Fais-SKA

Tuesday, 29 October 2013

Motivasi Pagi - Adab Rasulullah Bangun Dari Tidur

بسم الله الرحمن الرحيم

Astaghfirullah for yesterday, Alhamdulillah for today and Inshaa'Allah for tomorrow

Tidur Itu Hikmah Dari Allah.

Tidur merupakan hikmah dari Allah, dengannya kita dapat  ketenangan, merehatkan badan, mencergaskan fizikal dan mental. Rasulullah mengangkat darjat tidur dari hanya sebuah tabiat manusia  kepada ibadah dan muamalah kepada Allah. Tidur ialah ibadah jika disertakan dengan niat taqwa dalam mentaati Allah. Rasulullah bersabda: "Tidurlah sebentar sebelum masuk waktu zuhur, sesungguhnya syaitan tidak melakukannya".

Adab Rasulullah Bangun Dari Tidur.

Doa bangun dari tidur. 
1~ Rasulullah bangun sebelum masuk waktu subuh.
2~ Rasulullah menyapu mukanya dengan tangan, iaitu menyapu kesan tidur dari wajahnya.
3~ Rasulullah akan mengingati Allah dengan menzahirkan rasa syukur dan membaca doa bangun tidur.
4~ Rasulullah akan segera berwudhuk dan mengerjakan solat sunat/wajib.

Rasulullah bagitahu kepada kita bahawa syaitan mengikat kepala manusia dengan 3 simpulan semasa tidur.
1~ Apabila manusia bangun dan mengingati Allah, maka terlepas 1 simpulan.
2~ Apabila manusia berwudhuk, maka terlepas 1 simpulan.
3~ Apabila manusia bersolat, maka terlepas 1 simpulan.

Maka dengan itu, jika manusia tidak melakukan 3 perkara di atas, dia bangun dalam keadaan yang tidak baik. Apabila terlepas kesemua simpulan, manusia bangun dalam keadaan yang baik. Maka dia menjalani kehidupan sehariannya dengan bahagia dan penuh keberkatan.
-: Perkongsian dari tazkirah Ustaz Habib Mohammed Alsaggaf.

P/s: Ringkas jekan adab Rasulullah bangun dari tidur. Mustahil la kalau kita tak dapat ikut adab Rasulullah ni. Mulakan hari anda dengan rasa syukur dan positif, semoga bermanfaat. Wassalam =).


Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Sunday, 27 October 2013

Penguasaan Pantai Timur

بسم الله الرحمن الرحيم


Final Piala Malaysia 2013

Alhamdulillah, tahniah diucapkan kepada dua pasukan bola sepak pantai timur iaitu Pahang dan Kelantan kerana telah berjaya mara ke final Piala Malaysia 2013. Terkejut juga dengan kebangkitan pasukan Pahang yang dibimbing oleh Dollah Salleh ni, akhirnya layak juga mereka ke final. Pertembungan antara Pahang dan Kelantan di perlawanan akhir pada 3 November nanti pasti ditunggu. Ambe harap perlawanan yang hebat akan ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan, walaupun Terengganu tidak layak ke final, dua wakil dari pantai timur yang dapat mara ke final ni pun dah cukup bangga buat ambe. Pasti akan sokong kedua-duanya =).

Pahang Layak Ke Final Piala Malaysia 2013


Semalam merupakan perlawan separuh akhir antara Sarawak menentang Pahang. Agak hebat juga perlawanan yang ditunjukkan Sarawak, terus tolak tepi jap BPL. Tapi sayang, bermain di tempat sendiri gagal buat pasukan Sarawak untuk mencipta kemenangan. Malah pasukan Pahang berjaya mengikat keputusan seri 1-1 dengan Sarawak dan sekaligus berjaya mara ke perlawanan akhir dengan agregat 4-2. Gol Sarawak dijaringkan oleh Bobby Gonzales dan gol Pahang pula berjaya dijaringkan oleh Fauzi Roslan. Tengok perlawan semalam teringat kat Bro Shark dan Cik Akak, peminat setia bola sepak diorang ni =). Sabar ye Cik Akak, inshaa'Allah Sarawak pasukan yang kuat dan semakin meningkat naik, pasti berjaya di masa akan datang.

Kelantan Layak Ke Final Piala Malaysia 2013



Tahniah juga buat pasukan Kelantan yang dah mara ke final lebih awal apabila berjaya menundukkan pasukan ATM. Satu perlawanan yang cukup menarik apabila Kelantan ketinggalan 2-0 kepada ATM dan berjaya bangkit pada 10 minit terakhir untuk mengikat ATM dengan keputusan seri 2-2. Kelantan menang dengan agregat 4-3. Kedua-dua gol ATM dijaringkan oleh Marlon Alex James dan gol Kelantan pula dijaringkan oleh Ahmad Fakri dan Badhri Radzi. Gomo Klate Gomo.


P/s: Kepada peminat bola sepak Malaysia, jangan lupa dapatkan tiket awal. Harap isu tiket tidak cukup takdelah nanti. Majulah sukan untuk Malaysia. Selamat berhujung minggu =). Wassalam..


Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)