambe banyak habiskan masa dengan keluarga, sekarang rumah pun dah kembali sunyi. Nikmat betul bila dapat bersama keluarga yang balik bercuti di kampung. Alangkah seronoknya kalau masa boleh diundur dan diberhetikan, pasti manusia ni banyak je masa yang terluang.

Cerita bab masa ni, memang tak logiklah kan kalau masa tu boleh diundur atau diberhentikan. Memandangkan pergerakan ambe terbatas dan kaki tak sihat sepenuhnya lagi, masa banyak dihabiskan dengan keluarga. Alhamdulillah, kadang-kadang sakit ni memang ada banyak hikmah. Kalau nak dibandingkan dengan rutin ambe sebelum ni yang banyak fokus pada kerja, kelab dan berkonvoi. Masa yang ada sekarang ni memang bermakna untuk ambe muhasabah diri dan bersama keluarga. Kadang-kadang terkenang masa lalu yang banyak boleh dijadikan pengajaran, masa yang ada sekarang alhamdulillah, ujian tu penghapus dosa bagi diri dan masa hadapan pula, ishaa'Allah sama-sama kita cuba dapatkan yang terbaik.
Masa itu emas dan sangat berharga, hargailah masa yang ada dengan melakukan aktiviti berfaedah dan amalan kebaikan.

Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
Maksudnya: ''Hari kiamat tidak akan terjadi sehinggalah berlaku peredaran yang terlalu singkat umpama setahun bagaikan sebulan, sebulan bagaikan seminggu, seminggu bagaikan sehari, sehari bagaikan sejam dan sejam bagaikan sekelip mata. - Riwayat Ahmad
Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:
Maksudnya: "Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran. - [al-‘Ashr 103:1-3]
"Laksanakan segera amal soleh karana tujuh hal: sebelum datang kemiskinan yang membuatkan kamu lupa, kekayaan yang menyesatkan, penyakit yang membinasakan, ketuaan yang melumpuhkan, kematian yang mendadak, kemunculan dajal sebagai makhluk terjahat yang sentiasa mengintip dan datangnya kiamat yang sangat mengerikan." (HR Tirmidzi).

P/s: Ambe nak ucapkan tahniah kepada para jemaah haji dari Malaysia yang berpeluang mengerjakan haji baru-baru ni. Semoga Allah limpahkan rahmatNya kepada mereka semua, inshaa'Allah dapat haji yang mabrur..Amin Ya Allah. Semoga bermanfaat =) Wassalam..


Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)