Fais-SKA

Thursday 3 October 2013

Salah Ejaan Boleh Memalukan

بسم الله الرحمن الرحيم

Entri kali ni ambe nak kongsi tentang salah ejaan, bukan nak tuju pada sesiapa, tapi untuk diri sendiri. Apa yang ambe perasan, bila tengok balik komen yang pernah ambe ditinggalkan pada blog orang lain, banyak betul yang salah ejaan. Sampaikan nak baca komen sendiri pun tak faham =.=". Siapa yang pernah kena tu ambe mintak maaflah, harap takdelah yang pening hehe. Perkara macam ni ambe tak sengaja, kadang-kadang bila nak komen je fikiran melayang entah kemana, secara automatiknya dah salah ejaan kat situ. Satu lagi mungkin sebab ambe ni bajet pro kot, bila menaip memang tak tengok keyboard. Apa yang ditaip hanya tengok pada skrin laptop je. Kalau ambe masih online awal pagi, memang gelap tak nampak ape dah kecuali cahaya skrin laptop. Pro tak?? Hahaha..

Ejaan yang betul penting bagi pembaca untuk faham. Kalau korang pernah tengok entri, komen atau di mana-mana je yang ada salah ejaan janganlah kutuk pula, seeloknya tegurlah dengan baik. Mungkin ianya tak disengajakan. Cikgu di sekolah pun tegur elok-elok kalau anak muridnya salah ejaan, mungkin sedikit marah kalau kesalahan ejaan ni kerap berulang. Samalah juga macam menaip entri/artikel yang akan diterbitkan. Pasti kita akan buat pemeriksaan ejaan berulang kali, kalau ada yang tersalah eja pasti malu, betol tak??. 

Macam ambe pun sama juga, ejaan tu yang penting. Bab ayat terpulang kepada individu, nak bersahaja atau sebaliknya. Untuk satu entri, paling kurang ambil masa 30 minit ke 1 jam. Bila tak puas hati, tukar ayat balik, kalau ada kesalahan lagi cuba perbetulkan sampailah ok. Lainlah kalau entri Wordless Wednesday, cuma letak gambar untuk buat pembaca berfikir. Ilmu ni luas, memang tak pernah habis untuk kita belajar. Sama-samalah kita perbaiki ape yang kurang. Selamat membaca dan happy blogging semua, wassalam.


P/s : Kalau salah ejaan pasti malu besar kan? Pernah baca entri kat 1 blog ni, entri pengalaman sms bos sendiri. Perkataan 'saya' boleh pula tertukar jadi 'sayang' =.=", haha kan dah malu =).


Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Motivasi Pagi - Walk For Allah

بسم الله الرحمن الرحيم

Astaghfirullah for yesterday, Alhamdulillah for today and Inshaa'Allah for tomorrow

Berjalan Kaki Ke Mekah

Masih ingatkah anda dengan wajah hamba Allah ni??. Beliau ialah Senad Hadzic, seorang lelaki muslim yang berasal dari Bonovici utara Bosnia. Beliau pernah menggemparkan penduduk islam dunia dengan niat ikhlasnya untuk menunaikan haji dengan berjalan kaki dari Bosnia ke Mekah pada 2011 dan berjaya sampai ke Mekah pada tahun 2012, subhanallah. Oleh kerana tidak mempunyai wang yang cukup untuk ke Mekah, beliau mengambil keputusan untuk berjalan kaki demi menyempurnakan rukun islam ke-5 ini.

Niat Yang Ikhlas Kerana Allah

Senad Hadzic akhirnya berjaya sampai ke Mekah untuk menunaikan haji selepas merentasi 7 buah negara termasuklah Syria yang bergolak dengan peperangan. Beliau telah berjalan kaki sejauh 5900 kilometer (km) selama 314 hari merentasi Bosnia, Serbia, Bulgaria, Turki, Syria dan Jordan. Bekalan yang dibawa hanyalah beg sandang seberat 20 kilogram dan senaskah Al-Qur'an. Suhu sejuk antara -35° darjah celsius di Bulgaria dan kepanasan yang mencecah 44° darjah celsius di Jordan. Hanya berbekalkan wang 400 euro dan tanpa bantuan kewangan dari pihak kerajaan, tetapi kerana hati yang ikhlas dan niat yang sangat mulia, Senad Hadzic akhir nya sampai ke Mekkah.

Semalam terpandang wajah beliau di mukabuku dan sangat kagum dengan pengorbanan beliau demi Agama Islam. Bila kongsi kisah Senad Hadzic ni, teringat pula ambe dengan hamba Allah dari Malaysia. Dia pun berjalan juga, tetapi adakah pengorbanan beliau kerana Allah?? Tepuk dada tanya iman =). Nak tahu siapa orangnya?? Rajin-rajinlah terjah blog Zaki Rasli dan cari entri pada bulan Julai. Selamat membaca, wassalam.


Dari Umar bin Khathab r.a : Rasulullah saw bersabda, “Tiap-tiap amal harus disertai dengan niat. Balasan bagi setiap amal manusia ialah pahala bagi apa yang diniatkannya. Barangsiapa (niat) hijrahnya kerana Allah dan Rasul-Nya, maka baginya pahala hijrah kerana Allah dan Rasul-Nya. 
Dan barangsiapa (niat) hijrahnya kerana dunia yang hendak diperolehnya atau kerana perempuan yang hendak dikahwininya, maka (pahala) hijrahnya sesuai dengan niatnya untuk apa dia hijrah.”


Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)