Fais-SKA

Saturday 26 October 2013

Mini Giveaway #2 By Nabila Medan

بسم الله الرحمن الرحيم

Giveaway t-shirt ini adalah untuk memperkenalkan kepada korang semua Ekslusif Tshirt "I AM BLOGGER" yang sangat limited. Akan dikeluarkan 200 helai SAHAJA. Pre-order akan dibuka pada 28,29 dan 30 Okt. 2013. Cuma 3 hari sahaja. Jadi korang kena grab cepat-cepat kalau taknak terlepas okey. 
Jika berminat korang boleh ke blog --->> T-Shirt Mudah Terengganu

GA Tamat Pada 28 Okotober 2013

CLICK BANNER!!


Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Friday 25 October 2013

Hari Jumaat Yang Indah Dan Penuh Barakah

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam Jumaat dari SKA, alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk merasai nikmat hari Jumaat yang mulia ni. Sekarang dah masuk musim hujan rahmat, ada sesetengah kawasan dah dinaiki air. Harap jagalah kesihatan masing-masing dan banyakkan bersyukur, semoga Allah melindungi kita semua..Inshaa'Allah.


Kelebihan Hari Jumaat Yang Tak Terhingga.


Bagaimanakah nak jadikan setiap langkah anda sama dengan ibadah setahun berpuasa dan bersolat??.
Ramai di antara kita menunggu nikmat ganjaran dan pahala yang besar hanya dari bulan Ramadhan serta menunggu malam Lailatul-Qadar. Namun ada satu hari yang mana Allah meletakkan segala kebaikan untuk setahun padanya. Ia adalah hari Jumaat, penghulu segala hari. Sabda Rasulullah s.a.w: "Sebaik-baik hari yang diterbitkan matahari adalah hari Jumaat". Hari Jumaat telah dikhaskan kepada umat islam dengan penuh kebaikan, malah lebih baik dari bulan Ramadhan dan 10 malam terakhirnya. Sabda Rasulullah s.a.w: "Barangsiapa yang mandi, keluar awal berjalan kaki dan tidak menunggang. Kemudian menghampiri imam dan mendengar khutbah, maka pada setiap langkahnya, dia dikurniakan ganjaran berpuasa dan solat selama setahun". Subhanallah, siapa yang taknak kan ganjaran yang sebegini besar. Begitulah apa yang disimpulkan tentang etika dan adab-adab yang boleh diamalkan pada hari Jumaat.

Adab Bersedia Menyambut Hari Jumaat.


  1. Mandi, sesetengah ulama' mewajibkannya kerana Rasulullah s.a.w bersabda: "Mandi Jumaat adalah wajib kepada mereka yang baligh". Iaitu wajib keatas setiap orang yang baligh.
  2. Memakai dan menyimpan pakaian yang terbaik untuk hari Jumaat. Sudah tentulah yang terbaik adalah pakaian yang berwarna putih. Ia adalah sunnah kerana Rasulullah sukakan warna putih.
  3. Memakai wangi-wangian seperti minyak atar dan haruman-haruman lain. 
  4. Memotong kuku dan mencukur atau menggunting bulu yang dibolehkan.
  5. Melumurkan badan dengan losyen ataupun krim.

Inshaa'Allah..jika 5 adab ini kita amalkan, maka kita telah mengamalkan sunnah Rasulullah pada hari Jumaat.

Adab Keluar Ke Masjid.


  1. Berjalan selagi mampu jika masjid berdekatan. Ataupun boleh memandu kemudian berjalan dari keretanya ke masjid. Ianya akan dihitung dan inshaa'Allah akan mendapat ganjaran dari Allah.
  2. Keluar awal dan masuk ke dalam masjid sebelum imam berada di mimbar. Rasulullah s.a.w bersabda: "Di setiap pintu masjid ada Malaikat yang menulis nama mereka yang memasuki masjid mengikut urutan. Ketika imam naik keatas mimbar, Malaikat akan menutup lembaran nama itu untuk mendengar khutbah".
  3. Menunaikan solat sunat tahiyyatul masjid. Rasulullah mengarahkan supaya kita tidak duduk sebelum menunaikan solat sunat tahiyyatul masjid. Walaupun khatib tengah membaca khutbah sekalipun, kita tetap disunatkan untuk menunaikan solat sunat tahiyyatul masjid.
  4. Sunat untuk duduk berhampiran imam. Rasulullah s.a.w bersabda: "Baginda mendekati imam lalu mendengar khutbahnya".
  5. Memberi perhatian kepada khutbah yang disampaikan. Kalau kita tengok sekarang, ramai yang tidur dan bermain handphone ketika khutbah disampaikan dan secara automatik mereka yang lalai ni akan terlepas ganjaran besar yang diberikan kepada mereka yang mendengar khutbah. Rasulullah s.a.w bersabda: "Barangsiapa menggerakkan batu dan bercakap-cakap ketika mendengar khutbah, maka dia telah melakukan perkara yang sia-sia. Barangsiapa yang melakukan perkara yang sia-sia, maka tiadalah pahala Jumaat untuknya".

Amalan Pada Hari Jumaat & Malam Sebelumnya.


  1. Membaca surah Al-Kahfi, Rasulullah s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang membaca surah Al-Kahfi  di hari Jumaat, dia akan disinari cahaya sehingga hari Jumaat yang seterusnya". Ia juga akan melindungi kita daripada fitnah Dajjal.
  2. Perbanyakkan selawat kepada Rasulullah s.a.w.. Rasulullah bersabda: "Banyakkanlah berselawat kepadaku di hari Jumaat dan malam sebelumnya". Jika kita berselawat kepada Rasulullah s.a.w sekali, Allah akan berselawat kepada baginda sebanyak 10 kali. Selawat dari Allah adalah rahmat.
  3. Banyakkan berdoa dan menunggu saat doa dimakbulkan. Rasulullah s.a.w bersabda: "Terdapat satu masa di hari Jumaat, jika seseorang muslim berdoa, doanya pasti akan dimakbulkan oleh Allah". Kebanyakan para ulama dan para sahabat Rasulullah s.a.w mengatakan bahawa saat doa dimakbulkan adalah ketika matahari mula terbenam (senja).
Pupuklah rasa mahabbah kita kepada Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w, agar kita sentiasa menjadi hamba yang bertaqwa dan mengikut sunnah Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah setakat ni jelah ambe dapat kongsikan serba ringkas dengan pembaca, apa yang ambe kongsikan di sini adalah dari tazkirah dari Ustaz Habib Mohammed Alsaggaf. Tazkirah yang disampai beliau sangat bermanfaat untuk kita dengar dan ambil pengajaran. Semoga ape yang ambe kongsikan di atas bermanfaat kepada semua, inshaa'Allah. Salam Jumaat, wassalam =)


Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)