Fais-SKA

Showing posts with label F1. Show all posts
Showing posts with label F1. Show all posts

Sunday, 24 March 2013

F1 Malaysian GP


Tamat sudah F1 Malaysian GP 2013 untuk pusingan ke2. Ambe yang follow keseluruhan perlumbaan petang tadi bangga jugak la dapat tengok  Team Mercedes AMG Petronas dapat tempat ke-3 dari pemandunya Lewis Hamilton. Perlumbaan kat Sepang ni takdelah bosan sangat sebab pelbagai babak menarik sepanjang perlumbaan ditunjukkan oleh para pelumba. Syabas buat Vettel, Webber dan Hamilton kerana berjaya menaiki podium. Malang pula buat pemandu Ferrari & McLaren, Alonso dan Button kerana gagal tamatkan perlumbaan.

1. Vettel, 2. Webber, 3. Hamilton.
Malaysian GP pada mulanya ambe ingatkan berlumba dalam keadaan hujan, nak jugak tengok diorang berlumba dalam hujan 100% sampai habis perlumbaan. Tapi hujan sekejap je dan litar kembali kering selepas 10 minit perlumbaan bermula. 1001 babak yang ditunjukkan oleh pelumba F1 kali ni, tapi ni je gambar yang dapat ambe kongsi dengan korang. Next GP kat China pulak, jangan lupa tengok secara live. Wassalam.. Enjoyyy! :)

Top10 Permulaan Grid
Malang buat Alonso
Hehehe kesilapan Hamilton di pit (sayang lagi rupanya dia dengan team McLaren)
Malang buat Button, kalau takde masalah teknikal di pit confirm dah naik podium atau kedudukan ke5
Persaingan tempat ke-3 antara Hamilton & Rosberg
Persaingan tempat pertama antara Vettel dan Webber.
Kemenangan milik Vettel


Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Friday, 22 March 2013

Sepang Malaysian GP 2013

Bagi peminat F1 Malaysia mesti dah terasa kehangatan F1 kali ni kan. Esok dah sesi qualifying, mesti dah ramai yang beli tiket untuk lihat perlumbaan secara Live ahad ni. Untunglah sape yang dapat tengok secara live kat Sepang. Ambe juga yang setia tengok depan tv je. Bagi yang macam ambe tengok depan tv je, korang boleh tengok secara Live di ntv7.
Yang takde Astro tu jangan bimbang, korang boleh tengok kat ntv7.
Bagi yang nak tengok secara live kat Sepang tu, sediakan la payung ye, mungkin esok dan lusa hujan. Sedia juga sunblock, kot-kot panas terik pula. Faham-faham jelah iklim Malaysia ni tak menentu setiap tahun. Perlumbaan F1 tahun lepas pun hujan lebat, yang penting siapkan diri anda untuk F1 2013. Opss..jangan lupa bawa earplug (penting!!), enjin F1 bunyi dia kuat & memekak.

Huhuhuhu..tengok ramalan cuaca ni, mungkin hujan lebat ahad ni.
Tadi pukul 2 lebih sempat jugalah ambe follow sesi latihan ke2 kat Sepang. Berbaki 30minit sesi latihan nak habis tiba-tiba hujan turun, tapi tak lebatlah dan bersambung balik bila hujan dah kembali reda. Buat pasukan yang ambe minat (McLaren), masih lagi mencari rentak terbaik untuk bersaing dengan pasukan lain. Agak teruk la catatan masa diorang, begitu juga dengan Lewis Hamilton dari Team Petronas Gp. Ambe harap persaingan yang lebih menarik dapat ditunjukkan hari ahad ni.

Info tentang Sepang Circuit
Catatan masa setiap pelumba Sesi latihan bebas pertama pagi tadi.
Catatan masa setiap pelumba Sesi latihan bebas kedua petang tadi.
Kereta F1 tahun ni 2013 dah banyak berubah, dari segi rekabentuk kereta sehingga la ke sayap depan dan sayap belakang. Enjin kereta F1 bukanlah salah satu penyebab kereta F1 tu laju. Tapi ianya juga terletak pada cara pemanduan (skills), reka bentuk kereta, aerodinamic, sayap depan, sayap belakang, tayar, tinggi atau rendah kereta dan strategi pasukan itu sendiri. Bawah ni gambar revolusi F1 car 2012 to 2013. Wassalam :)
Redbull Racing
Ferrari
McLaren
Lotus Racing
Mercedes GP
Team Sauber
Force India
Team Williams
Toro Rosso
Caterham
Marussia

                     Fernando Alonso

Sepang circuit:
-My favorite
-My first pole
-My first podium
-Race that won more times

Best place to get my 200 races in F1


Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Sunday, 17 March 2013

Australian GP 2013

Berakhir sudah pembukaan F1 2013 di Melbourne Australian GP. Perlumbaan yang menarik dari para pelumba menyaksikan The Iceman (Kimi Raikonen) dari Team Lotus memenangi perlumbaan kali ini di tempat pertama, Fernando Alonso ke-2 dan Vettel ke-3. Cuaca yang redup dan sedikit hujan memberi kelebihan buat kimi raikkonen yang bermula dari petak ke7 pada permulaannya dan terus memimpin perlumbaan hinggalah ke garisan penamat. Bravo buat Kimi Raikkonen dengan pemanduan yang hebat dan strategi yang baik dari Team Lotus. Walaupun team ambe sokong tak menang dan permulaan yang agak slow, ambe harap team McLaren dapat buat lebih baik untuk next GP. 

Permulaan yang hambar dari team McLaren buat ambe down je tengok tadi, Come On McLaren!! buktikan kat Malaysian GP hujung minggu ni. Sorry..terOver emo plok ambe ni. F1 2013 kali ini disertai oleh 22 orang pelumba dan 11 team. Ambe pun baru tahu para pelumba yang berlumba untuk Season 2013 ni, nak details boleh tengok gambar kat bawah ni. 


Semalam semasa perlumbaan Qualifying, para pelumba hanya sempat habis untuk Q1 sahaja oleh kerana hujan lebat pada sebelah petang dan bersambung pada pagi tadi untuk Q2 & Q3. Mungkin awan hujan dari Malaysia bergerak ke Australia kot. Peraturan FIA untuk F1 2013 tidak berubah, yang mana para pelumba kena berebut petak perlumbaan dengan melalui Q1, Q2 dan Q3 dengan masa yang ditetapkan. 10 perlumba yang layak ke Q3 memang terbaik dan kenalah membuat pusingan terpantas untuk merebut petak pertama pula. Faham tak?? hehehehe..buat-buat faham jelah ye.

Kedudukan petak perlumbaan para pelumba. (Qualifying)

Hmm yang ni bab tayar. Isu tayar berjenama Pirelli tetap mnjadi tanda tanya buat ambe. Pelik jugaklah, kerana isu tayar tetap tak habis-habis sejak Pirelli ambil alih menaja tayar untuk perlumbaan F1. Tayar yang digunakan cepat sangat haus dan kurang cengkaman pada permukaan jalan. Pada sesi Qualifying semalam pun dah ada pelumba yang eksiden dan sliding. Penaja tayar F1 terdahulu seperti Bridgestone dan Michelin jarang sangat ada isu besar camni untuk perlumbaan F1. Seperti perlumbaan F1 dulu, peraturan FIA benarkan 1set tayar je ditukar bagi setiap pelumba apabila masuk ke pit. Tapi para pelumba tetap guna tayar yang sama dari awal perlumbaan hingga ke akhir. Hanya 1 set tayar sahaja!. Jauh sangat berbeza dengan sekarang sampai kena tukar 3 set tayar untuk 1 perlumbaan. Bayangkanlah pembazirannya, Ish ish ish...

Please buat tayar yang lebih baik, Team McLare nak menang ni.

Wokeh!! Setakat ni sahaja perkongsian ambe buat peminat F1 :) Congrats to your victory Kimi Raikkonen. Ambe minat jugak dengan Kimi ni sebab dia pernah berlumba untuk team McLaren dan dia menonjol pun semasa bersama team McLaren. Ambe nak sangat tengok si Kimi & Alonso 1 team untuk McLaren hehehe..harap tercapai la angan-angan ambe tu ye. Buat peminat F1 Malaysia, jangan lupa kita pakat gi tengok F1 24 Mac ni di Sepang Malaysian GP. Wassalam..
Proud to be Malaysian :)


Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)