Fais-SKA

Tuesday 3 September 2013

Senyum Itu Awet Muda

بسم الله الرحمن الرحيم


Salam dari SKA, apakhabar semua?? Harap sihat-sihat selalu, inshaa'Allah. Tadi tengah godek-godek entri Cik Akak terjumpa la beberapa komen yang buat ambe tersenyum =). Banyak bersedekah ambe malam ni, kalau laptop ni bernyawa ntah-ntah dia pun naik hairan hehe.


Ragam Antara Blogger

Gambar kat atas nilah yang buat ambe tersenyum sebenarnya. Komen di atas dari entri Cik Akak yang bertajuk "Kenapa Harus Takut Dedahkan Identiti Umur". Untuk pengetahuan cikgu Helmi dan bro Fizi, ambe bergurau je tu hehehe. Umur ambe ni 25 tahun, umur pertengahan, nak kata muda tak, nak kata tua pun tak, tapi matang la kot =). Ambe ni jenis suka bergurau, barulah ceria, nak-nak dengan blogger Cik Akak pulak tu, sebab ambe tahu Cik Akak ni sporting dan dia tahu umur ambe (erkkk..akak dah tahu ke???)

Tergelak ambe baca komen bro Fizi, amboi bro..dan-dan je. tapi yang nakalnya ada dua orang lagi blogger yang turut sama bergurau. Lagi hebat diorang ni, baru ambe tahu diorang ni budak lepasan SPM. Tengok gambar bawah ni =)


Hahaha tergelak je ambe baca =). Sori sekali lagi yup, kitaorang ni memang dah terbiasa bergurau dengan Cik Akak. Ishhh..mana mungkin ambe ni 35 tahun, entri pasal isteri dan anak-anak pun tiada dalam blog ni. Lagipun tengoklah perbezaan umur dalam komen kat atas tu dengan umur anak, takkanlah ambe kahwin umur 13 tahun. Hehe takleh bayanglah camne tu. Kalau ada blogger yang muda dari ambe, tapi ambe bahasakan dia kakak, ambe minta ampun banyak-banyak ye. Yang muda bahasakan bro pun takpe kat ambe ni =). Harap takde salah faham, terima kasih sudi baca, happy blogging semua. Wassalam.

P/s : Nak bergurau pun kena pandai memilih, jangan tersilap orang, nanti naya kita hehe..senyum sokmo =)



Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Kotak Komen Disqus??

بسم الله الرحمن الرحيم

Korang pernah tak jumpa kotak komen Disqus kat mana-mana blog yang korang blogwalking??. Kalau pernah jumpa pening tak macam mana nak komen?? Pernah beri masalah tak kat korang?? Rasanya ramai di antara blogger kat sini yang dah tahu ape itu kotak komen Disqus. Yang mana tak tahu lagi, korang boleh tengok contoh gambar kat bawah ni.


Ni contoh yang ambe printscreen dari blog bro Sop. Setakat ni, ambe baru jumpa dua orang blogger yang guna kotak komen macam ni. Semalam masa blogwalking kat blog si TB (telinga bulat), blog dia pun dah banyak berubah. Lepas baca je entri, wajib la komen sepatah dua. Nak je komen dapat tahu dia guna kotak komen macam ni. Time tu blur la jap sebab tak tahu macam mana nak komen haha. Last-last try jugak dan jadilah macam gambar kat bawah ni.


Aduhaiii..jadi pulak macam ni, hero mesti tak nak kalah punya. Ambe pun try la google, alhamdulillah jumpa entri blogger hebat bro Hasrul Hassan (siapa tak kenal bro ni memang rugilah). Panjang lebar penerangan yang diberikan. Ambe nak share kat sini bimbang panjang sangat entri ni nanti, ambe kongsi link dan korang baca jelah yup. Dalam entri tersebut korang boleh baca tentang Disqus, adakah kotak komen macam ni menyusahkan atau tak dan penerangan cara nak komen di kotak komen Disqus ni. Tak rugi pun kalau nak belajar sesuatu benda tu, yang penting ilmu dapat. Korang boleh klik SINI dan SINI.

Bagi sesetengah orang, dia nak yang cepat dan mudah. Ramai blogger yang memilih cara biasa. Walaupun kotak komen Disqus ni banyak kelebihan, tapi ada juga kekurangannya. Antaranya ada yang bagitahu lambat loading, pening, komen tak keluar dan menyusahkan, bimbang pula nanti yang ada cuma silent reader je. Ape pun hak masing-masing, ada pro dan kontranya. Tu jelah apa yang ambe nak kongsikan. Wassalam

P/s : kalau komen tak keluar juga tak tahu la nak kata ape, ambe dah cuba nak komen, minta maaf ye kepada pengguna kotak komen Disqus.



Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)