بسم الله الرحمن الرحيم

Orang berbudi kita berbahasa,
Cik Akak memberi Ambe merasa.
Sebenarnya ambe baru je terima hadiah dari Cik Akak dari segmen "Klik-Klik Syawal By Cik Akak Comel". Pemenang yang lain dah terima hadiah 30 Ogos lagi, ambe jugak yang lambat, takpe..hero tak gaduh-gaduh punya hehe. Alhamdulillah, terima kasih banyak ye kak atas hadiah yang ohsem ni =). Ambe suka cenderahati dari Sarawak tu dan majalah Mastika memang bahan bacaan kegemaran ambe. Terima kasih juga atas sijil penghargaan yang diberi, first time ambe terima hadiah macam ni. Sebagai seorang blogger, bukan hadiah yang diharapkan, tetapi ikatan silaturrahim yang perlu dipupuk =). Sama-samalah kita support blogger yang ada. Wassalam.

P/s : Minyak petrol ron95 dan diesel naik 20sen seliter bermula tengah malam ni..moh ler kita keluar isi minyak ramai-ramai (geleng pale jap).